Friday, May 9, 2025
Untung
Bismillah
Saja lah nak rant kat sini
Lepas lepak lama sangat dekat twitter
Rasa macam perang jantina takkan habis kat sana
Entah apa nak digaduhkan pun tak tahu
Benda tak ada betul dan salah
Tak ada nak menangkan siapa pun
Biasalah, benda dalam talian ni semua benda boleh buat gaduh
Bila jemari lebih laju daripada otak
Masa menaip tak fikir panjang
Bila ada yang mengambil tindakan, mula lah drama "kena hack"
Digital footprint susah nak dipadam ya, kawan-kawan
Makanya sebelum reply atau engage dengan kandungan dalam talian
Fikir banyak kali
Is it worth it?
Semua tu kadang rage bait je
Saja nak melaga-lagakan umat manusia
Apa yang aku cuba nak sampaikan sebenarnya?
Macam tak kena dengan tajuk je? *angkat bahu*
Baiklah, kembali kepada topik asal iaitu 'untung'
Aku ada tengok satu video ni
Macam pertandingan lah, ada seorang lelaki ni dia pegang satu not USD100
Tapi bukan pertandingan berlari pun
Dia cuma letak semua orang dekat garisan permulaan
Kemudian syarat pertandingnya pelik sikit
Lelaki tadi akan buat beberapa kenyataan
Setiap kenyaatan yang benar, peserta boleh ambik dua langkah ke hadapan
Setiap kenyataan yang tidak benar, peserta akan kekal di tempat yang sama
Maka, pertandingan pun bermula dengan kenyataan pertama
"Dua langkah ke hadapan kalau ibu bapa anda masih berkahwin"
Ramai yang melangkah, ada yang masih kekal di garis permulaan
"Dua langkah ke hadapan jika anda ada akses kepada pendidikan"
Masih ramai yang melangkah ke hadapan, ada yang baru melangkah
"Dua langkah ke hadapan jika anda tak perlu memikirkan soal makanan pada masa akan datang"
Cuma beberapa saja yang melangkah
Banyak lagi kenyataan yang lelaki tersebut nyatakan
Akhirnya lelaki tu meminta semua yang telah melangkah tadi untuk pandang ke belakang
Untuk melihat berapa ramai sebenarnya tak ada kelebihan seperti mereka yang di hadapan
Boleh klik sini untuk tengok full video
Bila aku tengok video tu, aku jadi sedar diri
Banyak benda dalam dunia ni aku boleh dapat tanpa perlu bersusah-payah
Walaupun zaman kanak-kanak aku tak sama macam orang lain
Aku masih dikira beruntung
Sekurangnya aku tak perlu fikir untuk bayar hutang pendidikan
Seperti PTPTN atau MARA
Pendidikan tinggi aku dibiaya oleh Mr Ayahumi sepenuhnya
Aku cuma perlu belajar tanpa perlu fikirkan apa-apa
Untungnya aku, kan?
Alhamdulillah for everything
Honestly sometimes aku rasa tak layak pun untuk semua ni
Tapi ALLAH itu Maha Tahu apa yang kita mampu atau tidak
Kadang bila tengok orang lain
Banyak betul rasa kurang pada diri sendiri
Rupanya ramai lagi yang lebih beruntung daripada aku
Tapi kalau aku nak jadi macam mereka, aku sanggup kah?
Jawapannya, mungkin ya, mungkin tidak
Mungkin juga belum tentu
Sebab kita semua ada ujian masing-masing
Ujian yang nyata sekarang adalah media sosial
Tengok orang pergi bercuti, kita nak jugak
Tengok orang makan sedap, kita nak jugak
Tengok orang beli emas, kita nak jugak
Tengok orang pakai kereta mewah, kita nak jugak
Tengok orang happening dengan kawan-kawan, kita pun cuba nak berkawan dengan dia
Tengok orang buat chellenge tiktok, kita nak buat jugak
Pendek kata, semua benda yang orang buat, kita nak buat jugak
Semua yang orang ada, tidak dapat tidak, kita nak kita ada jugak
Padahal kita tak sedar, media sosial ini cuma tempat orang menunjuk-nunjuk
Tak semua benda yang ditunjuk di media sosial itu indah
Berapa ramai yang ikat perut demi nak melancong ke luar negara?
