Personal
Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts
Friday, May 9, 2025
Untung
Bismillah
Saja lah nak rant kat sini
Lepas lepak lama sangat dekat twitter
Rasa macam perang jantina takkan habis kat sana
Entah apa nak digaduhkan pun tak tahu
Benda tak ada betul dan salah
Tak ada nak menangkan siapa pun
Biasalah, benda dalam talian ni semua benda boleh buat gaduh
Bila jemari lebih laju daripada otak
Masa menaip tak fikir panjang
Bila ada yang mengambil tindakan, mula lah drama "kena hack"
Digital footprint susah nak dipadam ya, kawan-kawan
Makanya sebelum reply atau engage dengan kandungan dalam talian
Fikir banyak kali
Is it worth it?
Semua tu kadang rage bait je
Saja nak melaga-lagakan umat manusia
Apa yang aku cuba nak sampaikan sebenarnya?
Macam tak kena dengan tajuk je? *angkat bahu*
Baiklah, kembali kepada topik asal iaitu 'untung'
Aku ada tengok satu video ni
Macam pertandingan lah, ada seorang lelaki ni dia pegang satu not USD100
Tapi bukan pertandingan berlari pun
Dia cuma letak semua orang dekat garisan permulaan
Kemudian syarat pertandingnya pelik sikit
Lelaki tadi akan buat beberapa kenyataan
Setiap kenyaatan yang benar, peserta boleh ambik dua langkah ke hadapan
Setiap kenyataan yang tidak benar, peserta akan kekal di tempat yang sama
Maka, pertandingan pun bermula dengan kenyataan pertama
"Dua langkah ke hadapan kalau ibu bapa anda masih berkahwin"
Ramai yang melangkah, ada yang masih kekal di garis permulaan
"Dua langkah ke hadapan jika anda ada akses kepada pendidikan"
Masih ramai yang melangkah ke hadapan, ada yang baru melangkah
"Dua langkah ke hadapan jika anda tak perlu memikirkan soal makanan pada masa akan datang"
Cuma beberapa saja yang melangkah
Banyak lagi kenyataan yang lelaki tersebut nyatakan
Akhirnya lelaki tu meminta semua yang telah melangkah tadi untuk pandang ke belakang
Untuk melihat berapa ramai sebenarnya tak ada kelebihan seperti mereka yang di hadapan
Boleh klik sini untuk tengok full video
Bila aku tengok video tu, aku jadi sedar diri
Banyak benda dalam dunia ni aku boleh dapat tanpa perlu bersusah-payah
Walaupun zaman kanak-kanak aku tak sama macam orang lain
Aku masih dikira beruntung
Sekurangnya aku tak perlu fikir untuk bayar hutang pendidikan
Seperti PTPTN atau MARA
Pendidikan tinggi aku dibiaya oleh Mr Ayahumi sepenuhnya
Aku cuma perlu belajar tanpa perlu fikirkan apa-apa
Untungnya aku, kan?
Alhamdulillah for everything
Honestly sometimes aku rasa tak layak pun untuk semua ni
Tapi ALLAH itu Maha Tahu apa yang kita mampu atau tidak
Kadang bila tengok orang lain
Banyak betul rasa kurang pada diri sendiri
Rupanya ramai lagi yang lebih beruntung daripada aku
Tapi kalau aku nak jadi macam mereka, aku sanggup kah?
Jawapannya, mungkin ya, mungkin tidak
Mungkin juga belum tentu
Sebab kita semua ada ujian masing-masing
Ujian yang nyata sekarang adalah media sosial
Tengok orang pergi bercuti, kita nak jugak
Tengok orang makan sedap, kita nak jugak
Tengok orang beli emas, kita nak jugak
Tengok orang pakai kereta mewah, kita nak jugak
Tengok orang happening dengan kawan-kawan, kita pun cuba nak berkawan dengan dia
Tengok orang buat chellenge tiktok, kita nak buat jugak
Pendek kata, semua benda yang orang buat, kita nak buat jugak
Semua yang orang ada, tidak dapat tidak, kita nak kita ada jugak
Padahal kita tak sedar, media sosial ini cuma tempat orang menunjuk-nunjuk
Tak semua benda yang ditunjuk di media sosial itu indah
Berapa ramai yang ikat perut demi nak melancong ke luar negara?
Ada kita peduli? Tak ada pun mereka bagitahu, kan?
Berapa ramai yang terikat dengan hutang sana sini demi lavish lifestyle?
Tiap hari kena call dengan Shopee, dengan bank semua tu, kita tak tahu, kan?
Kalau nak letak media sosial sebangai kayu ukur, memang kita takkan pernah menang
We don't have what it takes to touch the bar
And whoever sets the bar, they are already super, filthy rich
Punya kaya sampaikan harga kereta kita cuma duit belanja mereka dalam sehari
Harga rumah yang kau kata mahal itu bersamaan dengan seminggu percutian mereka
Kalau kau rasa hebat pakai Honda, mungkin kau tak tahu betapa eksklusifnya kereta mereka
You can't even pronounce their brands and how much it costs
Even the zeroes in their banks pun kau takkan habis kira
Tapi sampai bila nak compare hidup dengan orang macam tu?
Kita ni pun dah kira beruntung, mereka tu apa?
Tak apa, tak payah fikir tentang orang
Orang pun tak fikir tenteang kita
Untung masih ada keluarga, hidup masih ada privasi
Ibaratnya nak bandingkan rumput dengan pokok
Memang takkan terbandingkan
Tapi masing-masing masih boleh hidup, bukan?
Masing-masing masiih ada fungsi dalam hidup masing-masing
Dalam dunia yang luas terbentang ni
Mungkin kita tak rasa kita penting, tapi percayalah, you matter
Pernah tengok tukang kutip sampah dan pekerja kebersihan buat rusuhan di Paris?
Sampah berhari-hari tak dikutip sampai tikus berkeliaran sana sini
Jadi, jangan pandang enteng sekecil-kecil perkara
Kita semua ada sumbangan masing-masing pada alam sekitar, pada negara, pada dunia
Bersyukurlah, untung masih hidup
Berapa ramai yang dah meninggal berharap mereka dapat hidup semula
Kita tak rasa sebab kita masih hidup
Don't take things for granted
Or else you'll live in regret
Sekian saja coretan di hari Jumaat ini
Ampun maaf zahir batin untuk semuanya
Phir milenge chalte chalte
Wassalam :)
Sunday, April 6, 2025
Aidilfitri 1446H
Bismillah
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H buat semua umat Islam seluruh dunia
Yang menyambut dengan keluarga, alhamdulillah
Yang menyambut di perantauan mahupun sendirian, alhamdulillah juga
Taqabalullahu minna wa minkum
Semoga ALLAH terima segala amalan kita pada Ramadan lalu
Dan semoga dipertemukan dengan Ramadan akan datang aamiin
Alhamdulillah, tahun ini giliran untuk beraya di Bumi Kenyalang
Tiket dah beli awal, hujung tahun lepas
Nak cerita bab tiket ni kan, beli awal takde pun murah mana
Beli lambat pun kadang tiba-tiba jackpot dapat murah
Cuma itulah, kalau beli awal, pilihan masa penerbangan lebih banyak
Jadi saranan aku, belilah dua bulan sebelum
Atau 10 minggu sebelum dijangka terbang
Harga masih okay
So lesson learnt
Beli tiket jangan terlalu excited ya, kawan-kawan
Boleh on notification pada Google flight atau Trip.com untuk price alert
Nanti mereka akan maklumkan harga tiket naik atau turun
Jadilah pengguna yang bijak!
