I'm Wa!

Welcome to my world of thoughts. Most of the time, I'm just talking to myself. Oh ya, I love foods so much and I hope I can share whatever it is that related to foods in here besides my thoughts. Thank you for visiting!

Journey of Life

Wednesday, June 26, 2013

Bismillah...

Aku cuba menilai diri aku sendiri
Dulu dan kini memang tak sama
Aku cuba untuk recall apa yang berlaku
Selama hidup aku
Supaya dapat jadi pengajaran...

:: DULU ::

Dunia aku tak luas
Cuma rumah, rumah saudara-mara dan sekolah
Sesekali ada juga Mrs Ayahumi bawa ke kedai
Tapi sesangat jarang
Memang boleh dikira dengan jari

Hidup aku penuh dengan gelak-tawa kakak dan adik perempuan aku
Tapi ketawa kami akan mati bila Mr Ayahumi ada
Kami jadi senyap
Lebih senyap daripada tanah perkuburan

Aku tak pernah kisah akan pandangan orang pada aku
Yang aku tahu, aku tak kacau hidup orang
Jadi kenapa orang nak kacau hidup aku?

Di sekolah, aku bebas berkawan dengan sesiapa pun
Even Mr & Mrs Ayahumi marah aku sekalipun
Aku tetap kawan dengan bebudak lelaki
Main kejar-kejar masa rehat, masa balik sekolah
Aku tak pernah kenal erti 'friend zone'
Atau 'platonic love'

Aku tak pernah ada perasaan nak membangga diri
Sebab Mrs Ayahumi tak pernah ajar kami to do so
Kami dah diajar untuk jadi orang yang down to earth
Yang tak ingat kebaikan sendiri




::  SEKARANG  ::

Walaupun tak pernah keluar dari Malaysia
At least aku pernah tersadai di beberapa buah negeri
Tahun 2007 aku tercampak di Kedah
Tahun 2008 aku dilempar ke Selangor
ALLAH Maha Bijak...
Awal tahun 2009, aku dipanggil balik

Dan di situlah bermulanya hidup aku
Yang lebih luas 
Yang membuatkan aku bersyukur
Kerana pernah tersadai di Semenanjung

Kami adik-beradik masih boleh ketawa sama-sama
Tapi mesti ada yang tak ada
Yang selalu hilang, kakak ke-4 aku

Bila dah besar, masing-masing ada akal
Jadi aku mula ambil kisah apa yang orang kata
Walaupun apa yang orang kata bertentangan dengan kehendak aku
Tapi kadangkala, aku terfikir
"Buat apa nak jaga hati orang kalau orang tak pernah jaga hati kita?"
Sejak baligh, aku tahu erti malu
Dan aku mula membataskan pergaulan dengan lelaki
Memang mereka kawan
Tapi aku dah bersara untuk main kejar-kejar
Aku perempuan, tak manis main dengan lelaki
Itu kata orang

Dan bila tiba soal hati
I always get stuck
Whether with the wrong person 
Or with the right person in the wrong time
'Friend zone' dan 'platonic love' pernah berlaku
Yang buat aku tak mahu berlanggar bahu sekalipun
Dengan orang tersebut

Bila dah besar, mesti ada orang puji itu ini
Hati pun berbunga-bunga siap berbuah lagi
Tapi aku perlu sedar diri
Aku masih tak cukup sempurna untuk sesiapa
Bila orang puji, aku akan sangkal
Akhirnya orang akan cakap aku tak pandai bersyukur
Sedangkan orang tak faham situasi aku
Yang tak pernah diajar untuk membangga diri
Itu adalah satu kesalahan bagi aku


Apa-apa pun yang telah berlaku, sedang berlaku atau bakal berlaku
Aku serahkan pada ALLAH setelah aku berusaha
Life ain't easy
But it would be easy if you follow what ALLAH have guide you
It is never hard to be good
But it is never good to be bad

Sorry for the crap
Phir milenge chalte chalte
Take care guys
Wassalam..

Comments