Ada kita peduli? Tak ada pun mereka bagitahu, kan?
Berapa ramai yang terikat dengan hutang sana sini demi lavish lifestyle?
Tiap hari kena call dengan Shopee, dengan bank semua tu, kita tak tahu, kan?
Kalau nak letak media sosial sebangai kayu ukur, memang kita takkan pernah menang
We don't have what it takes to touch the bar
And whoever sets the bar, they are already super, filthy rich
Punya kaya sampaikan harga kereta kita cuma duit belanja mereka dalam sehari
Harga rumah yang kau kata mahal itu bersamaan dengan seminggu percutian mereka
Kalau kau rasa hebat pakai Honda, mungkin kau tak tahu betapa eksklusifnya kereta mereka
You can't even pronounce their brands and how much it costs
Even the zeroes in their banks pun kau takkan habis kira
Tapi sampai bila nak compare hidup dengan orang macam tu?
Kita ni pun dah kira beruntung, mereka tu apa?
Tak apa, tak payah fikir tentang orang
Orang pun tak fikir tenteang kita
Untung masih ada keluarga, hidup masih ada privasi
Ibaratnya nak bandingkan rumput dengan pokok
Memang takkan terbandingkan
Tapi masing-masing masih boleh hidup, bukan?
Masing-masing masiih ada fungsi dalam hidup masing-masing
Dalam dunia yang luas terbentang ni
Mungkin kita tak rasa kita penting, tapi percayalah, you matter
Pernah tengok tukang kutip sampah dan pekerja kebersihan buat rusuhan di Paris?
Sampah berhari-hari tak dikutip sampai tikus berkeliaran sana sini
Jadi, jangan pandang enteng sekecil-kecil perkara
Kita semua ada sumbangan masing-masing pada alam sekitar, pada negara, pada dunia
Bersyukurlah, untung masih hidup
Berapa ramai yang dah meninggal berharap mereka dapat hidup semula
Kita tak rasa sebab kita masih hidup
Don't take things for granted
Or else you'll live in regret
Sekian saja coretan di hari Jumaat ini
Ampun maaf zahir batin untuk semuanya
Phir milenge chalte chalte
Wassalam :)
Sunday, April 6, 2025
Aidilfitri 1446H
Bismillah
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H buat semua umat Islam seluruh dunia
Yang menyambut dengan keluarga, alhamdulillah
Yang menyambut di perantauan mahupun sendirian, alhamdulillah juga
Taqabalullahu minna wa minkum
Semoga ALLAH terima segala amalan kita pada Ramadan lalu
Dan semoga dipertemukan dengan Ramadan akan datang aamiin
Alhamdulillah, tahun ini giliran untuk beraya di Bumi Kenyalang
Tiket dah beli awal, hujung tahun lepas
Nak cerita bab tiket ni kan, beli awal takde pun murah mana
Beli lambat pun kadang tiba-tiba jackpot dapat murah
Cuma itulah, kalau beli awal, pilihan masa penerbangan lebih banyak
Jadi saranan aku, belilah dua bulan sebelum
Atau 10 minggu sebelum dijangka terbang
Harga masih okay
So lesson learnt
Beli tiket jangan terlalu excited ya, kawan-kawan
Boleh on notification pada Google flight atau Trip.com untuk price alert
Nanti mereka akan maklumkan harga tiket naik atau turun
Jadilah pengguna yang bijak!
Musim raya baru-baru ni kita digemparkan bahawa AI boleh ubah gambar kita
Menjadi apa saja yang kita minta
Masih tak sempurna, tapi slowly AI ni masih belajar, kan?
Mulanya aku tahan hati jugalah tak nak terikut-ikut hahahaha
Tapi bila Incik Suami tunjuk kat aku hasil gambar yang diubah
Aku jadi tertarik nak mencuba
Maka inilah hasilnya bila aku minta AI tukar pada Ghibli style
Boleh nampak aku berseluar kat situ walhal realitinya aku pakai baju kurung gais
Aku tak pakai kasut macam tu
Realitinya aku ada pakai cermin mata, tapi entah ke mana perginya
Dan aku tak pakai shawl putih macam dalam gambar
I was like, "ini tak boleh jadi" dan proceed bagi arahan lain
Saja menguji kebolehan AI ni kann
Yang ni bagi aku lebih realistik berbanding yang tadi
Tudung pun nampak sikit coraknya, cermin mata ada
Baju Melayu Incik Suami pun helok sini
Yang ni aku minta AI tukar pada Pixar style
Comel, kan?