Musim raya baru-baru ni kita digemparkan bahawa AI boleh ubah gambar kita
Menjadi apa saja yang kita minta
Masih tak sempurna, tapi slowly AI ni masih belajar, kan?
Mulanya aku tahan hati jugalah tak nak terikut-ikut hahahaha
Tapi bila Incik Suami tunjuk kat aku hasil gambar yang diubah
Aku jadi tertarik nak mencuba
Maka inilah hasilnya bila aku minta AI tukar pada Ghibli style
Boleh nampak aku berseluar kat situ walhal realitinya aku pakai baju kurung gais
Aku tak pakai kasut macam tu
Realitinya aku ada pakai cermin mata, tapi entah ke mana perginya
Dan aku tak pakai shawl putih macam dalam gambar
I was like, "ini tak boleh jadi" dan proceed bagi arahan lain
Saja menguji kebolehan AI ni kann
Yang ni bagi aku lebih realistik berbanding yang tadi
Tudung pun nampak sikit coraknya, cermin mata ada
Baju Melayu Incik Suami pun helok sini
Yang ni aku minta AI tukar pada Pixar style
Comel, kan?
Yang ni pun lawa bagi aku
Aku minta AI tukar kepada anime style
Corak tudung ada lari sikitlah
Tapi masih boleh diterima berbanding yang mula-mula tadi
Aku jadi seronok main dengan AI ni
Tapi itulah, hangat-hangat tahi ayam juga ><
Masa tu je lah excited
Sekarang mana ada dah ahhahaha
Oh ya, raya kali ni kami tak ada open house
Kami yang ke sana dan ke sini beraya ke rumah orang
Tapi tak dinafikan, beraya ni penat ya?
Tidur lambat, bangun awal
Aku dah tak ada tenaga untuk semua tu
Mungkin kena kurus balik HAHAHAHAHAHA
Barulah ada semangat balik
Ini nak bawa diri pun penat, lagikan nak melayan kerenah orang
Hmmm tengok je lah mampu
Sekian saja coretan raya tahun ini
Ampun maaf zahir dan batin
Andai ada salah silap, di dunia maya mahupun dunia nyata
Aku minta maaf dunia akhirat
Selamat hari raya semuaaa!
Jumpa lagi di entri yang lain
Phir milenge chalte chalte
Wassalam :)
Tuesday, February 25, 2025
2025 So Far...
Bismillah
Hampir ke penghujung bulan Februari sudah
Dan Ramadan bakal menjelang
Ahlan wa sahlan ya Ramadan
Semoga direzekikan, diberikan kesempatan untuk menunaikan rukan Islam yang ketiga dengan sempurna
Inshaa Allah, aamiin
Setahun sudah bergelar isteri
Alhamdulillah, masih banyak yang perlu dipelajari
Dan banyak benda yang perlu disyukuri
Terima kasih ALLAH, untuk segalanya
Batam yang terletak di Kepulauan Riau, baru pertama kalinya aku jejakkan kaki
Banyak kenangan yang tercipta dan banyak benda baharu yang aku pelajari
Berjalan, bermusafirlah, melihat keindahan dunia ciptaan ALLAH
Selain dapat menambah pengetahuan tentang sesebuah negara selain negara sendiri
Budaya dan cara hidup yang berbeza, harus belajar untuk beradaptasi
Pemandangan yang indah dan kepelbagaian masakan yang berbeza
Semestinya sebuah pengalaman yang tidak boleh didapati di mana-mana
Few things happened last year, but too busy to rant here
Perhaps I should get back to write here
Walaupun tak ada yang membaca, maybe one day I'll come back and mengenang kembali semuanya
Nanti-nanti akan aku kongsikan gambar-gambar dan cerita disebalik gambar tersebut
Sekarang masih dalam mood rileks, santai-santai
Inshaa Allah, berjumpa lagi di lain hari, lain masa, tempat yang sama
Phir milenge chalte chalte
Ampun maaf zahir batin
Semoga husnul khatimah untuk kita semuanya
Sekian saja coretan hari ini
Assalamualaikum
Wednesday, August 21, 2024
Syukur
Alhamdulillah 'ala kulli hal
Selesai sudah segalanya yang berkaitan dengan majlis perkahwinan
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar
Hujan, panas, ribut, petir, angin monsun tu biasalah
Bumi mana tak ditimpa hujan gituu
Video dekat bawah sekadar mengikut trend semasa ala Mafia
Terima kasih pihak The Karya for the video
Kalau nak video versi yang lagi panjang, boleh klik sini
Link akan redirect to Youtube untuk tonton video kahwin kami
Terima kasih kerana menonton!
Amacam tengok video mafia kami?
Garang tak muka masing-masing?
Selalu mafia ramai lelaki kan
Ini mafiah, ramai perempuan hahaha
Alhamdulillah makanan semua cukup
Daging lembut walaupun aku makan sikit je haha
Lain kali jadilah tetamu kalau nak makan banyak
Jadi pengantin memang makan sikit
Lainlah kau dah pesan awal suruh tapau untuk kau
Terima kasih ALLAH for making this happen to me
Terima kasih semua sebab sudi menjayakan majlis
Walaupun datang dari jauh, semua bekerjasama pakai warna sama
Mungkin boleh repeat baju ni untuk raya nanti haha
Siapa sangka sekarang aku dah bergelar isteri orang
Ha! Cliche gilaaa
Asal-usul cerita kami hmmm tak payahlah cerita eh
Tapi yang penting kami bertemu di media sosial
Itu je, dah
Lain-lain tak perlu details sangat
Nanti muntah orang dengar haha
Sebelum mengakhiri kalam
Suka untuk aku ingatkan diri sendiri dan semua
Bahagia itu perlu dicari dan adakalanya ia bermula dari hati
Cewahhh
Yelah, kalau hati sendiri pun tak bahagia
Macam mana aura bahagia tu nak mendekat?
Betul tak?
Lain kali kita sembang pasal bahagia, okay?
Sekian, phir milenge chalte-chalte
Ampun maaf dunia akhirat
Wassalam
Ni aku rasa gambar set-set drama pukul 7 kat TV3 hahaha
First time rasanya dapat bergambar ramai macam ni. Raya pun masih incomplete huhu
With his families. Al-Fatihah to arwah mak mentua, Fauziah Hanum binti Hussein.
