I'm Wa!

Welcome to my world of thoughts. Most of the time, I'm just talking to myself. Oh ya, I love foods so much and I hope I can share whatever it is that related to foods in here besides my thoughts. Thank you for visiting!

Friday, May 18, 2018

Ramadhan 1439H




Bismillah...
Assalamualaikum w.b.t

Selamat menunaikan rukun Islam yang ke-5 kepada seluruh umat Islam di dunia!
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan
Kedatanganmu penuh berkat
Kehadiranmu penuh rahmat
Maka janganlah kita sia-siakan kedatangan Ramadhan kali ini

Syukur alhamdulillah, isu pilihan raya kian beransur
Dan semua rakyat Malaysia sangat terharu dan kagum dengan Tun M
Semalam DS Anwar Ibrahim pun dikeluarkan
Doaku semoga Malaysia terus aman, damai, harmoni, berkasih sayang dan bersatu padu
Aamiin ya Rabbal Alamin
**doa masa bulan puasa, inshaa ALLAH makbul

Ramadhan kali ini aku sambut di Kota Samarahan
Walaupun ada niat untuk merahsiakan keberadaan aku di bumi ini
But well, actually no one is looking for me
As if I'm the most wanted person lah konon
Nak rahsia-rahsia bagai
Actually, I don't like to share everything with the world
But since I'm no one, why not?
I mean, who even cares about my existence?
CIA? NASA? **smirks*
NO ONE!

Jadi, kadangkala berahsia itu kelihatan misteri
Dan juga mengundang sifat ingin tahu
Tetapi seringkali juga mendatangkan rasa jengkel
Seolah-olah aku ini insan yang paling dikenali
Tapi, kalau aku dikenali ramai
Pastilah data aku semuanya bergelimpangan di internet
Google nama aku, nah!
Emmm... Ada gambar aku lah... ><

Tapi itu untuk urusan P&P
Dan gambar aku tersebut proper je
Bukannya yang tidak-tidak
(Nauzubillah min zalik!)

Okay...
Berbalik kepada tajuk diatas
Tahun lepas
Aku meraikan Ramadhan dengan younger sis di kediaman beliau
Still somewhere in Malaysia
But my parents didn't know about that
Because there's a thing that happened to me 
Which also they didn't know about that
So, do me a favour, please?
If you guys happened to know my parents
Please don't mention what happened last year to them
They know nothing about it!

It's not like I'm being such a rebellious child 
It's just, I don't want them to worry about me
They worried enough about my siblings and I while we were kids
And knowing that, I think I shouldn't let them worry anymore
Besides, we are all adults now
So, the choices is ours
Urmmm.. it depends actually
But, I'd prefer saying sorry instead of asking for permission
Just like what Datuk Ustaz Kazim Elias said in one of his ceramah
*hihihihi*

Ramadhan di Sarawak is a bless
Sungkai (or maybe sungkey?) lebih awal berbanding Semenanjung
Tapi sedikit lewat berbanding Sabah
Yang penting, I have what I want to eat 
Bazaar Ramadhan in such approachable distance
Tak macam tahun lepas
Which we had to go to the bazaar before 
Or else, you'll be breaking your fast in the car later

Teringat kenangan kat bazaar Ramadhan tahun lepas
"lagi sepuluh menit, bukanya di sini"
*hahahahahahahaha*
Situasi tersebut berlaku disebabkan warga asing tersebut mengejar waktu berbuka
Dan kawannya masih sibuk mencari-cari makanan
Makanya temannya itu sebal!
*it's normal if you read it in Indonesian slang*
Aduiii... aku asyik sebut benda tu je kat adik aku lepas tu

Sebenarnya apa yang aku nak sampaikan?
Aku sendiri pun tak pasti
ALLAHU...
Ramadhan kali ni, aku berjaya terawih sendirian
Sebab aku bukan jenis manusia yang rajin ke surau
Makanya tiada masalah untuk terus beribadah meski tiada siapa tahu
Biarlah itu menjadi rahsia antara aku dan Tuhanku

Minggu depan aku punya satu paper
Paper ICT on 23rd May
And in few weeks time, I'll be home
YEAAAYYY!!!! 

