I'm Wa!

Welcome to my world of thoughts. Most of the time, I'm just talking to myself. Oh ya, I love foods so much and I hope I can share whatever it is that related to foods in here besides my thoughts. Thank you for visiting!

Kembali

Friday, October 8, 2021


Bismillah
Assalamualaikum
Maaf, terlalu lama rasanya aku menghilang
Dan kini aku kembali 

Alhamdulillah
Berpeluang menjadi sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV)
Selama tiga bulan empat hari
Dan sekarang, kembali menanam anggur
Walaupun anggur bukanlah buah-buahan tempatan
Tapi anggur banyak ditanam oleh rakyat Malaysia
Malah anggur merupakan buah yang paling banyak ditanam di seluruh dunia
**hahaha sorry, tak lawak pun kan :(

Okay, to be honest, I want to write something for myself
To self reflect, for future me
In case I really need something to make me come back to Earth
Here we go ...


Hidup itu kadang terlihat mudah kerana kau diperlihatkan perkara yang indah semata
Sedang perkara yang sukar dan menyakitkan itu disembunyikan
Disebalik senyum tawa dan bahagia yang dipamerkan 
Yang kau sendiri sukar untuk membezakan
Sama ada ianya dari hati atau sekadar topeng yang membutakan
Untuk menutup nyatanya hidup ini tidak ubah seperti kapal di lautan
Terumbang-ambing tanpa ada jalan yang terbentang

Justeru, seiring dengan peredaran zaman
Berhenti mengundang resah di hati sendiri
Terimalah hakikat bahawa dunia ini bukan hanya ada kita
Belajar lihat dunia pada sudut yang berbeza
Bukan sekadar melalui kanta yang terlekap kemas dimatamu sejak lahir lagi
Ada masanya dunia itu mengujakan jika kau lihat melalui kaleidoskop
Ada masanya dunia itu terlalu payah untuk dicerna
Kerana kau melihatnya melalui teleskop
**are we going to keep talking about those instruments?

Suka untukku ingatkan
Dunia ini hanyalah persinggahan sebelum alam yang kekal abadi
Maka, dalam apa pun urusanmu di sini
Sentiasalah membayangkan bahawa di mana pun kau berada
Akan ada yang memerhati, mengambil tahu dan menjaga
Meski saat kau sendirian, tanpa sebarang teknologi 
Percayalah bahawa DIA sentiasa ada
Makhluk-NYA ada bersamamu tanpa mengira waktu

Saat kau rasakan tiada siapa yang peduli
Saat kau rasa betapa rapuhnya dirimu
Saat kau rasakan permintaanmu belum adapun yang tertunai
Saat kau rasa dunia ini terlalu kejam untukmu
Percayalah, yakinlah, DIA sentiasa ada

Setiap titis air mata yang mencabuli wajahmu
Setiap detak jantungmu yang memalu dadamu
Setiap nafas yang kau hela tanpa ingin dihembus
Setiap bait kata yang kau telan setiap satunya
DIA sentiasa melihat dan mendengar 
Malah DIA tahu segenap perkara yang berlaku 

Maaf, tiada niatku untuk mengajar dirimu tentang ilmu ketuhanan
Apalagi ilmu agama yang pengetahuanku sendiri cetek tentangnya
Cuma dalam diriku ini
Sentiasa ada suara yang mengingatkan 
Bahawasanya setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya

Jujurnya perkara sebegini lebih mudah diingatkan pada yang lain
Sampai saatnya diri ini berdepan dengan hakikat hidup
Terjelepok dibuatnya malah meraung tanpa suara
Aku bukan manusia bertuah yang jalan hidupnya lurus tanpa sebarang halangan
Cuma selekoh kehidupan kita berbeza

Tetaplah bangkit meneruskan perjalanan 
Berehatlah sebentar jika kau rasa lelah
Tiada siapa yang akan meneruskan perjalanan itu
Melainkan dirimu sendiri
Kerana manusia lain pun terlalu sibuk mencari arah perjalanan mereka

Jalan yang lurus tanpa sebarang halangan itu adakalanya perangkap
Pun begitu, jalan yang berhalangan itu belum tentu selamat
Usahakanlah apa saja untuk menyelamatkan dirimu
Jangan dilupakan keluargamu, bawalah mereka bersama
Namun jika ada yang memilih untuk menempuh jalan yang berbeza
Biarkan mereka dengan pilihan mereka
Titipkan doa agar selamat perjalanan mereka 
Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi 


Baiklah, sekian saja coretan aku
Ampun maaf zahir batin
Phir milenge chalte chalte





Comments