I'm Wa!

Welcome to my world of thoughts. Most of the time, I'm just talking to myself. Oh ya, I love foods so much and I hope I can share whatever it is that related to foods in here besides my thoughts. Thank you for visiting!

Monday, April 27, 2020

Buat



bismillah

ini adalah yang aku randomly terfikir
lepas sahur gitulah
dalam mamai-mamai aku gagahkan jugak
so, inilah hasilnya
terimalah~


Jangan rasa kita berbuat
Walau kita memang ada buat
Terutamanya dalam soal amal ibadat
Takut riak bila orang lihat
Risau pahala tidak dapat
Bimbang iman tergugat
Bila kita rasa kita berbuat
Mula rasa diri hebat
Salam dihulur tangan dijabat
Senyum manis itu yang terlihat
Tanpa sedar sudah bertukar niat
Mulanya baik jadi jahat
Nasihat diberi bayaran dapat
Kita mahu diberi pangkat 
Diundang ke majlis istiadat
Ingin disanjung masyarakat
Nama disebut merata tempat
Ke mana pergi orang ingat
Kerana kita rasa kita sudah berbuat
Bila dipuji terasa lazat
Sakit hati saat diumpat
Semua orang dirasakan pengkhianat
Tapi baik sekali dengan sahabat
Anak isteri dibiar merempat
Ujian dirasakan musibat
Bila senang, kufur nikmat
Halal haram semua disebat
Apa di depan mata langsung dirembat
Tapi soal cukai cepat saja mengelat
Diam-diam jadi derhaka dalam taat
Bertaubatlah sekarang masih sempat
Takut kelak bila dah terlambat
Kau sudah ditanya malaikat
Waktu itu tiada teman rapat
Hanya berbantalkan tanah mampat
Kembalilah pada-NYA jika mahu selamat
Moga terus diberi hidayat
Agar kekal soleh sepanjang hayat
Tetaplah berbakti kepada umat
Walau jadi bahan keji umpat
Itu pahala yang tak terlihat
Betulkan hati dan jua niat
Agar amal jadi berkat
Bukan kerana kita yang berbuat
Bukan harapkan syurga yang kita dapat
Tapi untuk menjadi hamba yang taat
Kerana sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat
Ingatlah ALLAH tiap saat
Kerana DIA kita kuat 
Untuk DIA kita beribadat
Tanpa DIA kita hanyalah jamadat

- eidaadie 
   271740 APR 2020

Saturday, April 25, 2020

Ramadhan 1441H

bismillah
salam Ramadhan Mubarak!
semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya
maaf terlambat tapi better late than never kan?

baiklah
bila aku tengok balik blog sepi aku ni
dulu aku selalu share movie apa yang aku tengok
so I thought why stop?
I should've keep on make my own list of movies that I watched

ingatkan nak cantikkan blog
tapi haihhh sumpah tak rajin
kalau nak tengok blog lawa yang mengakibatkan aku nak beautify blog aku
ni haa blog cantik sila klik untuk ke blog beliau
kemas je, jealous iolls

back to movies that I watched
so hmmm banyak jugak movie yang aku dah tengok
ada yang aku terus buang
ada yang simpan sebab sayang
okay, let's go!

My rating : 7/10
Genre : Adventure, drama

1. THE CALL OF THE WILD ( 2020 )

I don't know about you guys 
tapi one thing for sure, anjing memang bijak kan?
this movie menceritakan perjalanan hidup anjing yang bernama Buck
logik tak logik tu malas ah nak kira
tapi this dog makes me want to have one 
if and only if lah kann 


My rating : 6/10 
Genre : Comedy, crime

2. MISS AND MRS. COP ( 2019 )

beralih ke Korea Selatan sekejap 
this movie quite funny and bodo bodo sikit lah 
citer pasal adik-beradik ipar yang kerja sebagai polis
part bagi aku paling best bila dia cakap, "aku malu mengaku diri sebagai polis"
kenapa cakap macam tu?
tengoklah kenapa 


My rating : 6/10
Genre : Romantic, drama 

3. TOMORROW I'LL DATE WITH YESTERDAY'S YOU ( 2016 )

kita ke Jepun pulak 
cerita ni ada banyak nama
My Tomorrow, Your Yesterday lah 
ah, tak kisahlah 
dah lama terperuk dalam laptop aku
lama betul tapau baru dapat tengok malam semalam
agak sentimental, and by sentimental please understand okay how it will go
bagi aku sedih jugaklah 
ok, nak nangis jap 