This is my henna artist, Diba and her husband is my husband's friend haha (boleh klik nama Diba kalau berminat nak henna service KL/Johor area)
Mereka ini adalah yang terpaling wajib dijemput, datang tak datang lain cerita. Inilah penguat semangat sepanjang bergelar pegawai kadet dulu.
On the left, Syasya and her husband, Aidil. Right beside me, Shaida, and there is my long childhood friend, Khalis.
Pak mentua dan adik-beradiknya dan cucu mereka.
Pakcik dan makcik yang terbang jauh dari Miri serta anak dan cucu mereka.
Last but not least, doorgift maker aku, Azah, suami dan anak-anak. Boleh klik nama Azah untuk order goodies dan cookies. Tak pun, pergi Shopee, cari Ibu Adam Bakery.
Done spam gambar dan promote bisnes member semua yang terlibat masa majlis aku
Harap mana yang murah hati tu sudilah berurusan dengan mereka
Semoga dipermudahkan urusan kalian yang bakal mendirikan masjid
Yang masih berfikir dan bertaaruf, harap dipermudahkan urusan kalian juga
Yang sudah berdiri tegak masjidnya, moga terus istiqamah menjaga keamanan rumahtangga
Ingat, hidup ni kejap je, jadi pilihlah untuk bahagia dan membahagiakan
Sampai jumpa lagiii
Phir milenge chalte chalte
Ciao!
Thursday, August 10, 2023
Nanti
Terlalu lama juga aku menyepi daripada menyampaikan rasa hati melalui aksara di sini
Akhirnya hari ini barulah terbuka hati nak menaip
Apa khabar yang sedang membaca?
Semoga baik-baik saja ya
Jaga solat, jaga kesihatan ya?
Bukan apa, kalau kita jaga solat, at least dekat sana nanti kita terjaga inshaa ALLAH :)
NANTI
Satu perkataan yang kita sendiri mixed feelings bila dengar
Siapa je suka menanti? Menunggu sesuatu yang tak pasti
Tapi kalau perasan lah kan, hidup kita ni penuh dengan penantian
Sejak kita di alam roh lagi, kita menanti bila giliran kita ditempatkan di alam rahim
Bila di alam rahim, kita kena menanti lagi untuk dilahirkan ke dunia
Bila dah lahir, ramai orang menantikan ketibaan kita
Sedar tak sedar, penantian itu sebahagian daripada kehidupan
Kita nak naik flight pun kena tunggu dekat boarding hall, betul?
Itu menanti juga namanya hehe
Banyak-banyak 'nanti', kadang rasa sedih bila kita nak bertaubat
Nanti bila?
Dah bongkok tiga, tak larat nak solat secara sempurna?
Maaf ya, aku sedang bertanya dengan diri sendiri
Sedih rasanya bila meletak ke tepi soal akhirat
"Takpe, nantilah" bila dah berniat nak bersedekah
"Ah, nantilah" bila rasa dah seronok main fon sedangkan azan berkumandang
"Hmmm, nantilah, tak penting pun" bila perlukan sesuatu untuk diri sendiri tapi keadaan tak mengizinkan
Sedih, kan?
Sampai bila nanti tu eh?
Aku sendiri pun tak tahu
Nanti tu kadang tak muncul pun bila waktunya
Kadang bila dah berlaku sesuatu barulah rasa 'nanti' tu sepatutnya dah dibuat
Tak hairanlah ada pepatah "sudah terhantuk baru terngadah"
Benda dah jadi baru nak menyesal
No one is too busy for their loved ones
One of many things yang aku rasa 'nanti' yang akan disesalkan adalah bila dah tak ada barulah kita terkenang
Sedangkan waktu untuk diluangkan bersama itu boleh je diselitkan
Kenapa 'nanti' sering dijadikan alasan?
'Nanti' yang entah bila, yang tak pernah muncul, yang sebenarnya kata lainnya adalah 'tak ingin'
I understand that semua orang sibuk dalam dunia masing-masing
Terlalu banyak benda yang kadang kita sendiri pun tak sempat nak fikir
But then, kalau betul kita nak make something happen, we would do anything to make it work
Tak kisahlah macam mana pun kan
Just like how regretful people around you when they found out you're dead
Menyesal kenapa?
Penyesalan yang kalau aku senaraikan, terlalu panjang rasanya
Masa tu, semua hanya mampu menangis dan terus bersedih untuk sehari dua
Seterusnya, hidup tetap perlu diteruskan
Bezanya, 'nanti' itu mengajar sesuatu buat kita
I just, hmmm
I don't know how long we, in fact, me...
I don't know how long I'm gonna live
It's just sad, y'know?
"Nanti semua luka akan sembuh" TIPU!
"Nanti adalah tu rezeki kau" ???
"Semoga kita bersama di syurga nanti" WHO KNOWS?!
Kenapa bukan sekarang?
Kenapa mesti aku tunggu semua tu?
Kerana sesungguhnya 'penantian itu suatu penyeksaan'
Aku dah penat
Aku pun dah tak tahu mana arah tuju hidup aku sendiri
Aku cuba hidup sebenarnya hidup
Menikmati hidup dengan kawan-kawan tapi hakikatnya TUHAN saja tahu
Mungkin nanti aku akan okey dengan semua ni
Tapi sekarang aku cuma nak menangis sampai hilang semua rasa yang tidak-tidak ini
Nanti suatu masa, andai aku tak ada lagi kat sini
Janganlah tangisi ketiadaanku
Instead hadiahkan Al-Fatihah setiap kali teringatkan aku
Macam mana aku buat kat mereka yang aku kenal bila aku teringat pada mereka
Semoga mereka ditempakat dalam kalangan orang beriman
Aamiin
Sekian, ampun maaf zahir batin
Phir milenge chalte chalte
Monday, January 23, 2023
新年快乐
Bismillah
Salam 1 Rejab 1444H semuanya
Masih belum terlambat untukku mengucapkan
Happy Chinese New Year kepada yang menyambut
Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya
Aamiin~!
Lately emosi aku sangat roller coaster
Entah kenapalah kan
But one thing for sure
I'm so sad that I'm still like this
Too afraid of the uncertainties of life
Not that I'm comfortable being in this phase of my life
Cuma aku sendiri tak tahu
Ibarat dalam perjalanan ke destinasi yang hendak dituju
Dengan Google Maps ditangan, tapi tiada talian
Makanya kau terkandas
Berlarilah ke mana pun, kawasan itu sememangnya tiada servis
Sedih, kan?
I don't know why I have to rant it all out
I just need to get it off my chest
Macam boleh gila hari-hari nak nangis
Rasa macam nak mati pun ada
Tapi bukan siapa peduli pun
Keluarga ada, kawan pun ada
But well, everyone's already been through their own hardship
Everyone's plate already a little bit too full for themselves
Apalagi nak ditambahkan dengan masalah orang lain
Jadi, teruskan menangis
I thought last year was bad enough
Didn't know this year could be worse
God, it's only January aaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!
