I'm Wa!

Welcome to my world of thoughts. Most of the time, I'm just talking to myself. Oh ya, I love foods so much and I hope I can share whatever it is that related to foods in here besides my thoughts. Thank you for visiting!

Wednesday, December 29, 2021

Tutup

Bismillah

2021 bakal melabuhkan tirainya
Beberapa hari lagi dan marilah kita renungi
Banyak yang telah terjadi pada tahun ini
Tahun yang pejam dan celiknya bagai tak terasa
Sedar tak sedar tahun baru bakal menjelma

Tertutupnya buku bagi tahun 2021
Marilah bersama-sama kita tutup benda yang lainnya
Tutup mata kita daripada melihat aib orang
Perkara yang pada kita sangat menjengkelkan
Anggaplah perkara sebegitu adalah ujian buat kita
Siapa tahu esok lusa, kita sendiri akan berbuat perkara yang sama?

Tutup mulut kita daripada berkata hal-hal yang tidak mendatangkan pahala
Ingatlah bahawa kata-kata itu doa
Justeru sebutlah yang baik-baik
Basahkan lidah dengan zikir dan selawat 
Kalau tidak mampu, diam
Itu yang terbaik

Tutup juga telinga kita daripada mendengar perkara yang membebankan jiwa
Yang membuatkan hati sakit dan mencambahkan rasa benci
Amalkan sikap 'dengar boleh, percaya jangan'
Dengarkanlah perkara yang mensucikan dan menyuburkan nurani
Sesungguhnya dengan mengingati ALLAH itu menjadikan jiwa tenang

Tak dilupakan, tutup hati kita daripada terlalu mencintai dan menyayangi
Kerana kita akan diuji dengan perkara yang kita terlalu cinta
Tiada salahnya mencintai dan menyayangi
Tetapi ingatlah bahawa ALLAH itulah cinta sejati
Maka jangan pernah mencintai selain-NYA melebihi cinta pada-NYA
Kelak merana hidup bahkan mampu merobek iman

Tutup skrin telefon ketika bersama dengan keluarga dan teman
Benar, kenangan yang disimpan secara digital itu penting
Tetapi mengapa kita mahu terlihat bahagia dalam gambar, bukan secara realitinya?
Tiada salahnya jika kita suka mendokumentasikan segalanya 
Jangan dipilih memori yang didokumentasikan
Kenangan lebih bermakna jika kita menikmati saat itu
Bukannya sekadar didalam gambar yang sering kita megahkan

Akhir kalam
Tiada niat untuk berlagak baik
Sekadar mengingatkan diri sendiri 
Agar kembali kepada fitrah semula jadi
Semoga menjadi lebih baik dalam menjadi seorang hamba
Sekian, tutup salam

Friday, October 8, 2021

Kembali


Bismillah
Assalamualaikum
Maaf, terlalu lama rasanya aku menghilang
Dan kini aku kembali 

Alhamdulillah
Berpeluang menjadi sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV)
Selama tiga bulan empat hari
Dan sekarang, kembali menanam anggur
Walaupun anggur bukanlah buah-buahan tempatan
Tapi anggur banyak ditanam oleh rakyat Malaysia
Malah anggur merupakan buah yang paling banyak ditanam di seluruh dunia
**hahaha sorry, tak lawak pun kan :(

Okay, to be honest, I want to write something for myself
To self reflect, for future me
In case I really need something to make me come back to Earth
Here we go ...


Hidup itu kadang terlihat mudah kerana kau diperlihatkan perkara yang indah semata
Sedang perkara yang sukar dan menyakitkan itu disembunyikan
Disebalik senyum tawa dan bahagia yang dipamerkan 
Yang kau sendiri sukar untuk membezakan
Sama ada ianya dari hati atau sekadar topeng yang membutakan
Untuk menutup nyatanya hidup ini tidak ubah seperti kapal di lautan
Terumbang-ambing tanpa ada jalan yang terbentang

Justeru, seiring dengan peredaran zaman
Berhenti mengundang resah di hati sendiri
Terimalah hakikat bahawa dunia ini bukan hanya ada kita
Belajar lihat dunia pada sudut yang berbeza
Bukan sekadar melalui kanta yang terlekap kemas dimatamu sejak lahir lagi
Ada masanya dunia itu mengujakan jika kau lihat melalui kaleidoskop
Ada masanya dunia itu terlalu payah untuk dicerna
Kerana kau melihatnya melalui teleskop
**are we going to keep talking about those instruments?

Suka untukku ingatkan
Dunia ini hanyalah persinggahan sebelum alam yang kekal abadi
Maka, dalam apa pun urusanmu di sini
Sentiasalah membayangkan bahawa di mana pun kau berada
Akan ada yang memerhati, mengambil tahu dan menjaga
Meski saat kau sendirian, tanpa sebarang teknologi 
Percayalah bahawa DIA sentiasa ada
Makhluk-NYA ada bersamamu tanpa mengira waktu

Saat kau rasakan tiada siapa yang peduli
Saat kau rasa betapa rapuhnya dirimu
Saat kau rasakan permintaanmu belum adapun yang tertunai
Saat kau rasa dunia ini terlalu kejam untukmu
Percayalah, yakinlah, DIA sentiasa ada

Setiap titis air mata yang mencabuli wajahmu
Setiap detak jantungmu yang memalu dadamu
Setiap nafas yang kau hela tanpa ingin dihembus
Setiap bait kata yang kau telan setiap satunya
DIA sentiasa melihat dan mendengar 
Malah DIA tahu segenap perkara yang berlaku 

Maaf, tiada niatku untuk mengajar dirimu tentang ilmu ketuhanan
Apalagi ilmu agama yang pengetahuanku sendiri cetek tentangnya
Cuma dalam diriku ini
Sentiasa ada suara yang mengingatkan 
Bahawasanya setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya

