I'm Wa!

Welcome to my world of thoughts. Most of the time, I'm just talking to myself. Oh ya, I love foods so much and I hope I can share whatever it is that related to foods in here besides my thoughts. Thank you for visiting!

Thursday, March 29, 2012

Going Insane




WARNING!
to all readers, even though I don't know who you are, just simply read and if you don't mind, give me a comment. 
any 'crap' language are regrettable coz I'm not in good mood. 
~harap maklum~

Aku nga sakit kapla dowh! 
Dah la dengan kebluran tak tau nak g mana, tambah g dengan kesengalan bahu belah kanan nih. Berganda-ganda rasa nak sepak orang. Heck!

Anyway, aku memang tengah tersangat-sangat tension yang teramat dahsyat. 
Jangan spray even minyak wangi pun kat aku. 
Silap hari bulan tahun, aku pelangkung jugak sapa yang buat pencemaran bunyi sekitar aku nih.

Aku tengah SAKIT HATI! SANGAT-SANGAT!
Sebab?
Sebab aku tak di beri pilihan untuk menentukan apa yang aku nak.

Beb, dari aku dalam uterus lagi parents aku buat keputusan untuk aku. 
Eh, come on laa... Aku dah 18 la sekarang. 
Takkan aku ni samdol sangat nak buat pilihan untuk future aku sendiri. 

Anak orang dapat lebih kurang cenggana aku dapat, reaksinya begini :
"Alah, budak tu sekolah kat ----tttuuuttttt----. Ada tuisyen. Tak heran la..."
 Bagi aku, sepatutnya dia bagi reaksi yang cenggini :
"Bagus lah tu. Orang sekolah ----tttttuuuttt---- pun dapat lebih kurang macam kamu. Banggalah sikit..."

Hmm.. Nak nyesal dengan result yang 'camtaik' tu pun, terang-terangan la tak berguna. 
Heh, at least dengan result yang 'camtaik' tu, aku dah sangat SANGAT sakit kepala tau. 
Belum lagi dapat result yang sangat cantik! 
~nampak tak manusia ni tak reti nak bersyukur?~

Dan aku baru aje abis ngisi part separa perubatan kat area SPA nu haa... 
Dah orang suruh kita wat cenggitu, wat je laa...
Kat IPG plak, aku tak dapat nak bukak pasal ramai sangat lepasan SPM yang nak daftar jadi chegu. 
Dan aku tergolong dalam golongan e2 even aku tak mahu. ~TAK MAHU!!!!!~

Layan kejap lagu nih, biar bersepai cerebrum aku.




Aku layan aje laa mamat 'epilepsi' tujuh orang yang under Cube Entertainment ni. 
Group ni namanya BTOB or short form daripada Born To Beat. 
~bakpo xplen pepanjang pasal depa? search laa sendiri...~

Aku chow dulu. Wan an... Nite. Selamat malam...
Wassalam...
~ampun maaf atas segalanya~

Thursday, March 22, 2012

Debaran Sudah Berakhir, Penyesalan Pula Tiba



Hye to all readers <perahsan femes>

Hari ni result SPM kuar dan aku adalah salah seorang calon SPM 2011 yang agak kecewa dengan result aku sendiri meski aku sendiri yang jawab paper yang mengecewakan diri aku sendiri <dan juga parents aku>.

Sadis dan tragis rasanya bila sekadar mendapat 4A <at least ada A>. 
Dulu bukan main lagi aku pernah cakap kat orang, jangan suka aim tetinggi, kang jatuh gegolek, bukan sedap ooo... 
Dan sekarang, kata-kata itu ibarat chewing gum yang di ludah keluar tapi masih mahu melekat dalam mulut <datang la sawan bahasa aku>.

Hmmm... anyway, aku nak ucapkan bebanyak terima kasih dan lots of thanks kepada semua orang yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung yang menyebabkan aku mendapat result yang tidak-perlu-untuk-aku-terangkan.

Special dedication to all my beloved teachers :
Miss Nur Zatil Bayani, Mdm Dayang Laila, Mdm Emily, Mdm Huong, Mista Mizan, Mista Albert, Miss Wong, Mdm Loretta, Miss Teong, Miss Susan, Mdm Tan, Miss Alice and all SMKBM teachers.