Please make this year better for me, for everyone!!!
I'm just a sad piece of meat
Barely keeping myself alive from day to day
As much as I wanted to be dead
I want to do so many things in this world
I want to go to Mekkah and never return
I want to go to Switzerland for a year
I want to travel all over the world
Going to places that not really a tourist attraction
Because there's what reality are
Not some sugar coating life about that particular country
Habis tu? Nak hidup ke nak mati?
Entahlah, hidup ni memang penat, hadap je lah
Nanti dah mati, lainlah ceritanya lagi
If I'm being asked "are you happy with your life?"
My answer would be a long ass paragraphs of essay
Maybe a lecture, worse, a novel with 482 pages
Ha!
But for now, my short answer will be
Alhamdulillah, I am where God wanted me to be
Not that happy, but not that sad, just something in between
As long as I still have bed to sleep, a roof above my head, foods to eat, car to go anywhere
Alhamdulillah, I'm good
Too many things that I have to be grateful for
Too many things that I may took for granted
People said, comparing is a thief of joy
I couldn't agree more
It's just that sometimes we do need to compare ourselves
So we can feel that slap on our face
That we have a lot to be thankful for
Rather than wanting more and more
Then maybe it's time to re-listen to Lies Greed Misery by Linkin Park
hahahahaha tiber sangat!
Alright, I'm feeling quite okay now
Thank you for reading whatever it is that I'm writing here
Ampun maaf zahir batin
Phir milenge chalte-chalte
新年快乐 !!!
Saturday, January 21, 2023
Bebel
Bismillah
Saja lah kan nak bebel
Actually bukan nak bebel sangat pun
More to bercakap dengan diri sendiri
Dan peringatan untuk diri sendiri
Supaya suatu hari nanti sedar diri
Bahawasanya hidup ini perlu dilihat dari semua sudut
Bukan hanya dari kanta mata kita semata
Aku sedikit terkilan sebenarnya
Apabila soal pekerjaan masih menjadi perkara yang merunsingkan kepala
Sedangkan pekerjaan adalah termasuk dalam soal rezeki
Dan jika disebut soal rezeki
Bukanlah urusan kita sebagai hamba untuk mempertikaikan apa yang telah ditetapkan
Benar, kita seharusnya berusaha sehabis baik
Diiringi dengan doa sebagai tanda kita menyerah diri kepada-NYA
Atau kata lainnya, apa saja ketetapan-NYA, kita wajib terima dan berlapang dada
Atau kata lainnya, apa saja ketetapan-NYA, kita wajib terima dan berlapang dada
Kerana kita tidak tahu apa yang direncana oleh-NYA untuk kita
Jika ada yang menganggap aku tidak berusaha sehabis baik untuk mendapatkan perkerjaan yang lebih baik
Terpulanglah pada kalian
Tiada gunanya aku bermati-matian menyangkal tanggapan kalian
Kerana segelintir manusia hanya akan percaya apa yang dia ingin percaya
Tiadalah dayaku untuk menjelaskan sesuatu yang bukan kalian ditempatnya
Dan untuk membuatkan kalian mengerti
Hanya akan mengundang sedu sedan semata
Lalu aku memilih untuk mendiamkan diri
Andai benar kita ini beriman pada rukun iman
Kita akan percaya bahawa setiap kejadian itu pasti ada hikmah disebaliknya
Yang membuatkan kita sentiasa bergantung harap pada-NYA
Kita tidak akan membahaskan 'kenapa itu', 'kenapa ini'
Kerana semua itu seakan menyalahkan takdir yang tidak memihak kepada kita
Seakan kita lebih tahu dan yakin bahawa perancangan kita lebih baik dari ketetapan-NYA
Dan jika benar hidup ini jadi seperti yang kita inginkan
Kita akan merasa tiada perlunya hidup berTuhan kerana kita sendiri boleh menetapkan hidup kita sendiri seperti mana yang kita kehendaki
Lalu kita akan kufur nikmat
Kita akan menjadi bongkak
Kita lupa bahawa dunia ini sebentar cuma
Dan semua yang kita punya adalah pinjaman semata
Ah, kalau aku terus bebelkan lagi tentang perkara ini
Aku sendiri bosan
Sewaktu aku memikirkan soal pekerjaan ini
Aku terfikir bahawa ibu bapa yang menginginkan anak mereka mempunyai pekerjaan seperti kebanyakan orang sebenarnya tidak mahu malu
Malu saat anak teman-teman mereka kelihatan lebih berjaya
Punya pekerjaan yang menjanjikan bayaran yang kedengaran lumayan
Sedangkan anak sendiri entah ke mana arah tujunya
Walhal mereka tidak mahu tahu betapa anak-anak muda punya struggle tersendiri
Yang seringkali disembunyikan daripada pengetahuan ibu bapa mereka
Mungkin ada ibu bapa yang mengerti betapa hidup Isnin-Jumaat
8 hingga 5 itu tidak seindah yang digambarkan
Mungkin ada ibu bapa yang lebih rela anak mereka bekerja mengikut shift
Asalkan si anak punya waktu untuk membawa mereka ke hospital atau ke pasar dan bersarapan bersama
Asalkan si anak tahu tanggungjawab terhadap diri dan keluarga
Itu sudah memadai tanpa mengira apa jua bidang pekerjaan mereka
Dan aku turut berfikiran
Kebanyakan ibu bapa mengimpikan agar anak-anak meneruskan legasi mereka
Atau meneruskan impian mereka
Untuk menjadi doktor, guru atau sekurang-kurangnya bergaji tiga atau lima ribu sebulan
Kerana suatu waktu dahulu, cita-cita mereka tersadai di tengah jalan
Justeru si anak lah menjadi mangsa untuk menyambung cita-cita yang terbengkalai
Wahai ibu, wahai bapa
Anak-anak bukanlah mesin yang kalian boleh tentukan manualnya bagaimana
Anak-anak itu punya hati nurani dan kehendak sendiri
Tiada salahnya jika kalian memberi cadangan demi kebaikan mereka kelak
Namun jangan terlalu dipaksa untuk menurut kehendak kalian
Anak-anak itu ada impian mereka seperti kalian suatu ketika dahulu
Berhentilah memalapkan hidup mereka yang penuh warna-warni
Sesekali nasihati mereka, beri mereka dorongan dan semangat
Bukan 'padan muka' atau 'I have told you so'
Itu hanya akan menjarakkan hubungan kalian dengan mereka
Berikan pelukan saat mereka terluka dengan dunia yang mencabar
Berikan mereka bahu untuk mereka sandar saat mereka lelah
Berikan pemangkin agar mereka terus menapak jauh
Iringi langkah mereka dengan doa dan redha kalian
Pujilah hasil usaha dan penat lelah mereka
Ucapkan tahniah apabila mereka berjaya
Dan teruslah menjadi tukang sorak mereka
Ah, anggap saja ini luahan aku sebagai seorang anak
Yang hanya menginginkan pengertian daripada orang tuaku
Agar terus mendoakan aku dalam perjalananku mendapatkan pekerjaan yang akan memuaskan hati mereka
Kerana aku sendiri juga bingung
Namun aku bersyukur kerana apa saja pekerjaan yang aku kerjakan
Biarlah kerana aku yang ingin lakukan
Biarlah datang daripada hati yang luhur dan jujur
Bukan hanya kerana bayaran yang hanya akan memakan diri
Tapi entah bagaimana aku ingin membuat mereka faham
Agar mereka berhenti merunsingkan diri dengan perkara yang tidak sepatutnya
Hmmm... entahlah
Semoga yang baik-baik saja tahun ini untuk kita semua
Aamiin~!
