10 hari selepas 2023
Baru ada kekuatan untuk menaip
Sedangkan idea dalam kepala macam-macam
Cuma tak dizahirkan melalui aksara yang memerlukan tenaga
Bukan malas
Anggap saja aku tak punya masa untuk menghadap komputer
Biasalah hidup
Dan hari ni aku ada quote for that
Dah hidup, hadap sajaNanti mati, kena azab pula
Agak kasar, tapi kita ni kadang-kadang perlukan 'penampar'
Supaya balik berpijak pada tanah
Tak dinafikan hidup yang macam roller coaster akan buat kita terbang
Tanpa sedar, kita di awang-awangan
Dah sedap dekat atas, rasa macam tak nak turun
Sedangkan hakikat hidup adalah seperti roda
Kadang di atas, kadang di bawah
Kah!
Aku dan falsafah yang entah apa-apa
Untuk tahun ini
Aku akan berusaha untuk menzahirkan segala rasa di sini
Supaya suatu hari kelak
Segala apa yang aku nukilkan di sini mampu menjadi pengajaran
Untuk siapa lagi kalau bukan diri sendiri
Yang ada masanya sentiasa perlukan validation
Mungkin sebenarnya memerlukan perhatian
Ah, dewasa ini ramai yang menginginkan perhatian
Namun tidak mampu memberikan perhatian
Hanya sekadar jumping on the bandwagon
Atau bahasa mudahnya
Menunggang apa saja isu semasa yang menjadi topik hangat
Agar turut mendapat tempias populariti
Agar kekal relevan dalam kalangan masyarakat
Sedih tapi itulah realiti kehidupan sekarang
Dalam sedar atau tidak
Kita sendiri pun sooner or later akan terbiasa dengan perkara sedemikian
Dan kita sendiri pun mungkin akan jadi enabler
Menganggap apa saja yang dikongsi secara maya adalah realiti
Menjadikan budaya berkongsi perkara yang tidak sepatutnya sebagai lumrah kehidupan
Membahaskan apa saja perkara tular tanpa memikirkan kesannya terhadap diri sendiri
Membuat konklusi tanpa menyelidik kisah di sebalik skrin yang terpapar
Semoga kita diberi kesabaran untuk menahan diri daripada memperkatakan perkara yang tidak mendatangkan manfaat kepada diri dan keluarga
Semoga kita diisi dengan perkara berfaedah yang mendatangkan ketenangan dalam hidup
Semoga kita tidak menjadi manusia yang rugi kerana membiarkan masa berlalu tanpa mengingati-NYA
Maka marilah sama-sama berusaha untuk tidak terlalu menghabiskan masa bersama skrin
Habiskan masa dengan yang tersayang, bersama TUHAN
Cipta segala memori yang akan menjadi suatu kenangan
Yang kekal terpahat dalam lipatan sejarah peribadi orang-orang tersayang
Yang sentiasa akan ketawa bersama bila terkenangkan peristiwa tersebut
Yang akan memahami kita meski orang lain mempertikaikan kewarasan kita
Yang akan terus memberi semangat saat kita rasa diri ini seharusnya terkubur mati
Yang tidak jemu menasihati walaupun kita tetap degil dengan keputusan sendiri
Yang akan kekal tersenyum dan berbangga dengan segala kejayaan kita
Yang tidak lokek menghulurkan bantuan meski diri sendiri sedang tenggelam timbul
Semoga 2023 lebih baik daripada tahun yang sebelum-sebelumnya
Serasanya bagaikan mimpi sudah melepasi tahun 2020
Maka benarlah firman ALLAH
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian" (103:1-2)
Sekian
Phir milenge chalte-chalte
Wassalam :)
Comments