I'm Wa!

Welcome to my world of thoughts. Most of the time, I'm just talking to myself. Oh ya, I love foods so much and I hope I can share whatever it is that related to foods in here besides my thoughts. Thank you for visiting!

Friday, May 9, 2025

Untung



Bismillah

Saja lah nak rant kat sini 
Lepas lepak lama sangat dekat twitter
Rasa macam perang jantina takkan habis kat sana
Entah apa nak digaduhkan pun tak tahu
Benda tak ada betul dan salah
Tak ada nak menangkan siapa pun
Biasalah, benda dalam talian ni semua benda boleh buat gaduh
Bila jemari lebih laju daripada otak
Masa menaip tak fikir panjang
Bila ada yang mengambil tindakan, mula lah drama "kena hack"

Digital footprint susah nak dipadam ya, kawan-kawan
Makanya sebelum reply atau engage dengan kandungan dalam talian
Fikir banyak kali
Is it worth it? 
Semua tu kadang rage bait je
Saja nak melaga-lagakan umat manusia

Apa yang aku cuba nak sampaikan sebenarnya?
Macam tak kena dengan tajuk je? *angkat bahu*
Baiklah, kembali kepada topik asal iaitu 'untung'

Aku ada tengok satu video ni  
Macam pertandingan lah, ada seorang lelaki ni dia pegang satu not USD100
Tapi bukan pertandingan berlari pun
Dia cuma letak semua orang dekat garisan permulaan
Kemudian syarat pertandingnya pelik sikit
Lelaki tadi akan buat beberapa kenyataan
Setiap kenyaatan yang benar, peserta boleh ambik dua langkah ke hadapan
Setiap kenyataan yang tidak benar, peserta akan kekal di tempat yang sama

Maka, pertandingan pun bermula dengan kenyataan pertama
"Dua langkah ke hadapan kalau ibu bapa anda masih berkahwin"
Ramai yang melangkah, ada yang masih kekal di garis permulaan

"Dua langkah ke hadapan jika anda ada akses kepada pendidikan"
Masih ramai yang melangkah ke hadapan, ada yang baru melangkah

"Dua langkah ke hadapan jika anda tak perlu memikirkan soal makanan pada masa akan datang"
Cuma beberapa saja yang melangkah 

Banyak lagi kenyataan yang lelaki tersebut nyatakan 
Akhirnya lelaki tu meminta semua yang telah melangkah tadi untuk pandang ke belakang
Untuk melihat berapa ramai sebenarnya tak ada kelebihan seperti mereka yang di hadapan
Boleh klik sini untuk tengok full video 

Bila aku tengok video tu, aku jadi sedar diri
Banyak benda dalam dunia ni aku boleh dapat tanpa perlu bersusah-payah
Walaupun zaman kanak-kanak aku tak sama macam orang lain
Aku masih dikira beruntung
Sekurangnya aku tak perlu fikir untuk bayar hutang pendidikan
Seperti PTPTN atau MARA
Pendidikan tinggi aku dibiaya oleh Mr Ayahumi sepenuhnya
Aku cuma perlu belajar tanpa perlu fikirkan apa-apa

Untungnya aku, kan?
Alhamdulillah for everything
Honestly sometimes aku rasa tak layak pun untuk semua ni
Tapi ALLAH itu Maha Tahu apa yang kita mampu atau tidak

Kadang bila tengok orang lain
Banyak betul rasa kurang pada diri sendiri
Rupanya ramai lagi yang lebih beruntung daripada aku
Tapi kalau aku nak jadi macam mereka, aku sanggup kah?
Jawapannya, mungkin ya, mungkin tidak
Mungkin juga belum tentu

Sebab kita semua ada ujian masing-masing
Ujian yang nyata sekarang adalah media sosial 
Tengok orang pergi bercuti, kita nak jugak
Tengok orang makan sedap, kita nak jugak
Tengok orang beli emas, kita nak jugak
Tengok orang pakai kereta mewah, kita nak jugak
Tengok orang  happening dengan kawan-kawan, kita pun cuba nak berkawan dengan dia
Tengok orang buat chellenge tiktok, kita nak buat jugak

Pendek kata, semua benda yang orang buat, kita nak buat jugak
Semua yang orang ada, tidak dapat tidak, kita nak kita ada jugak
Padahal kita tak sedar, media sosial ini cuma tempat orang menunjuk-nunjuk
Tak semua benda yang ditunjuk di media sosial itu indah

Berapa ramai yang ikat perut demi nak melancong ke luar negara?
Ada kita peduli? Tak ada pun mereka bagitahu, kan?
Berapa ramai yang terikat dengan hutang sana sini demi lavish lifestyle?
Tiap hari kena call dengan Shopee, dengan bank semua tu, kita tak tahu, kan?

Kalau nak letak media sosial sebangai kayu ukur, memang kita takkan pernah menang
We don't have what it takes to touch the bar
And whoever sets the bar, they are already super, filthy rich
Punya kaya sampaikan harga kereta kita cuma duit belanja mereka dalam sehari
Harga rumah yang kau kata mahal itu bersamaan dengan seminggu percutian mereka
Kalau kau rasa hebat pakai Honda, mungkin kau tak tahu betapa eksklusifnya kereta mereka 
You can't even pronounce their brands and how much it costs
Even the zeroes in their banks pun kau takkan habis kira

Tapi sampai bila nak compare hidup dengan orang macam tu?
Kita ni pun dah kira beruntung, mereka tu apa?
Tak apa, tak payah fikir tentang orang
Orang pun tak fikir tenteang kita
Untung masih ada keluarga, hidup masih ada privasi

Ibaratnya nak bandingkan rumput dengan pokok 
Memang takkan terbandingkan
Tapi masing-masing masih boleh hidup, bukan?
Masing-masing masiih ada fungsi dalam hidup masing-masing
Dalam dunia yang luas terbentang ni 
Mungkin kita tak rasa kita penting, tapi percayalah, you matter

Pernah tengok tukang kutip sampah dan pekerja kebersihan buat rusuhan di Paris?
Sampah berhari-hari tak dikutip sampai tikus berkeliaran sana sini 
Jadi, jangan pandang enteng sekecil-kecil perkara
Kita semua ada sumbangan masing-masing pada alam sekitar, pada negara, pada dunia