Cukuplah rasanya aku membebel di bulan puasa ni
Sekian sahaja
Ampun maaf zahir batin andai tersalah kata terusik jiwa
Wassalam

Tuesday, May 8, 2018

Kosong




Bismillah...

Sejak kebelakangan ni
Aku asyik rasa nak menulis je
I don't know why
Tapi aku rasa macam....
K.O.S.O.N.G

ALLAHU...
Kenapa perasaan yang tidak-tidak ini hadir?
Kenapa aku melayan perasaan ini?
Kenapa aku tak gunakan masa yang ada untuk buat assignments?
*tepuk dahi*

Esok seluruh rakyat Malaysia yang dah mendaftar jadi pengundi akan keluar menjalankan tanggungjawab mereka
Termasuklah aku
Sebab aku memang kena mendaftar mengundi
Salah satu sebabnya adalah hanya kerana aku anggota PSSTUDM
*wait, whaaaaatt?*

PSSTUDM is a short form for Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara DiRaja Malaysia
Well, since I'm under PALAPES Udara, of course lah under PSSTUDM

Hmmm...
Dah balik rumah tapi it doesn't like home anymore
You know, that feeling of home..?
I don't feel it anymore
Maybe because my ummi wasn't there
:'(

Ummi pergi umrah dengan Cik Yot semua lah
Tengah bulan ni baru balik
Which is a few days after I'm going back to Kuching
Nak ponteng kelas lagi mana dapat
Ni dah nak minggu kritikal
Dahlah banyak kerja sekarang
Tapi aku boleh ignore all those assiignments 
And instead I binge watching Marvels' movies 
Such as Captain America, The Avengers, Thor, even Black Panther
Not to forget, Infinity Wars

ALLAHU...
Apa nak jadi ni...?!!!
Benci betul dengan diri sendiri yang malas yang amat
Padahal untuk diri sendiri jugak
Bukan untuk orang lain

Sebenarnya aku jadi macam ni sebab frust hari tu ummi tak izinkan join SL1M
Hmmm... kalau dikenang benda tu, menyakitkan hati sangat
Boleh bikin nangis
Sebab?
Peluang dah ada depan mata, tapi ditolak
Ibaratnya ada orang datang nak bagi parcel depan rumah
Ketuk-ketuk pintu, siap posmen cakap tu parcel kita
Tapi kita cakap tak ada order apa-apa daripada sesiapa
Jadi, kita pun tutup balik pintu
Dan biarkan posmen balik dalam keadaan confused
Sebab posmen bukan tahu pun yang tu kita punya ataupun tidak
*angkat bahu*

Sampai bila nak harapkan benda datang bergolek?
Kita mesti usaha untuk berjaya
Yet, orang yang ajar aku benda tu lah turn away bila diberikan peluang
Terlampau percaya akan kata-kata orang yang kononnya boleh dipercayai

Humans
Kadang-kadang kita tak sedar
Orang sekeliling kita ni tak suka pun tengok kita bahagia, hidup senang, lebih daripada dia
Dalam dia tersenyum tengok kita dengan keluarga kita
ALLAH saja yang tahu apa yang ada dalam hati dia
Bukan nak ajar orang untuk berprasangka buruk terhadap semua orang
Tapi, that's the truth of what people around you nowadays
They can't even be trusted 
Keluarga ke kawan tahap BFFFFFFFFF level mana pun
F kau punya BFF tu dalam diam ada f*** nya jugak
Sendiri mau ingat jugak

Okay
Asar dah masuk di Kesultanan Lapagry
Kami di sini tak pakai lah Kingdom of Asgard or Wakanda
hahahahaha
Nampak sangat terpengaruh dengan Marvel
Astaghfirullah al azim

Sekian
Ampun maaf andai terkasar bahasa, terasa di jiwa raga
Ampun maaf zahir batin
Semoga lepas ni aku menulis benda yang bermanfaat lagi
Iloveyou in case I die :)
Wassalam


** psst... aku baru dapat berita YO aku, Leftenan Muda Zaidy, 
beliau meninggal dunia sekitar jam 2 petang 8 Mei 2018
Al-Fatihah, semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman 
Aamiin 

Monday, March 26, 2018

Terlalu Lama




Bismillah...

