Sunday, February 10, 2013
Happy Chinese New Year
Bismillah...
Dah dua malam aku lepak kat kampung.
Pfffttt... rindunya dengan rumah.
Apa boleh buat, kalau rumah aku tu sejengkal tak jauh dari sini,
Semalam aku join semba berkebun.
Sihat sikit badan.
Anyway, aku rasa macam right ankle aku macam tak berapa nak betul.
Sebab macam mana entah, aku tak ingat.
Biarlah dia cool down sendiri.
Bukannya apa sangat daa...
Hari ini Ahad, tapi still tak dapat nak bawak semba enjoy luar *enjoy lah konon*
Yelah, kan raya cina, jadi kedai manyak tutup maa!
Memula memang aku tak caya.
Tapi, ayat semba tu kedengaran so real.
And at last, aku terpaksa percaya jugak.
Sebab dia duduk sini lebih lama daripada aku.
Buat masa ni, aku rasa hidup tak serupa orang.
Melepek atas tilam.
Mengadap laptop.
Nasib aada internet.
Kalau tak?
Sawan lah jugak nak repeat tengok movies yang ada dalam laptop nih.
I just wanna go home.
Why can't I go back to my own home?
I miss my home.
I miss the Xbox in the living room.
I miss everything in Miri.
I want to cheer up myself.
After what I had in Kuching.
But, I can't disobey my parents.
Adeh hah... rindu nya dengan Miri...
Udah lerr..
Anyway, aku nak ucapkan 'Selamat Menyambut Tahun Baru Cina' kepada sesiapa yang berbangsa Cina. *itu pun kalo ader laa*
Tak lupa kepada kawan-kawan aku yang sedang happy menyambut tahun baru cina, tahun ular ni.
Enjoy yourself guys!
Itu aje lah.
Sorry for any crap.
Phir milenge chalte chalte.
Wassalam..
Saturday, January 19, 2013
Bercelaru
Bismillah..
Hmm... cemburunya tengok blog orang.
Macam blog Dr. Sarah Shukor, sorang doktor lulusan Russia.
Lagilah aku jeles.
Sebab dia doktor yang grad dari oversea.
Russia pulak tu!
Doktor muslimah lagi tu
Makin menjadi-jadi aku jeles
Aku?
Apa yang aku ada?
Haaii.. nyesal pun tak guna, kan?
Benda dah nak jadi, jadi lah.
Terima aje lah dengan redha.
huhuhu (u_u)
Nak mintak putar balik masa pun tak guna
Huh, betul-betul macam nasi dah jadi bubur
Tapi bubur tu masih boleh di makan, kan?
Jadi, jangan lah membazir rezeki yang ada depan mata
-merapu lah pulak-
Blog ni pulak aku usha lepas usha blog Fatimah Syarha
Kalau tak kenal, tak apa
Tapi aku mula kenal Fatimah Syarha dengan novel 'Tautan Hati'
Perghh... meroyan lah jugak baca sebab masa tu tak berapa nak faham
Cuma baca macam tu macam tu je
Hmm... bila baca blog Islamik ni rasa macam...
Entah lah. (v_v)
Susah untuk di ungkap *ecewah*
Apa-apa pun, berubah biarlah kerana ALLAH
Bukannya sesiapa atau apa-apa
IN SHA ALLAH bahagia.
Nak jadi baik bukan senang
Kena sentiasa tabah, banyak berdoa, banyak mengharap pada ALLAH
Sebab ujian tu sentiasa mendatang
Kadang-kadang, rasa macam give up nak jadi baik
Sebab makin orang kutuk adalah
ALLAH tahu kenapa kita mahu sesuatu itu
Jadi, kembali lah pada-NYA
Minta lah apa saja
DIA tak akan biarkan kita seorangan
Kadang-kadang aku tak yakin untuk berubah
Sebab selama ni self esteem memang tak pernah berubah meternya
Sentiasa di tahap yang rendah
Tak pernah menaik seiring dengan bertambah usia
Kalau ikutkan hati aku
Aku nak berubah di tempat tak ada orang kenal aku
Baru aman rasa
Sekarang tak aman ke?
Idok ler ...
Cuma sekarang orang dah biasa tengok aku yang sempoi *tangan di bahu, mata ke langit*
Mungkin ada yang ketawakan kalau aku tiba-tiba pakai ala-ala ustazah
Dan aku paling tak suka kalau orang pandang aku macam alien
Nowadays, it's hard to see and found a real Malay girl(s)
Wearing baju kurung to go anywhere
Not only for special occasion like wedding ceremony or burial ceremony
Not a blouse or long shirt (muslimah)
Not only for special occasion like wedding ceremony or burial ceremony
Not a blouse or long shirt (muslimah)
With a tudung (tudung bawal or labuh) which really old school
It's really rare, you know?