Bersyukurlah, untung masih hidup
Berapa ramai yang dah meninggal berharap mereka dapat hidup semula
Kita tak rasa sebab kita masih hidup
Don't take things for granted
Or else you'll live in regret

Sekian saja coretan di hari Jumaat ini 
Ampun maaf zahir batin untuk semuanya
Phir milenge chalte chalte
Wassalam :)





Sunday, April 6, 2025

Aidilfitri 1446H

 



Bismillah

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1446H buat semua umat Islam seluruh dunia
Yang menyambut dengan keluarga, alhamdulillah 
Yang menyambut di perantauan mahupun sendirian, alhamdulillah juga
Taqabalullahu minna wa minkum 
Semoga ALLAH terima segala amalan kita pada Ramadan lalu
Dan semoga dipertemukan dengan Ramadan akan datang aamiin 

Alhamdulillah, tahun ini giliran untuk beraya di Bumi Kenyalang
Tiket dah beli awal, hujung tahun lepas
Nak cerita bab tiket ni kan, beli awal takde pun murah mana
Beli lambat pun kadang tiba-tiba jackpot dapat murah 
Cuma itulah, kalau beli awal, pilihan masa penerbangan lebih banyak
Jadi saranan aku, belilah dua bulan sebelum
Atau 10 minggu sebelum dijangka terbang
Harga masih okay 

So lesson learnt
Beli tiket jangan terlalu excited ya, kawan-kawan
Boleh on notification pada Google flight atau Trip.com untuk price alert
Nanti mereka akan maklumkan harga tiket naik atau turun
Jadilah pengguna yang bijak!

Musim raya baru-baru ni kita digemparkan bahawa AI boleh ubah gambar kita
Menjadi apa saja yang kita minta
Masih tak sempurna, tapi slowly AI ni masih belajar, kan?
Mulanya aku tahan hati jugalah tak nak terikut-ikut hahahaha
Tapi bila Incik Suami tunjuk kat aku hasil gambar yang diubah
Aku jadi tertarik nak mencuba 



Maka inilah hasilnya bila aku minta AI tukar pada Ghibli style
Boleh nampak aku berseluar kat situ walhal realitinya aku pakai baju kurung gais
Aku tak pakai kasut macam tu
Realitinya aku ada pakai cermin mata, tapi entah ke mana perginya
Dan aku tak pakai shawl putih macam dalam gambar
I was like, "ini tak boleh jadi" dan proceed bagi arahan lain 
Saja menguji kebolehan AI ni kann



Yang ni bagi aku lebih realistik berbanding yang tadi
Tudung pun nampak sikit coraknya, cermin mata ada
Baju Melayu Incik Suami pun helok sini 
Yang ni aku minta AI tukar pada Pixar style
Comel, kan?



Yang ni pun lawa bagi aku
Aku minta AI tukar kepada anime style
Corak tudung ada lari sikitlah
Tapi masih boleh diterima berbanding yang mula-mula tadi

Aku jadi seronok main dengan AI ni 
Tapi itulah, hangat-hangat tahi ayam juga ><
Masa tu je lah excited
Sekarang mana ada dah ahhahaha

Oh ya, raya kali ni kami tak ada open house 
Kami yang ke sana dan ke sini beraya ke rumah orang
Tapi tak dinafikan, beraya ni penat ya?
Tidur lambat, bangun awal
Aku dah tak ada tenaga untuk semua tu

Mungkin kena kurus balik HAHAHAHAHAHA
Barulah ada semangat balik
Ini nak bawa diri pun penat, lagikan nak melayan kerenah orang
Hmmm tengok je lah mampu

Sekian saja coretan raya tahun ini 
Ampun maaf zahir dan batin 
Andai ada salah silap, di dunia maya mahupun dunia nyata
Aku minta maaf dunia akhirat
Selamat hari raya semuaaa!

Jumpa lagi di entri yang lain
Phir milenge chalte chalte
Wassalam :)






Thursday, March 13, 2025

Makan

Bismillah

Alhamdulillah, satu per tiga Ramadan sudah pun berlalu
Semoga hari-hari yang berbaki dalam Ramadan ini kita terus berusaha beramal dan beribadah sebaiknya
Ramadan lubuk pahala, maka manfaatkan ia untuk mendapatkan Syurga
Semoga husnul khatimah semuanya, aamiin~!

Bulan Ramadan kita sangat sinonim dengan makan-makan
Ironi sekali
Walhal Ramadan adalah bulan lapar dahaga
Sebaiknya kita reset diet kita
Bersahur sekadarnya, kurma dan susu, serta sedikit air
Berbuka pun bersama kurma, air dan lainnya yang kita patut berhenti sebelum kenyang
Bahkan dalam bulan Ramadan lah rancaknya hotel-hotel dan restoran membuat buffet 
Nama lainnya, pesta makan sampai pengsan



Kita juga dapat lihat bazar Ramadan tumbuh bagai cendawan selepas hujan di merata tempat
Meskipun kebanyakan menu yang dijual di bazar adalah lebih kurang serupa
Namun kebanyakan bazar Ramadan tetap meriah
Terutamanya apabila semakin hampir waktu berbuka
Pada aku, peak hours bagi bazar Ramadan pada hari bekerja bermula sekitar 5 petang
Kalau kau baru nak ke bazar pukul 6, kau hadaplah betapa sesaknya umat manusia di sana
Rasa macam praktis bersesak di Padang Mahsyar 

Setakat ni, aku dah meronda lebih kurang enam tapak bazar Ramadan sekitar tempat aku
Hari pertama dah Incik Suami bawak bersesak di bazar yang agak banyak gerainya
Tapi mungkin kami lambat, jadi banyak gerai yang sudah habis berjualan
Esoknya kami gerak sejurus solat Asar
Haaa, betullah tu, awal tak kalut

Lain pula kisahnya aku memasak di rumah
Ayam percik, ayam goreng, kambing bakar, mi kolok, semua dah 
Semalam aku sajalah cuba resipi Khairul Aming, tempe goreng tu
Perapannya aku guna untuk goreng ayam juga
Fuhh! Garing bhai!
Macam biasalah, aku ni kalau tak derhaka resipi, bukan akulah tu hshshs

