I'm Wa!

Welcome to my world of thoughts. Most of the time, I'm just talking to myself. Oh ya, I love foods so much and I hope I can share whatever it is that related to foods in here besides my thoughts. Thank you for visiting!

Thursday, March 18, 2021

Damai

Bismillah

Alhamdulillah, dapat keluar menikmati keindahan alam
Bayu petang dan deruan ombak yang memukul pantai
Limpahan cahaya semula jadi daripada matahari yang menyinar
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Benda yang aku paling suka selain pantai adalah awan
Untuk yang rindu dengan langit Sarawak
Atau mungkin rindu dengan pemandangan seperti gambar di bawah
Mesti tahu kan, pantai mana yang aku maksudkan


Inilah Pantai Damai, Santubong
Disebalik awan itulah dia Gunung Santubong
Bukan gambar bersumberkan internet tau
Aku sendiri ambik guna telefon biasa-biasa je
Inshaa Allah nanti ada rezeki jatuh dari langit
Nak jugak pakai iPhone 11 Pro Max 512GB
Haa masa tu inshaa Allah kualiti gambar aku lebih baik

Oh ya, masa aku sampai dekat Damai sekitar jam 1650H
Subnahallah, teriknya mentari masa tu
Boleh tengok betapa terseksanya aku nak buka mata dalam video dibawah


Panas tak panas tu, pedih jugaklah muka
Walaupun dah pakai sunscreen SPF50+ PA+++
Maybe I should reapply before I face the sun 
Tapi tak apalah, bukan selalu terlebih vitamin D 

Sejujurnya, aku lagi suka Pantai Tanjong Lobang
Kalau nak berpiknik, aku suka Luak Esplanade
Pada akulah kan, kedamaian yang aku cari tak ada di Pantai Damai
Oh, aku lupa satu lagi tempat aku suka tengok ombak
Coco Cabana ataupun Marina 

Dan selalunya bila aku merenung pantai atau awan
Lagu yang automatik terngiang-ngiang di telinga adalah 'Cinta Arjuna'
        Kupeluk indah manisnya cinta
        Semuanya terasa indah
        Bagai di alam cerita cinta
        Hadir bahagia selama-lama

Kalau tak pun, mesti lagu 'One Day'
        One day I'm gonna fly away
        One day when heaven calls my name
        I lay down. I close my eyes at night
        I can see morning light

Hari ni memang nak bercerita tentang pantai je kut
Pernah dulu nak pergi Desaru
Tapi sebab panas sangat, tak jadilah ceritanya
Inshaa Allah kalau ada rezeki pergi Johor lagi
Nak ke Desaru dengan anak-anak buah 
Entah bilalah tu kan?

Baiklah, aku rasa cukup sampai disini saja
Perihal pantai dan awan yang aku kongsikan
Moga terubat rindu dengan pantai dan matahari
Suatu masa nanti bila aku baca kembali apa yang aku coretkan
Terasa bagaikan di Damai

Guten morgen welt!
Phir milenge chalte-chalte :)

Monday, March 15, 2021

Hanna



Bismillah

Malam tadi lepas habis marathon Ocean's Series (Ocean 8. 11. 12 and 13)
Aku tertarik untuk menonton Hanna seperti dalam gambar
Ini cerita tahun 2011 
Ya, aku tahu cerita lama
Sedikit sebanyak aku rasa "ish, kenapalah aku lambat discover cerita ni"
Well, better late than never, right?

Oh ya, kali ni aku malas lah nak bagi personal rating untuk filem yang aku tonton
Sebab aku rasa personal rating aku macam tak relevan 
Terutamanya buat penggemar filem, pembikin filem atau sesiapa saja yang terlibat dalam industri perfileman
Jadi kita refer pada yang lebih berkelayakan 
IMDb rating 6.8/10 
Rotten Tomatoes 71%

Beralih kepada barisan pelakon
Watak Hanna disandang oleh Saoirse Ronan
Saoirse Ronan ni kalau pernah tengok Little Women, ha dialah tu
Manakala watak anatogis dalam ni adalah Marissa Wiegler yang dipegang oleh Cate Blanchett
Cate ni antara pelakon kegemaran aku
Lagi-lagi kalau beliau bawa watak yang cold, heartless, brutal gitu
Beliau dengan Charlize Theron memang idola betul 

Disebabkan aku memang peminat filem yang bergenre sebegini
Yakni action, thriller, spy thingy, conspiracy gitu
Kalau pernah tengok What Happened to Monday, Anna, The Red Sparrow mesti dah boleh agak flow cerita ni






Or mungkin pernah tengok German series, Biohackers
*hampir sama tapi tak serupa



Apa yang aku boleh simpulkan
Hanna dengan Mia (Biohackers) memang lebih kurang
Sebab keduanya adalah hasil program yang bertujuan untuk mewujudkan manusia yang sesuai sifatnya terutamanya dalam bidang ketenteraan

