I'm Wa!

Welcome to my world of thoughts. Most of the time, I'm just talking to myself. Oh ya, I love foods so much and I hope I can share whatever it is that related to foods in here besides my thoughts. Thank you for visiting!

Ramadhan 1442H

Tuesday, April 13, 2021

 Bismillah

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah
Diberi kesempatan untuk bersua dengan Ramadhan kali ini
Juga direzekikan menyambut Ramadhan bersama kedua orang tua
Makanya dimana lagi bakti harus ditabur kalau bukan kepada mereka
Tambahan pula masih belum mempunyai keluarga yang lain
Jangan salah faham ya?
Inilah dinamakan rezeki masing-masing


Bila tiba bulan Ramadhan, macam biasalah kan
Mesti tiba-tiba teringin nak makan macam-macam
Tiba-tiba semua benda nampak sedap dan menyelerakan
Hatta bunyi deburan ais pun kedengaran menggoda
Belum lagi bauan makanan yang menggoncang iman
Ditambah dengan bisikan paling berhantu
Ya Allah, sabar je lah kan

Makanya aku terfikir akan sesuatu
Patutkah aku berkongsi resipi makanan disini?
Tapi yang mudah je lah
Memandangkan aku bukanlah pakar sangat dalam bidang makanan
Selama ni pun memang sekadar membantu
Kalau aku buat sendiri, selalunya ke lautlah jawabnya
Kalau tak ke laut pun, aku suka tokok tambah ikut tekak aku
Tapi tengoklah nanti ya?
Inshaa Allah, semoga aku rajin nak kongsikan resipi

Dan seperti tahun lepas, inshaa Allah kami akan buka gerai depan rumah
Menu yang kami sajikan bukanlah makanan berat seperti nasi atau mi
Tapi lebih kepada kudapan, makanan minum petang
Macam donat, pau kacang, tart telur, dan yang sewaktu dengannya

Nak buat dan jual macam-macam waktu ni, kena fikir panjang
Semua orang nak jimat, semua orang tengah terdesak
Ya, semua sedia maklum
Jadi, sama-samalah kita bantu-membantu
Tak dapat hulurkan bantuan, kita doakan
Tak nak doakan, terpulang
Tapi mohon jaga perkataan
Janganlah kita cemari bulan mulia ini

Sebelum aku menutup kalam, saja nak kongsi waktu bersahur dan berbuka ditempat aku
Tepat pukul 5 pagi, dah Imsak
10 minit kemudian,  masuk waktu Subuh
Manakala waktu berbuka adalah 1832H atau 6.32 petang
Dekat tempat korang, macam mana?

Maaf kalau entri kali ni aku seakan terlalu formal
Janggal, bukan?
Cuma nak kekalkan penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya dalam entri
Ada juga beberapa perkataan yang aku dah betulkan 
Sebab sebelumnya menggunakan perkataan daripada bahasa Inggeris

Baiklah, sampai masanya untuk aku mengundur diri
Sekian, terima kasih kerana sudi membaca hingga ke noktah terakhir
Semoga berjumpa lagi
Jaga iman, jaga diri, jaga kesihatan!
Selamat berpuasa semuanya. 

Comments

  1. Kalau di terengganu, berbuka pukul 7.16 petang, imsak pukul 5.45 pagi hehehe.
    Selamat berpuasa! :)

    ReplyDelete