Terlalu lama rasanya aku tinggalkan dunia blog
Terlalu lama rasanya aku 'sibuk' dengan jadualku sebagai seorang pelajar
Terlalu lama rasanya aku berpanas, berhujan, bermandi peluh, air mata dan darah
Terlalu lama rasanya aku menyimpan 'sabar' selama menjadi pegawai kadet
Terlalu lama rasanya menahan hati dengan semuanya

Ya, aku tahu itu pilihanku sendiri
Tiada siapa yang memaksa
Tapi aku juga berhak memilih bahagiaku sendiri
Andai menjadi pegawai kadet (soon to be Young Officer) itu berbaloi
Akan aku teruskan dengan segala kudrat, daya dan upaya yang ada
Andai bukan kerana dijanjikan kolej dan elaun
Pastinya aku sudah entah di mana
Mungkin juga menjadi panda yang debab dengan jayanya

Sebulan setengah, dan semester ini akan berakhir
Pulang ke kampung halaman dan berpuasa bersama
Lebaran dirai dengan yang tercinta
Mana yang bersuami, tahniah kerana anda meraikan Syawal di tempat orang
Mana yang masih sendiri, tahniah kerana masih boleh bereksperimen membuat kek
Dan juga biskut serta lauk-pauk untuk pagi raya
Tak dilupakan juga, tidur nyenyak tanpa gangguan atau tangisan
**jangan kecam sis, sis tak maksudkan sesiapa 


Semoga kali ini, pilihanku tidak salah
Memilih untuk menyambung belajar
Dan rela menelan kata-kata yang menuduh nista
Yang berkata aku belajar hanya untuk melarikan diri
Memilih untuk mengambil program Linguistik
Dan rela bernanah telinga mendengar kutuk maki
Yang berkata bahawa linguistik ini tiada pasaran

Sesungguhnya aku berhak menentukan hidupku bagaimana
Bukan aku hendak mendabik dada atau menyombong megah
Terang-terangan ini jalan hidupku
Yang akan menjalaninya adalah aku
Lantas mengapa kalian enggan menyokong aku untuk hidup bahagia?
Mengapa kalian mencemuh banding antara aku dan yang lain?
Apakah kalian suka melihat aku tersungkur?
Atau kalian menginginkan aku mengalami depresi?
Atau mungkin kalian punya minat melihatku di dada akhbar?

Berhentilah mengata
Berhentilah mencemuh
Berhentilah membanding
Segala perbuatan itu hanya akan mengundang dosa
Bukannya menambah berkat apalagi pahala
Tidak penatkah menyibuk akan hal orang?
Hidup anda sendiri tidak cukupkah dramanya?
Tidak letihkah berfikir masalah yang tiada kena-mengena dengan kalian?
Cukuplah, cukup!

Sedarlah diri
Rumah kata pergi
Kubur kata mari
Janganlah lalai berwhatsapp hari-hari
Janganlah leka scrolling Facebook tiap ketika
Janganlah menjadi manusia bertuhankan internet
Tanpa wifi atau data, hidup serba tak kena
ALLAHU....

Baiklah
Itu saja yang aku ingin luahkan
Hal yang pada mulanya sangat menyakitkan hati
Dan saat jemari ini bermain di papan kekunci
Ia terus-terusan menari dan mencoret kata hati

Sesungguhnya zaman dah berubah
Suatu ketika dahulu, hatiku akan lega
Seusai menulis rasa hati ke dalam buku
Seiring mata pena melorekkan aksara
Titis demi titis air mata mengalir
Merasa diri sendiri meski ramai
ALLAHU...

Betapa KAU sangat dekat
Betapa aku tidak bersyukur
Punya ENGKAU yang Maha Mendengar
Lagi Maha Melihat
Semoga kita semua sedar
Bahawa kita tidak pernah keseorangan
ALLAH tidak pernah jauh
Cuma manusia sering menjauhkan diri
Bayangkan bait-bait lirik Sufian Suhaimi itu
Merujuk kepada hubungan kita dengan ALLAH
Tidak malukah kita?
Tepuk dada, tanya hati
Semoga masih punya nurani yang suci

Sekian
Ampun maaf untuk segalanya
Wassalam.