I'm Wa!

Welcome to my world of thoughts. Most of the time, I'm just talking to myself. Oh ya, I love foods so much and I hope I can share whatever it is that related to foods in here besides my thoughts. Thank you for visiting!
Poem
Showing posts with label Poem. Show all posts
Showing posts with label Poem. Show all posts

Wednesday, January 12, 2022

Bahagia

Bahagia itu berbeza definisinya
Jangan dipaksa orang untuk berbuat seperti kita
Sedangkan kita sendiri belum tentu bagaimana hujungnya
Justeru apa saja yang mereka lakukan
Biarkan, itu hidup mereka
Jangan terlalu mendunia saat berfikir
Fikir tentang diri sendiri
Yang sering tenggelam timbul dalam arus dunia yang menipu

122029H JAN 2022/3/98000

Wednesday, December 29, 2021

Tutup

Bismillah

2021 bakal melabuhkan tirainya
Beberapa hari lagi dan marilah kita renungi
Banyak yang telah terjadi pada tahun ini
Tahun yang pejam dan celiknya bagai tak terasa
Sedar tak sedar tahun baru bakal menjelma

Tertutupnya buku bagi tahun 2021
Marilah bersama-sama kita tutup benda yang lainnya
Tutup mata kita daripada melihat aib orang
Perkara yang pada kita sangat menjengkelkan
Anggaplah perkara sebegitu adalah ujian buat kita
Siapa tahu esok lusa, kita sendiri akan berbuat perkara yang sama?

Tutup mulut kita daripada berkata hal-hal yang tidak mendatangkan pahala
Ingatlah bahawa kata-kata itu doa
Justeru sebutlah yang baik-baik
Basahkan lidah dengan zikir dan selawat 
Kalau tidak mampu, diam
Itu yang terbaik

Tutup juga telinga kita daripada mendengar perkara yang membebankan jiwa
Yang membuatkan hati sakit dan mencambahkan rasa benci
Amalkan sikap 'dengar boleh, percaya jangan'
Dengarkanlah perkara yang mensucikan dan menyuburkan nurani
Sesungguhnya dengan mengingati ALLAH itu menjadikan jiwa tenang

Tak dilupakan, tutup hati kita daripada terlalu mencintai dan menyayangi
Kerana kita akan diuji dengan perkara yang kita terlalu cinta
Tiada salahnya mencintai dan menyayangi
Tetapi ingatlah bahawa ALLAH itulah cinta sejati
Maka jangan pernah mencintai selain-NYA melebihi cinta pada-NYA
Kelak merana hidup bahkan mampu merobek iman

Tutup skrin telefon ketika bersama dengan keluarga dan teman
Benar, kenangan yang disimpan secara digital itu penting
Tetapi mengapa kita mahu terlihat bahagia dalam gambar, bukan secara realitinya?
Tiada salahnya jika kita suka mendokumentasikan segalanya 
Jangan dipilih memori yang didokumentasikan
Kenangan lebih bermakna jika kita menikmati saat itu
Bukannya sekadar didalam gambar yang sering kita megahkan

Akhir kalam
Tiada niat untuk berlagak baik
Sekadar mengingatkan diri sendiri 
Agar kembali kepada fitrah semula jadi
Semoga menjadi lebih baik dalam menjadi seorang hamba
Sekian, tutup salam

Friday, October 8, 2021

Kembali


Bismillah
Assalamualaikum
Maaf, terlalu lama rasanya aku menghilang
Dan kini aku kembali 

Alhamdulillah
Berpeluang menjadi sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV)
Selama tiga bulan empat hari
Dan sekarang, kembali menanam anggur
Walaupun anggur bukanlah buah-buahan tempatan
Tapi anggur banyak ditanam oleh rakyat Malaysia
Malah anggur merupakan buah yang paling banyak ditanam di seluruh dunia
**hahaha sorry, tak lawak pun kan :(

Okay, to be honest, I want to write something for myself
To self reflect, for future me
In case I really need something to make me come back to Earth
Here we go ...