Jujurnya perkara sebegini lebih mudah diingatkan pada yang lain
Sampai saatnya diri ini berdepan dengan hakikat hidup
Terjelepok dibuatnya malah meraung tanpa suara
Aku bukan manusia bertuah yang jalan hidupnya lurus tanpa sebarang halangan
Cuma selekoh kehidupan kita berbeza

Tetaplah bangkit meneruskan perjalanan 
Berehatlah sebentar jika kau rasa lelah
Tiada siapa yang akan meneruskan perjalanan itu
Melainkan dirimu sendiri
Kerana manusia lain pun terlalu sibuk mencari arah perjalanan mereka

Jalan yang lurus tanpa sebarang halangan itu adakalanya perangkap
Pun begitu, jalan yang berhalangan itu belum tentu selamat
Usahakanlah apa saja untuk menyelamatkan dirimu
Jangan dilupakan keluargamu, bawalah mereka bersama
Namun jika ada yang memilih untuk menempuh jalan yang berbeza
Biarkan mereka dengan pilihan mereka
Titipkan doa agar selamat perjalanan mereka 
Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi 


Baiklah, sekian saja coretan aku
Ampun maaf zahir batin
Phir milenge chalte chalte





Tuesday, August 3, 2021

Dua Tahun Yang Lalu

Bismillah

Hari ni aku nak throwback kenangan dua tahun yang lepas
Sebuah majlis yang memang aku nantikan selepas diterima sebagai pegawai kadet
Of course Istiadat Pentauliahan Pegawai Kadet PALAPES UA 
But first, let's enjoy the video, okay?



Dalam video tu, kalau nampak baju hijau, itu adalah PALAPES Darat atau Askar Wataniah
Kalau baju biru, itu PALAPES Udara atau Airforce 
Baju putih adalah PALAPES Laut, yakni Navy 
Mostly memang akan nampak Airforce je sebab video ni Airforce yang buat
Tapi tak apa, kalau nak tengok yang lain, boleh cari dekat Youtube
Taip je "pentauliahan diraja kadet PALAPES ke-38"

Nak tengok keseluruhan majlis pun boleh
Dekat padang kawad hampir 3 jam
Dalam dewan watikah pun hampir 3 jam
Majlis mula sekitar 8 pagi, tapi kami ready nak masuk padang dari jam 7.30 pagi
Majlis habis dekat jam 2 petang 
Pergh, memang tak rasa masa berjalan 

Sebelum kami masuk dewan watikah
Sempat kami abadikan gambar bersama Timbalan Naib Canselor UNIMAS
Universiti lain masa ni dah duduk dalam dewan
Kami mengambil kesempatan untuk bergambar masa ni sebab risau nanti lepas keluar dewan
Masing-masing macam anak ayam
Nak cari keluarga dulu ke nak bergambar dengan skuad dulu

Tapi sejujurnya, lepas keluar dewan watikah 
Tempat ni memang penuh sesak dengan lautan manusia
Mashaa Allah, bayangkan macam mana dekat Padang Mahsyar nanti
*insaf jap


Tahun ni, tahun kedua bergelar Pegawai Muda
Agak terkilan sebab batch selepas kami tak merasa pengalaman ditauliahkan
Malah ada juga yang belum selesai latihan-latihan yang sepatutnya dijalankan 
Sedih sebab siapa sangka perkara sebegini akan berlaku
Dan aku tak nafikan bahawa 2019 adalah antara tahun yang paling banyak kenangan sepanjang hidup aku
Suka, duka, blood, sweat, tears, everything packed in one year


Gambar atas sekali masa tu majlis makan malam sempena penutupan Latihan Berterusan
Masa tu dah senior dah, memang have fun gila sebab tahun terakhir bergelar pegawai kadet

Gambar tengah pun masa senior
Family Day masa Latihan Berterusan
Ya Allah, kalau tengok video-video masa sukaneka masa Family Day ni
Aduuhh, boleh hilang rahang sebab gelak je

Gambar bawah sekali lepas tauliah, sebelum konvo 
Kumpul ramai-ramai nak sambut birthday skuad
Masa ni kami tak full strength (tak cukup korum) pun panjang gilaaa meja kami
Baru dalam 27 orang rasanya
Cuba bayangkan kalau 39 orang
Mesti orang suruh book the whole restaurant hshshshs
Malangnya, inilah yang terakhir kami keluar makan sama-sama macam ni
*sobs*


Yang ni pulak gambar feeling PALAPES sangat
Atas sekali masa Latihan Tempatan terakhir sebelum Annual Camp senior
Belajar buat pondok, buat stretcher dari baju no4, buat itu inilah senang citer
Untuk survival masa Annual Camp 2019

Gambar tengah, seperti yang aku pernah post sebelum ni
Gambar masa tauliah, tapi masa ni tak official lagi jadi Pegawai Muda
Masih latihan lagi, mungkin hari-hari terakhir bergelar pegawai kadet 
Masa ni je sempat ambik gambar ramai-ramai pakai no1 dress
Lepas majlis penyampaian watikah, semua sibuk dengan keluarga
So, memang tak sempat langsung

Gambar bawah sekali, recycle macam gambar tengah kat gambar sebelum ni
Baju ni memang semangat dia lain macam
Ahh, entahlah, mungkin aku saja berperasaan sedemikian
Baju apa pun takde hal, janji semua orang pakai
Mata pun tak sakit tengok warna-warni sangat
Tapi kadang ada jugak kisah sedih bila baju kena rembat
Kesian jugaklah bila baju disidai kat ampaian, ghaib begitu saja

Baiklah, cukup setakat ini rasanya aku mengenang kembali kejadian dua tahun yang lalu
Yang berlaku pada hari ini
Sesungguhnya aku rindu setiap saat dan setiap orang yang bersama dengan mereka, pelbagai kenangan tercipta
Lain hari, aku cerita lagi

phir milenge chalte chalte
wassalam

Thursday, July 15, 2021

Realiti

 


Bismillah
Alhamdulillah, semalam hujan lebat sangat
Dengan angin yang boleh tahan kuatnya
Oh ya, gambar di atas merupakan pemandangan harian aku
Kalau turun bertugas di PPV Eastwood lah
Minggu depan pula tengoklah macam mana pemandangan aku

Hari ni, sebenarnya minggu ni aku rasa macam seisi dunia dah terlalu tenat
Dan Malaysia tidak kurangnya
Satu demi satu perkara berlaku dan sebagai rakyat Malaysia yang sangat menjunjung Rukun Negara
Kita dapat buat apa?

