I'm Wa!

Welcome to my world of thoughts. Most of the time, I'm just talking to myself. Oh ya, I love foods so much and I hope I can share whatever it is that related to foods in here besides my thoughts. Thank you for visiting!

Dunia Kerja...

Thursday, June 6, 2013

Bismillah...

Rasanya dah terlalu lama aku tak menaip.
Dan dinihari ini, aku berasa ingin membuat entry. ecewah

Mengenai tempat kerja aku.
Which aku adalah orang last yang akan serve customers.
Yang mana segala kesalahan akan diletakkan dibahu kami, yang bergelar 'cashier'.

Well, we all know that most shopping complex in Malaysia do have 'no plastic bag day'.
Tapi di tempat aku kerja, tiap-tiap hari tak ada plastik.
Itu aku tak tahu.
Jangan tanya dah.

Maka, aku akan berdepan dengan pelbagai situasi yang sering menggugat tahap kesabaran aku.


#Situasi 1 

Cashier : Ada member card? <ini adalah soalan tipikal kebanyakan supermarket>
Pelanggan : --Geleng kepala--
Cashier : Ada bawa shopping bag?
Pelanggan : --Geleng kepala--
Cashier : Nak plastik?
Pelanggan : --Geleng kepala--

==> Selepas urusan jual beli selesai <==

Pelanggan : Tak ada plastik ke?
Cashier : @&^#%$*+ (tadi aku tanya, geleng kepala)


#Situasi 2

Cashier : Ada member card?
Pelanggan : --Korek beg, dompet dan sebagainya--

==> Selepas beberapa minit menunggu 'member card' <==

Cashier : Ada?
Pelanggan : Lupa bawa. 
Cashier : Ada bawa shopping bag atau nak plastik?
Pelanggan : Aaa... bolehlah.
Cashier : --Mula susun barang dalam plastik--
Pelanggan : Aaa... ada kotak tak?
Cashier : $%!^&!*^#!&


#Situasi 3

Cashier : --Scan member card--
Pelanggan : Saya guna kotak, ya..
Cashier : Ok.
Pelanggan : --Memerhati cashier yang terkial-kial men'scan' dan menyusun barang tanpa ada rasa untuk menolong--

Perghh...!!!
Sabar je lah sepanjang bergelar cashier ni.
Apa-apa pun, mesti orang (customers of course) akan bertanya dan menyalahkan cashier.
Kesian sesiapa yang jadi cashier tahu tak?

Mereka pun manusia jugak.
Bukannya robot atau makhluk yang hebat sangat.
Mereka cuma manusia yang bekerja sebagai cashier / juruwang.
Yang sanggup dimaki dan dimarahi demi sesuap nasi.
Ingat senang ke?

Kadang-kadang aku, selaku cashier adalah jugak aku terlepas cakap.
Sebab aku masih belum cukup sabar.
Dan tahap sabar aku sangat rendah.

Pesan aku, kalau kita senangkan kerja orang,
Pasti ALLAH akan senangkan kerja kita.
Itu je.

Sorry for those crap.
Phir milenge chalte chalte.
Wassalam..

Comments