Sunday, April 4, 2021
Layan
Bismillah
Lama jugak aku kehilangan idea untuk update blog ni
Maklumlah tak tahu dah nak kongsikan apa
Same old, same old, and everyday feels like Sunday
Before this, I've shared some French songs that I've listened to
Guess what?
This time around, I'm into Turkish songs
Entah macam manalah kan randomly boleh layan lagu Turki
But then, there's no right or wrong in that
These are my most listened Turkish songs at the moment
Mostly bergenre yang layan perasaan, boleh dikatakan jiwang
At first aku dengar walaupun tak faham, I was like ...
"Awwhh, sedihnya lagu ni."
And when I looked up for the lyrics, it is sad!
Baiklah (ceh, macam bagi speech pulak)
The first song is "Sen Beni Güzel Hatırla" by Hande Mehan
Which means "You Remember Me Well" (direct translate)
Perhaps it can also be translated as "You Are My Beautiful Memories"
This song was released in 2018, ah tak kisahlah
If you wanna listen to it, do click the video below
Bear in mind, the translations might not 100% correct
So faham-faham sendiri je lah
My favorite part for this song of course lah chorus part
Dekat chorus tu lah part paling menusuk (bagi akulah kan)
Kalau dah jiwang tu, bahasa apa pun auto faham HAHAHAHA
The next song is a song that I think quite famous old song over there
Because originally this song was sang by Ayten Alpman (1929-2012)
Beliau terkenal tahun 70-an, so mungkin level Sharifah Aini gitulah kalau dekat Malaysia
Lagu ni asalnya kedengaran macam zaman arwah Sudirman pun ada juga
But this guy, Can Oflaz berjaya buat lagu versi beliau terngiang-ngiang kat telinga aku
Tajuknya adalah "Ben Varim"
Enjoy!
This song punya sadness tak sesedih lagu "Sen Beni Güzel Hatırla"
Tapi part chorus tu laa yang buat aku mencari-cari lagu ni
Nasib jumpa, kalau tidak memang termimpi-mimpilah jawabnya
Next song with "Kusura Bakma" as it's title
Nyanyian TuÄŸkan, tahun 2020
For me lah kan, lagu ni sesuai untuk orang yang masih belum move on
Sedih tapi dia tak dapat buat apa
Here are the lyrics and translations for you guys
"I'm sorry, I couldn't forget you" - itulah chorus dia
Lagu yang simple tapi membuai perasaan aku lah kann
Tak tahulah kalau korang layan ke tak lagu macam ni
Last but not least, lagu yang agak puitis bagi aku
Tapi lagu ni paling latest antara semua lagu
Baru keluar bulan Februari hari tu
"Uzaklara Savrulalım" nyanyian Perdenin Ardındakiler dan Mark Eliyahu
Rasanya yang nyanyi tu Perdenin Ardındakiler
Sebab aku dengar suara perempuan the whole song
Muzik pembukaan dia pun dah sedih
Tengok lirik, lagilah sedih
I don't know about you guys
But I'm into the lyrics and looking for extra feeling to feel the song through that lyrics
Lirik lagu Turki ni tak susah nak baca macam lagu Perancis hari tu
Well, tulisan both countries sama pelik
But at least Turki punya pronunciation tak complicated macam Perancis
Macam mana dieja, macam tu lah sebutan
Cuma berbeza sikit je dengan bahasa Melayu
Kalau bahasa Perancis tu, adehhh
Croissant pun bukan kroi-san tapi kwa-sahn (betul ke eh?)
