I'm Wa!

Welcome to my world of thoughts. Most of the time, I'm just talking to myself. Oh ya, I love foods so much and I hope I can share whatever it is that related to foods in here besides my thoughts. Thank you for visiting!

Thursday, October 30, 2014

One Week To Go



Bismillah...

30 Oktober..
Selamat hari lahir kpd beliau.
Walaupun sudah tiada, segala jasa baik beliau masih tetap dalam ingatan.
Al-Fatihah...

Seminggu lagi, aku akan balik.
Yeahhh.. Tak sabar rasanya.
Rindu dgn masakan Mrs. Ayahumi.
Rindu dgn adik beradik..
Huuu.. Nanti semua dah sibuk dgn kerja memasing, entah ada masa ke tidak utk bertanya khabar.

Balik cuti sem memang satu nikmat.
Dan kali ni, cuti sem aku diteruskan dgn praktikal.
Alhamdulillah dah settle ttg tempat praktikal.
Tinggal tunggu masa melapor diri je nanti.

Cuti sem kali ni cuma tiga minggu.
At least ada drpd tak ada langsung.
Dan 1 Disember start praktikal.

Actually aku ada lagi satu paper.
Tapi minggu depan.
So, take a break with KitKat.
*wink*

Tengah serabut tentang bebarang nak dibawa balik ni haa.. 
Boleh ke tidak nak mengangkutnya nanti, Wallahu'alam.

Okeyy.
Phir milenge chalte chalte.
See you soon, home.
Wassalam.

Friday, October 24, 2014

Salam 1436H



Bismillah...

Sedar tak sedar, dah akhir tahun.
Tahun Hijrah la, bukan masihi.
Hari ini Jumaat terakhir tahun 1435H.
Moga menjadi Jumaat terbaik sebagai penutup tahun ini.

Petang ni, lepas Asar or sebelum Maghrib, bacalah doa akhir tahun.
Sila google untuk keterangan lebih lanjut.
*wink*

Bila direnung kembali, tahun ini banyak mencipta kenangan.
Sama seperti tahun-tahun yang sudah.
Bezanya mungkin sebab dah dewasa.
*tangan dibahu, mata ke langit*

Esok tahun baru.
Sama-samalah kita berdoa agar diberi kesempatan utk bertaubat atas dosa-dosa yang lepas.
Moga kesilapan lalu dijadikan guru yang mengajar erti hidup.
Mana yang salah, betulkan.
Mana yang betul, istiqamahkan.

Aku mungkin tak sebaik manusia-manusia diluar sana.

Tapi aku berharap sangat kesedaran yang ALLAH berikan ini, berkekalan. 
*Aamiin..*
Moga dapat menjadi pembimbing, penguat semangat aku dalam hidup ini.
Sesekali akan wujud rasa bersalah dlm diri selepas melakukan kesalahan.
Tak banyak, mesti ada sikit.

Lumrah lah manusia ni melakukan kesilapan.
Normal lah kalau masing-masing sedar akan kesilapan yang dilakukan.
Berubahlah menjadi lebih baik utk mendapat hasil yang lebih baik.

Dunia ni sekejap cuma.
Walaupun kita rasa mcm nak mati sangat, at least bersyukurlah dapat hidup sihat wal afiat.

Hidup ni, tak semua yang kita nak, kita dapat.
Tak salah berangan, tapi ada baiknya kita berusaha mendapatkan apa yang kita nak.
Mana tahu, lambat laun dapat juga apa yang kita hajatkan?
Expect the unexpected.

Pernah tak rasa, waktu kita nak sangat sesuatu, kita tak dapat?
Bila dah tawar hati, sesuatu tu datang bergolek depan mata, macam hujan di musim banjir.
Tapi kita dah tak berminat.
Sebab apa?
Sebab tak bersyukur dengan apa yang ada.

Kita mungkin tak ada apa yang orang lain ada.
Tapi ingat, orang lain belum tentu ada apa yang kita ada.
Nampak tak yang masing-masing mahukan apa yg kita tak ada?
Walhal apa yang bagus pada kita belum tentu bagus pada orang lain, bukan?

Kenapa aku bebel macam ni?
Sebab aku selalu rasa mcm ni.
Rasa rendah diri sangat dengan diri sendiri.
Malu dengan kekurangan diri bila berdepan dengan org yang jauh lebih baik daripada aku.
Dalam diam, aku nak apa yang org tu ada.
Nampak tak yang aku ni manusia yang tak bersyukur?

Well, kalau nak dibanggakan apa yang aku ada...
Rasanya aku tak ada apa-apa nak dibanggakan.
Nothing much to be proud of.
Tapi dengan perasaan itulah aku sedar diri.
Aku sedar apa yang ada pada aku, bukan hak milik aku.
Jadi aku harus manfaatkan peluang yang ada utk menjadi insan yang berguna untuk masa depan.
Dan terus berusaha untuk jadi lebih baik.

Okey. Panjang sangat dah.
Terima kasihlah sudi membaca.
Sama-samalah kita berusaha menjadi insan yg lebih baik, berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Sekian..
Akhir kata, Selamat Menyambut Tahun 1436H.
Moga tahun ini lebih baik daripada yang sebelumnya. *Amiinn..*
Ampun maaf untuk segala kekurangan diri.
Phir milenge chalte chalte.
Wassalam..

Wednesday, October 15, 2014

Maaf..

Bismillah...

Maaf sebab dah terlalu lama tinggalkan blog nih.
Even aku tau tader orang sudi nak menjenguk..
Sobs.. Sobs.. Sobs..

Huu.. Tang mana aku nak start..
Okey.. Lepas raya hari tu, aku kembali menjadi seorang pelajar tahun akhir di PKS.
Segala assignment pastilah menimbun, seperti biasa.
*yawn*
Okey.. Ini bosan.

Hari tu, aku ada join demo Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi di Plaza Merdeka.

Actually, aku join sekadar suka-suka.
At the end of the day, demo tu buat aku rasa nak join lagi utk masa akan datang


Sejak duduk kat luar ni, rasa bebas sikit la.
Sikit.
Tapi tu laa, susah nak turun kelas.
Kalo turun pun, gerenti lewat laa.
Taper la, better late than never, kann?

Anyway, dalam dua minggu lagi aku nak finals.
Buat yang sedang menduduki finals sekarang, I wish you guys good luck and all the best.

Okeyy.. Sudah laa.
Phir milenge chalte chalte.
Wassalam..