Hidup itu kadang terlihat mudah kerana kau diperlihatkan perkara yang indah semata
Sedang perkara yang sukar dan menyakitkan itu disembunyikan
Disebalik senyum tawa dan bahagia yang dipamerkan 
Yang kau sendiri sukar untuk membezakan
Sama ada ianya dari hati atau sekadar topeng yang membutakan
Untuk menutup nyatanya hidup ini tidak ubah seperti kapal di lautan
Terumbang-ambing tanpa ada jalan yang terbentang

Justeru, seiring dengan peredaran zaman
Berhenti mengundang resah di hati sendiri
Terimalah hakikat bahawa dunia ini bukan hanya ada kita
Belajar lihat dunia pada sudut yang berbeza
Bukan sekadar melalui kanta yang terlekap kemas dimatamu sejak lahir lagi
Ada masanya dunia itu mengujakan jika kau lihat melalui kaleidoskop
Ada masanya dunia itu terlalu payah untuk dicerna
Kerana kau melihatnya melalui teleskop
**are we going to keep talking about those instruments?

Suka untukku ingatkan
Dunia ini hanyalah persinggahan sebelum alam yang kekal abadi
Maka, dalam apa pun urusanmu di sini
Sentiasalah membayangkan bahawa di mana pun kau berada
Akan ada yang memerhati, mengambil tahu dan menjaga
Meski saat kau sendirian, tanpa sebarang teknologi 
Percayalah bahawa DIA sentiasa ada
Makhluk-NYA ada bersamamu tanpa mengira waktu

Saat kau rasakan tiada siapa yang peduli
Saat kau rasa betapa rapuhnya dirimu
Saat kau rasakan permintaanmu belum adapun yang tertunai
Saat kau rasa dunia ini terlalu kejam untukmu
Percayalah, yakinlah, DIA sentiasa ada

Setiap titis air mata yang mencabuli wajahmu
Setiap detak jantungmu yang memalu dadamu
Setiap nafas yang kau hela tanpa ingin dihembus
Setiap bait kata yang kau telan setiap satunya
DIA sentiasa melihat dan mendengar 
Malah DIA tahu segenap perkara yang berlaku 

Maaf, tiada niatku untuk mengajar dirimu tentang ilmu ketuhanan
Apalagi ilmu agama yang pengetahuanku sendiri cetek tentangnya
Cuma dalam diriku ini
Sentiasa ada suara yang mengingatkan 
Bahawasanya setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya

Jujurnya perkara sebegini lebih mudah diingatkan pada yang lain
Sampai saatnya diri ini berdepan dengan hakikat hidup
Terjelepok dibuatnya malah meraung tanpa suara
Aku bukan manusia bertuah yang jalan hidupnya lurus tanpa sebarang halangan
Cuma selekoh kehidupan kita berbeza

Tetaplah bangkit meneruskan perjalanan 
Berehatlah sebentar jika kau rasa lelah
Tiada siapa yang akan meneruskan perjalanan itu
Melainkan dirimu sendiri
Kerana manusia lain pun terlalu sibuk mencari arah perjalanan mereka

Jalan yang lurus tanpa sebarang halangan itu adakalanya perangkap
Pun begitu, jalan yang berhalangan itu belum tentu selamat
Usahakanlah apa saja untuk menyelamatkan dirimu
Jangan dilupakan keluargamu, bawalah mereka bersama
Namun jika ada yang memilih untuk menempuh jalan yang berbeza
Biarkan mereka dengan pilihan mereka
Titipkan doa agar selamat perjalanan mereka 
Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi 


Baiklah, sekian saja coretan aku
Ampun maaf zahir batin
Phir milenge chalte chalte





Monday, March 8, 2021

Sempadan


Bismillah

Di zaman dunia tanpa sempadan
Dimana kebebasan bersuara dijadikan amalan
Dimana semua punya pendapat untuk dinyatakan 
Dimana ramai yang ingin berkongsi pengalaman

Ada yang cuba bangkit dari terus ditekan
Ada yang sekadar meluahkan perasaan
Ada yang hanya inginkan perhatian
Tak kurang juga ibarat haiwan mencari makan

Mungkin asalnya hanya sebuah perkongsian
Namun siapa tahu soal hati dan perasaan
Ada yang terguris dan ada yang terkesan
Apa yang dibaca dikongsi bersama rakan taulan
Agar lebih berwaspada dan mengambil pengajaran