Yang ni pun lawa bagi aku
Aku minta AI tukar kepada anime style
Corak tudung ada lari sikitlah
Tapi masih boleh diterima berbanding yang mula-mula tadi
Aku jadi seronok main dengan AI ni
Tapi itulah, hangat-hangat tahi ayam juga ><
Masa tu je lah excited
Sekarang mana ada dah ahhahaha
Oh ya, raya kali ni kami tak ada open house
Kami yang ke sana dan ke sini beraya ke rumah orang
Tapi tak dinafikan, beraya ni penat ya?
Tidur lambat, bangun awal
Aku dah tak ada tenaga untuk semua tu
Mungkin kena kurus balik HAHAHAHAHAHA
Barulah ada semangat balik
Ini nak bawa diri pun penat, lagikan nak melayan kerenah orang
Hmmm tengok je lah mampu
Sekian saja coretan raya tahun ini
Ampun maaf zahir dan batin
Andai ada salah silap, di dunia maya mahupun dunia nyata
Aku minta maaf dunia akhirat
Selamat hari raya semuaaa!
Jumpa lagi di entri yang lain
Phir milenge chalte chalte
Wassalam :)
Thursday, March 13, 2025
Makan
Bismillah
Alhamdulillah, satu per tiga Ramadan sudah pun berlalu
Semoga hari-hari yang berbaki dalam Ramadan ini kita terus berusaha beramal dan beribadah sebaiknya
Ramadan lubuk pahala, maka manfaatkan ia untuk mendapatkan Syurga
Semoga husnul khatimah semuanya, aamiin~!
Bulan Ramadan kita sangat sinonim dengan makan-makan
Ironi sekali
Walhal Ramadan adalah bulan lapar dahaga
Sebaiknya kita reset diet kita
Bersahur sekadarnya, kurma dan susu, serta sedikit air
Berbuka pun bersama kurma, air dan lainnya yang kita patut berhenti sebelum kenyang
Bahkan dalam bulan Ramadan lah rancaknya hotel-hotel dan restoran membuat buffet
Nama lainnya, pesta makan sampai pengsan
Kita juga dapat lihat bazar Ramadan tumbuh bagai cendawan selepas hujan di merata tempat
Meskipun kebanyakan menu yang dijual di bazar adalah lebih kurang serupa
Namun kebanyakan bazar Ramadan tetap meriah
Terutamanya apabila semakin hampir waktu berbuka
Pada aku, peak hours bagi bazar Ramadan pada hari bekerja bermula sekitar 5 petang
Kalau kau baru nak ke bazar pukul 6, kau hadaplah betapa sesaknya umat manusia di sana
Rasa macam praktis bersesak di Padang Mahsyar
Setakat ni, aku dah meronda lebih kurang enam tapak bazar Ramadan sekitar tempat aku
Hari pertama dah Incik Suami bawak bersesak di bazar yang agak banyak gerainya
Tapi mungkin kami lambat, jadi banyak gerai yang sudah habis berjualan
Esoknya kami gerak sejurus solat Asar
Haaa, betullah tu, awal tak kalut
Lain pula kisahnya aku memasak di rumah
Ayam percik, ayam goreng, kambing bakar, mi kolok, semua dah
Semalam aku sajalah cuba resipi Khairul Aming, tempe goreng tu
Perapannya aku guna untuk goreng ayam juga
Fuhh! Garing bhai!
Macam biasalah, aku ni kalau tak derhaka resipi, bukan akulah tu hshshs
Sayur tu aku saja cuba resipi baru
Kalau sayur kangkung masak belacan tu biasa kan?