 


Sayur tu aku saja cuba resipi baru 
Kalau sayur kangkung masak belacan tu biasa kan?
So semalam aku add on santan yang aku nak lupuskan kotaknya dari dalam peti ais
Maka terjadilah kangkung belacan masak lemak
Sedap (bagi aku lah) sebab masin-masin lemak berkrim gituu
Ayam dan tempe goreng tu biar lagi lama masa menggoreng, lagi garing

Ayam percik aku tempoh hari kurang menjadi sebab takde tempat nak memanggang
Masuk dalam oven pun tak berapa nak menjadi huhu 
Tak apa, lain kali kita cuba lagi kasi jadi


Ini pula mi kolok daging versi aku
Kebetulan hari tu Mrs Ayahumi ada datang ke rumah aku sekembalinya dari Bumi Kenyalang
Lalu beliau membawakan aku sebungkus mi kolok kering 
Maka, berbekalkan pengalaman aku suatu ketika dahulu
Aku dengan penuh bersemangat membuat bahan-bahan mi kolok
Yang nampak senang tapi hehe huhu juga lah kita mengerjakannya
Aku buat minyak bawang merah, minyak bawang putih
Aku gabungkan kedua-dua minyak tersebut untuk aroma dan keenakan yang maksimum
Because for me, there's no shortcut for beautiful experience 
Sebab tu lah sanggup bersusah payah ahahaha

Baiklah, sekian saja coretan hal makan di bulan Ramadan ini
Walaupun ada yang kurang sana sini rencah rasa dalam makanan
Yang makan pun harap faham, kita sama-sama berpuasa
Tapi berpada-padalah ketika menambah garam, gula dan apa saja dalam masakan
Dan jangan lupa, Ramadan bukan bulan makan-makan
Semoga kita dapat menahan nafsu ketika membeli makanan atau apa saja
Jangan diguna pakai pepatah "lebih baik menyesal beli daripada menyesal tak beli"
Itu semua tipuan dunia akhir zaman
Berhentilah merasa ketinggalan dengan perkara yang sebentar cuma

Salam Ramadan ke-12
Semoga segala amal ibadah kita dalam bulan Ramadan ini diterima oleh ALLAH
Inshaa ALLAH, Allahuma aamiin 

Phir milenge chalte chalte
Semoga husnul khatimah semuanya
Wassalam


Monday, March 3, 2025

Batam Trip Day 1


Bismillah

Alhamdulillah direzekikan untuk berpergian ke tempat orang
Tempat yang tahun lepas aku pernah bergurau dengan Encik Suami
Tiba-tiba tahun ini menjadi kenyataan
Alhamdulillah ala kulli hal
Walaupun ada yang berkata "bukan ada apa pun dekat sana", ah persetankan mereka!
Yang penting, kita happy!

Setiap perjalanan atau apa saja seharusnya dirancang sebaiknya
Lain pula kisah aku dan adikku yang boleh dikatakan 'menonong' ke sana
Ke mana? 
Ke Batam, bandar terbesar di provinsi Kepulauan Riau, Indonesia
Bagaimana hendak ke sana? 
Boleh pilih antara dua; menggunakan feri atau pesawat
Cerita aku kali ini berkisar tentang perjalanan ke Batam menggunakan feri

Kebanyakan mereka yang berkongsi pengalaman ke Batam di aplikasi TikTok menggunakan feri
Dan rata-rata memilih untuk menaiki daripada Terminal Feri Pasir Gudang
Katanya tambang feri lebih murah jika menaiki dari sana berbanding daripada Stulang Laut (Berjaya Waterfront)
Murah memang murah sebab jaraknya lebih dekat berbanding Berjaya Waterfront
Dan lokasi kediaman aku ke Terminal Feri Pasir Gudang memakan masa sekitar setengah jam
Jadi, lebih baik aku menaiki feri dari terminal yang terdekat
Sekurangnya aku tak perlu memandu jauh-jauh pergi dan balik daripada Batam

Berapa harga tiket feri ke Batam?
Tips jimat: belilah tiket feri secara online jika hendak ke Batam
Mengapa? 
Terdapat diskaun bagi first timer dan lebih senang
Kebanyakan operator syarikat feri hanya menerima tunai sahaja bagi pembelian tiket feri secara walk-in
Di zaman alaf baharu, untuk bawa wang tunai melebih seratus ringgit, memang tak lah aku nak bawa
Lebih mudah jika berurusan secara cashless

Memandangkan hanya terdapat satu sahaja operator yang menerima bayaran menggunakan kad, jadi terpaksalah kami menggunkan perkhidmatan syarikat feri tersebut 
Tiket pergi balik berharga RM160 + caj pelancongan(?) RM23 = RM183 
Tiket balik hendaklah disahkan setibanya kita di Pelabuhan Feri Batam
Kalau tidak, tak baliklah nanti
Oh ya, setibanya di Batam, akan dikenakan caj pelancongan sebanyak Rp 135,000
Bersamaan sekitar RM37 
Maka jumlah sebenar tiket tersebut RM160 + RM23 + RM37 = RM220
Ini adalah harga tiket pergi balik jika melalui Terminal Feri Berjaya Waterfront/Stulang Laut

Aku park tiga hari di Berjaya Waterfront, sehari RM5, jadinya RM15 untuk parking
Parking pula berbumbung, kira okaylah
Tak sure kalau park dekat panas berapa cajnya

Sama seperti sistem boarding flight, kami menunggu sekitar 45 minit sebelum dipanggil masuk ke balai berlepas
Ke Batam bererti kami akan keluar negeri, jadi pastilah akan melalui kaunter imigresen
Pastikan ada pasport bersama dengan anda dan lebih baik tiada cover yang fancy
Lebih baik seadanya pasport kerana sesetengah negara akan meminta anda untuk membuka cover pasport ketika berurusan di kaunter imigresen

Untuk pengetahuan semua, tiada fixed seat di dalam feri, jadi ramai akan berebut untuk mendapatkan tempat duduk yang terbaik
Kebanyakannya akan memilih untuk duduk tepi tingkap dan dekat dengan pintu keluar