Makanya aku teringat sebuah nasyid yang tentang dunia akhir zaman
Kumpulan nasyid ini mungkin masih ada, mungkin dah bubar
Aku pun tak pasti
Tapi yang pasti
Nasyid ini sangat tepat menggambarkan suasana di Malaysia sekarang
*dunia pun iya juga, tapi aku tak tahu bagaimana suasana politik di negara lain

Aku sertakan lirik untuk kalian menghayati tiap bait yang dilagukan
Terima kasih aku ucapkan kepada yang mengambil inisiatif untuk mengongsikan nasyid ini di Youtube
Sesungguhnya jasa kalian ALLAH saja yang mampu balas




Aduh, sedihnya akhir zaman
Masyarakat aman harmoni tidak wujud lagi
Manusia hidup nafsi-nafsi mementingkan diri
Akibatnya manusia terseksa sendiri

Dunia hiruk pikuk dengan krisis
Dicetuskan oleh mereka yang mementingkan diri
Kapitalis menindas rakyat melalui ekonomi
Menzalimi rakyat sesuka hati

Kemungkaran dan penzaliman di seluruh dunia
Maksiat dan budaya lucah di mana-mana
Alim ulama' tidak dapat diharap lagi
Penguasa dan si kaya merosak bumi

Perang di sana-sini
Berlaku disetiap hari
Hartanya musnah, manusia mati
Yang cacat menderita, yang terbiar tidak dipeduli

Si miskin dan si papa tiada pembela
Si kaya hidup lalai dan berfoya-foya
Menghabiskan harta dan hanya membuang masa
Pemuda pemudinya malas dan tidak bekerja 

Dunia hiruk pikuk dengan krisis
Dicetuskan oleh mereka yang mementingkan diri
Kapitalis menindas rakyat melalui ekonomi
Menzalimi rakyat sesuka hati

Kesalahan pembesar dibiarkan
Kesalahan rakyat dibesar-besarkan
Dunia tiada keadilan lagi
Bilakah penyelamat datang untuk menyelesaikannya


Tiada apa yang aku ingin kongsikan lagi
Cuma aku selalu ingatkan diri sendiri
Dunia nyata mahu pun maya, semuanya sangat kejam
Memang kebaikan itu masih ada
Tapi tidak sebanyak kejahatan yang semakin berleluasa

Sama-samalah kita doakan agar penyelamat segera tiba
Mungkin kita sendiri boleh jadi penyelamat kepada diri kita sendiri
Dengan menyebarkan kebaikan kepada orang sekeliling
Siapa tahu, ini zaman orang baik itu dipanggil terlebih dahulu
Dan orang yang tinggal ini diberi lebih masa untuk menjadi lebih baik
Agar dapat menjadikan dunia ini lebih baik dan aman

phir milenge chalte chalte
Wassalam 


Wednesday, June 23, 2021

The Outpost

 

The Outpost (2020)

Bismillah
Alhamdulillah for another day 
Akhirnya movie yang aku simpan sejak tahun lepas baru dapat ditonton
Selain penggemar filem yang bergenre perang dan aksi
Scott Eastwood dan Orlando Bloom adalah penyebab aku nak tonton movie ni
Seperti yang tertera pada gambar
This movie is based on true events

Dulu aku pernah tonton satu movie Turki yang lebih kurang sama macam ni
Tajuknya Nefes dan diterbitkan pada tahun 2009
Also based on true events

Nefes (2009)

Tapi hari ni aku nak bercerita tentang The Outpost
Walaupun movie ni agak lama, lebih kurang 2 jam
Tolong jangan fast forward ok?
*kalau korang sejenis yang tak tahan nak tahu ending, nak cepat habis lah kann

The Outpost berkisar tentang tentera Amerika di Afghanistan sekitar tahun 2006 hingga 2009
Kem PRT Kamdesh (nama lainnya Combat Outpost Keating) terletak di sebuah lembah di Pergunungan Hindu Kush
Kalau pernah tengok Hacksaw Ridge, haa situasi kem mereka lebih kurang
Memang kalau orang serang daripada gunung tu, fuhh easy target lah senang cakap
Kem ini didirikan untuk membanteras kumpulan Taliban
*aku tak faham kenapa US perlu act like they are peace keeper when they invade someone's country
**I felt sorry for the armies who have fought their life for the unknown war 

Watak utama dalam cerita ini adalah Staff Sergeant Clint Romesha atau Ro yang dibawa oleh Scott Eastwood
Diikuti oleh Specialist Ty Carter atau Carter yang dibawa oleh Caleb Landry Jones
Selebihnya adalah watak sampingan
Sad but true, termasuklah Orlando Bloom sebagai Captain Keating
Hanya ada seorang saja watak perempuan dalam ni
Itu pun babak terakhir baru muncul
Tapi tak penting pun
Dan aku sangat suka army movie yang tak ada isu cinta
100% berkisarkan kehidupan yang mereka alami

Lepas seorang demi seorang CO (commanding officer) dekat PRT Kamdesh ni bertukar
Aku paling annoyed lah dengan Captain Broward 
Ergh, dia boleh kencing dalam botol lepas tu suruh Carter buang 

Tengklah tu (Itu Carter yang marah ok)

