I'm Wa!

Welcome to my world of thoughts. Most of the time, I'm just talking to myself. Oh ya, I love foods so much and I hope I can share whatever it is that related to foods in here besides my thoughts. Thank you for visiting!

Thursday, April 7, 2011

Teng Xue Rong @ Nurliza Dalam Kenangan





Hmmm... semuanya berlaku hari ni macam dalam mimpi, drama, novel, filem dan cuma sebuah penipuan. Yang aku tahu, sekarang mata ni bengkak. Tak pernah seumur hidup aku, hilang orang yang terdekat, yang lebih muda daripada aku. God!!!


Ceritanya cenggini...


Tahun 2010, aku ngan adik aku masuk situ. Aku tau yang adik aku kawan dengan arwah. Tapi, sejak bila adik aku rapat dengan arwah, aku tak sure sangat. 
Bagi aku, sesiapa yang berkawan dengan adik-beradik aku, konfem kawan aku jugak. 
Aku kenal arwah, macam tu-macam tu je. Aku tau siapa nama dia, birthday dia, serba sedikit aje lah... tak banyak. 
Yang tak banyak tu pun, dah cukup membuatkan aku menangis gila pagi tadi...


Menurut mak arwah, arwah memang dah sakit dari kecik lagi. Tapi pihak hospital tempat mak arwah lahirkan arwah, lambat detect penyakit arwah. 
Masa mak arwah balik kampung dia (masa arwah darjah 4 & 5), arwah selalu sakit. Mak arwah bawa arwah pergi hospital, pihak hospital dapat tahu yang arwah ada masalah dengan jantung. Tapi, doktor cakap, darah arwah dah bercampur dan pihak hospital tak dapat buat apa-apa dah. It's too late. 
Doktor pun cakap dengan mak arwah, yang arwah cuma dapat bertahan selama tiga bulan.  Mak arwah pun reda aje lah time tu.


Alhamdullilah... arwah masih dapat bertahan hingga pagi tadi (07 April 2011). Yang sedihnya, mak arwah sendiri cakap kat bekas guru kelas arwah yang masa arwah tinggalkan dia pun arwah tak nak dia ada kat situ. 
Arwah nak sangat makan pau sayur kegemarannya. Masalahnya, kedai belum bukak lagi. 
Lepas tu, ayah tiri arwah cakap kat mak arwah, balik dulu. Siap-siap untuk stay semalaman kat wad, temankan arwah. 
Mak arwah pun balik. Kembali ke hospital, mak arwah pergi lah beli pau. Tapi, tak jadi beli sebab doktor cakap yang arwah dah pergi. Mak arwah pun lari pergi naik ke wad. Mak arwah cuba panggil arwah, tapi arwah tak jawab.


Kami, kawan-kawan arwah, baru dapat tau yang arwah dah tak ada lepas habis waktu rehat. Itu pun melalui orang lain. Bukan daripada cikgu. Semua cikgu tau yang arwah dah tak ada, tapi bukan nak maklum kan pada yang rapat dengan arwah. Sampai hati cikgu buat kami macam tu. Selaku kawan, aku dengan krew-krew drama(kebanyakannya bekas kawan-kawan sekelas arwah) pergi serbu bilik pengetua.

Dekat-dekat pintu pagar, cikgu drama kami tahan.
"Nak pergi mana ni? Siapa izinkan kamu semua keluar ni?"
"Kami nak pergi tengok kawan kami cikgu."
"Iya lah. Dah minta izin? Dengan siapa?"
"Kami minta dengan pengetua, cikgu. Dia yang suruh kami pergi tadi..."
"Betul ni? Hmm... Berapa orang kamu pergi ni?"
--- sesi kira mengira ---
"Ok, pergi lah. Jangan jalan asing-asing, k? Lintas jalan ramai-ramai. Takut apa-apa jadi nanti. Lagi satu..."
"Apa lagi cikgu?"
"Dah... pergi lah. Tunggu lagi buat apa?"
---  ketawa   ---
"Apa lah cikgu ni. Main-main lagi... Thanks, cikgu."