Sekian
Phir milenge chalte-chalte
Wassalam
Tuesday, January 10, 2023
2023
10 hari selepas 2023
Baru ada kekuatan untuk menaip
Sedangkan idea dalam kepala macam-macam
Cuma tak dizahirkan melalui aksara yang memerlukan tenaga
Bukan malas
Anggap saja aku tak punya masa untuk menghadap komputer
Biasalah hidup
Dan hari ni aku ada quote for that
Dah hidup, hadap sajaNanti mati, kena azab pula
Agak kasar, tapi kita ni kadang-kadang perlukan 'penampar'
Supaya balik berpijak pada tanah
Tak dinafikan hidup yang macam roller coaster akan buat kita terbang
Tanpa sedar, kita di awang-awangan
Dah sedap dekat atas, rasa macam tak nak turun
Sedangkan hakikat hidup adalah seperti roda
Kadang di atas, kadang di bawah
Kah!
Aku dan falsafah yang entah apa-apa
Untuk tahun ini
Aku akan berusaha untuk menzahirkan segala rasa di sini
Supaya suatu hari kelak
Segala apa yang aku nukilkan di sini mampu menjadi pengajaran
Untuk siapa lagi kalau bukan diri sendiri
Yang ada masanya sentiasa perlukan validation
Mungkin sebenarnya memerlukan perhatian
Ah, dewasa ini ramai yang menginginkan perhatian
Namun tidak mampu memberikan perhatian
Hanya sekadar jumping on the bandwagon
Atau bahasa mudahnya
Menunggang apa saja isu semasa yang menjadi topik hangat
Agar turut mendapat tempias populariti
Agar kekal relevan dalam kalangan masyarakat
Sedih tapi itulah realiti kehidupan sekarang
Dalam sedar atau tidak
Kita sendiri pun sooner or later akan terbiasa dengan perkara sedemikian
Dan kita sendiri pun mungkin akan jadi enabler
Menganggap apa saja yang dikongsi secara maya adalah realiti
Menjadikan budaya berkongsi perkara yang tidak sepatutnya sebagai lumrah kehidupan
Membahaskan apa saja perkara tular tanpa memikirkan kesannya terhadap diri sendiri
Membuat konklusi tanpa menyelidik kisah di sebalik skrin yang terpapar
Semoga kita diberi kesabaran untuk menahan diri daripada memperkatakan perkara yang tidak mendatangkan manfaat kepada diri dan keluarga
Semoga kita diisi dengan perkara berfaedah yang mendatangkan ketenangan dalam hidup
Semoga kita tidak menjadi manusia yang rugi kerana membiarkan masa berlalu tanpa mengingati-NYA
Maka marilah sama-sama berusaha untuk tidak terlalu menghabiskan masa bersama skrin
Habiskan masa dengan yang tersayang, bersama TUHAN
Cipta segala memori yang akan menjadi suatu kenangan
Yang kekal terpahat dalam lipatan sejarah peribadi orang-orang tersayang
Yang sentiasa akan ketawa bersama bila terkenangkan peristiwa tersebut
Yang akan memahami kita meski orang lain mempertikaikan kewarasan kita
Yang akan terus memberi semangat saat kita rasa diri ini seharusnya terkubur mati
Yang tidak jemu menasihati walaupun kita tetap degil dengan keputusan sendiri
Yang akan kekal tersenyum dan berbangga dengan segala kejayaan kita
Yang tidak lokek menghulurkan bantuan meski diri sendiri sedang tenggelam timbul
Semoga 2023 lebih baik daripada tahun yang sebelum-sebelumnya
Serasanya bagaikan mimpi sudah melepasi tahun 2020
Maka benarlah firman ALLAH
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian" (103:1-2)
Sekian
Phir milenge chalte-chalte
Wassalam :)
Wednesday, September 21, 2022
Damailah~
Bismillah
Terlalu lama rasanya aku menghilang
Dan terlalu banyak rasanya perkara yang berlaku
Maka benarlah kata ALLAH,
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian"
Apa pun yang terjadi, hidup harus diteruskan
Dunia tetap berputar, bulan dan matahari tetap silih berganti
Dan tanpa sedar, masa tetap berlalu pergi
11 Julai 2022, hari Isnin aku dikejutkan dengan berita kemalangan jalan raya
Aku sememangnya kurang menggunakan Facebook
Maka aku tidak tahu menahu apa-apa berita dari laman tersebut
Sedang aku menikmati masa rehatku pada tengahari itu, temanku menelefonku
Sambil menangis tersedu-sedan
Hatiku sedikit sebal mendengarkan tangisannya yang bagai tiada penghujung
Setelah ditanyakan mengapa dia menangis sedemikian rupa
Giliran aku pula ditanya kembali adakah aku tahu berita kemalangan jalan raya pagi tersebut
Jiwaku merusuh, siapakah gerangannya yang terlibat dalam kemalangan tersebut?
Mendengarkan saja sebaris nama yang aku tunggu kepulangannya
Terhenti duniaku seketika sebelum kuhamburkan segala tangisku
Mujur makananku sudah dihabiskan
Maka bertangisanlah aku sendirian mengenangkan berita yang disampaikan oleh temanku
Siapa sangka, seminggu sebelumnya itulah kali terakhir aku bersua dengannya
Dan sehingga saat ini, aku masih berasa terkilan yang teramat sangat
Because she promised me that we'll meet when she's in town
Why, oh why!
Ah, manusia!
Sudah tiada baru ditangis dan dikenang
Sedang masa hidup bersama, tidak juga dipeduli
Maafkan aku, wahai sahabat
Aku halalkan segalanya untukmu dan keluarga kecilmu
Semoga kalian sedang bermain di taman-taman syurga di sana
Inilah potret terakhir aku bersamanya
Lebih dua bulan pemergiannya dan aku masih teringat-ingat
Segala kenangan kami, segala perancangan kami
Kononnya kami hendak ke Langkawi tahun hadapan
Kemudian ke Turki suatu masa kelak setelah anak-anaknya pandai menguruskan diri
Siapa tahu kalau semua itu hanya tinggal perancangan
Hancurnya hati aku membaca segala berita yang tersebar seantero jagat maya
Boleh klik jika kalian ingin berkongsi rasa denganku
Jangan lupa hadiahkan al-Fatihah buat mereka sekeluarga, ya?