Pada aku Cpt Broward ni terlalu ikut protokol
Sampai SSg Ro pun tak tahan 
Nasib ada Lt Andrew Bundermann boleh back up 
Kalau tidak, kesianlah dorang
Nasib pegawai sebelumnya ok, baik je
Kalau macam Cpt Broward ni, he'll make your life a living hell
Sama macam Major Payne lah
*boleh tengok untuk gelak-gelak

Major Payne (1995)

Berbalik kepada The Outpost 
Bagi aku, cerita ni best sebab ada sedihnya, ada kelakarnya, ada nilainya tersendiri
Lagi-lagi bila mereka call family, ada yang mati tapi perjuangan perlu diteruskan
Ada sorang tu sampai nak bunuh diri sebab trauma
Terpaksa dihantar balik sebab orang macam tu dah tak fit dah kiranya
Siapa tak trauma beb
Orang depan kau kena bom dan serpihan otak dia masuk mulut kau
Pergh! Terbayang-bayang bhai

Ada banyak juga part yang kelakar
Tapi malaslah nak spoil
Korang tengok sendiri ok?
Mula-mula memang akan keliru sikit sebab tak kenal sangat siapa, yang mana
Biasalah tu
Lama-lama tu nanti dapatlah bezakan
Selamat menonton!

p.s: aku tak pastilah Netflix ada ke tidak movie ni
tapi kalau takde, boleh tengok Sand Castle 
ada Nicholas Hoult, Henry Cavill
Enjoy!


Tuesday, June 8, 2021

Jun



Bismillah

Separuh daripada tahun 2021 sudah berlalu
Tapi kita sepertinya masih stuck di tahun 2020
Tak tahulah kalian tapi kalau tahun lepas tu pada aku adalah 2019
Sebab 2020 berlalu macam angin je
Tak nampak apa-apa
Macam ada, tapi macam bukan

Terima kasih kepada sesiapa yang rajin menyinggah ke sini
Rajin pula meninggalkan komen
Maaf kalau aku tak reply atau lambat reply
Kadang nak reply lepas tu crash
Dah refresh, ulang taip balik reply komen kalian
Bila tekan 'publish', crash lagi
Hmmm.. maaf ya.

Lagi dua hari, berlalulah Syawal 1442H
Minggu lepas Mrs Ayahumi beriya buat kelupis
Kebiasaannya ketupat dan lemang adalah hidangan yang sinonim dengan hari raya
Tapi kalau di Borneo, kelupis adalah salah satu kewajipan

pinjam gambar Google

Apa beza kelupis dengan ketupat dan lemang?
Setahu aku, kelupis ni sama macam lemang, keduanya menggunakan pulut dan santan
Yang membezakan mereka adalah daun yang digunakan
Ada yang panggil daun palas atau daun nyirik
Aku pun tak sure sebab hari tu tolong bungkus je
Daunnya besar, puas hati masa makan tak payah pakai pinggan
Kalau berminat nak mencuba membuat kelupis
Bolehlah klik blog Tyaa Mohd untuk panduan resipi yang lengkap dengan gambar
Siapa yang ada migrain atau darah tinggi haruslah berpada-pada memakan kelupis
Sedap dimakan tapi tanggunglah sakitnya nanti

Tahun ni aku tak bersemangat sangat nak buat kek lapis
Ada juga terfikir untuk buat bisnes kek lapis
Hmmmm... kalau aku buat pun aku kena beli oven baru dulu
Oven yang sedia ada ni susah sikit nak kawal apinya
Maklumlah aku pun muat dalam tu

Baiklah, sekian sahaja coretan aku kali ini
Maaf ya kalau tak balas komen kalian
Atau pasif dalam bidang blogging ni
Aku memang blogging untuk suka-suka
Semangat belum sampai untuk buat betul-betul
Aku tabiklah dengan kalian yang mampu menjana pendapatan dengan blogging
Moga terus dimurahkan rezeki kita semua ya!
Aamiin!

Sekian, ampun maaf zahir batin
Phir milenge chalte chalte
Wassalam

Wednesday, May 26, 2021

Eurovision Song Contest 2021

 

Bismillah
Excuse my super excited mood for updating this non-essential news here
But since this is my page, so I just want to share things that makes me happy and excited
C'est la vie!

Alhamdulillah, berakhirlah sudah Eurovision Song Contest 2021 yang berlangsung di Rotterdam, Netherlands pada Ahad lepas (23 Mei)
Well, walaupun aku bukanlah warga Eropah tapi tak apalah kan aku support industri muzik dorang
If you guys are interested to watch the whole grand final show, do watch it 
Almost 4 hours but it'll worth it
Or maybe you can skip some country, you know what I mean
Spoiler alert, I'll reveal the winner if you continue reading 
Don't say I didn't warn you :P

Eurovision Song Contest 2021 Grand Final

Actually, I'm kinda disappointed because some of my favourites didn't make it till the grand final
Like Amnesia from Romania was one of my fav

Amnesia by Roxen (Romania)

Maybe her live performance wasn't that great
And she didn't get enough votes to make it through to the final
Okay, moving on

My other favourite song was Voila by Barbara Pravi from France
This one made it to the final 
And kinda gave me hope for winning the competition
It was tough to compete with my other favourite song from Switzerland 

Voila by Barbara Pravi (France)

Her live performance was great, I must say
Even without some fancy clothes on her or any acrobatic dancers or fancy backlight 
She is enough by herself

Okay next up, my other favourite
From Switzerland, we have Gjon's Tears with his song Tout l'Univers

Tout l'Univers by Gjon's Tears (Switzerland)

Banyak je lagi lagu lain yang aku suka
Tapi lagu dorang macam basic sangat 
Yang aku perasan, kebanyakan lagu yang join contest ni bergenre sama
Tak pop, mesti ballad
Ada je yang gila sikit bawak masuk lagu rock macam Finland 
Tapi lirik dorang tak cukup kuat, bagi akulah kan
Agak repetitive dan live performance dorang pun agak lemau
Ni aku selitkan muzik video kalau nak dengarlah

