I'm Wa!

Welcome to my world of thoughts. Most of the time, I'm just talking to myself. Oh ya, I love foods so much and I hope I can share whatever it is that related to foods in here besides my thoughts. Thank you for visiting!

Batam Trip Day 1

Monday, March 3, 2025


Bismillah

Alhamdulillah direzekikan untuk berpergian ke tempat orang
Tempat yang tahun lepas aku pernah bergurau dengan Encik Suami
Tiba-tiba tahun ini menjadi kenyataan
Alhamdulillah ala kulli hal
Walaupun ada yang berkata "bukan ada apa pun dekat sana", ah persetankan mereka!
Yang penting, kita happy!

Setiap perjalanan atau apa saja seharusnya dirancang sebaiknya
Lain pula kisah aku dan adikku yang boleh dikatakan 'menonong' ke sana
Ke mana? 
Ke Batam, bandar terbesar di provinsi Kepulauan Riau, Indonesia
Bagaimana hendak ke sana? 
Boleh pilih antara dua; menggunakan feri atau pesawat
Cerita aku kali ini berkisar tentang perjalanan ke Batam menggunakan feri

Kebanyakan mereka yang berkongsi pengalaman ke Batam di aplikasi TikTok menggunakan feri
Dan rata-rata memilih untuk menaiki daripada Terminal Feri Pasir Gudang
Katanya tambang feri lebih murah jika menaiki dari sana berbanding daripada Stulang Laut (Berjaya Waterfront)
Murah memang murah sebab jaraknya lebih dekat berbanding Berjaya Waterfront
Dan lokasi kediaman aku ke Terminal Feri Pasir Gudang memakan masa sekitar setengah jam
Jadi, lebih baik aku menaiki feri dari terminal yang terdekat
Sekurangnya aku tak perlu memandu jauh-jauh pergi dan balik daripada Batam

Berapa harga tiket feri ke Batam?
Tips jimat: belilah tiket feri secara online jika hendak ke Batam
Mengapa? 
Terdapat diskaun bagi first timer dan lebih senang
Kebanyakan operator syarikat feri hanya menerima tunai sahaja bagi pembelian tiket feri secara walk-in
Di zaman alaf baharu, untuk bawa wang tunai melebih seratus ringgit, memang tak lah aku nak bawa
Lebih mudah jika berurusan secara cashless

Memandangkan hanya terdapat satu sahaja operator yang menerima bayaran menggunakan kad, jadi terpaksalah kami menggunkan perkhidmatan syarikat feri tersebut 
Tiket pergi balik berharga RM160 + caj pelancongan(?) RM23 = RM183 
Tiket balik hendaklah disahkan setibanya kita di Pelabuhan Feri Batam
Kalau tidak, tak baliklah nanti
Oh ya, setibanya di Batam, akan dikenakan caj pelancongan sebanyak Rp 135,000
Bersamaan sekitar RM37 
Maka jumlah sebenar tiket tersebut RM160 + RM23 + RM37 = RM220
Ini adalah harga tiket pergi balik jika melalui Terminal Feri Berjaya Waterfront/Stulang Laut

Aku park tiga hari di Berjaya Waterfront, sehari RM5, jadinya RM15 untuk parking
Parking pula berbumbung, kira okaylah
Tak sure kalau park dekat panas berapa cajnya

Sama seperti sistem boarding flight, kami menunggu sekitar 45 minit sebelum dipanggil masuk ke balai berlepas
Ke Batam bererti kami akan keluar negeri, jadi pastilah akan melalui kaunter imigresen
Pastikan ada pasport bersama dengan anda dan lebih baik tiada cover yang fancy
Lebih baik seadanya pasport kerana sesetengah negara akan meminta anda untuk membuka cover pasport ketika berurusan di kaunter imigresen

Untuk pengetahuan semua, tiada fixed seat di dalam feri, jadi ramai akan berebut untuk mendapatkan tempat duduk yang terbaik
Kebanyakannya akan memilih untuk duduk tepi tingkap dan dekat dengan pintu keluar



Pemandangan dari dalam feri, overlooking bangunan perumahan di Singapura
Jika dilihat dari peta Google, Terminal Feri Berjaya Waterfront lebih jauh berbanding Terminal Feri Pasir Gudang
Jadi masa perjalanan juga agak lama
Terpulang kepada anda untuk memilih berlama di dalam feri atau memandu ke Pasir Gudang
Perjalanan daripada Berjaya Waterfront ke Terminal Feri Batam memakan masa sekitar 3 jam 
Kami berlepas pada pukul 1.45 petang, waktu Malaysia dan tiba di Batam pada pukul 4 petang, waktu Indonesia
Jam di Indonesia adalah lambat sejam berbanding waktu Malaysia
Jika Malaysia 1 petang, di Indonesia 12 tengahari
Perjalanan ke Batam menjadi sedikit lama disebabkan hujan yang membuatkan laut sedikit bergelora
Mahu tidak mahu, terumbang ambing juga rasanya dalam feri yang dipukul ombak di kehujanan hari
Aku yang tak pernah-pernah mabuk pun bergelodak rasanya isi perut



