Nikmat Tuhan wajib kita bersyukur
Agar kita tidak kufur
Jangan salah gunakan nikmat Tuhan
ALLAH boleh mengambilnya bila-bila masa
Selain harga barangan, makanan dan servis yang dikenakan
Syukur adalah sesuatu yang boleh dikatakan mahal harganya
Berapa ramai yang benar-benar bersyukur?
Yang bukan sekadar mengucapkan "Alhamdulillah"
Ucapan "Alhamdulillah" tiada erti apa-apa
Kalau sekadar ucapan di lisan
Jika nikmat tidak dikorbankan untuk kebaikan
Untuk Tuhan dan hamba-hamba-NYA
Susah, bukan?
Lagi-lagi baris ketiga tu
Jika nikmat tidak dikorbankan untuk kebaikan
Kebaikan yang macam mana tu?
Kebaikan yang memang semata-mata kerana ALLAH, untuk ALLAH
Yang dibuat bukan mengharapkan balasan
Yang dilakukan dengan seikhlas hati walaupun tiada siapa memerhati
Yang dilaksanakan tanpa menunggu orang lain turut membantu
Pada akulah kan, "tolong doakan saya" pun boleh dikira mengharapkan balasan
Melainkan yang dibantu sememangnya mendoakan yang membantu tanpa paksaan
"Saya ikhlas nak tolong" pun diragui sebab ikhlas itu rahsia ALLAH
Tapi ada lagikah manusia yang boleh berbuat sesuatu tanpa mengharapkan balasan?
Hatta balasan dari Tuhan?
Susah, bukan?
Bahkan rasa terbeban pula bila difikirkan
Bukan untuk mempersoalkan keikhlasan sesiapa pun yang berbuat baik
Tapi sekadar untuk menyedarkan diri sendiri
Yang adakalanya dalam sibuk berkata-kata pun masih serba kekurangan
Kerana diri sendiri pun masih khilaf dalam membuat kebaikan
Entah diterima atau tidak, ALLAH saja yang tahu
Kadang aku sendiri pun rasa sebal bila mendengarkan ayat "dalam rezeki kau, ada rezeki aku"
Bukan aku menidakkan bahawasanya rezeki itu perlu dikongsi
Tapi ada sesetengah manusia suka menyalah gunakan ayat tersebut untuk kepentingan diri
Kalau begitu, dalam rezeki dia pun ada rezeki aku, bukan?
Bila aku memulangkan kembali ayat tersebut kepada orang sebegitu, hanya cemikan yang aku terima
Eh, pandai pula geram, ya?
Dalam al-Quran sendiri ada memberitahu
Maka kita seharusnya bersyukur
Terus-terusan bersyukur untuk sekecil-kecil nikmat
Yang kelihatan mahupun tidak
Tapi seperti tajuk entri ini, syukur itu memang mahal
Kita hanya akan sedar bila dah tak ada
Oftentimes we took things for granted
And we don't know what we've got until it's gone
Marilah bersama-sama kita hitung nikmat yang telah diberi
Agar kita lebih bersyukur
Kalau hendak dihitung
Tidak mungkin dihitung
Walaupun melalui komputer
Nikmat iman dan Islam
Nikmat udara sehinggalah kita sesak nafas dan dimasukkan ke ICU
Yang harganya boleh dirujuk pada gambar
Sedangkan Tuhan beri percuma seumur hidup
Nikmat sihat tubuh badan
Bila ada sesuatu masuk ke dalam mata, kita jadi serba tak kena
Bila hidung tersumbat, kita jadi lelah
Bila ulser muncul dalam mulut, kita hilang selera makan
Apalagi kalau patah riuk
Terlalu terbeban rasanya
Kalau ditulis satu per satu nikmat yang Tuhan berikan
Terlalu banyaknya
Dan kalau dikira harganya setiap satu
Seisi alam pun tidak mampu membayarnya
Justeru bersyukurlah punya ALLAH yang Maha Baik
Maha Pemurah, Maha Kaya
Banyakkan beramal ibadah kerana-NYA
Dan aku pernah mendengar satu ceramah yang menyebut
Solat lima waktu itu bukanlah ibadahItu adalah suatu kewajipan bagi umat IslamIbadah itu bukan suatu kewajipan tetapi ia tetap dilakukan
Menurut kefahaman aku, apa yang disampaikan oleh penceramah tersebut benar belaka
Kalau kita menganggap solat fardhu lima waktu itu adalah suatu ibadah
Maka apakah seumur hidup kita hanya akan mengerjakan solat pada asasnya sahaja?
Yang wajib pun terasa berat, apalagi yang sunat
Apa amal ibadah lain selain solat lima waktu itu mendatangkan pahala buat kita?
Jika pekerjaan kita tidak diniatkan kerana ALLAH, maka sia-sialah kita membanting tulang mencari rezeki
Berniaga misalnya, hanya kerana ingin mendapat untung
Supaya kaya, dapat berkereta besar, rumah sebesar istana
Tapi jangan lupa bahawa setiap satu harta yang kita punya
Semuanya akan dihisab di akhirat kelak
Sebelum aku terlanjur mempersoalkan segalanya
Dan membuatkan pembaca merasa kurang senang
Aku memohon maaf diatas segala salah silap tutur perkataanku
Yang aku nukilkan disini kebanyakannya adalah untuk menyedarkan diri sendiri
Cuma aku sedar, segala yang aku lontarkan disini
Mungkin agak kasar bahasanya
Maaf sekali lagi
Pamit dulu ya
Banyak rezeki dan nikmat yang Allah beri. Marilah kita sentiasa hadirkan rasa syukur kepadaNya...
ReplyDelete