Terima kasih dunia akhirat!
Borneo Network Update (Video)
Suara Sarawak Update (Interview)
To be honest, aku memang meremang gila bila tengok video dari Borneo Network
Walaupun videonya pendek tapi dengan takbir yang mendayu-dayu itu
ALLAH saja tahu betapa tak terucapnya kesedihan kedua ibubapa mereka
Suami arwah merupakan anak pertama
Dan anak-anak mereka merupakan cucu pertama kedua-dua belah keluarga
Tipulah kalau setiap kali aku ingin keluar, aku tak teringat dekat arwah
Rindu gilaaa!!!!
Who would've thought, kan?!
Baiklah aku berhenti saja di sini
Wahai sahabatku Nadzirah binti Mohd Nor dan suami, Azwin bin Yusman
Serta anak-anak Hazreen Zharfan bin Azwin dan Hazeef Zharfan bin Azwin
Aku relakan pemergian kalian meski hati ini masih merindui, masih ingin bersama kalian
Sesungguhnya ALLAH lebih menyayangi kalian
Maka damailah kalian di sana, bersama para solehin
AAMIIN~!
Al-Fatihah buat kalian
Monday, March 21, 2022
Inevitable
Bismillah
Baru ada semangat nak buka laptop dan menaip
Padahal dah berapa hari cuti
Entahlah, semangat tu tak tahu ke mana
Baiklah, dengan tajuk entri yang mengundang rasa geli-geli
Geli ke? hahahahaha
Tak kisahlah apa yang korang rasakan
Cuma nak bagitahu
Stay safe, stay healthy
Hmmm... dah boleh dapat gambaran serba sedikit?
Last week, I was tested positive Covid19
Aku rasa ni memang varian Omikron yang tengah mengganas
Boleh dikatakan ramai yang sebelum ni tak pernah positive
Kali ni tumbang disebabkan Omikron ni
Beruntunglah orang yang masih sihat
Semoga terus kekal sihat dan dipelihara oleh-NYA
Tentang how does it feel to be Covid patient
Aku sekadar home quarantine untuk beberapa hari ni
Dan hopefully by lusa aku dah sihat
AAMIIN~!
Sebab aku ada interview that day
So, pray for me, yeah?
Pretty please ;)
How I got it, wallahu 'alam
Nama pun tengah hidup di zaman pandemik/endemik
Tapi nak dijadikan asbab tu hmmm...
Panjang ceritanya
And I was the last person in the house yang down
Yang lain memang dah demam, batuk, and whatnot
I thought I could be the rarest not to be affected
Boy, I was wrong hahahaha
The moment aku demam tu fuhhh
Serious talk, kau rasa nak melepek, nak pejam mata so all the pain go away
Caner eh nak cakap
Dia bukanlah sakit yang parah sangat seolah macam nak mati
Tapi dia main dengan suhu badan kau, dia main dengan kau punya fokus
Kau rasa serba tak kena, nak buat apa pun terganggu
Ah, dia macam demam + pening + dunia seolah berpusing + sakit dada + penat sangat
**disclaimer: ini adalah apa yang aku rasa masa aku demam hari tu, lain orang mungkin lain kesannya, bergantung dengan imuniti/metabolisma badan masing-masing
Masa tu aku dah start batuk sikit
Tapi tekak sumpah perit sangat sampai Fisherman's Friend yang biasa aku makan pun dah takde rasa apa
Aku siap boleh telan 5 biji Ricola tu macam gula-gula je (risau gak tapi tekak gatal/perit sangat)
One at a time laa of course
Ni haa Ricola nyaa
Kalau orang tak sakit tekak makan, auto keluarkan balik sebab tak sedap
Yelah, fungsi dia nak menyamankan tekak orang tak sihat hahaha
Aku rasa lebih kurang macam Strepsils dan yang sewaktu dengannya lah kut
Actually nak mintak half day masa tu
Tapi tak sampai hati, sebab macam alang-alang sangat je
Balik rumah, aku terus mandi, solat Isyak, makan, telan Panadol 2 biji terus
Sekali dengan Piriton sebab few days before that pun hidung aku dah macam air terjun
Maka terus aku lena tanpa perlu skrol telefon seperti kebiasaannya
Lagipun memang kepala aku dah rasa berat sangat dah masa tu
Bangun esok paginya, terus aku ke dapur, ambik test kit yang adik aku belikan
Khhhakkkk puihh khhhaakk puuiih sampai rasa nak termuntah pun ada
Terus buat oral punya self test
Picit-picit, goncang sikit, then titiskan dekat apakenama tu
Fuuhh, need not to wait for 10mins pun dah memang double line, bhai
Laju gilaaaa okaaayy and I was 'yeah, I knew it!'
Tapi aku tunggu jugak sampai 10mins sebab takut invalid ke apa kan
Lepas timer berbunyi, aku smirk sorang-sorang
Terus ambik gambar then tanya dengan colleague, then bos apa semua tu
So bos pun bagilah cuti, 24hb baru kerja balik
And I was thanking God for this inevitable thing that finally happen to me
Mungkin aku perlu rehat ni, dan yeah, everything happen for a reason
**tryna be as positive as my Covid test was HAHAHAHAHA
Hmmm.. dah sakit-sakit ni lah masanya untuk muhasabah diri balik
To appreciate long, good night sleep
To wake up with peace and not rush
To think about yourself and not anything else
Yang paling penting, balik pada TUHAN
Biasalah manusia ni kan memang pelupa
Dah ditarik balik nikmat baru terasa betapa besarnya, bernilainya nikmat tersebut
Anyhow, sampai hari ni pun aku masih batuk-batuk, flu sikit
Chest pain adalah sikit dan dalam kepala aku terus terbayang X-Ray pesakit Covid
hahahahahahahaha
Oh ya, KKM rajin ya nak telefon in case kau lupa nak isi yang dalam MySejahtera tu
Tapi suara operator lah, bukan manusia
MySejahtera aku masih merah dan hopefully lusa aku dah negative
AAMIIN~!
Talking about how to combat with Covid
I don't have much tapi kawan aku pesan, kalau rasa demam-demam lagi, makanlah paracetamol (Panadol)
Kalau tak nak makan pun takpe, it's just on you
Ada juga yang cadangkan Difflam untuk treat batuk/sakit tekak, tapi aku tak merasa lagi
So nanti dah sihat mungkin boleh ke farmasi untuk beli
Kalau versi Mrs Ayahumi yang tradisional pulak
Katanya lemon, cengkih, kulit kayu manis, madu
Buat minum
Kalau adik aku pulak, dia buat honey lemon je
Yang penting, kurangkan makanan berminyak, makanan manis
Banyakkan makan sup panas, minum air panas/suam
Also jangan lupa bagi diri sendiri berpeluh
Kalau rajin, keluarlah ambik matahari (area rumah sendiri je lah, tak perlu nak pergi taman yang ramai orang)
Tapi disebabkan kat tempat aku ni dah berapa hari hujan, memang matahari dalam mimpi je lah
Aku kurangkan on AC sebab dia buat dada aku rasa sejuk dan sesak :(
So aku berkipas je lah, unless kalau terlalu panas, baru aku on AC sekejap, then off balik
Aku takde pesanan istimewa or tips and tricks untuk menangani Covid
It happens just like that and it's inevitable huhu
Siapa je minta nak sakit, kan?