Pemandangan dari dalam feri, overlooking bangunan perumahan di Singapura
Jika dilihat dari peta Google, Terminal Feri Berjaya Waterfront lebih jauh berbanding Terminal Feri Pasir Gudang
Jadi masa perjalanan juga agak lama
Terpulang kepada anda untuk memilih berlama di dalam feri atau memandu ke Pasir Gudang
Perjalanan daripada Berjaya Waterfront ke Terminal Feri Batam memakan masa sekitar 3 jam 
Kami berlepas pada pukul 1.45 petang, waktu Malaysia dan tiba di Batam pada pukul 4 petang, waktu Indonesia
Jam di Indonesia adalah lambat sejam berbanding waktu Malaysia
Jika Malaysia 1 petang, di Indonesia 12 tengahari
Perjalanan ke Batam menjadi sedikit lama disebabkan hujan yang membuatkan laut sedikit bergelora
Mahu tidak mahu, terumbang ambing juga rasanya dalam feri yang dipukul ombak di kehujanan hari
Aku yang tak pernah-pernah mabuk pun bergelodak rasanya isi perut



Sesampainya di Batam, kami menempah Grab untuk ke hotel
Hotel kami terletak berdekatan dengan Nagoya Hills Mall 
Dari terminal ke hotel, caj Grab adalah Rp 24,000 (sekitar RM6 ke RM7)
Sepanjang perjalanan pula aku terpana melihat persekitaran di Batam 
I don't know how to describe it accurately, but never mind 

Check in di hotel pula required deposit Rp 100,000 (sekitar RM27)
Selesai urusan check in, masa untuk berehat seketika
Aku jamak takhir memandangkan waktu Asar sudah masuk
Dan disebabkan kami menonong saja ke Batam, inilah masanya kami menyusun ke mana tempat kami ingin lawati
! ! ! TOLONG JANGAN TIRU ! ! ! 

Kami decide untuk ke Enak Crab House sebab dah lapar sangat
Nak makan malam terus sambil brainstorm nak ke mana esoknya
That restaurant didn't living it's name, though
Ketamnya mahal tapi enak tu sikit je lah
Sayur-sayurannya lagi enak hahahaha


Sayur 4 Raja - bendi, terung, kacang panjang dan petai 


Terung telur masin (SEDAP SANGAT!!!)


Ketam nipah masak butter telur masin

Oh ya, di sana mereka panggil ketam nipah - kepiting
Manakala ketam bunga adalah rajungan 
No worries, dalam menu ada English dan Chinese version
So kalau tak faham bahasa Melayunya, boleh refer English

Sayur-sayuran diatas berharga Rp 50,000 (sekitar RM14) 
Ketam tu, malas aku nak sebut berapa harganya
Yang penting pinggan dah licin masa ketam sampai
Mungkin patut cancel je sebab dah kenyang sebenarnya
Well, a lesson was learned in a hard way that night hahahaha
When in doubt, just say no

Lepas makan, kami order Grab untuk balik ke hotel
Tapi lepas beberapa minit tunggu, Grab macam tak bergerak-gerak
Dalam map Grab pun masih kat situ tak berganjak pun
Bila aku chat driver, tak reply pun
Mungkin sebab aku ada promo code, jadi tambangnya mungkin lebih murah
Maybe that's why the driver tak gerak, saja nak suruh aku cancel
So, we did cancel that driver

We booked new Grab, using my sister's phone untuk ke Nagoya Hill Mall
Mall sepatutnya bukan tempat melancong, but why not?
Hari dah malam, dan kami pun masih berkira-kira hendak ke mana lagi menghabiskan sisa malam
Makanya ke mall sajalah kita

Tapi mallnya sendu :(
Mungkin aku saja berperasaan sedemikian
Jika ada lagi rezeki ke sana, mungkin aku takkan ke mall itu lagi
Serik, cukup sekali, sudahlah

Memandangkan mall dengan hotel kami terletak berdekatan, jadi aku decide untuk berjalan kaki ke hotel
Seram jugaklah melintas jalan di Batam
Apa jua jenis kenderaan takkan berhenti untuk memberi laluan
Makin kena hon adalah hahahaha
Berlari jugaklah melintas jalan malam tu

Sampai bilik, mandi dan solat Maghrib dan Isyak
Tak lama kemudian, mata aku berat sangat
Walhal jam baru menunjukkan pukul 11.30 malam
But it's 12.30 tengah malam di Malaysia huhu
I'm not used to sleep so late uwaaaa

So, that's it day 1 in Batam
Should be fun if you guys gerak awal dari Johor
We decided to go later because nak sampai sana terus check in
But actually boleh je pergi awal pagi, sampai sana terus drop the bags dekat hotel cakap nanti nak check in
Well, first timer, kan? 
And that's what experience will teach you next time around

I guess that's all for this entry
Lama dah tak menulis panjang berjela macam ni
Terima kasih kerana membaca hingga ke titik terakhir
Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam sedunia
Semoga ALLAH terima segala amalan kita pada bulan mulia ini aamiin~

Sekian, phir milenge chalte chalte
Wassalam


Tuesday, February 25, 2025

2025 So Far...




Bismillah

Hampir ke penghujung bulan Februari sudah
Dan Ramadan bakal menjelang
Ahlan wa sahlan ya Ramadan
Semoga direzekikan, diberikan kesempatan untuk menunaikan rukan Islam yang ketiga dengan sempurna
Inshaa Allah, aamiin

Setahun sudah bergelar isteri
Alhamdulillah, masih banyak yang perlu dipelajari
Dan banyak benda yang perlu disyukuri
Terima kasih ALLAH, untuk segalanya

Tempoh hari, aku direzekikan untuk ke Batam, Indonesia
Batam yang terletak di Kepulauan Riau, baru pertama kalinya aku jejakkan kaki
Banyak kenangan yang tercipta dan banyak benda baharu yang aku pelajari
Berjalan, bermusafirlah, melihat keindahan dunia ciptaan ALLAH
Selain dapat menambah pengetahuan tentang sesebuah negara selain negara sendiri
Budaya dan cara hidup yang berbeza, harus belajar untuk beradaptasi
Pemandangan yang indah dan kepelbagaian masakan yang berbeza 
Semestinya sebuah pengalaman yang tidak boleh didapati di mana-mana