Sesampainya di Batam, kami menempah Grab untuk ke hotel
Hotel kami terletak berdekatan dengan Nagoya Hills Mall 
Dari terminal ke hotel, caj Grab adalah Rp 24,000 (sekitar RM6 ke RM7)
Sepanjang perjalanan pula aku terpana melihat persekitaran di Batam 
I don't know how to describe it accurately, but never mind 

Check in di hotel pula required deposit Rp 100,000 (sekitar RM27)
Selesai urusan check in, masa untuk berehat seketika
Aku jamak takhir memandangkan waktu Asar sudah masuk
Dan disebabkan kami menonong saja ke Batam, inilah masanya kami menyusun ke mana tempat kami ingin lawati
! ! ! TOLONG JANGAN TIRU ! ! ! 

Kami decide untuk ke Enak Crab House sebab dah lapar sangat
Nak makan malam terus sambil brainstorm nak ke mana esoknya
That restaurant didn't living it's name, though
Ketamnya mahal tapi enak tu sikit je lah
Sayur-sayurannya lagi enak hahahaha


Sayur 4 Raja - bendi, terung, kacang panjang dan petai 


Terung telur masin (SEDAP SANGAT!!!)


Ketam nipah masak butter telur masin

Oh ya, di sana mereka panggil ketam nipah - kepiting
Manakala ketam bunga adalah rajungan 
No worries, dalam menu ada English dan Chinese version
So kalau tak faham bahasa Melayunya, boleh refer English

Sayur-sayuran diatas berharga Rp 50,000 (sekitar RM14) 
Ketam tu, malas aku nak sebut berapa harganya
Yang penting pinggan dah licin masa ketam sampai
Mungkin patut cancel je sebab dah kenyang sebenarnya
Well, a lesson was learned in a hard way that night hahahaha
When in doubt, just say no

Lepas makan, kami order Grab untuk balik ke hotel
Tapi lepas beberapa minit tunggu, Grab macam tak bergerak-gerak
Dalam map Grab pun masih kat situ tak berganjak pun
Bila aku chat driver, tak reply pun
Mungkin sebab aku ada promo code, jadi tambangnya mungkin lebih murah
Maybe that's why the driver tak gerak, saja nak suruh aku cancel
So, we did cancel that driver

We booked new Grab, using my sister's phone untuk ke Nagoya Hill Mall
Mall sepatutnya bukan tempat melancong, but why not?
Hari dah malam, dan kami pun masih berkira-kira hendak ke mana lagi menghabiskan sisa malam
Makanya ke mall sajalah kita

Tapi mallnya sendu :(
Mungkin aku saja berperasaan sedemikian
Jika ada lagi rezeki ke sana, mungkin aku takkan ke mall itu lagi
Serik, cukup sekali, sudahlah

Memandangkan mall dengan hotel kami terletak berdekatan, jadi aku decide untuk berjalan kaki ke hotel
Seram jugaklah melintas jalan di Batam
Apa jua jenis kenderaan takkan berhenti untuk memberi laluan
Makin kena hon adalah hahahaha
Berlari jugaklah melintas jalan malam tu

Sampai bilik, mandi dan solat Maghrib dan Isyak
Tak lama kemudian, mata aku berat sangat
Walhal jam baru menunjukkan pukul 11.30 malam
But it's 12.30 tengah malam di Malaysia huhu
I'm not used to sleep so late uwaaaa

So, that's it day 1 in Batam
Should be fun if you guys gerak awal dari Johor
We decided to go later because nak sampai sana terus check in
But actually boleh je pergi awal pagi, sampai sana terus drop the bags dekat hotel cakap nanti nak check in
Well, first timer, kan? 
And that's what experience will teach you next time around

I guess that's all for this entry
Lama dah tak menulis panjang berjela macam ni
Terima kasih kerana membaca hingga ke titik terakhir
Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam sedunia
Semoga ALLAH terima segala amalan kita pada bulan mulia ini aamiin~

Sekian, phir milenge chalte chalte
Wassalam


Comments

  1. yamannn eh semua. Merantau bermusafirlah is getting real now!!! yuhuu.

    Tik pergi Turki gik.

    ReplyDelete