Kepada yang kaciwa dengan result yang sesangat meremukkan hati, pesan temanku, bersabarlah.
Tambah pula kita masih muda, banyak lagi yang kita perlu tempuhi untuk terus berjaya. 
Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya. 
Tapi kalau dah banyak kali gagal, sah-sahlah bangap. <no offense>
Segala kejadian, pasti ada hikmah di sebaliknya. 
Janganlah sebab SPM tak straight A+'s terus nak commit suicide. 
Come on la, live your life. 
Hargai setiap benda yang DIA anugerahkan.

Whoops! Aku kerja esok dan aku perlu rehat secukupnya sebelum menjawab segala soalan daripada orang yang ingin tahu tentang result aku. 
Okeh, itu sajalah. Aku beredar dulu. 
Akhir kata, terimalah segala ketentuannya dengan hati yang terbuka kerana DIA Maha Tahu segala keperluan kita. 
Adios.

Thursday, March 15, 2012

Serabai and Reminiscence



Fuyooo... lama gila aku dah tak berkisah kat sini. 
Busy mengalahkan menteri. 
Hmmm... 21 Mac ni karang, result kuar. 
Aku tak tau laa cenggana rupa result aku tu. 
Haraplah ala-ala pelangi. 
Jangan berbelang udah lerr..

Meantime, aku nak wish kat kawan aku yang sama keja ngan aku. 
Nama dia Faezah. Tapi aku sempoi je panggil dia Pija. 
Hari ni besday dia. So, congrats! 
You're 18 now... sekati kau laa nak buat apa lepas ni. hahaha <ada ke cenggitu?>

Bila aku tengok my bestie's blog, wow... her blog kinda awesome. 
Tak macam aku punya. Purbakala punya blog. Hampeh.

Aku harap sangat yang lepas dapat result aku terus dapat sambung belajar. 
Rindu gila tahap babuntal cipan arr nak belajar. 
Dah muak dah nak kerja. 
Bosan tahap cerebrum pun longgar dah. 
Ok, itu meraban.

Aku nak tulis apa lagi, ek? 
Kontang dah idea aku ni sejak aku kerja macamlah aku ni workaholic sangat. 
Hakikatnya aku ni eataholic + sleepaholic adalah. 
Eh, ada ke frasa tu? Taram aje laa.
Ok, ini klise. Bosan sungguh laa aku ni. 
Dah, berenti baca coretan aku. 
Baik ko tekan ikon 'home' tu daripada kau terus membaca. 
Sawan apa...

Di malam sepi pak ali jual sapi,
Sapinya lepas pak ali jual kipas,
Kipasnya koyak pak ali jual tempoyak,
Tempoyaknya basi pak ali jual nasi,
Nasinya enak pak ali jual anak,
Anaknya hilang pak ali jual gelang,
Gelangnya patah pak ali jual getah,
Getahnya putus pak ali terus mampus...
~ini tanda-tanda yang aku rindu gila dengan zaman bebudak aku dulu.~

Bebudak zaman sekarang, mana reti nyanyi lagu ni. 
Yang depa tau, angry bird, smurfs, lagu Salena Gomez 'Love You Like Love Song', paling cikai pun depa konfem akan nyanyi lagu Wondergirl 'No Body'. Heck!
Ketara sangat yang bebudak zaman sekarang ni, apa pun tak boleh!

Rindunya aku nak main jadi, main teng-teng, batu seremban, zero point, main 'england-thailand-scott-away-inside-outside-inside-out', main getah pemadam, main sorok-sorok, yang paling canggih waktu tu, permainan Beyblade.

Pergh! Kalau bawa g skola, konfem kena rampas oleh cikgu. 
Beyblade mahal woo waktu tu. 
Hehehe... zaman aku tak main gasing coz beyblade ada. 
Layang-layang pun macam terbang tidak mahu, mendarat pun tidak juga.

Dah laa.. Malas aku nak meraban tetengah malam ni.
Esok keja. K laa...
Chow dulu...