Hmm.. tapi ada jugak orang cakap
Kalau dah hati memang nak berubah
Mana-mana dan bila-bila pun boleh *macam iklan Jacob's*
Pepatah Melayu pun ada sebut
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Ya ya ya... whatever
Ingat berubah ni macam masak mi dalam cawan ke?
Cuma tuang air panas dalam cawan mi tu
Ingat senang macam tu ke?
Cakap memang la senang
Cuba buat?
Hmm... I wish someone bring me to Swiss
Geneva ke Zurich ke, aku tak kisah
Asal tanah Swiss
Mahu sangat-sangat yang amat
Maybe there, I'll change
To be a real abdullah (hamba ALLAH)
Not only muslimah, but mukminah (aminn...)
IN SHA ALLAH... andai ada rezeki
Sekarang hari ke 19 dalam kalendar 2013
Tahun hijrah pulak 7 Rabiul Awal 1434
Bila lagi nak berubah?
Tak cemburu ke tengok orang rebut syurga ALLAH?
Rela ke kena humban dalam neraka? (nauzubillah)
Renung-renungkan lah
Selamat berubah dan beramal
Phir milenge chalte chalte
Sorry for any crap
Wassalam.. ^_^
Wednesday, January 16, 2013
Ketidaktahuan
Bismillah...
Tak tahu lah.
Sekarang ni aku tengah confuse sesangat.
Sebab apa pun aku tak tahu.
Kekadang, bila ada benda yang buat aku sayu, sedih, tak semena-mena mata aku akan di limpahi dengan air.
Tetiba jadi seorang yang sangat emosi.
Aku tak tahu.
Sungguh aku tak tahu.
Mungkin sebab study punya pressure.
Tapi, tak logik jugak.
Sebab kebingungan yang melanda aku ini sangat menyakitkan cerebrum dan medulla oblongata aku.
Tambah lagi dengan condition aku sekarang yang ala-ala nak demam (chewah..)
Rasa macam kepala ni sentiasa hang.
Jammed tak kira waktu.
Kekadang macam putus wayar pun ada jugak.
Dengan keadaan tangan aku yang makin tenat (rasanya camtu la)
Aku rasa macam ....
Hmmm...
Pening sangat kepala ni.
Pening tahap nak gesek kat jalan tar je.
Tekak pulak buat hal jugak.
Sedangkan tak ada pun mucus dalam sana.
Semua macam dah disfunction (nauzubillah)
Aku tak tahu.
Serius aku tahu nak cakap macam mana.
Nak describe macam mana dan apa yang aku rasa.
Aku malas nak susahkan orang dengan hal aku.
Masing-masing ada hal masing-masing.
Jadi, buat apa aku nak bebankan orang lain dengan masalah aku?
Even aku terpaksa pendam sorang, aku rela.
Aku tak nak.
Aku sebolehnya tak mahu orang susah kerana aku.
Biarlah orang tak tahu.
Apa yang aku tahu, biarlah aku buat tak tahu.
Daripada orang tahu apa yang aku tahu.
Menambahkan ketidakaslian dan kepanjangan sesebuah kisah je.
Walaupun aku selalu rasa rendah diri dengan keadaan aku yang tak berapa sangat nak sempurna ni.
Aku cuba dan berusaha untuk menceriakan diri aku bila aku dengan orang.
Hakikatnya, aku kosong!
I am lost in my own world.
Or maybe I have bipolar disorder.
hahaha. That's funny.
Cukup lah.
Sorry for ay crap.
Phir milenge chalte chalte.
Wassalam.
Monday, December 31, 2012
2012 and It's Memories
Bismillah
Hari ini adalah hari terakhir dalam kalendar 2012.
Banyak benda yang dah berlaku dalam tahun ni.
Sedar tak sedar, 2012 melabuhkan tirainya dengan aman tanpa sebarang bencana yang menghampiri 'kiamat'. -I guess so- :)
ALHAMDULILLAH untuk segala nikmat yang ALLAH panjangkan ini.
#Januari
- aku sedang berada di alam pekerjaan (part time) sementara menuggu result
- aku sedang berada di alam pekerjaan (part time) sementara menuggu result
- masih kabur dan kurang jelas dengan diri sendiri
#Februari
- my family celebrated my birthday. this is the first time, I guess. I felt really awkward. plus my birthday cake... it was 12 different slices of cake! anyway, I really appreciate it. :) thanks guys. I felt so .... undescribable.