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
Ingat tu je lah, paksa diri untuk terima hakikat
Kalau tak mampu, takkan diuji sebegini rupa
Ujian itu kan penghapus dosa
Baiklah, sekian saja coretan aku untuk kali ini
Mana yang baik tu, ambiklah jadi panduan
Mana yang tak baik tu, ambiklah jadi pengajaran
Kerana sesungguhnya hidup ni kita takkan pernah habis belajar
Ehhh, termembebel pulak
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada seluruh umat Islam sedunia
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun sebelum ini
Sekian,ampun maaf zahir batin
Tuesday, February 22, 2022
22022022
Bismillah
Tarikh yang bagi aku sangat cantik
Selain tarikh yang aku impikan dua tahun yang lepas
Tarikh yang paling banyak dua
Bahkan jatuh pada hari kedua
Palindrome maksudnya perkataan atau ayat atau nombor yang bila diterbalikkan masih disebut sebagai sesuatu yang sama
Ah, aku dengan obsesiku terhadap nombor dua
Tapi sebenarnya nombor kegemaran aku bukanlah nombor dua
Kenapa memilih menjadi yang kedua kalau boleh jadi yang pertama? Hahahahahahaha
Tahniah aku ucapkan kepada sesiapa pun yang memilih untuk mengabadikan momen terindah dalam hidup kalian pada hari ini
Selamat ulang tahun kepada mereka yang dilahirkan pada tarikh ini
Dan tak lupa juga mereka yang telah tiada pada hari ini
Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman, aamiin
Rasa macam nak berceloteh lebih panjang
Tapi masa tak mengizinkan
Nanti-nantilah kalau aku berkesempatan
Akan aku kongsikan di sini apa yang ingin aku kongsikan
Tentang kebanyakan perkara yang tak terluahkan
Tapi rasanya lebih kepada bercakap dengan diri sendiri
Tentang hakikat hidup yang sememangnya menyakitkan, melelahkan dan merisaukan
Walau bagaimanapun, hidup perlu diteruskan
Bah, nantilah aku sambung
Phir milenge chalte chalte
Wassalam
Tuesday, January 25, 2022
Haihh...
Bismillah
Lama rasanya aku menghilang
Entahlah
Tak terasa nak meluah apa-apa
Jadi tak ada apalah yang nak dikongsi di sini
Oh ya, gambar awan dekat atas tu aku ambil masa dalam flight balik Miri
ALHAMDULILLAH, hari sangat cerah
Dapat pula seat tepi tingkap, apalagiii...
Doakan semoga keputusan temu duga aku tempoh hari bawa berita gembira
Aku dah tak kisah dah
Janji ada kerja
Penat jugalah nak hidup bila kau terlalu berpegang pada prinsip yang sekian dan sekian
"Don't sell yourself short" they said
But not everyone can afford you
Dan bila hidup terlalu merasakan diri ada "harga" yang selayaknya
Mulalah pandang enteng pada yang tak setara
Menganggap orang sekeliling harus lebih menghargai
Sedangkan diri sendiri dirajai angkuh yang memakan diri
Tapi biasalah manusia
Sudah terhantuk baru terngadah
Ah, entahlah
Aku sendiri pun entah-entah ada perasaan yang sebegitu
Nauzubillah min zalik!
Tiada apa pun di dunia ini kepunyaanku
Lantas untuk apa aku terlalu menangkat diri setingginya?
Bahkan tanpa izin ALLAH untukku menarik nafas yang seterusnya
Mungkin ini adalah hembusan nafas yang terakhir
Subhanallah!
Berbalik pada tajuk yang seakan mengeluh
Ya, itu memang sebuah keluhan
Yang aku kesalkan kerana sikapku sendiri
Dan adakalanya buat aku rasa kurang cerdik
Terima kasihlah sebab ada yang sudi menegur
Tapi kadang bila aku dah terkena macam ni
Benda tu buat aku rasa macam ...
You know what I mean?
Like, am I wrong being me?
Kadang tak dinafikan ada side aku yang tak berapa nak cerdik ni
Yang suka "do now, regret later"
Lepas tu, padanlah muka
Tiap hari dalam kepala terbayang kebodohan diri
Haihhh, bila lah nak jadi bijak, wahai diri?
Dan adakalanya perkara sebegini buat aku rasa takut
Takut untuk berbuat apa-apa yang entah bagaimana reaksi manusia menerimanya
Perkara yang sebenarnya tidaklah serius mana
Tapi aku, ah, aku dan perasaanku ini
Siapa sajalah yang faham
Aku seakan anak kecil yang sering mengingatkan diri agar tidak berbuat sesuatu yang mengundang kemarahan si ibu apalagi si bapa
Tapi sampai bila?
Sungguh aku rasa terpukul bila perbuatanku seakan menyusahkan orang lain tanpa sedar
Justeru harus apa yang aku lakukan?
Terus diam dan terus tidak bereaksi?
Aku bukan patung, aku juga bukan robot
Tapi kalau dengan tidak berkata apa-apa dan tidak bereaksi itu adalah lebih baik
Akan aku sematkan dalam ingatanku
Supaya aku tidak rakus dalam melontar kata, menzahirkan rasa
Supaya aku sentiasa beringat bahawa akan ada yang terluka kerana perbuatanku
Ah, sukarnya menjadi manusia!
Haihhh...
Peringatan untuk diri
Diam dan senyum
Itu adalah jawapan yang terbaik
Walaupun hakikatnya diam itu tidak semestinya bersetuju
Tetapi jika ada yang suka untuk mengadili mengapa dan kenapa aku berbuat sedemikian
Diam sajalah
Biarkan manusia itu dengan tanggapannya
Atau mungkinkah aku semakin sensitif?
Sukar menerima teguran dan menganggap perkara itu seakan menghalang aku untuk menjadi aku?
Ah, entahlah
Aku sendiri pun sebenarnya marah kenapa aku sukar untuk mendiamkan diri
Tapi ada ketikanya, saat aku tidak merasa untuk berkata apa-apa
Kebisuanku dipersoalkan sepertinya diam aku juga menyakitkan orang di sekelilingku
Haihh...
Tepuk dahi jugalah dengan orang yang serba tak kena dengan apa saja yang aku buat
Saat aku banyak berceloteh, gembira berkongsi cerita dan rasa
Aku dianggap tidak menyimpan rahsia, terlalu banyak bercerita
Saat aku memilih untuk mendiamkan diri
Aku dianggap sedang melayan perasaan, entah dalam dunia mana
Lalu aku harus berbuat apa?!
