I'm Wa!

Welcome to my world of thoughts. Most of the time, I'm just talking to myself. Oh ya, I love foods so much and I hope I can share whatever it is that related to foods in here besides my thoughts. Thank you for visiting!

Sunday, February 28, 2021

Sayang



bismillah 

hari terakhir bersama bulan kesayangan aku
dan kembali lagi kita ke bulan bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan 
tak sangka dah setahun dah pun Covid ni
tapi makin banyak kes dan kematian, adalah
hmmm...
malaslah aku nak bahaskan benda ni
semua orang ada otak, boleh fikir sendiri
semua orang ada mulut, semua nak cakap
tapi itulah
ingatlah pepatah Melayu dahulu kala   
makan boleh sebarang makan
cakap jangan sebarang cakap
makanya aku rasa lebih baik aku simpan 
segala apa yang ada di fikirkan
atau apa saja yang ingin aku lontarkan
kerana aku sendiri tak punya kuasa untuk mengubahnya
hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk negara sendiri

berbalik pada tajuk entri
kenapa dengan sayang?
hmmm... aku ni biasalah kan
kalau tak dengan random thoughts aku
adalah tu nanti nak throwback sana sini

tadi sebelum aku ke sini
aku kemaskan google photo dengan google drive aku
sebab dah kena warning full storage
bila aku bukak google photo tu
haa kauuu
gambar-gambar lima, enam tahun lepas semuanya elok lagi kat situ
dan kebanyakannya adalah screenshots
faham tak, screenshots?!

eeee, entah apalah aku fikir dulu kan
sikit-sikit nak ss semua benda
tak kiralah quote ke, resepi ke, barang yang aku berkenan ke, lirik ke
semualah nak ss
masa tu internet kan mahal
so tak nak bazirkan data buka benda yang sama
ss je lah semua benda

at least sekarang bila aku bukak balik semua tu
mengingatkan kembali kenangan dahulu kala
macam mana rupa aku zaman dulu
hahahaha 
nasib takde lah sememeh sangat
masih potato tapi bukanlah level French fries
mungkin mashed potato 

dan sekarang aku mengenang kembali suatu zaman 
dengan mendengarkan kembali lagu-lagu yang berkaitan dengan timeline masa tu
sebab dulu aku suka download lagu dekat website yang sekarang mungkin dah tak wujud
biasanya aku download satu album sekali
almost everyday check that website and getting excited when there's new music
dan aku rajin update playlist aku
fuhh, berangan jugaklah nak jadi DJ radio
masa tu mana ada Spotify lagi
kadang kalau bosan dengar lagu sendiri, aku tune in Traxx.fm
pernah tuju lagu dekat diri sendiri
kena caj seringgit untuk satu lagu
hmmm... what a life back then

tipulah tak rindu being happy for smallest things in life
being excited for every new day
meeting familiar faces, gathering, and sharing every moments with them
sekarang semua orang dah ada life masing-masing
hanya beberapa orang saja yang aku masih keep in touch
kebanyakannya dah bekerja, berumah tangga
pendek kata, they already figured out their life
or at least that's what it seems to me
hmmmm

tapi itulah
sampai bila hidup nak membandingkan dengan orang
rasa syukur dengan apa yang ada takkan hadir 
makanya aku harus lepaskan semuanya
sayang memang sayang 
to let go the memories about my past with people who I appreciate, it's kinda hard
but with time, everything is possible

biarlah orang kata hilang ingatan ke apa
aku hanya ingin menyimpan segala kenangan dalam hidup ini di suatu tempat yang tiada yang tahu
bukan membuang, tapi membatasi apa yang sewajarnya aku ingati dan lepaskan
tidak dinafikan aku memang sejenis yang suka mengingat benda remeh
kadang-kadang orang lain dah lupakan tapi tidak aku
tapi kadang ajaibnya jugak ingatan aku ni
lupa akan benda yang orang lain ingat
mungkin aku rasa tak penting
lantas aku padam perkara tersebut dari memori

suatu masa nanti
bila saatnya aku membaca kembali apa yang aku coretkan disini
secara automatik, setiap perkara yang sedang aku lakukan pada setiap entri aku
semuanya akan terlayar kembali di ingatan

dan aku berharap
mungkin setahun dari sekarang
aku bukan lagi di tempat yang sama seperti sekarang
moga aku berada di tempat yang lebih baik
bersama orang-orang yang dapat membantuku menjadi lebih baik

setahun, macam lama, macam sekejap
time is the reason why we fight to stay alive 
betullah tu
bayangkan hidup tanpa ada masa
lebih mudah? atau lebih sukar?
sekurang-kurangnya tidak wujud istilah "deadline" 
kan lebih senang begitu?

baiklah, aku rasa dah panjang sangat rapuan aku
makanya harus untuk aku noktahkan
jumpa lagi di lain bulan, masih tahun yang sama
phir milenge chalte chalte

Thursday, February 25, 2021

Sedar


Bismillah 

Selalunya yang terlambat itu kesedaran
Mungkin juga penyesalan
Dan aku pernah disedarkan
Dengan suatu ingatan
Mungkin petanda dari Tuhan
Sesuatu yang sering akalku bisikkan
"the least thing you can do as a sinner is to remember God in every possible ways"

Kerana dosa yang meresahkan itu mungkin lebih baik dari amal pahala yang membanggakan
Yang mungkin membuat diri tanpa sedar jauh dari Tuhan
Kerana merasa diri sudah berbuat amalan
Syurga itu bukan hanya untuk kalian
Bukan tertakluk kepada mereka yang berjubah serban
Bukan juga hanya untuk golongan agamawan