My rating : 4.8/10 
Genre : Comedy

4. LIKE A BOSS ( 2020 )

this one, more like girly movie
but with some bad jokes 
aku minat Rose Byrne dengan Tiffany Haddish
so both of them sangatlah awesome
cerita yang mengajar sebenarnya kita perlu hidup bertoleransi
jangan ego sangat although kena stand strong for ourselves 
also ada ajar sikitlah pasal business
jangan mudah terpedaya dengan janji manis


My rating: 6.5/10
Genre : Animation, musical

5. TROLLS WORLD TOUR ( 2020 )

siapa yang tak follow Trolls daripada awal, sila berbuat demikian
kang makin tak faham pulak
well, I am very pissed dengan Poppy
annoying macam biasa
also when she said, "why you think bad of someone you never met?"
duhh! girl, you need to grow up!
the world doesn't seems as it is
anyway, enjoy je sebab animasi kan?


My rating : 4.5/10 
Genre : Romance, drama

6. ENDINGS, BEGINNINGS ( 2020 )

biasa tengok abe Bucky dalam Marvel series kan?
kita tengok dia dalam movie ginian
masa aku tengok movie ni, 20 minit pertama tu aku dapat rasa apa yang perempuan tu rasa
tiba-tiba aku jadi sedih
because I can relate to her, like how people around you have their own success story
while you? 
people said that you are the mess who make a mess everywhere you go
and when you fucked up
siapa je yang sudi hulurkan tangan kan?
ughh aku jadi emosi jap
abis tengok aku delete 

My rating: 5.8/10
Genre : Animation, family, comedy

7. SONIC THE HEDGEHOG( 2020 )

ohh this one I actually don't want to watch
especially when reading comment section at Youtube after they releasing the trailer
but then I enjoyed this movie
geram je tengok Jim Carrey dalam ni
nasib baik tak pakai suara Ryan Reynolds


My rating: 5/10
Genre: Drama, romance

8. LOVE, WEDDING, REPEAT ( 2020 )

this one sebab ada Sam Claflin tu pasal laa aku layan
kelakar sebab dia main probability and what if's
tapi hidup ni adil ke? 


enough for today
I'm going to have my iftar
till then, take care!

ampun maaf dunia akhirat 
ciao!

Wednesday, April 22, 2020

Ikhlas



bismillah

actually lately banyak benda jadi yang buat aku ragu-ragu
ragu-ragu dengan apa yang aku lakukan
sama ada ianya ikhlas aku tidak
ALLAH saja tahu

and tonight
it hits me again
so, I cooked the meal like usual
that wasn't nothing to mention
like, seriously I love to cook, so I don't mind

what I mind is when I cooked that particular dish
obviously for me and only me
there's someone else who take it as if  I cook that dish for all
excuse me? that wasn't for anyone else but me
can't you see that I put it in front of me because I want it alone for myself

GOD knows how much I hold myself not to blurt the words out
something like, "hey, it's mine. I bought it alone and I cooked it specifically for me"
and yeah, call me people pleaser, but some people have small heart
if I did so, that person later would not sit down and eat together
ugh! I'm in such a dilemma

okay, maybe it's not that hard
but ugh! I BOUGHT IT WITH MY OWN MONEY AND PEOPLE CAN JUST TAKE IT AS IF THEY HAVE THEIR SHARE???!!!
I know, I know, I know
if I'm so mad, I should've let that person know
oh my God! I'm not that brave

aku tak nak marah
tapi bila aku sakit hati, memang tak pakai BM dah
English all out tapi hmmm
yeah, I'm that person who will be silent if I'm mad
aku akan geram sendiri, kadang-kadang menggigil sebab tahan marah
boleh jadi sampai nak nangis jugak lah

berbalik kepada tajuk entri
yeah, ikhlas kah aku bila aku sebenarnya tak nak kongsi pun makanan aku dengan orang lain?
but there's a part of me so thankful that I "shared" the food with others
at least the food is not wasted
dan semua orang kenyang

tapi sebahagian daripada diri aku menidakkan benda tu
something like, "at least she asked for my permission"
I mean, aku memang manusia yang banyak itu ini
kalau nak, bagitahu
tak nak pun kena bagitahu
orang tak tahu kalau kau tak cakap

dalam situasi aku ni aku jadi dilema sebab kalau aku cakap orang jadi kecil hati dengan aku
memanglah apa benda yang aku cakap tu tak salah
cause it's my right to tell something that causes me to be uneasy with her
aku kenal sangat dengan dia
kalau aku cakap, mahunya masak sendiri-sendiri lepas ni
I wouldn't want that to happen
lagi-lagi nak puasa ni