Kalau semua benda dalam dunia ini harus berpaksikan pada pandanganmu
Mungkin dunia ini akan kelam dan muram
Kerana orang seperti itu akan menjadi sebab mengapa ada yang enggan menzahirkan rasa
Apa saja yang orang lain lakukan
Sentiasa menjadi sesuatu yang tidak wajar baginya
Terima kasihlah kerana suka untuk mengingatkan diri ini
Menjadi orang yang lebih berhati-hati dalam menyusun kata
Sedang diri ini ada masanya sangat cemerkap dari segi tuturan mahupun perbuatan
Harus aku ingatkan padamu bahawa manusia ini pelbagai ragam
Dan untuk aku ikut acuanmu adalah mustahil
Kerana bukan semua orang berfikiran seperti dirimu
Adakalanya saat kita terlalu berhati-hati dalam melakukan sesuatu
Untuk menjaga hati-hati yang ada di sekeliling kita
Sebenarnya kita sedang menoreh hati sendiri
Kerana terlalu mengikut orang yang sebenarnya sedikit pun tidak peduli tentangmu
Kerana terlalu berusaha menunjukkan bahawa dirimu dapat menjadi seperti yang mereka ingini
Sedang dalam hatimu
Membangkang dengan sekeras-kerasnya
Haihh...
Sudahlah
Sampai bila pun dibahaskan perkara ini
Semestinya orang yang enggan mendengar kata itu dipandang lekeh
Kerana berbuat berlainan dengan apa yang dikehendaki itu
Seakan jenayah dalam dunia kini
Sekian, aku dah mengantuk
phir milenge chalte chalte
ampun maaf zahir batin
Tuesday, August 3, 2021
Dua Tahun Yang Lalu
Bismillah
Hari ni aku nak throwback kenangan dua tahun yang lepas
Sebuah majlis yang memang aku nantikan selepas diterima sebagai pegawai kadet
Of course Istiadat Pentauliahan Pegawai Kadet PALAPES UA
But first, let's enjoy the video, okay?
Dalam video tu, kalau nampak baju hijau, itu adalah PALAPES Darat atau Askar Wataniah
Kalau baju biru, itu PALAPES Udara atau Airforce
Baju putih adalah PALAPES Laut, yakni Navy
Mostly memang akan nampak Airforce je sebab video ni Airforce yang buat
Tapi tak apa, kalau nak tengok yang lain, boleh cari dekat Youtube
Taip je "pentauliahan diraja kadet PALAPES ke-38"
Nak tengok keseluruhan majlis pun boleh
Dekat padang kawad hampir 3 jam
Dalam dewan watikah pun hampir 3 jam
Majlis mula sekitar 8 pagi, tapi kami ready nak masuk padang dari jam 7.30 pagi
Majlis habis dekat jam 2 petang
Pergh, memang tak rasa masa berjalan
Sebelum kami masuk dewan watikah
Sempat kami abadikan gambar bersama Timbalan Naib Canselor UNIMAS
Universiti lain masa ni dah duduk dalam dewan
Kami mengambil kesempatan untuk bergambar masa ni sebab risau nanti lepas keluar dewan
Masing-masing macam anak ayam
Nak cari keluarga dulu ke nak bergambar dengan skuad dulu
Tapi sejujurnya, lepas keluar dewan watikah
Tempat ni memang penuh sesak dengan lautan manusia
Mashaa Allah, bayangkan macam mana dekat Padang Mahsyar nanti
*insaf jap
Tahun ni, tahun kedua bergelar Pegawai Muda
Agak terkilan sebab batch selepas kami tak merasa pengalaman ditauliahkan
Malah ada juga yang belum selesai latihan-latihan yang sepatutnya dijalankan
Sedih sebab siapa sangka perkara sebegini akan berlaku
Dan aku tak nafikan bahawa 2019 adalah antara tahun yang paling banyak kenangan sepanjang hidup aku
Suka, duka, blood, sweat, tears, everything packed in one year
Gambar atas sekali masa tu majlis makan malam sempena penutupan Latihan Berterusan
Masa tu dah senior dah, memang have fun gila sebab tahun terakhir bergelar pegawai kadet
Gambar tengah pun masa senior
Family Day masa Latihan Berterusan
Ya Allah, kalau tengok video-video masa sukaneka masa Family Day ni
Aduuhh, boleh hilang rahang sebab gelak je
Gambar bawah sekali lepas tauliah, sebelum konvo
Kumpul ramai-ramai nak sambut birthday skuad
Masa ni kami tak full strength (tak cukup korum) pun panjang gilaaa meja kami
Baru dalam 27 orang rasanya
Cuba bayangkan kalau 39 orang
Mesti orang suruh book the whole restaurant hshshshs
Malangnya, inilah yang terakhir kami keluar makan sama-sama macam ni
*sobs*
Yang ni pulak gambar feeling PALAPES sangat
Atas sekali masa Latihan Tempatan terakhir sebelum Annual Camp senior
Belajar buat pondok, buat stretcher dari baju no4, buat itu inilah senang citer
Untuk survival masa Annual Camp 2019
Gambar tengah, seperti yang aku pernah post sebelum ni
Gambar masa tauliah, tapi masa ni tak official lagi jadi Pegawai Muda
Masih latihan lagi, mungkin hari-hari terakhir bergelar pegawai kadet
Masa ni je sempat ambik gambar ramai-ramai pakai no1 dress
Lepas majlis penyampaian watikah, semua sibuk dengan keluarga
So, memang tak sempat langsung
Gambar bawah sekali, recycle macam gambar tengah kat gambar sebelum ni
Baju ni memang semangat dia lain macam
Ahh, entahlah, mungkin aku saja berperasaan sedemikian
Baju apa pun takde hal, janji semua orang pakai
Mata pun tak sakit tengok warna-warni sangat
Tapi kadang ada jugak kisah sedih bila baju kena rembat
Kesian jugaklah bila baju disidai kat ampaian, ghaib begitu saja
Baiklah, cukup setakat ini rasanya aku mengenang kembali kejadian dua tahun yang lalu
Yang berlaku pada hari ini
Sesungguhnya aku rindu setiap saat dan setiap orang yang bersama dengan mereka, pelbagai kenangan tercipta
Lain hari, aku cerita lagi
phir milenge chalte chalte
wassalam
Subscribe to:
Posts (Atom)
The WA
Kerana dengan menulis itu adakalanya membuatkan dia berada di suatu dimensi yang tak terfikirkan. Dan segala apa yang tercatat disini hanyalah nukilan jiwa, bicara minda juga bisikan rasa yang pelbagai. Terima kasih kerana sudi membaca segala yang tertulis. Ampun maaf sekiranya komen anda kelihatan sepi sendiri.
