Harga syurga itu belum tentu mampu dibayar oleh jutawan
Siapa pun berkemungkinan 
Untuk mendapat tempat di syurga Tuhan
Cuma kalau hanya syurga itu yang kita kerjakan
Seharusnya kita mengubah pemikiran
Biarlah kita membuat kebaikan dan amalan
Baik buruknya segala perbuatan
Kita serahkan pada Tuhan
Hanya Dia selayaknya membuat perhitungan

eidaadie 
250631H FEB 2021
94300

Thursday, February 4, 2021

Bahagia?



bismillah

*sebolehnya aku nak tulis dalam BM, tapi tengoklah

macam biasa
aku dan pemikiran terlebih fikir aku 
kali ini aku terfikir
kenapa "happy birthday" dalam BM diterjemakan menjadi "selamat hari lahir"
"happy" maksudnya "gembira", "bahagia", bukan?
"selamat" kalau dalam English maksudnya "safe" 
kenapa terjemahan tersebut tidak secara harfiah?

nasib aku ada belajar benda ni 
yang kadang-kadang, tak semua benda kita kena terjemah secara harfiah 
atau bahasa mudahnya, direct translate
kita akan rasa kelakar dengan sesuatu yang diterjemahkan secara langsung 
macam "happy birthday" itulah 

pernah dengar "kata-kata itu doa"? 
macam tu jugak ucapan "happy birthday"
atau mungkin masa kita dilahirkan, semua orang gembira
and that's a "happy" moment for everyone
manakala dalam BM, ucapan tersebut menjadi "selamat" sebab secara tak langsung, kita mendoakan orang tersebut agar selamat 
selamat daripada semua perkara yang tak baik, yang kita tak nampak, haa gituu

berbalik kepada tajuk entri
orang yang diucapkan "happy birthday", "selamat hari lahir", "sanah helwah" dan sebagainya itu
agak-agak mereka ni "happy" ke?
kalau ada sambutan secara kejutan yang tidak keterlaluan, mungkin mampu menggembirakan 
bayangkan kalau tidak disambut?
sampai satu tahap, mereka lupa dengan tarikh lahir sendiri
sebab orang tak pernah kisah
dan dia pun dah dibiasakan untuk tak kisah
tidak diraikan dan tidak meraikan

memang benar sambutan hari lahir itu tidak membawa apa-apa kerugian pun kalau tidak disambut
tapi sesekali kita membahagiakan orang, apa salahnya?
kita doakan mereka pada hari tersebut
yalah, kalau nak minta doakan hari-hari, melebih pulak 

hmmm melalut je aku 
dan aku rasa kadang entri dalam BM ni macam karangan 
tambah pula aku sejenis manusia yang kalau tengah banyak idea
fuhh English tiba-tiba macam orang MUET Band 6 
kah! 
padahal bila depan mata
terkial-kial kau nak susun grammar, nak cari exact word semua tu

since Corona virus attacked us
I think, who would be genuinely happy at this moment?
unless you're billionaire or trillionaire or maybe zillionaire 
then you have nothing to worry about
you can work wherever you want
tak kerja pun masih kaya
boleh show off your lavish life
and still not affected by the pandemic 

but I bet any billionaire wouldn't want to show off their luxurious lifestyle just to make people jealous of them
that's a low class thinking 
showing off means you're not satisfied with what you have 
you want to be the centre of universe because you think you deserve it 
after your so called hardwork and hustling

if you are really extremely rich
you should be afraid that people would steal from you if you go showing off your properties, your cars, and everything
like, tak takut ke kena kejar dengan LHDN? 
berlagak kaya, tapi cukai tak bayar

aku takdelah nak bash sapa-sapa
I mean, sure, you can have all the money in the world
tapi nanti kau mati, bukan duit tu yang boleh selamatkan kau dari seksa kubur
macam ada yang cakap, "duit tu tak boleh nak rasuah malaikat supaya tak balun kau dalam kubur"

makanya wahai orang-orang kaya sekalian
jangan lupa bahawa Qarun dulu pun orang paling kaya dalam dunia
tapi dia mati, satu sen pun tak dapat extend nyawa dia untuk dia bertaubat
bahkan sahabat Nabi yang paling kaya, Abdul Rahman bin Auf pun tak nak harta kekayaan yang dia ada
habis semuanya diberi pada Islam 
sebab apa? 
sebab harta kekayaan tersebut melambatkan urusan beliau masuk syurga 
dia beliau antara top 10 sahabat Nabi yang masuk syurga TANPA HISAB

nak kaya tu tak salah
tapi yang salahnya bila menunjuk-nunjuk
bila korang menunjuk-nunjuk, ingat mulut manusia ni boleh diam ke?
yakin dan pastinya orang sekeliling akan memuji, mengata, benci, hmmm entahlah nak
korang boleh fikir sendiri consequencesnya

macam entri aku sebelum ni 
kalau Jeff Bezos tu bagi aku USD10 juta pun dia masih kaya 
kenapa aku nak USD10 juta je? 
sebab benda namanya duit ni, kita tak boleh nak tamak sangat
"beggars can't be choosy" kata pepatah English
bila ditukarkan nilai matawang
USD10 juta tu banyak tau! 

hmmm berangan je laa kau jemah
hahahaha 
kbai
malas ah nak merapu 

phir milenge chalte chalte
ampun maaf dunia akhirat
ciao!