Ada yang yang membaca tanpa perasaan
Ada yang terus menyokong tanpa perlu penjelasan
Ada yang terus membuat rumusan
Ada juga yang memilih untuk tidak mengendahkan
Bahkan ada yang hanya diam dan memerhatikan

Ada yang menilai berdasarkan pembacaan 
Ada yang gigih membuat kajian
Ada yang menganggap itu hanyalah sebuah rintihan
Ada yang tidak faham mesej yang ingin disampaikan
Ada yang menyampuk walhal tiada kaitan
Seolah-olah mereka turut berkongsi keadaan

Dunia terus membangun tanpa sempadan 
Ramai yang leka dalam arus pemodenan 
Berkongsi segalanya tanpa malu dan segan
Tanpa sedar mudah saja dosa dilakukan
Baik buruk yang dulunya ditutup Tuhan
Kini kepada dunia dipertontonkan

Perkongsian itu dijadikan topik perbualan
Segala yang terbaharu hangat diperkatakan
Atas nama berkongsi idea dan pandangan
Perbezaan pendapat berakhir dengan pertelingkahan
Sehingga timbul isu saman-menyaman
Tidak tahu pihak mana yang harus disebelahkan

Inikah dunia baharu tanpa sempadan?
Yang manusianya sudah hilang perikemanusiaan
Yang wujud hanya kebencian
Belas kasihan dan ihsan diambil kesempatan
Sungguh, manusia itu dalam kerugian

eidaadie 
081931H MAC 2021
94300

Tuesday, March 2, 2021

Sendiri


 
Bismillah

Di usia sebegini
Siapa saja mahu sendiri
Masing-masing berlumba-lumba mencari rusuk kiri
Agar ada yang menemani
Mendepani hari-hari yang dilalui
Agar hidup tidak terlalu sunyi
Agar ada yang menghiburkan hati

Namun hakikatnya
Berapa ramai yang hatinya masih sepi
Meski sudah punya anak dan isteri
Telefon pintar juga yang masih diusung ke sana sini
Tanpa sedar banyak hati yang dilukai
Tanya pada diri
Sudahkah membetulkan prioriti
Andai yang paling utama itu bukan ILAHI
Alangkah malang sekali

Semoga kita terus memperbaiki diri
Kerana bahagia itu bukan semestinya dengan harta duniawi
Bukan juga anak dan isteri
Periksa kembali  
Apa tujuan asal kita ke dunia ini

- eidaadie 
022332H MAC 2021
94300

Thursday, February 25, 2021

Sedar


Bismillah 

Selalunya yang terlambat itu kesedaran
Mungkin juga penyesalan
Dan aku pernah disedarkan
Dengan suatu ingatan
Mungkin petanda dari Tuhan
Sesuatu yang sering akalku bisikkan
"the least thing you can do as a sinner is to remember God in every possible ways"

Kerana dosa yang meresahkan itu mungkin lebih baik dari amal pahala yang membanggakan
Yang mungkin membuat diri tanpa sedar jauh dari Tuhan
Kerana merasa diri sudah berbuat amalan
Syurga itu bukan hanya untuk kalian
Bukan tertakluk kepada mereka yang berjubah serban
Bukan juga hanya untuk golongan agamawan

Harga syurga itu belum tentu mampu dibayar oleh jutawan
Siapa pun berkemungkinan 
Untuk mendapat tempat di syurga Tuhan
Cuma kalau hanya syurga itu yang kita kerjakan
Seharusnya kita mengubah pemikiran
Biarlah kita membuat kebaikan dan amalan
Baik buruknya segala perbuatan
Kita serahkan pada Tuhan
Hanya Dia selayaknya membuat perhitungan

eidaadie 
250631H FEB 2021
94300

Monday, April 27, 2020

Buat



bismillah

ini adalah yang aku randomly terfikir
lepas sahur gitulah
dalam mamai-mamai aku gagahkan jugak
so, inilah hasilnya
terimalah~