Bagi yang kurang gemar dengan aksi pembunuhan yang agak brutal
Do watch Hanna at your own risk
Sebab aku sendiri pun berlindung disebalik bantal bila part bunuh-bunuh ni
Tapi masih jugak nak tengok

Muzik bagi filem Hanna ni bagi aku sangat memainkan peranan
Kesannya lagi gempak, teruja, berdebar-debar dan tak senang duduk dibuatnya
Nasib tengok sorang diri, jadinya orang pun tak sakit hati
hahahahaha

Dekat instagram aku malam tadi (pagi) aku share 
Dan aku cakap Hanna dengan Anna mungkin adik-beradik
Sebenarnya tak pun
Hanna orang German, lahir dekat Poland
Anna pulak orang Russia
Jauh tu... 

Lepas dah habis tengok cerita ni
Aku baru tahu yang Hanna ni dijadikan series dah 
Malangnya dekat Amazon Prime sahaja 
Tunggulah nanti aku lepas aku unsub Netflix 
AP ada student price pulak tu, untung siapa masih student
Jangan tanya aku apa requirement AP ni 
Aku tak tahu

Baiklah, itu sahaja kupasan filem aku kali ni
Aku tak buat sangat movie review sebab aku rasa nanti aku pergi buat rumusan
Nanti golongan yang tak suka spoiler marah
Mungkin ada yang tak kisah, tapi aku lebih suka kalau korang tengok sendiri
And please do not use that 1.25x or 1.5x speed (Netflix ada benda ni) while watching Hanna
Cerita ni mungkin agak lama, almost 2 hours long
But it's all worth it 

Ciao!
phir milenge chalte chalte


Monday, March 8, 2021

Sempadan


Bismillah

Di zaman dunia tanpa sempadan
Dimana kebebasan bersuara dijadikan amalan
Dimana semua punya pendapat untuk dinyatakan 
Dimana ramai yang ingin berkongsi pengalaman

Ada yang cuba bangkit dari terus ditekan
Ada yang sekadar meluahkan perasaan
Ada yang hanya inginkan perhatian
Tak kurang juga ibarat haiwan mencari makan

Mungkin asalnya hanya sebuah perkongsian
Namun siapa tahu soal hati dan perasaan
Ada yang terguris dan ada yang terkesan
Apa yang dibaca dikongsi bersama rakan taulan
Agar lebih berwaspada dan mengambil pengajaran

Ada yang yang membaca tanpa perasaan
Ada yang terus menyokong tanpa perlu penjelasan
Ada yang terus membuat rumusan
Ada juga yang memilih untuk tidak mengendahkan
Bahkan ada yang hanya diam dan memerhatikan

Ada yang menilai berdasarkan pembacaan 
Ada yang gigih membuat kajian
Ada yang menganggap itu hanyalah sebuah rintihan
Ada yang tidak faham mesej yang ingin disampaikan
Ada yang menyampuk walhal tiada kaitan
Seolah-olah mereka turut berkongsi keadaan

Dunia terus membangun tanpa sempadan 
Ramai yang leka dalam arus pemodenan 
Berkongsi segalanya tanpa malu dan segan
Tanpa sedar mudah saja dosa dilakukan
Baik buruk yang dulunya ditutup Tuhan
Kini kepada dunia dipertontonkan

Perkongsian itu dijadikan topik perbualan
Segala yang terbaharu hangat diperkatakan
Atas nama berkongsi idea dan pandangan
Perbezaan pendapat berakhir dengan pertelingkahan
Sehingga timbul isu saman-menyaman
Tidak tahu pihak mana yang harus disebelahkan

Inikah dunia baharu tanpa sempadan?
Yang manusianya sudah hilang perikemanusiaan
Yang wujud hanya kebencian
Belas kasihan dan ihsan diambil kesempatan
Sungguh, manusia itu dalam kerugian

eidaadie 
081931H MAC 2021
94300

Tuesday, March 2, 2021

Sendiri


 
Bismillah

Di usia sebegini
Siapa saja mahu sendiri
Masing-masing berlumba-lumba mencari rusuk kiri
Agar ada yang menemani
Mendepani hari-hari yang dilalui
Agar hidup tidak terlalu sunyi
Agar ada yang menghiburkan hati

Namun hakikatnya
Berapa ramai yang hatinya masih sepi
Meski sudah punya anak dan isteri
Telefon pintar juga yang masih diusung ke sana sini
Tanpa sedar banyak hati yang dilukai
Tanya pada diri
Sudahkah membetulkan prioriti
Andai yang paling utama itu bukan ILAHI
Alangkah malang sekali

Semoga kita terus memperbaiki diri
Kerana bahagia itu bukan semestinya dengan harta duniawi
Bukan juga anak dan isteri
Periksa kembali  
Apa tujuan asal kita ke dunia ini

- eidaadie 
022332H MAC 2021
94300