Ataupun paling senang, sebut je ko-song sukati ku mpun
Hahaha tiber bukak kelas bahasa Perancis apsal ><
Entry ni memang nak berkisah tentang lagu yang aku layang lately
Walaupun hari tu aku try main Receiptify macam member aku dekat Twitter
Kalau korang pendengar Spotify macam aku
Bolehlah try tengok lagu apa yang selalu sangat korang dengar tu dalam bentuk resit
So this is my receipt for all time listening songs
But that's because I'm playing that as lullabies for my nephew
Tak apa, hujung tahun kita tengok apa yang Spotify wrapped kan
Oh ya, kalau rajin jawab lah kuiz Whisperify aku
Tekan sini untuk jawab ya
Dan tekan sini untuk korang buat sendiri kuiz Whisperify korang
Saja suka-suka nak test kenal ke tidak muzik sendiri ehehehe
Okey, itu saja untuk hari ni
Jumpa lagi masa lain
Phir milenge, chalte chalte
Wassalam
Thursday, March 18, 2021
Damai
Bismillah
Alhamdulillah, dapat keluar menikmati keindahan alam
Bayu petang dan deruan ombak yang memukul pantai
Limpahan cahaya semula jadi daripada matahari yang menyinar
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Benda yang aku paling suka selain pantai adalah awan
Untuk yang rindu dengan langit Sarawak
Atau mungkin rindu dengan pemandangan seperti gambar di bawah
Mesti tahu kan, pantai mana yang aku maksudkan
Inilah Pantai Damai, Santubong
Disebalik awan itulah dia Gunung Santubong
Bukan gambar bersumberkan internet tau
Aku sendiri ambik guna telefon biasa-biasa je
Inshaa Allah nanti ada rezeki jatuh dari langit
Nak jugak pakai iPhone 11 Pro Max 512GB
Haa masa tu inshaa Allah kualiti gambar aku lebih baik
Oh ya, masa aku sampai dekat Damai sekitar jam 1650H
Subnahallah, teriknya mentari masa tu
Boleh tengok betapa terseksanya aku nak buka mata dalam video dibawah
Panas tak panas tu, pedih jugaklah muka
Walaupun dah pakai sunscreen SPF50+ PA+++
Maybe I should reapply before I face the sun
Tapi tak apalah, bukan selalu terlebih vitamin D
Sejujurnya, aku lagi suka Pantai Tanjong Lobang
Kalau nak berpiknik, aku suka Luak Esplanade
Pada akulah kan, kedamaian yang aku cari tak ada di Pantai Damai
Oh, aku lupa satu lagi tempat aku suka tengok ombak
Coco Cabana ataupun Marina
Dan selalunya bila aku merenung pantai atau awan
Lagu yang automatik terngiang-ngiang di telinga adalah 'Cinta Arjuna'
Kupeluk indah manisnya cinta
Semuanya terasa indah
Bagai di alam cerita cinta
Hadir bahagia selama-lama
Kalau tak pun, mesti lagu 'One Day'
One day I'm gonna fly away
One day when heaven calls my name
I lay down. I close my eyes at night
I can see morning light
Hari ni memang nak bercerita tentang pantai je kut
Pernah dulu nak pergi Desaru
Tapi sebab panas sangat, tak jadilah ceritanya
Inshaa Allah kalau ada rezeki pergi Johor lagi
Nak ke Desaru dengan anak-anak buah
Entah bilalah tu kan?
Baiklah, aku rasa cukup sampai disini saja
Perihal pantai dan awan yang aku kongsikan
Moga terubat rindu dengan pantai dan matahari
Suatu masa nanti bila aku baca kembali apa yang aku coretkan
Terasa bagaikan di Damai
Guten morgen welt!
Phir milenge chalte-chalte :)
Monday, March 15, 2021
Hanna
Bismillah
Malam tadi lepas habis marathon Ocean's Series (Ocean 8. 11. 12 and 13)
Aku tertarik untuk menonton Hanna seperti dalam gambar
Ini cerita tahun 2011
Ya, aku tahu cerita lama
Sedikit sebanyak aku rasa "ish, kenapalah aku lambat discover cerita ni"
Well, better late than never, right?
Oh ya, kali ni aku malas lah nak bagi personal rating untuk filem yang aku tonton
Sebab aku rasa personal rating aku macam tak relevan
Terutamanya buat penggemar filem, pembikin filem atau sesiapa saja yang terlibat dalam industri perfileman
Jadi kita refer pada yang lebih berkelayakan
IMDb rating 6.8/10
Rotten Tomatoes 71%
Beralih kepada barisan pelakon
Watak Hanna disandang oleh Saoirse Ronan
Saoirse Ronan ni kalau pernah tengok Little Women, ha dialah tu
Manakala watak anatogis dalam ni adalah Marissa Wiegler yang dipegang oleh Cate Blanchett
Cate ni antara pelakon kegemaran aku
Lagi-lagi kalau beliau bawa watak yang cold, heartless, brutal gitu
Beliau dengan Charlize Theron memang idola betul
Disebabkan aku memang peminat filem yang bergenre sebegini
Yakni action, thriller, spy thingy, conspiracy gitu
Kalau pernah tengok What Happened to Monday, Anna, The Red Sparrow mesti dah boleh agak flow cerita ni
Or mungkin pernah tengok German series, Biohackers
*hampir sama tapi tak serupa
Apa yang aku boleh simpulkan
Hanna dengan Mia (Biohackers) memang lebih kurang
Sebab keduanya adalah hasil program yang bertujuan untuk mewujudkan manusia yang sesuai sifatnya terutamanya dalam bidang ketenteraan
Bagi yang kurang gemar dengan aksi pembunuhan yang agak brutal
Do watch Hanna at your own risk
Sebab aku sendiri pun berlindung disebalik bantal bila part bunuh-bunuh ni
Tapi masih jugak nak tengok
Muzik bagi filem Hanna ni bagi aku sangat memainkan peranan
Kesannya lagi gempak, teruja, berdebar-debar dan tak senang duduk dibuatnya
Nasib tengok sorang diri, jadinya orang pun tak sakit hati
hahahahaha
Dekat instagram aku malam tadi (pagi) aku share
Dan aku cakap Hanna dengan Anna mungkin adik-beradik
Sebenarnya tak pun
Hanna orang German, lahir dekat Poland
Anna pulak orang Russia
Jauh tu...