So semalam aku add on santan yang aku nak lupuskan kotaknya dari dalam peti ais
Maka terjadilah kangkung belacan masak lemak
Sedap (bagi aku lah) sebab masin-masin lemak berkrim gituu
Ayam dan tempe goreng tu biar lagi lama masa menggoreng, lagi garing
Ayam percik aku tempoh hari kurang menjadi sebab takde tempat nak memanggang
Masuk dalam oven pun tak berapa nak menjadi huhu
Tak apa, lain kali kita cuba lagi kasi jadi
Ini pula mi kolok daging versi aku
Kebetulan hari tu Mrs Ayahumi ada datang ke rumah aku sekembalinya dari Bumi Kenyalang
Lalu beliau membawakan aku sebungkus mi kolok kering
Maka, berbekalkan pengalaman aku suatu ketika dahulu
Aku dengan penuh bersemangat membuat bahan-bahan mi kolok
Yang nampak senang tapi hehe huhu juga lah kita mengerjakannya
Aku buat minyak bawang merah, minyak bawang putih
Aku gabungkan kedua-dua minyak tersebut untuk aroma dan keenakan yang maksimum
Because for me, there's no shortcut for beautiful experience
Sebab tu lah sanggup bersusah payah ahahaha
Baiklah, sekian saja coretan hal makan di bulan Ramadan ini
Walaupun ada yang kurang sana sini rencah rasa dalam makanan
Yang makan pun harap faham, kita sama-sama berpuasa
Tapi berpada-padalah ketika menambah garam, gula dan apa saja dalam masakan
Dan jangan lupa, Ramadan bukan bulan makan-makan
Semoga kita dapat menahan nafsu ketika membeli makanan atau apa saja
Jangan diguna pakai pepatah "lebih baik menyesal beli daripada menyesal tak beli"
Itu semua tipuan dunia akhir zaman
Berhentilah merasa ketinggalan dengan perkara yang sebentar cuma
Salam Ramadan ke-12
Semoga segala amal ibadah kita dalam bulan Ramadan ini diterima oleh ALLAH
Inshaa ALLAH, Allahuma aamiin
Phir milenge chalte chalte
Semoga husnul khatimah semuanya
Wassalam
Monday, March 3, 2025
Batam Trip Day 1
Bismillah
Alhamdulillah direzekikan untuk berpergian ke tempat orang
Tempat yang tahun lepas aku pernah bergurau dengan Encik Suami
Tiba-tiba tahun ini menjadi kenyataan
Alhamdulillah ala kulli hal
Walaupun ada yang berkata "bukan ada apa pun dekat sana", ah persetankan mereka!
Yang penting, kita happy!
Setiap perjalanan atau apa saja seharusnya dirancang sebaiknya
Lain pula kisah aku dan adikku yang boleh dikatakan 'menonong' ke sana
Ke mana?
Ke Batam, bandar terbesar di provinsi Kepulauan Riau, Indonesia
Bagaimana hendak ke sana?
Boleh pilih antara dua; menggunakan feri atau pesawat
Cerita aku kali ini berkisar tentang perjalanan ke Batam menggunakan feri
Kebanyakan mereka yang berkongsi pengalaman ke Batam di aplikasi TikTok menggunakan feri
Dan rata-rata memilih untuk menaiki daripada Terminal Feri Pasir Gudang
Katanya tambang feri lebih murah jika menaiki dari sana berbanding daripada Stulang Laut (Berjaya Waterfront)
Murah memang murah sebab jaraknya lebih dekat berbanding Berjaya Waterfront
Dan lokasi kediaman aku ke Terminal Feri Pasir Gudang memakan masa sekitar setengah jam
Jadi, lebih baik aku menaiki feri dari terminal yang terdekat
Sekurangnya aku tak perlu memandu jauh-jauh pergi dan balik daripada Batam
Berapa harga tiket feri ke Batam?
Tips jimat: belilah tiket feri secara online jika hendak ke Batam
Mengapa?
