I'm Wa!

Welcome to my world of thoughts. Most of the time, I'm just talking to myself. Oh ya, I love foods so much and I hope I can share whatever it is that related to foods in here besides my thoughts. Thank you for visiting!

Mimpi Si Fana

Tuesday, December 11, 2012




Bismillah....

Dia punya cita-cita seperti orang lain. 
Namun tiada siapa yang tahu atau ingin mengambil tahu.
Dia manusia biasa yang sentiasa berdepan dengan ujian yang membuatkan dia tewas.
Namun tiada siapa tahu bagaimana dia bangkit dan tiada siapa mengambil kisah tentang dirinya.
Adapun yang mengambil tahu, hanyalah untuk mempertikaikan kesalahan yang telah dia lakukan. 
Sedangkan segala kebaikan yang pernah dia buat, rasanya tiada siapa yang kisah.

Dia bukan malaikat.
Dia bukan juga syaitan. 
Dia manusia biasa yang punya kelemahan yang terlampau banyaknya. 
Dia manusia biasa yang punya kelebihan yang dia sendiri tidak pernah tahu.

Kelemahan dirinya membuatkan dia sering berasa tidak layak untuk berada bersama orang lain.
Kelemahan dirinya membuatkan dia berasa dia hanya layak untuk hidup sendirian.
Kelemahan dirinya membuatkan dia memandang rendah akan kebolehan dirinya.
Dia tidak yakin dengan dirinya sendiri.

UPSR, PMR dan SPM.
Semuanya dia lalui dengan selamba.
Sebab utamanya, dia tidak yakin akan dirinya sendiri. 
Dia meragui kebolehan dirinya.
Padanya, apa-apa pun keputusannya, biarlah ALLAH yang tentukan.
Terima saja apa yang telah di anugerahkan oleh-NYA.

Sedangkan jauh di sudut hatinya, dia ingin sekali berdiri di atas pentas sekolahnya.
Ingin sekali dia berdiri bersama-sama pelajar cemerlang yang lain.
Dia ingin sekali wajahnya diabadikan dalam majalah sekolahnya.
Namun semua itu dia tidakkan.
Kerana dia berasakan bahawa dirinya tidak setanding dengan sesiapa pun.
Dia hanyalah dia yang dungu, bodoh, tolol dan yang seiring dengannya.

Bukan dia tidak pernah cuba untuk berusaha.
Namun tiap kali dia ingin berusaha, ada saja kata-kata yang membuatkan semangatnya mati begitu sahaja.
Tiap kali dia ingin memajukan dirinya, ada saja ucapan yang membuatkan hatinya sendu.
Ada saja yang membuatkan hatinya bagaikan di sayat-sayat.

Teruk benarkah dirinya untuk berdiri setanding dengan orang lain?
Bagus sangatkan orang lain sehingga dia tidak mendapat perhatian sebagaimana orang lain?
Halimunankah dia sehinggakan orang tidak pernah ingin mengambil tahu akan dirinya?

-phir milenge chalte chalte-

Comments