Jangan rasa kita berbuat
Walau kita memang ada buat
Terutamanya dalam soal amal ibadat
Takut riak bila orang lihat
Risau pahala tidak dapat
Bimbang iman tergugat
Bila kita rasa kita berbuat
Mula rasa diri hebat
Salam dihulur tangan dijabat
Senyum manis itu yang terlihat
Tanpa sedar sudah bertukar niat
Mulanya baik jadi jahat
Nasihat diberi bayaran dapat
Kita mahu diberi pangkat 
Diundang ke majlis istiadat
Ingin disanjung masyarakat
Nama disebut merata tempat
Ke mana pergi orang ingat
Kerana kita rasa kita sudah berbuat
Bila dipuji terasa lazat
Sakit hati saat diumpat
Semua orang dirasakan pengkhianat
Tapi baik sekali dengan sahabat
Anak isteri dibiar merempat
Ujian dirasakan musibat
Bila senang, kufur nikmat
Halal haram semua disebat
Apa di depan mata langsung dirembat
Tapi soal cukai cepat saja mengelat
Diam-diam jadi derhaka dalam taat
Bertaubatlah sekarang masih sempat
Takut kelak bila dah terlambat
Kau sudah ditanya malaikat
Waktu itu tiada teman rapat
Hanya berbantalkan tanah mampat
Kembalilah pada-NYA jika mahu selamat
Moga terus diberi hidayat
Agar kekal soleh sepanjang hayat
Tetaplah berbakti kepada umat
Walau jadi bahan keji umpat
Itu pahala yang tak terlihat
Betulkan hati dan jua niat
Agar amal jadi berkat
Bukan kerana kita yang berbuat
Bukan harapkan syurga yang kita dapat
Tapi untuk menjadi hamba yang taat
Kerana sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat
Ingatlah ALLAH tiap saat
Kerana DIA kita kuat 
Untuk DIA kita beribadat
Tanpa DIA kita hanyalah jamadat

- eidaadie 
   271740 APR 2020

Wednesday, July 3, 2019

KARMA





Bismillah
Tulisan hati yang sekian lama menangis
Mohon air matamu tidak menitis
.
.


02072019

kadang ada keraguan
kadang ada kerisauan
begitu juga kewalahan
dan juga kegelisahan

tapi apa kau tahu?
alasan kau sama seperti dulu
"kau tak pernah nak bagitahu"
mari sini aku beritahu

aku tak mahu bebankan kau
saat aku bercerita mata kau melilau
kau bicara padaku, "jangan kacau"

kau buat aku terkelu
kau jerkah macamlah aku batu
lantas aku pilih untuk membisu
tanpa kau sedar, hatiku mula keras membatu

kutanamkan dalam minda
ku takkan sesakkan jiwa sesiapa
walaupun kau keluarga
kerana siapa mahu bertambah derita
dengan cerita yang menyemak telinga

bila aku semakin dewasa
kau bilang aku kurang ajar
kau kata kelak aku dibalas karma
aku senyum senget saja

kau sedang merasainya
kau saja yang tak sedar
karma kepadamu kerana menyisihkan aku
jadikan hatiku batu
buat lidahku kelu

tapi kau tak mahu tahu
kerana kau rasa karma hanya berlaku
pada yang sedang berlaku
bukan yang sudah berlalu
ah, sudahlah labu
sampai bila pun kau takkan restu
hanya kerana aku bukan kesayanganmu

...

Aku ingatkan nak suruh seseorang nyanyikan
Dalam versi rap ke
Lepas tu intro tu boleh lah dimulakan dengan something like someone have been thinking for too long
Then as the ending, can someone recite doa untuk ibu bapa
Biar meremang sikit hehehehe
At the very end, someone whispers "I love you both, ma, pa" 


Ohemjiii aku excited gilaa
Tapi takde bakat untuk menyanyi huhu

Sekian
Ampun maaf dunia akhirat
gebai

Monday, March 26, 2018

Terlalu Lama




Bismillah...

