I'm Wa!

Welcome to my world of thoughts. Most of the time, I'm just talking to myself. Oh ya, I love foods so much and I hope I can share whatever it is that related to foods in here besides my thoughts. Thank you for visiting!

Haihh...

Tuesday, January 25, 2022



Bismillah

Lama rasanya aku menghilang
Entahlah
Tak terasa nak meluah apa-apa
Jadi tak ada apalah yang nak dikongsi di sini

Oh ya, gambar awan dekat atas tu aku ambil masa dalam flight balik Miri
ALHAMDULILLAH, hari sangat cerah
Dapat pula seat tepi tingkap, apalagiii...
Doakan semoga keputusan temu duga aku tempoh hari bawa berita gembira
Aku dah tak kisah dah
Janji ada kerja

Penat jugalah nak hidup bila kau terlalu berpegang pada prinsip yang sekian dan sekian
"Don't sell yourself short" they said
But not everyone can afford you
Dan bila hidup terlalu merasakan diri ada "harga" yang selayaknya
Mulalah pandang enteng pada yang tak setara
Menganggap orang sekeliling harus lebih menghargai
Sedangkan diri sendiri dirajai angkuh yang memakan diri

Tapi biasalah manusia 
Sudah terhantuk baru terngadah
Ah, entahlah
Aku sendiri pun entah-entah ada perasaan yang sebegitu
Nauzubillah min zalik!
Tiada apa pun di dunia ini kepunyaanku
Lantas untuk apa aku terlalu menangkat diri setingginya?
Bahkan tanpa izin ALLAH untukku menarik nafas yang seterusnya
Mungkin ini adalah hembusan nafas yang terakhir
Subhanallah!

Berbalik pada tajuk yang seakan mengeluh
Ya, itu memang sebuah keluhan
Yang aku kesalkan kerana sikapku sendiri
Dan adakalanya buat aku rasa kurang cerdik

Terima kasihlah sebab ada yang sudi menegur
Tapi kadang bila aku dah terkena macam ni
Benda tu buat aku rasa macam ...
You know what I mean?

Like, am I wrong being me?
Kadang tak dinafikan ada side aku yang tak berapa nak cerdik ni
Yang suka "do now, regret later"
Lepas tu, padanlah muka
Tiap hari dalam kepala terbayang kebodohan diri
Haihhh, bila lah nak jadi bijak, wahai diri?

Dan adakalanya perkara sebegini buat aku rasa takut
Takut untuk berbuat apa-apa yang entah bagaimana reaksi manusia menerimanya
Perkara yang sebenarnya tidaklah serius mana
Tapi aku, ah, aku dan perasaanku ini
Siapa sajalah yang faham

Aku seakan anak kecil yang sering mengingatkan diri agar tidak berbuat sesuatu yang mengundang kemarahan si ibu apalagi si bapa
Tapi sampai bila?
Sungguh aku rasa terpukul bila perbuatanku seakan menyusahkan orang lain tanpa sedar
Justeru harus apa yang aku lakukan?
Terus diam dan terus tidak bereaksi?
Aku bukan patung, aku juga bukan robot

Tapi kalau dengan tidak berkata apa-apa dan tidak bereaksi itu adalah lebih baik
Akan aku sematkan dalam ingatanku 
Supaya aku tidak rakus dalam melontar kata, menzahirkan rasa
Supaya aku sentiasa beringat bahawa akan ada yang terluka kerana perbuatanku
Ah, sukarnya menjadi manusia!

Haihhh...
Peringatan untuk diri
Diam dan senyum
Itu adalah jawapan yang terbaik
Walaupun hakikatnya diam itu tidak semestinya bersetuju
Tetapi jika ada yang suka untuk mengadili mengapa dan kenapa aku berbuat sedemikian
Diam sajalah
Biarkan manusia itu dengan tanggapannya

Atau mungkinkah aku semakin sensitif?
Sukar menerima teguran dan menganggap perkara itu seakan menghalang aku untuk menjadi aku?
Ah, entahlah
Aku sendiri pun sebenarnya marah kenapa aku sukar untuk mendiamkan diri
Tapi ada ketikanya, saat aku tidak merasa untuk berkata apa-apa
Kebisuanku dipersoalkan sepertinya diam aku juga menyakitkan orang di sekelilingku

Haihh...
Tepuk dahi jugalah dengan orang yang serba tak kena dengan apa saja yang aku buat
Saat aku banyak berceloteh, gembira berkongsi cerita dan rasa
Aku dianggap tidak menyimpan rahsia, terlalu banyak bercerita
Saat aku memilih untuk mendiamkan diri
Aku dianggap sedang melayan perasaan, entah dalam dunia mana 
Lalu aku harus berbuat apa?!

Kalau semua benda dalam dunia ini harus berpaksikan pada pandanganmu
Mungkin dunia ini akan kelam dan muram
Kerana orang seperti itu akan menjadi sebab mengapa ada yang enggan menzahirkan rasa
Apa saja yang orang lain lakukan
Sentiasa menjadi sesuatu yang tidak wajar baginya

Terima kasihlah kerana suka untuk mengingatkan diri ini
Menjadi orang yang lebih berhati-hati dalam menyusun kata
Sedang diri ini ada masanya sangat cemerkap  dari segi tuturan mahupun perbuatan
Harus aku ingatkan padamu bahawa manusia ini pelbagai ragam
Dan untuk aku ikut acuanmu adalah mustahil
Kerana bukan semua orang berfikiran seperti dirimu
Adakalanya saat kita terlalu berhati-hati dalam melakukan sesuatu 
Untuk menjaga hati-hati yang ada di sekeliling kita
Sebenarnya kita sedang menoreh hati sendiri 
Kerana terlalu mengikut orang yang sebenarnya sedikit pun tidak peduli tentangmu
Kerana terlalu berusaha menunjukkan bahawa dirimu dapat menjadi seperti yang mereka ingini
Sedang dalam hatimu
Membangkang dengan sekeras-kerasnya

Haihh...
Sudahlah
Sampai bila pun dibahaskan perkara ini
Semestinya orang yang enggan mendengar kata itu dipandang lekeh
Kerana berbuat berlainan dengan apa yang dikehendaki itu
Seakan jenayah dalam dunia kini

Sekian, aku dah mengantuk
phir milenge chalte chalte
ampun maaf zahir batin

Comments