Dark Side by Blind Channel (Finland)

Finland, Italy, Ukraine je lah kut yang gila sikit bawak genre yang lain dari yang lain
Masa reveal public voting, fuhh memang kaw-kaw lah dorang naik
Switzerland yang dah dapat banyak markah dari undian juri tiba-tiba boleh jatuh 
Lagu gila dari Ukraine pun boleh tahan jugak
Gila tak layan hahahaha

Shum by Go_A (Ukraine)

Ni kalau buat alarm pagi-pagi ni memang bikin otak tingtong
Banyak kali dengar dah macam bunyi ayam berkokok pun ada 
Hahahaha harap tak adalah orang Ukraine yang baca benda ni
I loved this song and it was different from the others

Baiklah, beralih kepada pemenang ESC 2021 ni
Tak lain dan tak bukan adalah Itali! 
Dengan lagunya yang bertemakan rock-and-roll, kinda punk-rock pun ada jugak
They got the highest public votes compared to the others 
318 votes from public and that votes helped them wins Eurovision Song Contest 2021

Zitti e buoni by MÃ¥neskin (Italy)

Live performance dorang pun tak menghampakan
Gila pun gila, but it worth it
Although ada false claims about David Damiano (lead vocal) with cocaine
Good thing is, that was not true
Tapi aku wonder jugak, kalau betul, maksudnya France lah menang, kan?


Tapi tak apalah kalau Barbara Pravi tak menang pun
Dia dah dapat Artistic Award and Press Award dah pun 
Lagu dia pun aku rasa boleh letups lepas ni
Macam lagu Arcade tu lah
Duncan Laurence kan bertanding dalam ESC 2019 dan menang dengan lagunya, Arcade
Sampai sekarang lagu tu masih berputar di radio

Oh ya, masa aku tengok the whole show
I was kinda starstruck at minute 3:03:13
Damn son, that guy was so fine 
Hahahahahaha mungkin tipikal lelaki dekat sana
Tapi well, at least he's that good looking lah jugak pada mata aku
So here's that guy


Aku punyalah rewind berkali-kali sebab nak dengar elok-elok nama dia
Lepas tu rewind lagi untuk tersengih-sengih sendiri tengok ciptaan Tuhan
Rewind lagi balik untuk hadam apa dia cakap
Rewind lagi untuk sync semua maklumat tu
Hahahaha aku rasa cam bengong kejap sebab tiba-tiba tersengih-sengih 
Sambil menaip ni pun aku tersengih-sengih lagi 
Sebab fuhhh, lama dah tak tengok that kind of good looking guy
Semadi jak jaoh eh, kelaklah pindah Eropah
Bersepah muka camya tepi jalan kali hahahahaha

Kalau aku muatkan video lagu-lagu yang aku minat dalam ESC 2021 ni
Panjang sangat kang entri ni
Tapi aku just listkan je lah eh?
Korang boleh klik list dekat bawah kalau nak dengar


Anyway, congratulations to Italy for winning this year's Eurovision Song Contest
So next year we're going to the land of pizza and pasta 
Fuhh, agak berat ya tanggungjawab untuk kerajaan Itali
Harapnya adalah peruntukan untuk ESC 2022 
Can't wait!








Monday, May 24, 2021

Mahal

 


Bismillah

        Nikmat Tuhan wajib kita bersyukur
        Agar kita tidak kufur 
        Jangan salah gunakan nikmat Tuhan
        ALLAH boleh mengambilnya bila-bila masa

Selain harga barangan, makanan dan servis yang dikenakan
Syukur adalah sesuatu yang boleh dikatakan mahal harganya
Berapa ramai yang benar-benar bersyukur?
Yang bukan sekadar mengucapkan "Alhamdulillah"

        Ucapan "Alhamdulillah" tiada erti apa-apa
        Kalau sekadar ucapan di lisan
        Jika nikmat tidak dikorbankan untuk kebaikan
        Untuk Tuhan dan hamba-hamba-NYA

Susah, bukan?
Lagi-lagi baris ketiga tu
Jika nikmat tidak dikorbankan untuk kebaikan
Kebaikan yang macam mana tu?
Kebaikan yang memang semata-mata kerana ALLAH, untuk ALLAH
Yang dibuat bukan mengharapkan balasan 
Yang dilakukan dengan seikhlas hati walaupun tiada siapa memerhati
Yang dilaksanakan tanpa menunggu orang lain turut membantu

Pada akulah kan, "tolong doakan saya" pun boleh dikira mengharapkan balasan
Melainkan yang dibantu sememangnya mendoakan yang membantu tanpa paksaan
"Saya ikhlas nak tolong" pun diragui sebab ikhlas itu rahsia ALLAH

Tapi ada lagikah manusia yang boleh berbuat sesuatu tanpa mengharapkan balasan?
Hatta balasan dari Tuhan?
Susah, bukan?
Bahkan rasa terbeban pula bila difikirkan 

Bukan untuk mempersoalkan keikhlasan sesiapa pun yang berbuat baik
Tapi sekadar untuk menyedarkan diri sendiri 
Yang adakalanya dalam sibuk berkata-kata pun masih serba kekurangan
Kerana diri sendiri pun masih khilaf dalam membuat kebaikan
Entah diterima atau tidak, ALLAH saja yang tahu

Kadang aku sendiri pun rasa sebal bila mendengarkan ayat "dalam rezeki kau, ada rezeki aku"
Bukan aku menidakkan bahawasanya rezeki itu perlu dikongsi
Tapi ada sesetengah manusia suka menyalah gunakan ayat tersebut untuk kepentingan diri
Kalau begitu, dalam rezeki dia pun ada rezeki aku, bukan?
Bila aku memulangkan kembali ayat tersebut kepada orang sebegitu, hanya cemikan yang aku terima
Eh, pandai pula geram, ya?