Few things happened last year, but too busy to rant here
Perhaps I should get back to write here
Walaupun tak ada yang membaca, maybe one day I'll come back and mengenang kembali semuanya
Nanti-nanti akan aku kongsikan gambar-gambar dan cerita disebalik gambar tersebut
Sekarang masih dalam mood rileks, santai-santai 

Inshaa Allah, berjumpa lagi di lain hari, lain masa, tempat yang sama
Phir milenge chalte chalte
Ampun maaf zahir batin
Semoga husnul khatimah untuk kita semuanya

Sekian saja coretan hari ini
Assalamualaikum

Wednesday, August 21, 2024

Syukur


Bismillah
Alhamdulillah 'ala kulli hal
Selesai sudah segalanya yang berkaitan dengan majlis perkahwinan
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar
Hujan, panas, ribut, petir, angin monsun tu biasalah
Bumi mana tak ditimpa hujan gituu
Video dekat bawah sekadar mengikut trend semasa ala Mafia 
Terima kasih pihak The Karya for the video

Kalau nak video versi yang lagi panjang, boleh klik sini
Link akan redirect to Youtube untuk tonton video kahwin kami
Terima kasih kerana menonton!



Amacam tengok video mafia kami?
Garang tak muka masing-masing?
Selalu mafia ramai lelaki kan
Ini mafiah, ramai perempuan hahaha

Alhamdulillah makanan semua cukup
Daging lembut walaupun aku makan sikit je haha
Lain kali jadilah tetamu kalau nak makan banyak
Jadi pengantin memang makan sikit
Lainlah kau dah pesan awal suruh tapau untuk kau 

Terima kasih ALLAH for making this happen to me
Terima kasih semua sebab sudi menjayakan majlis 
Walaupun datang dari jauh, semua bekerjasama pakai warna sama
Mungkin boleh repeat baju ni untuk raya nanti haha

Siapa sangka sekarang aku dah bergelar isteri orang
Ha! Cliche gilaaa
Asal-usul cerita kami hmmm tak payahlah cerita eh
Tapi yang penting kami bertemu di media sosial
Itu je, dah
Lain-lain tak perlu details sangat
Nanti muntah orang dengar haha

Sebelum mengakhiri kalam
Suka untuk aku ingatkan diri sendiri dan semua

Bahagia itu perlu dicari dan adakalanya ia bermula dari hati

Cewahhh

Yelah, kalau hati sendiri pun tak bahagia
Macam mana aura bahagia tu nak mendekat?
Betul tak? 
Lain kali kita sembang pasal bahagia, okay?

Sekian, phir milenge chalte-chalte
Ampun maaf dunia akhirat
Wassalam

**psst aku tempek gambar kahwin lagi takpe, kan?

Ni aku rasa gambar set-set drama pukul 7 kat TV3 hahaha


First time rasanya dapat bergambar ramai macam ni. Raya pun masih incomplete huhu


With his families. Al-Fatihah to arwah mak mentua, Fauziah Hanum binti Hussein.


This is my henna artist, Diba and her husband is my husband's friend haha (boleh klik nama Diba kalau berminat nak henna service KL/Johor area)


Mereka ini adalah yang terpaling wajib dijemput, datang tak datang lain cerita. Inilah penguat semangat sepanjang bergelar pegawai kadet dulu.


On the left, Syasya and her husband, Aidil. Right beside me, Shaida, and there is my long childhood friend, Khalis.


Pak mentua dan adik-beradiknya dan cucu mereka.


Pakcik dan makcik yang terbang jauh dari Miri serta anak dan cucu mereka.


Last but not least, doorgift maker aku, Azah, suami dan anak-anak. Boleh klik nama Azah untuk order goodies dan cookies. Tak pun, pergi Shopee, cari Ibu Adam Bakery


Done spam gambar dan promote bisnes member semua yang terlibat masa majlis aku
Harap mana yang murah hati tu sudilah berurusan dengan mereka
Semoga dipermudahkan urusan kalian yang bakal mendirikan masjid
Yang masih berfikir dan bertaaruf, harap dipermudahkan urusan kalian juga
Yang sudah berdiri tegak masjidnya, moga terus istiqamah menjaga keamanan rumahtangga 
Ingat, hidup ni kejap je, jadi pilihlah untuk bahagia dan membahagiakan 
Sampai jumpa lagiii


Phir milenge chalte chalte
Ciao!

Thursday, August 10, 2023

Nanti



Bismillah

Terlalu lama juga aku menyepi daripada menyampaikan rasa hati melalui aksara di sini
Akhirnya hari ini barulah terbuka hati nak menaip
Apa khabar yang sedang membaca?
Semoga baik-baik saja ya
Jaga solat, jaga kesihatan ya?
Bukan apa, kalau kita jaga solat, at least dekat sana nanti kita terjaga inshaa ALLAH :)

NANTI
Satu perkataan yang kita sendiri mixed feelings bila dengar
Siapa je suka menanti? Menunggu sesuatu yang tak pasti
Tapi kalau perasan lah kan, hidup kita ni penuh dengan penantian
Sejak kita di alam roh lagi, kita menanti bila giliran kita ditempatkan di alam rahim
Bila di alam rahim, kita kena menanti lagi untuk dilahirkan ke dunia
Bila dah lahir, ramai orang menantikan ketibaan kita
Sedar tak sedar, penantian itu sebahagian daripada kehidupan
Kita nak naik flight pun kena tunggu dekat boarding hall, betul?
Itu menanti juga namanya hehe

Banyak-banyak 'nanti', kadang rasa sedih bila kita nak bertaubat
Nanti bila?
Dah bongkok tiga, tak larat nak solat secara sempurna?
Maaf ya, aku sedang bertanya dengan diri sendiri
Sedih rasanya bila meletak ke tepi soal akhirat
"Takpe, nantilah" bila dah berniat nak bersedekah
"Ah, nantilah" bila rasa dah seronok main fon sedangkan azan berkumandang
"Hmmm, nantilah, tak penting pun" bila perlukan sesuatu untuk diri sendiri tapi keadaan tak mengizinkan
Sedih, kan?