- my salary for this month really make me proud! :D
#Mac
- the very first gift I ever bought for my parent's anniversary.
- SPM's result out~!
- my dad brought us to family dinner at hotel. kenyang sampai tak boleh nak bercakap dah.
#April
- still waiting result for any uni
- still working ^_^
#Mei
- nothing interesting happen actually except my lil bro birthday
- masuk balik sekolah. lower six science at the same school. ~_~
#Jun
- dapat twaran daripada Politeknik
- quit form six
- start working (again...)
#Julai
- going to Politeknik Kuching
- start a new life (x_x)
- sambut Ramadhan tanpa keluarga
#Ogos
- raya kedua pusing keliling Miri. jadi model dari Grand Old Lady-Taman Awam-Lutong-Piasau-Pujut Padang Kerbau-rumah dengan baju raya yang kononnya bertemakan "maroon".
- buat open house yang sesak sampai aku-pun-tak-tahu-aku-ada-jemput-korang-ke-tak
#September
- banyak ramah tamah Aidilfitri kat Politeknik
- smile :)
#Oktober
- ntah. tak ingat aku. (o_O)
#November
- final exam. takutnyer... (x_x)
#Disember
- sumbuk meninggal (v_v)
- sumbuk meninggal (v_v)
- melantak durian, rambutan puas-puas
- turun naik kebun
- having great family gathering on Christmas Eve
- start a new sem :)
Udah ler.. Aku nak tido nih.
Anyway, sorry for any crap.
To 2012, thank you coz being one of the greatest year I ever had.
Selamat Tahun Baru 2013.
Semoga 2013 menjadi tahun yang lebih baik daripada yang sebelumnya..
Phir milenge, chalte chalte.
Wassalam...
Friday, December 28, 2012
Kepada Yang Berkenaan
Bismillah...
Masa aku baru bukak browser tadi, mista Yahoo! menyapa aku dengan kata-kata beliau yang sangat menarik bagi aku yakni,
"Eight Hot Careers To Watch In 2013"
Dan aku pun bertanya pada mista Yahoo! mengenai perkara tersebut.
Ini jawapan mista Yahoo!.....
Career #1 : Medical Assistant
Career #2 : Software Developer
Career #3 : Dental Hygienist
Career #4 : Personal Financial Advisor
Career #5 : Public Relations Specialist
Career #6 : Social Worker
Career #7 : Biomedical Engineer
Career #8 : Veterrnanry Technologists and Technicians
Naa... aku senyum sendiri bila tengok Career #2 tu. Of course lah... Sebab aku kan tengah otw menjadi salah seorang yang bakal mempunyai Career #2 tu. <INSYA ALLAH... AMIN...>
Though MA adalah the hottest among the rest, ingat senang ke bhai?
Ini pesan mista Yahoo! :
"Education Options for Medical Assistant: Although
there are no educational requirements for medical assistant positions,
employers prefer candidates who graduate from formal education programs,
says the Department. This means as little as two years to complete an
associate's degree or as little as one year to complete a certificate or
diploma, according to the Department."
Ooowwkkey... mungkin agak senang sebab "as little as two years to complete an associate's degree or as little as one year to complete a certificare or diploma".
Anyway, aku ni tak berapa nak minat sangat dah dengan bidang medical ni. Adalah sebab yang menyebabkan aku enggan. -ecewah.. skema giler-
Mista Yahoo! ada juga pesan untuk bidang yang bakal aku ceburi. Katanya :
"Jobs for software developers are expected to grow
by 30 percent through 2020, with over 143,000 job openings."
"Education Options: Software
developers typically have a bachelor's degree in software engineering or
computer science or a related field, says the Department. Employers may
also prefer candidates with a master's degree for some positions."
Hmm.. ye laa. Teknologi sekarang ni terlampau advanced.
Setiap hari, ada je benda berteknologi canggih yang kita sendiri tak perasan akan kewujudannya.
Mungkin ada yang mengatakan bahawa kerjaya sebagai Software Developer / Programmer / Networker / and what so over yang related to software and IT ni tak ada masa depan yang cerah.
Haluu sikit kepada sesapa yang berkata sedemikian.
Sila keluar daripada tempurung kaca yang anda duduki selama ini ok?
Apa yang aku maksudkan "tempurung kaca" adalah hidup orang yang di kelilingnya terdapat banyak kemudahan IT dan other technologies yang di bangunkan oleh "orang yang tak ada masa depan".