Dalam al-Quran sendiri ada memberitahu 
Maka kita seharusnya bersyukur
Terus-terusan bersyukur untuk sekecil-kecil nikmat
Yang kelihatan mahupun tidak
Tapi seperti tajuk entri ini, syukur itu memang mahal
Kita hanya akan sedar bila dah tak ada
Oftentimes we took things for granted
And we don't know what we've got until it's gone

Marilah bersama-sama kita hitung nikmat yang telah diberi
Agar kita lebih bersyukur
        
        Kalau hendak dihitung
        Tidak mungkin dihitung
        Walaupun melalui komputer

Nikmat iman dan Islam
Nikmat udara sehinggalah kita sesak nafas dan dimasukkan ke ICU
Yang harganya boleh dirujuk pada gambar
Sedangkan Tuhan beri percuma seumur hidup


Nikmat sihat tubuh badan
Bila ada sesuatu masuk ke dalam mata, kita jadi serba tak kena
Bila hidung tersumbat, kita jadi lelah
Bila ulser muncul dalam mulut, kita hilang selera makan
Apalagi kalau patah riuk 
Terlalu terbeban rasanya

Kalau ditulis satu per satu nikmat yang Tuhan berikan
Terlalu banyaknya
Dan kalau dikira harganya setiap satu
Seisi alam pun tidak mampu membayarnya

Justeru bersyukurlah punya ALLAH yang Maha Baik
Maha Pemurah, Maha Kaya
Banyakkan beramal ibadah kerana-NYA
Dan aku pernah mendengar satu ceramah yang menyebut
        
Solat lima waktu itu bukanlah ibadah
Itu adalah suatu kewajipan bagi umat Islam
Ibadah itu bukan suatu kewajipan tetapi ia tetap dilakukan
Menurut kefahaman aku, apa yang disampaikan oleh penceramah tersebut benar belaka
Kalau kita menganggap solat fardhu lima waktu itu adalah suatu ibadah
Maka apakah seumur hidup kita hanya akan mengerjakan solat pada asasnya sahaja?

Yang wajib pun terasa berat, apalagi yang sunat
Apa amal ibadah lain selain solat lima waktu itu mendatangkan pahala buat kita?
Jika pekerjaan kita tidak diniatkan kerana ALLAH, maka sia-sialah kita membanting tulang mencari rezeki

Berniaga misalnya, hanya kerana ingin mendapat untung
Supaya kaya, dapat berkereta besar, rumah sebesar istana
Tapi jangan lupa bahawa setiap satu harta yang kita punya
Semuanya akan dihisab di akhirat kelak

Sebelum aku terlanjur mempersoalkan segalanya
Dan membuatkan pembaca merasa kurang senang
Aku memohon maaf diatas segala salah silap tutur perkataanku
Yang aku nukilkan disini kebanyakannya adalah untuk menyedarkan diri sendiri

Cuma aku sedar, segala yang aku lontarkan disini
Mungkin agak kasar bahasanya
Maaf sekali lagi
Pamit dulu ya

Wednesday, May 19, 2021

May

 


Bismillah
Assalamualaikum

Masih mood beraya?
Tak ada masalah!
Syawal kan sebulan

Hari ni ulang tahun kelahiran seseorang yang agak rapat
Kenal sejak 2011 dan masih kekal berkawan
Alhamdulillah, I'm happy seeing her happy
Achieving everything she wanted in her life
And more to come, inshaa ALLAH!

Tak lama lagi ulang tahun kelahiran anak buah yang jauh di Johor
Hmmm, kalau bukan sebab Covid, memang beraya dengan mereka dah
Tapi tak apa
Sesekali kita perlu biarkan rindu menggunung
Barulah kita lebih menghargai setiap pertemuan
Lebih menghayati rasa kasih sayang bila berjumpa
Kurang membenci bila bersua muka
Ishh, mula lah nak berpuitis bagai 

Made a surprise plan with the other friend 
And yeah, it was a successful surprise!
She didn't even know it was us
That's the point of surprise, right?

Although the executor doesn't really meet my demands
I must thank them for accepting my last minute request 
Next time, must plan a month before!
Another friend's birthday is in November
Still got few months to plan and survey things 
She even requested kek batik for her birthday

Apahal aku tiba-tiba speak English eh?
Susah jugak nak kekalkan penggunaan bahasa Melayu hmmm
Baiklah, itu sahaja bebelan aku untuk hari ni
Tunggulah bila aku rajin nak menaip apa yang berlegar diminda 

Sekian, ampun maaf zahir batin
Phir milenge chalte chalte

Wednesday, May 12, 2021

Esok

 

Bismillah
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan terakhir 1442H
Alhamdulillah direzekikan untuk berpuasa penuh tahun ini
ehehe saja jak nak madah 

Inshaa Allah esok merupakan 1 Syawal 
Dan esok juga merupakan hari pertama PKP 3.0
Manakala untuk Wilayah Sarawak, esok PKPB akan dijalankan

Malas rasanya untuk membahaskan isu PKP mahupun PKPB 
Melihatkan komen-komen dan rasa hati rakyat yang hanya mampu melepaskan amarah di media sosial
Somehow buat aku rasa bersyukur
Sebab setakat ni, marah macam mana pun rakyat pada tampuk pemerintahan
Belum ada lagi yang membuat rusuhan atau sampai tahap coup d'etat
Buat perhimpunan #BukaPuasaBukaParlimen pun kena panggil untuk siasatan
Hmmmm... 