Sampai bila nanti tu eh?
Aku sendiri pun tak tahu
Nanti tu kadang tak muncul pun bila waktunya
Kadang bila dah berlaku sesuatu barulah rasa 'nanti' tu sepatutnya dah dibuat 
Tak hairanlah ada pepatah "sudah terhantuk baru terngadah"
Benda dah jadi baru nak menyesal

No one is too busy for their loved ones

One of many things yang aku rasa 'nanti' yang akan disesalkan adalah bila dah tak ada barulah kita terkenang
Sedangkan waktu untuk diluangkan bersama itu boleh je diselitkan
Kenapa 'nanti' sering dijadikan alasan?
'Nanti' yang entah bila, yang tak pernah muncul, yang sebenarnya kata lainnya adalah 'tak ingin'
I understand that semua orang sibuk dalam dunia masing-masing
Terlalu banyak benda yang kadang kita sendiri pun tak sempat nak fikir
But then, kalau betul kita nak make something happen, we would do anything to make it work
Tak kisahlah macam mana pun kan
Just like how regretful people around you when they found out you're dead
Menyesal kenapa?
Penyesalan yang kalau aku senaraikan, terlalu panjang rasanya
Masa tu, semua hanya mampu menangis dan terus bersedih untuk sehari dua
Seterusnya, hidup tetap perlu diteruskan
Bezanya, 'nanti' itu mengajar sesuatu buat kita

I just, hmmm 
I don't know how long we, in fact, me...
I don't know how long I'm gonna live
It's just sad, y'know?

"Nanti semua luka akan sembuh" TIPU!
"Nanti adalah tu rezeki kau" ???
"Semoga kita bersama di syurga nanti" WHO KNOWS?!

Kenapa bukan sekarang? 
Kenapa mesti aku tunggu semua tu?
Kerana sesungguhnya 'penantian itu suatu penyeksaan' 

Aku dah penat
Aku pun dah tak tahu mana arah tuju hidup aku sendiri
Aku cuba hidup sebenarnya hidup
Menikmati hidup dengan kawan-kawan tapi hakikatnya TUHAN saja tahu
Mungkin nanti aku akan okey dengan semua ni 
Tapi sekarang aku cuma nak menangis sampai hilang semua rasa yang tidak-tidak ini

Nanti suatu masa, andai aku tak ada lagi kat sini
Janganlah tangisi ketiadaanku
Instead hadiahkan Al-Fatihah setiap kali teringatkan aku
Macam mana aku buat kat mereka yang aku kenal bila aku teringat pada mereka
Semoga mereka ditempakat dalam kalangan orang beriman
Aamiin

Sekian, ampun maaf zahir batin
Phir milenge chalte chalte

Saturday, March 18, 2023

Kematian

 


Bismillah
Beberapa hari menjelangnya Ramadan 1444H
Marilah bersama-sama kita berdoa agar dipertemukan dan direzekikan untuk beribadah dalam bulan penuh berkat itu
Marilah kita renungi jua pemergian insan-insan di sekeliling kita
Dan marilah kita doakan agar mereka ditempatkan bersama para solehin
Al-Fatihah~

Lama rasanya aku tidak berceloteh di sini
Tajuk entri kali ini terasa janggal dan berat
Namun ia adalah hakikat kehidupan yang kita harus terima
Bahkan dalam Al-Quran (3:185) ada menyebut "setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian"
Maka entri ini nukilan jiwaku yang telah kehilangan yang tersayang
Semoga dengan ini kita sama-sama lebih menghargai sebelum kehilangan

Pagi tadi aku menerima berita kematian ayah kepada teman sekerja
Terjatuh di bilik air, dibawa ke hospital dan kemudiannya disahkan meninggal dunia
ALLAHU... 
Dalam sekelip mata saja perkara tersebut berlaku
Pastilah jatuh terduduk kita dibuatnya 
Terasa bagaikan dunia berhenti berputar
SUBHANALLAH

Tanggal 23 Februari lalu
Sepupuku pergi menemui ILAHI setelah bertarung nyawa
Beberapa hari sebelumnya beliau kritikal di ICU 
Hingga terpaksa ditidurkan kerana rendahnya oksigen beliau
Walaupun tidaklah begitu rapat
Tetapi pemergiannya masih terasa kerana beliau merupakan sepupu yang paling tua
Meninggalkan sang suami bersama tiga orang anak mereka
Kata anak arwah, "sekurang-kurangnya mama dah tak sakit lagi"
Ah, tipulah aku tak menangis

Tahun lepas, aku kehilangan orang yang terlalu dekat denganku
Dan hingga ke saat ini, aku masih belum mampu untuk tidak menangis setiap kali mengenangkannya
Beberapa bulan sebelumnya betapa arwah beriya-iya meminta aku bermalam di rumahnya
Kami sempat ke Bintulu bertiga meski kewanganku tidak mengizinkan
Arwah sempat bergurau, "cakaplah tak ada pengeras, itu bisa diurusin, dong"
Ah, sungguh dia tidak pernah lokek berkongsi rezekinya denganku
Sampai aku berasa terhutang budi dan malu dengannya
Semoga ALLAH balas segala kebaikan kau dengan Syurga wahai Nadzirah
Aamiin~!

Kematian adalah suatu perkara semulajadi yang akan berlaku pada semua
Tapi tiada siapa pun tahu bila waktu sebenar detik terpisahnya roh dari jasad
Kalaulah kita tahu bila waktu terakhir kita bersama
Kita takkan sia-siakan hatta sesaat pun untuk perkara lainnya
Tapi, kita tak tahu
Kita ada itu ini yang lebih memerlukan perhatian
Dan sesungguhnya, life goes on with or without anyone itu benar
Tak call bukan tak ingat
Cuma kita sama-sama sibuk

Tapi janganlah terlalu menyibukkan diri hingga lupa untuk berehat
Jagalah kesihatan masing-masing, okay?
Tak ada siapa peduli kalau kita sakit, mati sekalipun
Pasti ada yang akan menggantikan kita 

Sekian saja daripada aku
Phir milenge chalte chalte
Wassalam 

Monday, January 23, 2023

新年快乐

Bismillah

Salam 1 Rejab 1444H semuanya
Masih belum terlambat untukku mengucapkan
Happy Chinese New Year kepada yang menyambut
Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya
Aamiin~!