Nowadays, peoples always judge something based on their knowledge without see it in others perspective.
Maybe for certain people, being in a "tak-ada-masa-depan" field such a troublesome but for others? Come on laa.
Dunia dah semakin maju.
Apa salahnya kita upgrade cara kita berfikir sejajar dengan kemajuan dunia yang sangat pesat ni.
Entah lah.
Recently, aku ada menengok balik Step Up yang menceritakan hidup sebagai seorang penari yang selalu di pandang ringan oleh sesetengah pihak.
Bila aku tengok citer macam tu, aku imagine kalau ada orang filemkan semua jenis kerjaya dalam hidup ni.
Misalnya kerja sebagai orang yang kutip daun teh untuk di buat teh, penanam tebu untuk di buat gula, orang yang buat barang kemas, orang yang buat jalan, petani, nelayan and so on.
Ada ke kerja macam tu orang high light kan sebagai kerjaya yang memberi manfaat kepada orang lain?
Most of Malay films or drama, yang aku selalu tengok, kalau dah miskin tu miskin sangat.
Kalau dah kaya tu kaya sangat.
Tak ada pun yang nak cerita pasal ordinary Malay life yang tak terlalu susah, tak terlalu senang.
Aku tau laa kerja sebagai pengarah, pelakon, penerbit or senang cakap yang berkaitan dengan industri hiburan ni banyak halangan dan selalu di kritik oleh sesapa saja.
Tapi kalau ya pun nak buat cerita, tak payah la asyik-ayik cerita pasal orang yang ada pangkat dan harta ataupun orang yang duduk di ceruk hutan.
Aku paling sakit hati bila ada citer Melayu yang lokasi penggambarannya kat Sabah or Sarawak.
Mesti ke orang Sabah Sarawak ni duduk kat rumah yang sememeh, yang "ceridak" atau yang menunjukkan bahawa Sabah Sarawak ni belum membangun?
Tak salah kalau aku katakan ekonomi Malaysia banyak di sumbangkan oleh tanah Sarawak melalui petroleumnya, pembalakannya dan banyak lagi.
Jadi, tak boleh ke kalau bagi Sabah dan Sarawak imej yang baik?
Ini tidak.
Segala benda yang berkaitan dengan Sabah Sarawak mesti "ucak", "pok", old school, tak bertamadun dan teruk.
Bukan aku nak racist ke apa.
Cuma certain orang Semenanjung sangat memandang rendah dengan orang Sabahan or Sarawakian.
Tak caya? Dah berapa banyak page kat pesbuk tu anti sangat dengan orang Sabahan/Sarawakian.
Alamak... silap hari bulan, masuk part politik nih. So, better aku stop dulu. -hahaha-
Anyway, sorry for the crap.
And for whose yang terasa, kan ada pepatah Melayu yang berbunyi "siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya".
Tapi, sorry jugak laa. :)
Hidup kita ni singkat.
Jangan nak bebankan otak kita dengan benda yang di luar jangkauan akal kita.
Terimalah segala ketetapan yang telah di tetapkan dengan redha.
"Kejayaan bukan warisan, kegagalan bukan tradisi".
Jangan dengki sangat dengan cita-cita atau impian orang lain yang nak berjaya even terpaksa pecah tradisi.
Rezeki ALLAH tu ada di mana-mana.
Percaya lah pada-NYA.
Tak semestinya orang yang break the tradition tu mengejar benda yang famous.
ALLAH sentiasa ada rancangan yang lebih baik untuk setiap hamba-NYA.
Kan ada ayat Al-Quran yang maksudnya lebih kurang begini, "Boleh jadi benda yang kamu suka itu mendatangkan keburukan kepada kamu dan boleh jadi benda yang kamu benci itu mendatangkan kebaikan kepada kamu".
Yakin lah pada ALLAH.
Janganlah sentiasa berfikiran negatif terhadap benda yang kita rasakan tak mendatangkan faedah kepada kita.
Boleh jadi benda tu ada faedahnya suatu hari nanti.
Siapa tahu, kan? :)
Again, sorry for any crap.
Phir milenge, chalte chalte.
Wassalam. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
The WA
Kerana dengan menulis itu adakalanya membuatkan dia berada di suatu dimensi yang tak terfikirkan. Dan segala apa yang tercatat disini hanyalah nukilan jiwa, bicara minda juga bisikan rasa yang pelbagai. Terima kasih kerana sudi membaca segala yang tertulis. Ampun maaf sekiranya komen anda kelihatan sepi sendiri.