Terdapat diskaun bagi first timer dan lebih senang
Kebanyakan operator syarikat feri hanya menerima tunai sahaja bagi pembelian tiket feri secara walk-in
Di zaman alaf baharu, untuk bawa wang tunai melebih seratus ringgit, memang tak lah aku nak bawa
Lebih mudah jika berurusan secara cashless
Memandangkan hanya terdapat satu sahaja operator yang menerima bayaran menggunakan kad, jadi terpaksalah kami menggunkan perkhidmatan syarikat feri tersebut
Tiket pergi balik berharga RM160 + caj pelancongan(?) RM23 = RM183
Tiket balik hendaklah disahkan setibanya kita di Pelabuhan Feri Batam
Kalau tidak, tak baliklah nanti
Oh ya, setibanya di Batam, akan dikenakan caj pelancongan sebanyak Rp 135,000
Bersamaan sekitar RM37
Maka jumlah sebenar tiket tersebut RM160 + RM23 + RM37 = RM220
Ini adalah harga tiket pergi balik jika melalui Terminal Feri Berjaya Waterfront/Stulang Laut
Aku park tiga hari di Berjaya Waterfront, sehari RM5, jadinya RM15 untuk parking
Parking pula berbumbung, kira okaylah
Tak sure kalau park dekat panas berapa cajnya
Sama seperti sistem boarding flight, kami menunggu sekitar 45 minit sebelum dipanggil masuk ke balai berlepas
Ke Batam bererti kami akan keluar negeri, jadi pastilah akan melalui kaunter imigresen
Pastikan ada pasport bersama dengan anda dan lebih baik tiada cover yang fancy
Lebih baik seadanya pasport kerana sesetengah negara akan meminta anda untuk membuka cover pasport ketika berurusan di kaunter imigresen
Untuk pengetahuan semua, tiada fixed seat di dalam feri, jadi ramai akan berebut untuk mendapatkan tempat duduk yang terbaik
Kebanyakannya akan memilih untuk duduk tepi tingkap dan dekat dengan pintu keluar
Pemandangan dari dalam feri, overlooking bangunan perumahan di Singapura
Jika dilihat dari peta Google, Terminal Feri Berjaya Waterfront lebih jauh berbanding Terminal Feri Pasir Gudang
Jadi masa perjalanan juga agak lama
Terpulang kepada anda untuk memilih berlama di dalam feri atau memandu ke Pasir Gudang
Perjalanan daripada Berjaya Waterfront ke Terminal Feri Batam memakan masa sekitar 3 jam
Kami berlepas pada pukul 1.45 petang, waktu Malaysia dan tiba di Batam pada pukul 4 petang, waktu Indonesia
Jam di Indonesia adalah lambat sejam berbanding waktu Malaysia
Jika Malaysia 1 petang, di Indonesia 12 tengahari
Perjalanan ke Batam menjadi sedikit lama disebabkan hujan yang membuatkan laut sedikit bergelora
Mahu tidak mahu, terumbang ambing juga rasanya dalam feri yang dipukul ombak di kehujanan hari
Aku yang tak pernah-pernah mabuk pun bergelodak rasanya isi perut
Sesampainya di Batam, kami menempah Grab untuk ke hotel
Hotel kami terletak berdekatan dengan Nagoya Hills Mall
Dari terminal ke hotel, caj Grab adalah Rp 24,000 (sekitar RM6 ke RM7)
Sepanjang perjalanan pula aku terpana melihat persekitaran di Batam
I don't know how to describe it accurately, but never mind
Check in di hotel pula required deposit Rp 100,000 (sekitar RM27)
Selesai urusan check in, masa untuk berehat seketika
Aku jamak takhir memandangkan waktu Asar sudah masuk
Dan disebabkan kami menonong saja ke Batam, inilah masanya kami menyusun ke mana tempat kami ingin lawati
! ! ! TOLONG JANGAN TIRU ! ! !
Kami decide untuk ke Enak Crab House sebab dah lapar sangat
Nak makan malam terus sambil brainstorm nak ke mana esoknya
That restaurant didn't living it's name, though
Ketamnya mahal tapi enak tu sikit je lah
Sayur-sayurannya lagi enak hahahaha
Sayur 4 Raja - bendi, terung, kacang panjang dan petai
Ketam nipah masak butter telur masin
Oh ya, di sana mereka panggil ketam nipah - kepiting
Manakala ketam bunga adalah rajungan
No worries, dalam menu ada English dan Chinese version
So kalau tak faham bahasa Melayunya, boleh refer English
Sayur-sayuran diatas berharga Rp 50,000 (sekitar RM14)
Ketam tu, malas aku nak sebut berapa harganya
Yang penting pinggan dah licin masa ketam sampai
Mungkin patut cancel je sebab dah kenyang sebenarnya
Well, a lesson was learned in a hard way that night hahahaha
When in doubt, just say no
Lepas makan, kami order Grab untuk balik ke hotel
Tapi lepas beberapa minit tunggu, Grab macam tak bergerak-gerak
Tapi lepas beberapa minit tunggu, Grab macam tak bergerak-gerak
Dalam map Grab pun masih kat situ tak berganjak pun
Bila aku chat driver, tak reply pun
Mungkin sebab aku ada promo code, jadi tambangnya mungkin lebih murah
Maybe that's why the driver tak gerak, saja nak suruh aku cancel
Maybe that's why the driver tak gerak, saja nak suruh aku cancel
So, we did cancel that driver
We booked new Grab, using my sister's phone untuk ke Nagoya Hill Mall
Mall sepatutnya bukan tempat melancong, but why not?