Sampai kat hospital, kami nampak van jenazah dah on the way ke bilik mayat.
"Wei, cepat lah! Van jenazah dah datang dah. Nanti tak sempat kita nak tengok dia."
Kami pun lari ke bilik mayat tempat van tu berhenti.


"Mak cik, tumpang tanya, ada Teng tak kat dalam? Nurliza, Nurliza..."
"Ada... Yang ni kawan korang. Yang ni Nurliza."
"Betul ke?"
"Betul..."
"Mak cik tu cakap, tu Teng. Macam tak percaya saya."
--- yang masuk dalam bilik mayat waktu tu, mula nangis termasuk aku  ---
"Pak cik, boleh bukak tak penutup tu? Kami nak tengok dia, pak cik..."
Geleng
"Dah di tutup dah, nak"
--- menangis kesal coz tak diberi kesempatan kali terakhir  ---
Kami pun hanya melihat arwah dibawa keluar dari bilik mayat dan di masukkan ke dalam van jenazah.


Kat sekolah, bekas guru kelas arwah, antara yang terawal dapat berita tu, cerita kat kami...
"Sampai saat nafas terakhir dia pun, dia masih lagi minta doktor tolong selamatkan dia..."
"Apa yang cikgu dapat daripada kematian dia ialah dia nak kita jadi orang baik selama hidup kita. Buat yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kalau dia ada pun, mesti dia cakap benda yang sama kat kamu semua..."


Aku teringat yang pagi tadi, aku ada bergurau dengan adik aku dan kawan dia. Kawan dia nak pergi pertandingan syarahan. Tapi tak tahulah kenapa aku tetiba mengucapkan ayat surah Yaasin yang maksudnya "Sesungguhnya keadaan kekuasaan-NYA apabila menghendaki DIA menghendaki adanya sesuatu, DIA berfirman kepadanya : 'Jadilah engkau', maka jadilah ia..." -Yaasin : 82
Aku terfikir, kenapa aku sebut ayat tu, ek? Spontan tu!
Sejak dua tiga hari yang lalu pun, adik aku selalu nyanyi nasyid Hijjaz yang bertajuk "Kau Sahabat Kau Teman"
Kenapa baru sekarang aku sedar semua tu?


Sampai sekarang, aku masih teringatkan arwah. 
Tapi orang cakap, let bygones be bygones... 
Cakap tak sesusah berbuat. 
Kenang daku dalam doamu, lupakan daku tika solatmu. 
Tak guna kalau kita mengenangkan si mati tanpa menghadiahkan al-Fatihah atau Yaasin. 
Patah tumbuh, hilang berganti. Mungkin ada yang cakap, tak semua orang yang hilang dapat diganti. Maka dengan itu, jadi lah seorang yang tak boleh di ganti kehilangannya.


Ada orang pernah cakap kat aku, orang baik, selalu mati awal. 
Aku tanya balik kat orang tu. Kenapa?
Sebab Tuhan kan sayang orang baik, jawabnya. 
Aku pun cakap lah, ya tak ya jugak kan? Orang jahat selalu panjang umur coz Tuhan masih bagi kesempatan untuk dia bertaubat. Malangnya, orang jahat selalu lupa yang dia tak boleh lari daripada kematian macam mana dia lari daripada polis.


Banyak pengajaran yang aku dapat daripada kematian dia.
  1. Jangan putus asa untuk teruskan hidup demi impian diri sendiri.
  2. Hargai sebuah pertemuan kerana setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan.
  3. Taati ibu bapa selagi arahan mereka tidak bercanggah dengan syariat.
  4. Berbuat baik lah dengan sesiapa sahaja tanpa mengira rupa, warna dan segalanya.
  5. Buat yang terbaik untuk diri sendiri.

Terlalu panjang rasanya aku berceloteh. 
Aku sudahi kalam dengan wassalam..