I'm Wa!

Welcome to my world of thoughts. Most of the time, I'm just talking to myself. Oh ya, I love foods so much and I hope I can share whatever it is that related to foods in here besides my thoughts. Thank you for visiting!

Wednesday, July 18, 2012

Pfffttt...


Bismillah...

Anyway, kiranya dah hampir dua minggu aku kat Politeknik Kuching (PKS) nih. 
Though hidup tak sesempurna mana, tapi aku selesa. 
Boleh di katakan aku bersyukur dapat roommate yang sama sekolah suatu ketika dahulu.

Nasib baik orentasi/Minggu Suai Kenal (MSK) kat PKS ni tak selama masa aku masuk Form 6 hari tu.
Dowh... kira boleh sujud syukur dengan MSK yang cuma 4 hari tu.
Kalau lebih dari tu, aku gerenti yang aku akan meroyan tahap bahangang arr.

Mana tidak, hampir setiap malam tidur lebih pukul 12. 
Maybe setengah orang akan cakap, "alah, standard lah waktu orentasi tidur lewat." 
The probs is, aku/kami kena bangun pukul 5 lebih. 
Dowh... what do you expect from peoples like us? 
Tidur dekat pukul 1, bangun pukul 5. 
Come on laa. 
Kalau dak-dak AJK MSK ngadu letih and what so ever, habis kami ni apa? 
Robot? Android? pfffttt...

Tapi tak apa. 
Daripada MSK yang aku ikut dengan hati yang mendongkol tu, banyak yang aku dapat. 
Anyway, kalau cerita kat sini, memang berjela-jela lah. 
So, better aku tak payah cerita.

Hari ni, kami mula masuk kelas. 
Sebab Isnin dengan Selasa yang lepas, dak-dak senior mendaftar. 
Perghh... rasa macam nak lari balik rumah pun ada. 
Yahh... dream on. 
Sampai patah pun kaki, takkan nya aku sampai ke rumah. 
Silap-silap, ambulans tolong hantar. <paham-paham ler>

Ini pun, mengupdate blog ni guna line orang. 
Nak guna PKS punya wi-fi, kena tunggu next week. 
Baru dapat register. 
Duhh... rasa nyesal lah pulak tak smug line bapak aku dulu.

Aku doa, harap, wish, aku keluar dari PKS ni sebagai seorang programmer yang di segani. 
Whatever la. 
Maybe orang tak nampak apa kepentingan programmer dalam hidup. 
Tapi kalau programmer tak wujud, takkannya industri komputer berkembang.

Dan, aku akan ingat sampai mati pesan mak aku, bapak aku dan sis aku yang sudi menasihatkan aku nih. 
Thanks anyway. 
Doa aku yang utama kat sini, moga ALLAH tutup pintu hati aku untuk jatuh cinta dengan mana-mana lelaki. 
Belum masanya untuk aku berkecimpung dalam bidang tu. 
Even jauh dari parents, tak semestinya aku bebas untuk bersosial.

Okeh... that's enough.
Phir milenge, chalte-chalte.
Sorry for any crap and as if ada yang terasa, please don't take it personally.
Wassalam.

Thursday, July 5, 2012

Don't Say Goodbye


Bismillah.

Sehari dua lagi, aku bakal meninggalkan bumi Miri. Sayonara Miri.
Aku ke mana?
Hmm.. aku ke Kuching
Memanglah tak jauh mana. 
Tapi, kalau merangkak, bertahun-tahun baru sampai Kuching oow. -perumpamaan je-

Baju aku dah siap packing. 
Tapi macam tak muat aje satu bagasi. 
Maunya tak muat. Baju kurung je dah tujuh pasang, blaus lagi, kain segala.
Memanglah tak muat kalau nak padat semua benda dalam satu bagasi. 
At least, aku perlukan satu lagi beg. 
Dan Mrs Ayahumi pesan, satu beg lagi untuk stok makanan. 
Waaah... bagus jugak idea beliau.

Aku bawak makanan asasi lah. 
Makanan ruji untuk golongan yang susah nak dapat bekalan elektrik. 
Yah, of course mi segera a.k.a Maggi
Itu memang wajibul ghunnah. 
Makanan dalam tin tu payah sikit. 
Lagi kalau dapat tempat banyak semut. 
Hiiisy... free-free aje dapat sesi 'tidur bersama encik semut'.

Sedih la plak nak tinggalkan Miri nih. 
Even aku bukannya jenis sosial sangat, tapi aku kenal Cherry Berry tu apa, Masjid At-Taqwa kat mana, USA <Ulu Sungai Adong> aje aku belum tengok. 
Mana taknya, macam lah aku ni suka sangat berjalan tak tentu hala. 
Baik duduk umah, tengok tv.

Dekat dengan Imperial Mall, Bintang Plaza dan Pejabat Pos.


Hurmm.. Nak sedih-sedih kenapa pulak? 
Macamlah takkan balik ke sini lagi. 
Well, who knows. 
Ajal maut di tangan TUHAN. 
Bukan kerja kita. 
So, anyway, adios Miri. 
Lain kali aku datang sini lagi, mesti banyak perubahan.

Mestilah ada perubahan dalam setiap pembangunan dan kemajuan. 
Baru maju namanya.
Aku nak packing barang yang macam penting-tak-penting ni.
Phir milenge, chalte-chalte.
Sekian, wassalam.

Monday, July 2, 2012

Kahaani (Cerita)

Bismillah pembuka bicara.
Assalamualaikum meneruskan kata.
-cheh, skemanya!-

Hye... lama dah tak buat entri baru. Hari ni baru ada kesempatan.
Hari ni aku nak bercerita pasal 'Kahaani' - filem Hindustan yang aku tengok kat channel ABO untuk bulan Julai.



'Kahaani' di bintangi oleh Vidya Balan dan lain-lain pelakon Bengali yang kita tak berapa nak kenal sangat. 
Aku kenal Vidya Balan ni pun sebab dia pernah berlakon dengan abang aku, Shahid Kapoor dalam filem 'Kismat Konnection' -ejaan untuk filem tu memang cenggitu-.



Bestnya citer 'Kahaani' ni sebab Vidya Balan tu tak perlukan mana-mana hero untuk support dia sebagai lead role. 
Adapun si Rana yang adik aku cakap comel tu, cumalah pelengkap cerita. 
Pada aku, Rana ni memang dah jatuh cinta pandang pertama sejak dia tengok si Vidya turun dari teksi kat depan Balai Polis Kalighat.



Vidya pulak, dia sedar yang dia ni 'ibu mengandung' yang sedang mencari suaminya yang hilang iaitu Arnab Bagchi. -adik aku ketawa bila Vidya sebut nama suami dia 'Arnab'-

 -Arnab-

    
Overall, filem ni memang best. Daripada 10, aku bagi 8.9. Kira 9 lah tu...
Pelakon-pelakon Bengali ni boleh tahan gak hensem.

Macam si Rana, adik aku cakap comel.



Milan / Arnab, aku sendiri cakap dia quite hensem. 
Sekali tengok, macam Adi Putra versi Bengali pun iya gak. 
-sebab dia pun model macam Adi Putra- 
Additional info bout him, he's married.


Kalau En. Khan pulak, macam cikgu Bio aku time form four dulu. 
Ala-ala Arjun Rampal pun ha'ah jugak mamat ni. 
Tapi dalam filem ni, banyak betul dia merokok.

Oookey. Aku chow dulu. I've got work to do. 
Packing.
Where? Entah. Tengok lah nanti.
Anyway, thanks coz sudi membaca laman aku ni.
Sekian, sorry for everything.
Wassalam.