Baiklah, kita cerita benda lainlah
Tahun ni, sama macam tahun lepas
Tiada baju raya tapi alhamdulillah sekurang-kurangnya ada tudung raya
Nanti matchingkan dengan apa baju yang ada dalam almari
Kalau rajinlahhh

Gambar diatas merupakan gambar first and last kami enam dara bergambar sedemikian
It was way back then in 2015 
It was Syawal 1436H which means it has been six years!
Pantasnya masa berlalu

And who would've thought raya tahun ni masih sama macam tahun lepas?
Yang sendiri, masih beraya sendiri
Ada yang last year sendiri, awal tahun hari tu kahwin, sekarang beraya dengan keluarga kecilnya
Ada yang last year, parents masih ada tapi tahun ni beraya tanpa mereka
Hanya yang dah lalui semua tu akan faham

Dan biasanya manusia hanya akan lebih menghargai bila sudah kehilangan
Alhamdulillah kalau sepanjang hidup dengan keluarga, hidup dengan aman damai tanpa sengketa
Ada yang dalam gambar kelihatan merekalah keluarga paling bahagia 
Hakikatnya kehidupan seharian mereka saling bercakaran
Tiada masalah, kerana sekurang-kurangnya mereka punya kenangan yang indah bersama dengan keluarga masing-masing
Ada juga yang dalam gambar kelihatan terpaksa mengukir senyum
Tapi kehidupan seharian mereka pun begitu, hanya bertegur sapa bila perlu

Bagaimanapun rupa kita dalam gambar, tak menggambarkan kita orangnya bagaimana
Pembunuh bersiri pun kelihatan kacak dalam gambar
My point is we never know if tomorrow is promised
So make the best of it and each of our time together 
Berapa ramai yang menyesal sebab kesedaran yang lambat?
Bak kata pepatah Melayu, "sudah terhantuk baru terngadah"

Makanya, andai kata esok kita masih direzekikan untuk hidup
Bermaafan-maafanlah dipagi Syawal yang mulia
Yang jauh kita kongsilah air mata dengan berpanggilan video
Siapa tahu kalau esok adalah yang terakhir kita bersama? 

Kalau hari lain rasa malu, ego sikit nak minta maaf atau bermaafan
Esok pagi Syawal, letak tepi semua perasaan tersebut
Untuk setahun yang tak bertegur sapa, tak boleh nak senyum bila tengok muka
Bermaafanlah
Tuhan itu Maha Pengampun, Maha Pemaaf, siapa kita untuk sombong dengan sesama kita?

Baiklah, sekian saja bebelan aku hari ni
Selamat Hari Raya Aidilfitri semuanya!
Maaf zahir batin, dunia akhirat


Tuesday, April 27, 2021

Redha



Bismillah

Alhamdulillah, masuk hari ke lima belas dalam bulan Ramadhan
Separuh Ramadhan sudah kita lalui
Semoga kita semua memanfaatkan separuh akhir Ramadhan yang berbaki 

Somehow aku rasa Ramadhan kali ini banyak nikmat dikecapi yang tak terjangkau dek akal
Dapat spend time dengan family walaupun tak ramai, tapi ada
Itu semua rahmat dan nikmat
Di era pandemik melanda seluruh dunia 
Tak ramai yang dapat duduk serumah dengan keluarga

Berbalik kepada tajuk entri
Aku bukanlah yang arif untuk bercakap soal redha
Tapi sejak sekembalinya aku ke bumi Miri
Duduk makan bersama dengan keluarga, boleh bergelak ketawa bersama
Secara tak langsung, sedikit demi sedikit apa yang terjadi pada masa lalu
Aku dah boleh terima dan lepaskan

Mana mungkin sekelip mata boleh lupa
Tapi sekurang-kurangnya aku cuba lapangkan dada dan melepaskan segala rasa yang selama ini dipendam dan didiamkan
Rasa yang menghimpit jiwa, mengundang duka dan air mata
Perlahan-lahan aku buka mata, terima hakikat bahawa perkara itu banyak mengajarku erti hidup
Dan aku harus redha dan menerima dengan minda dan hati yang terbuka

Bagi aku, adakalanya rasa yang terpendam itu bukanlah sesuatu yang patut dipertahankan
Dikenang dan terus dikenang sehingga lupa mencipta memori indah bersama
Pepatah Melayu ada berpesan, "barang yang lepas jangan dikenang"
As for me, nak lupakan terus tu memang mustahil
Memang akan mengambil masa untuk terima dengan hati yang lapang
Apalagi untuk redha dan melupakan

Untuk apa ditoreh luka lama yang entah bila akan sembuh?
Benci macam mana pun dengan parut luka atau orang yang membuatkan kita terluka
Kita tak boleh expect orang yang sama setelah belasan tahun berlalu
Dan perkara itulah yang membuatkan aku untuk slowly let go
Supaya dengan beredarnya masa, inshaa Allah luka lama akan sembuh
Parut memang ada, tapi sekurang-kurangnya sakitnya tidak lagi terasa
Darahnya sudah berhenti mengalir

Biasa dengar "ikut hati, mati, ikut rasa, binasa"?
Makanya kita jangan bertuhankan peraasaan
Tiadalah salahnya punyai perasaaan marah, geram, benci, atau apa saja perasaan negatif yang lain
Asalkan kita tidak menyimpannya terlalu lama
Bila sudah terlalu lama disimpan, maka jadilah sakit yang sukar diungkap
Sakit yang mencipta sakit yang lainnya

Pada aku, untuk meredhai segala apa yang telah berlaku dalam hidup ini
Petuanya adalah "kita harus sedar hidup ini sebentar cuma" 
Makanya kenapa diisi dengan rasa sakit, rasa yang terus-terusan mencengkam jiwa?
Memaafkan itu memang mudah andai kita bukanlah yang disakiti
Tapi ungkapan "maaf" dan perbuatan memaafkan itu adakalanya mampu memadamkan segala rasa yang meraja di jiwa

Ada sesetengah orang, they can forgive but can't forget
But well, siapa kita untuk paksa orang, kan?
Kalau dah bermaafan tapi kejanggalan masih ada
Mungkin sebaiknya kita beri ruang dan masa supaya kisah itu berlalu ditelan zaman