Terlalu lama rasanya aku tinggalkan dunia blog
Terlalu lama rasanya aku 'sibuk' dengan jadualku sebagai seorang pelajar
Terlalu lama rasanya aku berpanas, berhujan, bermandi peluh, air mata dan darah
Terlalu lama rasanya aku menyimpan 'sabar' selama menjadi pegawai kadet
Terlalu lama rasanya menahan hati dengan semuanya

Ya, aku tahu itu pilihanku sendiri
Tiada siapa yang memaksa
Tapi aku juga berhak memilih bahagiaku sendiri
Andai menjadi pegawai kadet (soon to be Young Officer) itu berbaloi
Akan aku teruskan dengan segala kudrat, daya dan upaya yang ada
Andai bukan kerana dijanjikan kolej dan elaun
Pastinya aku sudah entah di mana
Mungkin juga menjadi panda yang debab dengan jayanya

Sebulan setengah, dan semester ini akan berakhir
Pulang ke kampung halaman dan berpuasa bersama
Lebaran dirai dengan yang tercinta
Mana yang bersuami, tahniah kerana anda meraikan Syawal di tempat orang
Mana yang masih sendiri, tahniah kerana masih boleh bereksperimen membuat kek
Dan juga biskut serta lauk-pauk untuk pagi raya
Tak dilupakan juga, tidur nyenyak tanpa gangguan atau tangisan
**jangan kecam sis, sis tak maksudkan sesiapa 


Semoga kali ini, pilihanku tidak salah
Memilih untuk menyambung belajar
Dan rela menelan kata-kata yang menuduh nista
Yang berkata aku belajar hanya untuk melarikan diri
Memilih untuk mengambil program Linguistik
Dan rela bernanah telinga mendengar kutuk maki
Yang berkata bahawa linguistik ini tiada pasaran

Sesungguhnya aku berhak menentukan hidupku bagaimana
Bukan aku hendak mendabik dada atau menyombong megah
Terang-terangan ini jalan hidupku
Yang akan menjalaninya adalah aku
Lantas mengapa kalian enggan menyokong aku untuk hidup bahagia?
Mengapa kalian mencemuh banding antara aku dan yang lain?
Apakah kalian suka melihat aku tersungkur?
Atau kalian menginginkan aku mengalami depresi?
Atau mungkin kalian punya minat melihatku di dada akhbar?

Berhentilah mengata
Berhentilah mencemuh
Berhentilah membanding
Segala perbuatan itu hanya akan mengundang dosa
Bukannya menambah berkat apalagi pahala
Tidak penatkah menyibuk akan hal orang?
Hidup anda sendiri tidak cukupkah dramanya?
Tidak letihkah berfikir masalah yang tiada kena-mengena dengan kalian?
Cukuplah, cukup!

Sedarlah diri
Rumah kata pergi
Kubur kata mari
Janganlah lalai berwhatsapp hari-hari
Janganlah leka scrolling Facebook tiap ketika
Janganlah menjadi manusia bertuhankan internet
Tanpa wifi atau data, hidup serba tak kena
ALLAHU....

Baiklah
Itu saja yang aku ingin luahkan
Hal yang pada mulanya sangat menyakitkan hati
Dan saat jemari ini bermain di papan kekunci
Ia terus-terusan menari dan mencoret kata hati

Sesungguhnya zaman dah berubah
Suatu ketika dahulu, hatiku akan lega
Seusai menulis rasa hati ke dalam buku
Seiring mata pena melorekkan aksara
Titis demi titis air mata mengalir
Merasa diri sendiri meski ramai
ALLAHU...

Betapa KAU sangat dekat
Betapa aku tidak bersyukur
Punya ENGKAU yang Maha Mendengar
Lagi Maha Melihat
Semoga kita semua sedar
Bahawa kita tidak pernah keseorangan
ALLAH tidak pernah jauh
Cuma manusia sering menjauhkan diri
Bayangkan bait-bait lirik Sufian Suhaimi itu
Merujuk kepada hubungan kita dengan ALLAH
Tidak malukah kita?
Tepuk dada, tanya hati
Semoga masih punya nurani yang suci

Sekian
Ampun maaf untuk segalanya
Wassalam.

Thursday, June 20, 2013

Back to HIM

This is a special entry
So, I hope for those who read this
Renung-renungkan bersama...