Lately emosi aku sangat roller coaster
Entah kenapalah kan
But one thing for sure
I'm so sad that I'm still like this
Too afraid of the uncertainties of life

Not that I'm comfortable being in this phase of my life
Cuma aku sendiri tak tahu
Ibarat dalam perjalanan ke destinasi yang hendak dituju
Dengan Google Maps ditangan, tapi tiada talian
Makanya kau terkandas
Berlarilah ke mana pun, kawasan itu sememangnya tiada servis 
Sedih, kan?

I don't know why I have to rant it all out
I just need to get it off my chest
Macam boleh gila hari-hari nak nangis
Rasa macam nak mati pun ada
Tapi bukan siapa peduli pun

Keluarga ada, kawan pun ada
But well, everyone's already been through their own hardship
Everyone's plate already a little bit too full for themselves 
Apalagi nak ditambahkan dengan masalah orang lain
Jadi, teruskan menangis

I thought last year was bad enough
Didn't know this year could be worse
God, it's only January aaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!
Please make this year better for me, for everyone!!!

I'm just a sad piece of meat
Barely keeping myself alive from day to day
As much as I wanted to be dead
I want to do so many things in this world
I want to go to Mekkah and never return
I want to go to Switzerland for a year
I want to travel all over the world
Going to places that not really a tourist attraction
Because there's what reality are 
Not some sugar coating life about that particular country 

Habis tu? Nak hidup ke nak mati?
Entahlah, hidup ni memang penat, hadap je lah
Nanti dah mati, lainlah ceritanya lagi

If I'm being asked "are you happy with your life?"
My answer would be a long ass paragraphs of essay 
Maybe a lecture, worse, a novel with 482 pages
Ha! 

But for now, my short answer will be
Alhamdulillah, I am where God wanted me to be
Not that happy, but not that sad, just something in between
As long as I still have bed to sleep, a roof above my head, foods to eat, car to go anywhere
Alhamdulillah, I'm good

Too many things that I have to be grateful for
Too many things that I may took for granted
People said, comparing is a thief of joy
I couldn't agree more
It's just that sometimes we do need to compare ourselves
So we can feel that slap on our face
That we have a lot to be thankful for
Rather than wanting more and more 
Then maybe it's time to re-listen to Lies Greed Misery by Linkin Park 
hahahahaha tiber sangat!

Alright, I'm feeling quite okay now
Thank you for reading whatever it is that I'm writing here
Ampun maaf zahir batin
Phir milenge chalte-chalte
新年快乐 !!!

Saturday, January 21, 2023

Bebel




Bismillah

Saja lah kan nak bebel
Actually bukan nak bebel sangat pun
More to bercakap dengan diri sendiri
Dan peringatan untuk diri sendiri
Supaya suatu hari nanti sedar diri
Bahawasanya hidup ini perlu dilihat dari semua sudut
Bukan hanya dari kanta mata kita semata


Aku sedikit terkilan sebenarnya
Apabila soal pekerjaan masih menjadi perkara yang merunsingkan kepala
Sedangkan pekerjaan adalah termasuk dalam soal rezeki
Dan jika disebut soal rezeki
Bukanlah urusan kita sebagai hamba untuk mempertikaikan apa yang telah ditetapkan
Benar, kita seharusnya berusaha sehabis baik
Diiringi dengan doa sebagai tanda kita menyerah diri kepada-NYA
Atau kata lainnya, apa saja ketetapan-NYA, kita wajib terima dan berlapang dada
Kerana kita tidak tahu apa yang direncana oleh-NYA untuk kita


Jika ada yang menganggap aku tidak berusaha sehabis baik untuk mendapatkan perkerjaan yang lebih baik
Terpulanglah pada kalian
Tiada gunanya aku bermati-matian menyangkal tanggapan kalian
Kerana segelintir manusia hanya akan percaya apa yang dia ingin percaya
Tiadalah dayaku untuk menjelaskan sesuatu yang bukan kalian ditempatnya
Dan untuk membuatkan kalian mengerti
Hanya akan mengundang sedu sedan semata
Lalu aku memilih untuk mendiamkan diri


Andai benar kita ini beriman pada rukun iman
Kita akan percaya bahawa setiap kejadian itu pasti ada hikmah disebaliknya
Yang membuatkan kita sentiasa bergantung harap pada-NYA
Kita tidak akan membahaskan 'kenapa itu', 'kenapa ini'
Kerana semua itu seakan menyalahkan takdir yang tidak memihak kepada kita
Seakan kita lebih tahu dan yakin bahawa perancangan kita lebih baik dari ketetapan-NYA


Dan jika benar hidup ini jadi seperti yang kita inginkan
Kita akan merasa tiada perlunya hidup berTuhan kerana kita sendiri boleh menetapkan hidup kita sendiri seperti mana yang kita kehendaki
Lalu kita akan kufur nikmat
Kita akan menjadi bongkak
Kita lupa bahawa dunia ini sebentar cuma
Dan semua yang kita punya adalah pinjaman semata


Ah, kalau aku terus bebelkan lagi tentang perkara ini
Aku sendiri bosan


Sewaktu aku memikirkan soal pekerjaan ini
Aku terfikir bahawa ibu bapa yang menginginkan anak mereka mempunyai pekerjaan seperti kebanyakan orang sebenarnya tidak mahu malu
Malu saat anak teman-teman mereka kelihatan lebih berjaya
Punya pekerjaan yang menjanjikan bayaran yang kedengaran lumayan
Sedangkan anak sendiri entah ke mana arah tujunya
Walhal mereka tidak mahu tahu betapa anak-anak muda punya struggle tersendiri
Yang seringkali disembunyikan daripada pengetahuan ibu bapa mereka


Mungkin ada ibu bapa yang mengerti betapa hidup Isnin-Jumaat
8 hingga 5 itu tidak seindah yang digambarkan
Mungkin ada ibu bapa yang lebih rela anak mereka bekerja mengikut shift
Asalkan si anak punya waktu untuk membawa mereka ke hospital atau ke pasar dan bersarapan bersama
Asalkan si anak tahu tanggungjawab terhadap diri dan keluarga
Itu sudah memadai tanpa mengira apa jua bidang pekerjaan mereka