Macam mana kita rasa disakiti, janganlah menyakiti
Berhenti menyalahkan orang atau diri sendiri untuk apa yang berlaku
It is what it is
Ajar diri untuk percaya bahawa Tuhan tak jadikan sesuatu itu sia-sia
Memang kita tak nampak sekarang
Tapi suatu masa nanti, kita akan sedar dan berterima kasih untuk segala luka dan rasa itu

Buat masa sekarang, aku belajar untuk redha kalau sememangnya aku ditakdirkan begini jalan hidupku
Rakan-rakan seusiaku masing-masing punya kerjaya, keluarga
Sedangkan aku, masih begini
Tapi siapa tahu kalau ada yang inginkan hidup yang sedang aku jalani sekarang?
Masih bujang, masih ditanggung, tak perlu bingung
Semua itu pasti ada hikmahnya
Kerana ALLAH itu sebaik-baik Perancang

Sekian saja coretan hati berkenaan redha menurut kaca mata aku 
Tak perlu dipersoalkan atau dipertikaikan
Terpulang kepada yang membaca untuk mentafsirkan apa jua yang dirasa bersama dengan entri ini
Sebelum mengundur diri, moho maaf zahir batin dunia akhirat ya?
Kerana kita takkan tahu sampai bila kita masih disini
Sekian saja ya
Phir milenge chalte chalte

Tuesday, April 13, 2021

Ramadhan 1442H

 Bismillah

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah
Diberi kesempatan untuk bersua dengan Ramadhan kali ini
Juga direzekikan menyambut Ramadhan bersama kedua orang tua
Makanya dimana lagi bakti harus ditabur kalau bukan kepada mereka
Tambahan pula masih belum mempunyai keluarga yang lain
Jangan salah faham ya?
Inilah dinamakan rezeki masing-masing


Bila tiba bulan Ramadhan, macam biasalah kan
Mesti tiba-tiba teringin nak makan macam-macam
Tiba-tiba semua benda nampak sedap dan menyelerakan
Hatta bunyi deburan ais pun kedengaran menggoda
Belum lagi bauan makanan yang menggoncang iman
Ditambah dengan bisikan paling berhantu
Ya Allah, sabar je lah kan

Makanya aku terfikir akan sesuatu
Patutkah aku berkongsi resipi makanan disini?
Tapi yang mudah je lah
Memandangkan aku bukanlah pakar sangat dalam bidang makanan
Selama ni pun memang sekadar membantu
Kalau aku buat sendiri, selalunya ke lautlah jawabnya
Kalau tak ke laut pun, aku suka tokok tambah ikut tekak aku
Tapi tengoklah nanti ya?
Inshaa Allah, semoga aku rajin nak kongsikan resipi

Dan seperti tahun lepas, inshaa Allah kami akan buka gerai depan rumah
Menu yang kami sajikan bukanlah makanan berat seperti nasi atau mi
Tapi lebih kepada kudapan, makanan minum petang
Macam donat, pau kacang, tart telur, dan yang sewaktu dengannya

Nak buat dan jual macam-macam waktu ni, kena fikir panjang
Semua orang nak jimat, semua orang tengah terdesak
Ya, semua sedia maklum
Jadi, sama-samalah kita bantu-membantu
Tak dapat hulurkan bantuan, kita doakan
Tak nak doakan, terpulang
Tapi mohon jaga perkataan
Janganlah kita cemari bulan mulia ini

Sebelum aku menutup kalam, saja nak kongsi waktu bersahur dan berbuka ditempat aku
Tepat pukul 5 pagi, dah Imsak
10 minit kemudian,  masuk waktu Subuh
Manakala waktu berbuka adalah 1832H atau 6.32 petang
Dekat tempat korang, macam mana?

Maaf kalau entri kali ni aku seakan terlalu formal
Janggal, bukan?
Cuma nak kekalkan penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya dalam entri
Ada juga beberapa perkataan yang aku dah betulkan 
Sebab sebelumnya menggunakan perkataan daripada bahasa Inggeris

Baiklah, sampai masanya untuk aku mengundur diri
Sekian, terima kasih kerana sudi membaca hingga ke noktah terakhir
Semoga berjumpa lagi
Jaga iman, jaga diri, jaga kesihatan!
Selamat berpuasa semuanya. 

Sunday, April 11, 2021

Home

Bismillah

Alhamdulillah, safely arrived at Miri Airport at 1959H, yesterday
The estimated time to arrive should be 2030H
Tapi entahlah kenapa laju sangat juruterbang tu bawa
Few seconds after we landed, a passenger behind my seat said, "Terok lalu landing nya eh"
This means our aircraft landed with not-so-smooth-landing


And there's my little brother not so little anymore
Brought me and my sister to have something to eat and munch before picking up our parents at Emart Riam
Don't ask me why my parents always had a thing with Emart Riam whenever anyone goes to the airport
Because I know as much as you guys 

Being home made me realize things that I took for granted
Empuknya tilam entah berapa inci tebalnya itu
Pendingin hawa yang boleh dipasang saat hari terasa bahangnya
Dapur yang setakat ini tempat letaknya masih sama
And every single thing in this house
Seems familiar, sounds familiar, everything that makes a house, a home

Well, mungkin sebab itulah ada sesetengah orang yang dah lama jauh dari rumah dan keluarga
Akan merasa rindunya pada apa yang ada dirumah milik keluarga
You know, sometimes it's not just the house
Sometimes it's the people in the house that makes you feel home-y

Misalnya kita balik ke rumah nenek kita
Tapi nenek dah arwah
It doesn't give off the same vibe as she was alive, right?

                 Sumber: Pinterest

Tak lama lagi Ramadhan bakal menjelang tiba
Dengan itu, aku nak ucapkan "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1442H"
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya

Marilah sama-sama kita berdoa agar wabak Covid-19 segara berlalu
Agar dipermudahkan segala urusan kita semuanya
Agar semua orang dapat mengubat rindu dengan orang yang tak dapat ditemui disebabkan wabak ini
Lagi sedih bila orang yang dirindu sudah tiada di dunia
Moga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman
Aamiin