Hidup kita sekejap cuma
Bermula daripada setitis air hina
Membesar hingga bongkok tiga
Itu semua atas kuasa-NYA

Tiada daya kita
Walau terhadap diri sendiri
Kita langsung tak berkuasa sedikitpun

Sedarkah kita masa kian pantas berlalu?
Pagi dan petang serupa saja
Bahkan angka yang sama dilalui jarum jam
Apakah kita sudah bersedia?

Maut datang tanpa dipinta
Tanpa notis mahupun pengumuman
Tiba-tiba dalam sekelip mata
Moga sempat mendapat keampunan

Aku menulis bukan bermakna aku sudah cukup baik
Tapi gerak hati yang tiba-tiba
Mungkin sudah sampai masanya
Untuk aku mempersiapkan diri

Umi, ayah dan keluarga
Ampunkanlah salah dan silap hamba ALLAH ini
Redha lah dengan qadha dan qadar-NYA
Kita semua akan menghadap-NYA bila sampai masanya
Lambat atau cepat, itu bezanya

Pesan aku pada diri dan yang sudi membaca
Sentiasa kekalkan iman di dada
Kerana iman boleh naik dan turun
Jaga setiap perbuatan
Kerana ia menentukan dosa dan pahala
Syurga atau Neraka
Bahagia atau terseksa

Everyone has their own dark side 
So do I
For anyone who knows bout my dark side
Just keep it by yourself

Kita sendiri pun tak suka 
Kalau orang berbicara buruk perihal kita
Jadi, jangan berbicara buruk perihal orang

Kita sesama manusia
Tak perlu saling menyakiti
Sebaliknya berusahalah menjadi yang terbaik
Kerana sebaik-baik manusia 
Adalah manusia yang memberi manfaat kepada manusia lain

Sama-samalah kita berusaha merebut Jannah-NYA
Firdaus, Adnin, Raihan, Darussalam dan banyak lagi
Lagi bahagia kalau mendapat Jannatul Ajilah
Syurga yang disegerakan

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Selangkah kita kepada-NYA, beribu langkah DIA menghampiri kita

Ujian datang bukan untuk melemahkan
Tapi dengan dua tujuan
Samada untuk menambah iman kita
Ataupun membuat kita semakin alpa
Berhati-hatilah...

Sekian..
Dari ALLAH kita datang
Kepada ALLAH kita kembali

Wednesday, December 12, 2012

Mimpi Si Fana -pt 2-



Bismillah

Selama hidupnya, apa yang sentiasa bermain di mindanya adalah, "tiada siapa yang kisah akan diriku."
Namun, segala apa yang di lakukan olehnya adalah satu kesalahan.
Buat ini salah, buat itu salah. Segalanya tidak betul.
Mujur ALLAH Maha Baik mengurniakan dia hati yang tidak mudah meletup.
Jika tidak, mahunya dia mati kerana segala masalah yang dia hadapi, hanya di simpan dalam hati.
Hendak mengadu, siapa yang dia hendak percaya?

"Trust nobody"
Itu kata-kata guru Add Mathnya.
Ya, kata-kata itu yang membuatkan dirinya menjadi semakin pesimis.
Apa saja yang terbentang di hadapan matanya, akalnya akan memikirkan perihal negatif berbanding positif.
Ada yang berpesan kepadanya agar menjadi seorang yang positif.
Tapi bagaimana?

Sejak dia mengenal erti hidup, keadaan sekelilingnya banyak menunjukkan ciri-ciri negatif berbanding positif.
Salah dia kah yang sentiasa berfikiran negatif?
Kehendak dia kah di besarkan dengan suasana yang lebih banyak memperkatakan mengenai kekurangan berbanding kelebihan?

Bukan dia hendak menyalahkan sesiapa.
Bukan ibu bapa.
Bukan takdir.
Bukan juga dirinya.
Inilah yang di namakan sebagai qada' dan qadar.
Dia sebagai hamba ALLAH, mana lah dia punya kuasa untuk menidakkan semua itu.

Dalam dirinya, serasanya ion negatif dan cas-cas negatif melebihi ion positif dan cas-cas positif.
Dia tidak pernah berasakan dirinya layak untuk berada bersama orang lain meski dia bukan hidup di zaman jahiliyyah yang memandang hina sesiapa yang tidak punya apa-apa.
Self esteem nya rendah sekali.
Lebih cetek dari air tohor.