Hari dah malam, dan kami pun masih berkira-kira hendak ke mana lagi menghabiskan sisa malam
Makanya ke mall sajalah kita
Tapi mallnya sendu :(
Mungkin aku saja berperasaan sedemikian
Jika ada lagi rezeki ke sana, mungkin aku takkan ke mall itu lagi
Serik, cukup sekali, sudahlah
Memandangkan mall dengan hotel kami terletak berdekatan, jadi aku decide untuk berjalan kaki ke hotel
Seram jugaklah melintas jalan di Batam
Apa jua jenis kenderaan takkan berhenti untuk memberi laluan
Makin kena hon adalah hahahaha
Berlari jugaklah melintas jalan malam tu
Sampai bilik, mandi dan solat Maghrib dan Isyak
Tak lama kemudian, mata aku berat sangat
Walhal jam baru menunjukkan pukul 11.30 malam
But it's 12.30 tengah malam di Malaysia huhu
I'm not used to sleep so late uwaaaa
So, that's it day 1 in Batam
Should be fun if you guys gerak awal dari Johor
We decided to go later because nak sampai sana terus check in
But actually boleh je pergi awal pagi, sampai sana terus drop the bags dekat hotel cakap nanti nak check in
Well, first timer, kan?
And that's what experience will teach you next time around
I guess that's all for this entry
Lama dah tak menulis panjang berjela macam ni
Terima kasih kerana membaca hingga ke titik terakhir
Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam sedunia
Semoga ALLAH terima segala amalan kita pada bulan mulia ini aamiin~
Sekian, phir milenge chalte chalte
Wassalam
Tuesday, February 25, 2025
2025 So Far...
Bismillah
Hampir ke penghujung bulan Februari sudah
Dan Ramadan bakal menjelang
Ahlan wa sahlan ya Ramadan
Semoga direzekikan, diberikan kesempatan untuk menunaikan rukan Islam yang ketiga dengan sempurna
Inshaa Allah, aamiin
Setahun sudah bergelar isteri
Alhamdulillah, masih banyak yang perlu dipelajari
Dan banyak benda yang perlu disyukuri
Terima kasih ALLAH, untuk segalanya
Batam yang terletak di Kepulauan Riau, baru pertama kalinya aku jejakkan kaki
Banyak kenangan yang tercipta dan banyak benda baharu yang aku pelajari
Berjalan, bermusafirlah, melihat keindahan dunia ciptaan ALLAH
Selain dapat menambah pengetahuan tentang sesebuah negara selain negara sendiri
Budaya dan cara hidup yang berbeza, harus belajar untuk beradaptasi
Pemandangan yang indah dan kepelbagaian masakan yang berbeza
Semestinya sebuah pengalaman yang tidak boleh didapati di mana-mana
Few things happened last year, but too busy to rant here
Perhaps I should get back to write here
Walaupun tak ada yang membaca, maybe one day I'll come back and mengenang kembali semuanya
Nanti-nanti akan aku kongsikan gambar-gambar dan cerita disebalik gambar tersebut
Sekarang masih dalam mood rileks, santai-santai
Inshaa Allah, berjumpa lagi di lain hari, lain masa, tempat yang sama
Phir milenge chalte chalte
Ampun maaf zahir batin
Semoga husnul khatimah untuk kita semuanya
Sekian saja coretan hari ini
Assalamualaikum
Subscribe to:
Posts (Atom)
The WA
Kerana dengan menulis itu adakalanya membuatkan dia berada di suatu dimensi yang tak terfikirkan. Dan segala apa yang tercatat disini hanyalah nukilan jiwa, bicara minda juga bisikan rasa yang pelbagai. Terima kasih kerana sudi membaca segala yang tertulis. Ampun maaf sekiranya komen anda kelihatan sepi sendiri.