Dan aku turut berfikiran
Kebanyakan ibu bapa mengimpikan agar anak-anak meneruskan legasi mereka
Atau meneruskan impian mereka
Untuk menjadi doktor, guru atau sekurang-kurangnya bergaji tiga atau lima ribu sebulan
Kerana suatu waktu dahulu, cita-cita mereka tersadai di tengah jalan
Justeru si anak lah menjadi mangsa untuk menyambung cita-cita yang terbengkalai


Wahai ibu, wahai bapa
Anak-anak bukanlah mesin yang kalian boleh tentukan manualnya bagaimana
Anak-anak itu punya hati nurani dan kehendak sendiri
Tiada salahnya jika kalian memberi cadangan demi kebaikan mereka kelak
Namun jangan terlalu dipaksa untuk menurut kehendak kalian


Anak-anak itu ada impian mereka seperti kalian suatu ketika dahulu
Berhentilah memalapkan hidup mereka yang penuh warna-warni
Sesekali nasihati mereka, beri mereka dorongan dan semangat
Bukan 'padan muka' atau 'I have told you so' 
Itu hanya akan menjarakkan hubungan kalian dengan mereka


Berikan pelukan saat mereka terluka dengan dunia yang mencabar
Berikan mereka bahu untuk mereka sandar saat mereka lelah
Berikan pemangkin agar mereka terus menapak jauh 
Iringi langkah mereka dengan doa dan redha kalian
Pujilah hasil usaha dan penat lelah mereka
Ucapkan tahniah apabila mereka berjaya 
Dan teruslah menjadi tukang sorak mereka


Ah, anggap saja ini luahan aku sebagai seorang anak
Yang hanya menginginkan pengertian daripada orang tuaku
Agar terus mendoakan aku dalam perjalananku mendapatkan pekerjaan yang akan memuaskan hati mereka
Kerana aku sendiri juga bingung
Namun aku bersyukur kerana apa saja pekerjaan yang aku kerjakan
Biarlah kerana aku yang ingin lakukan
Biarlah datang daripada hati yang luhur dan jujur
Bukan hanya kerana bayaran yang hanya akan memakan diri


Tapi entah bagaimana aku ingin membuat mereka faham
Agar mereka berhenti merunsingkan diri dengan perkara yang tidak sepatutnya
Hmmm... entahlah 
Semoga yang baik-baik saja tahun ini untuk kita semua
Aamiin~!

Sekian
Phir milenge chalte-chalte
Wassalam

Tuesday, January 10, 2023

2023


Bismillah

10 hari selepas 2023
Baru ada kekuatan untuk menaip
Sedangkan idea dalam kepala macam-macam 
Cuma tak dizahirkan melalui aksara yang memerlukan tenaga
Bukan malas
Anggap saja aku tak punya masa untuk menghadap komputer
Biasalah hidup
Dan hari ni aku ada quote for that
Dah hidup, hadap saja
Nanti mati, kena azab pula
Agak kasar, tapi kita ni kadang-kadang perlukan 'penampar'
Supaya balik berpijak pada tanah
Tak dinafikan hidup yang macam roller coaster akan buat kita terbang
Tanpa sedar, kita di awang-awangan
Dah sedap dekat atas, rasa macam tak nak turun
Sedangkan hakikat hidup adalah seperti roda
Kadang di atas, kadang di bawah
Kah! 
Aku dan falsafah yang entah apa-apa

Untuk tahun ini
Aku akan berusaha untuk menzahirkan segala rasa di sini
Supaya suatu hari kelak
Segala apa yang aku nukilkan di sini mampu menjadi pengajaran
Untuk siapa lagi kalau bukan diri sendiri
Yang ada masanya sentiasa perlukan validation
Mungkin sebenarnya memerlukan perhatian

Ah, dewasa ini ramai yang menginginkan perhatian
Namun tidak mampu memberikan perhatian
Hanya sekadar jumping on the bandwagon
Atau bahasa mudahnya
Menunggang apa saja isu semasa yang menjadi topik hangat
Agar turut mendapat tempias populariti
Agar kekal relevan dalam kalangan masyarakat
Sedih tapi itulah realiti kehidupan sekarang

Dalam sedar atau tidak
Kita sendiri pun sooner or later akan terbiasa dengan perkara sedemikian
Dan kita sendiri pun mungkin akan jadi enabler
Menganggap apa saja yang dikongsi secara maya adalah realiti
Menjadikan budaya berkongsi perkara yang tidak sepatutnya sebagai lumrah kehidupan
Membahaskan apa saja perkara tular tanpa memikirkan kesannya terhadap diri sendiri
Membuat konklusi tanpa menyelidik kisah di sebalik skrin yang terpapar

Semoga kita diberi kesabaran untuk menahan diri daripada memperkatakan perkara yang tidak mendatangkan manfaat kepada diri dan keluarga
Semoga kita diisi dengan perkara berfaedah yang mendatangkan ketenangan dalam hidup
Semoga kita tidak menjadi manusia yang rugi kerana membiarkan masa berlalu tanpa mengingati-NYA

Maka marilah sama-sama berusaha untuk tidak terlalu menghabiskan masa bersama skrin
Habiskan masa dengan yang tersayang, bersama TUHAN
Cipta segala memori yang akan menjadi suatu kenangan
Yang kekal terpahat dalam lipatan sejarah peribadi orang-orang tersayang
Yang sentiasa akan ketawa bersama bila terkenangkan peristiwa tersebut
Yang akan memahami kita meski orang lain mempertikaikan kewarasan kita
Yang akan terus memberi semangat saat kita rasa diri ini seharusnya terkubur mati
Yang tidak jemu menasihati walaupun kita tetap degil dengan keputusan sendiri
Yang akan kekal tersenyum dan berbangga dengan segala kejayaan kita
Yang tidak lokek menghulurkan bantuan meski diri sendiri sedang tenggelam timbul

Semoga 2023 lebih baik daripada tahun yang sebelum-sebelumnya
Serasanya bagaikan mimpi sudah melepasi tahun 2020
Maka benarlah firman ALLAH
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian" (103:1-2)

Sekian
Phir milenge chalte-chalte
Wassalam :)