Namun dia bukannya sebodoh-bodoh manusia.
Dia bukannya BAGHALUN DUMBO.
Dia punya akal seperti manusia lain.
Tapi dia bukan juga segenius-genius manusia.
Dia cuma lah dia.

Dia ingin sekali punya teman tempat meluahkan segalanya.
Tempat untuk dia bersandar tika kelelahan.
Tempat untuk dia menitiskan air matanya.
Tempat untuk dia ketawa di waktu senang.

Meski dia tahu ALLAH itu adalah sebaik-baik teman.
ALLAH itu adalah RAFIQUL A'ALA.
Namun dia berasakan dirinya terlalu hina untuk mengadu kepada-NYA.
Ya ALLAH... kasihanilah dia.

UPSR, PMR dan SPM.
Dia berusaha untuk mencari.
Terus-terusan dia mencari.
Namun seringkali dia kehampaan.
Ada saja yang mengecewakan hatinya.
Akalnya cepat saja memikirkan bahawa dirinya hanya layak bersendirian.
Dan akhirnya dia lelah.
Biarlah dirnya sendiri kalau sudah itu yang di tetapkan.
Dia terima. Dia redha. Dia akur.

-phir milenge chalte chalte-

Tuesday, December 11, 2012

Mimpi Si Fana




Bismillah....

Dia punya cita-cita seperti orang lain. 
Namun tiada siapa yang tahu atau ingin mengambil tahu.
Dia manusia biasa yang sentiasa berdepan dengan ujian yang membuatkan dia tewas.
Namun tiada siapa tahu bagaimana dia bangkit dan tiada siapa mengambil kisah tentang dirinya.
Adapun yang mengambil tahu, hanyalah untuk mempertikaikan kesalahan yang telah dia lakukan. 
Sedangkan segala kebaikan yang pernah dia buat, rasanya tiada siapa yang kisah.

Dia bukan malaikat.
Dia bukan juga syaitan. 
Dia manusia biasa yang punya kelemahan yang terlampau banyaknya. 
Dia manusia biasa yang punya kelebihan yang dia sendiri tidak pernah tahu.

Kelemahan dirinya membuatkan dia sering berasa tidak layak untuk berada bersama orang lain.
Kelemahan dirinya membuatkan dia berasa dia hanya layak untuk hidup sendirian.
Kelemahan dirinya membuatkan dia memandang rendah akan kebolehan dirinya.
Dia tidak yakin dengan dirinya sendiri.

UPSR, PMR dan SPM.
Semuanya dia lalui dengan selamba.
Sebab utamanya, dia tidak yakin akan dirinya sendiri. 
Dia meragui kebolehan dirinya.
Padanya, apa-apa pun keputusannya, biarlah ALLAH yang tentukan.
Terima saja apa yang telah di anugerahkan oleh-NYA.

Sedangkan jauh di sudut hatinya, dia ingin sekali berdiri di atas pentas sekolahnya.
Ingin sekali dia berdiri bersama-sama pelajar cemerlang yang lain.
Dia ingin sekali wajahnya diabadikan dalam majalah sekolahnya.
Namun semua itu dia tidakkan.
Kerana dia berasakan bahawa dirinya tidak setanding dengan sesiapa pun.
Dia hanyalah dia yang dungu, bodoh, tolol dan yang seiring dengannya.

Bukan dia tidak pernah cuba untuk berusaha.
Namun tiap kali dia ingin berusaha, ada saja kata-kata yang membuatkan semangatnya mati begitu sahaja.
Tiap kali dia ingin memajukan dirinya, ada saja ucapan yang membuatkan hatinya sendu.
Ada saja yang membuatkan hatinya bagaikan di sayat-sayat.

Teruk benarkah dirinya untuk berdiri setanding dengan orang lain?
Bagus sangatkan orang lain sehingga dia tidak mendapat perhatian sebagaimana orang lain?
Halimunankah dia sehinggakan orang tidak pernah ingin mengambil tahu akan dirinya?

-phir milenge chalte chalte-