jadi, aku serahkan soalan keikhlasan aku ni kepada-NYA
biar ALLAH yang hakimi aku
aku tak mampu nak jadi baik tiap masa
aku cuba, tapi orang still cakap aku jahat
alang-alang orang dah kenal sangat aku jahat, biarlah aku tetap jahat di mata orang
biar orang tertentu je tahu aku macam mana

aku pun sedia maklum yang ikhlas itu rahsia ALLAH
ibarat semut hitam di atas batu hitam di dalam gua di tengah malam
takkan nampak dengan mata kasar
dan sejujurnya, aku tak mahu berbangga dengan apa yang aku lakukan
mintak jauh ya ALLAH

tiap hari aku berlawan dengan diri aku sendiri
kalau-kalau apa yang aku buat sekadar minta dipuji
mintak jauh ya ALLAH
aku tak mahu semua itu
ikhlaskanlah hati aku
sedih dengan diri sendiri
jadi aku pilih untuk diamkan saja

sekian
ampun maaf zahir batin dunia akhirat
till then
take care

Monday, April 20, 2020

PKP? So what?

bismillah
salam alaik pembaca budiman
maafkan kerana menghilang tanpa pesan


baiklah
aku sebenarnya dah lost count hari ni hari ke berapa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
tapi yang pasti, lebih dekat sebulan
atau mungkin lebih
aku pun dah tak pasti


memandangkan hanya terperap dalam rumah
mula-mulanya kami serumah makan dua kali sehari
lunch dan dinner
kemainn kauu hahaha


but then lama-kelamaan, kami fikir makan sekali sehari mungkin cukup
maybe more than enough
jadual tidur pun dah ke laut
lunch patutnya paling lambat jam 2 petang
tapi pernah jadi, lunch jam 5
sejak itulah kami putuskan untuk menikmati makan malam sahaja


kalau dah bangun pun dekat nak Zohor, caner tu
bukan semua, tapi biasalah
dah bangun, tengok member kat sebelah tidur lagi
kita tidur balik
member pun tengok kita tidur lagi
dia pun tidur balik
ulang sampai azan Zohor


alhamdulillah
sepanjang PKP berlangsung, hampir setiap petang aku beriadah
beriadah tau bukan bereakreasi
ada beza tuu
most of the time aku follow yang Bipasha Basu punya workout


sebab ada sekali warming up, cooling down
so easy for me to do it all in one go
and it only took me around half an hour
lately I add some more


nak buat abs kunon kannn hehehehe
also I add Gummy Bear dance
katanya ada yang kurus buat tarian tersebut
jadi, kita buatlah



nanti raya, in shaa ALLAH kita saksikan bagaimana kejadiannya
workout sebab nak bagi sihat sikit
kalau tak, stamina memang ke laut lah
also, sebab nak jadi manusia sihat lah kann
well, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
at least I've done what I think good for myself


dan sepanjang PKP ni, banyak benda pulak tekak aku nak
antaranya, nasi lemak
nasib baik ada daun pandan kat sekitar kolej, ada santan paket
alhamdulillah, melepas laa nak makan nasi lemak


beberapa hari yang lepas, nak makan puding karamel pulak
ALLAHU, macam-macam je kan tekak ni
so I made my own pudding caramel selepas bertungkus lumus sendirian di dapur
dengan berpanas sebab aku buat cara kukus
alhamdulillah, merasa jugak puding karamel
dan sekarang pun masih nak lagi
haih


hari tu aku teringin kaki ayam masak kicap
ALLAHU, nikmat dunia mana yang dapat aku dustakan
mujur ada kakak yang berdekatan yang sudi masakkan
mostly housemates aku tak makan so called "benda pelik-pelik"
siap ada yang menjerit kalau tengok kaki ayam tu
so, aku dan sorang tu je makan kaki ayam tu
malaslah aku nak ajar orang makan kalau memang mata dia tengok pun geli
belum lagi masuk ke mulut
apalagi lalu ke tekak
entah-entah demam seminggu hahahaha


tapi kan
selepas wabak ini berakhir
do you even wonder what will happen?
for me, semua negara yang terlibat kena start all over again
like from zero, from scratch
the economies, the people, the academic related
ALLAH knows how we all will rise after this
with that, I'd like to take a step back
it's time for me to contemplate more on my life
cause we don't even know how and when our time comes


till then
ampun maaf zahir batin
phir milenge chalte chalte
ciao!