Lepas dah habis tengok cerita ni
Aku baru tahu yang Hanna ni dijadikan series dah
Malangnya dekat Amazon Prime sahaja
Tunggulah nanti aku lepas aku unsub Netflix
AP ada student price pulak tu, untung siapa masih student
Jangan tanya aku apa requirement AP ni
Aku tak tahu
Baiklah, itu sahaja kupasan filem aku kali ni
Aku tak buat sangat movie review sebab aku rasa nanti aku pergi buat rumusan
Nanti golongan yang tak suka spoiler marah
Mungkin ada yang tak kisah, tapi aku lebih suka kalau korang tengok sendiri
And please do not use that 1.25x or 1.5x speed (Netflix ada benda ni) while watching Hanna
Cerita ni mungkin agak lama, almost 2 hours long
But it's all worth it
Ciao!
phir milenge chalte chalte
Monday, March 8, 2021
Sempadan
Bismillah
Di zaman dunia tanpa sempadan
Dimana kebebasan bersuara dijadikan amalan
Dimana semua punya pendapat untuk dinyatakan
Dimana ramai yang ingin berkongsi pengalaman
Ada yang cuba bangkit dari terus ditekan
Ada yang sekadar meluahkan perasaan
Ada yang hanya inginkan perhatian
Tak kurang juga ibarat haiwan mencari makan
Mungkin asalnya hanya sebuah perkongsian
Namun siapa tahu soal hati dan perasaan
Ada yang terguris dan ada yang terkesan
Apa yang dibaca dikongsi bersama rakan taulan
Agar lebih berwaspada dan mengambil pengajaran
Ada yang yang membaca tanpa perasaan
Ada yang terus menyokong tanpa perlu penjelasan
Ada yang terus membuat rumusan
Ada juga yang memilih untuk tidak mengendahkan
Bahkan ada yang hanya diam dan memerhatikan
Ada yang menilai berdasarkan pembacaan
Ada yang gigih membuat kajian
Ada yang menganggap itu hanyalah sebuah rintihan
Ada yang tidak faham mesej yang ingin disampaikan
Ada yang menyampuk walhal tiada kaitan
Seolah-olah mereka turut berkongsi keadaan
Dunia terus membangun tanpa sempadan
Ramai yang leka dalam arus pemodenan
Berkongsi segalanya tanpa malu dan segan
Tanpa sedar mudah saja dosa dilakukan
Baik buruk yang dulunya ditutup Tuhan
Kini kepada dunia dipertontonkan
Perkongsian itu dijadikan topik perbualan
Segala yang terbaharu hangat diperkatakan
Atas nama berkongsi idea dan pandangan
Perbezaan pendapat berakhir dengan pertelingkahan
Sehingga timbul isu saman-menyaman
Tidak tahu pihak mana yang harus disebelahkan
Inikah dunia baharu tanpa sempadan?
Yang manusianya sudah hilang perikemanusiaan
Yang wujud hanya kebencian
Belas kasihan dan ihsan diambil kesempatan
Sungguh, manusia itu dalam kerugian
- eidaadie
081931H MAC 2021
94300
Tuesday, March 2, 2021
Sendiri
Di usia sebegini
Siapa saja mahu sendiri
Masing-masing berlumba-lumba mencari rusuk kiri
Agar ada yang menemani
Mendepani hari-hari yang dilalui
Agar hidup tidak terlalu sunyi
Agar ada yang menghiburkan hati
Namun hakikatnya
Berapa ramai yang hatinya masih sepi
Meski sudah punya anak dan isteri
Telefon pintar juga yang masih diusung ke sana sini
Tanpa sedar banyak hati yang dilukai
Tanya pada diri
Sudahkah membetulkan prioriti
Andai yang paling utama itu bukan ILAHI
Alangkah malang sekali
Semoga kita terus memperbaiki diri
Kerana bahagia itu bukan semestinya dengan harta duniawi
Bukan juga anak dan isteri
Periksa kembali
Apa tujuan asal kita ke dunia ini
- eidaadie
022332H MAC 2021
94300
Subscribe to:
Posts (Atom)
The WA
Kerana dengan menulis itu adakalanya membuatkan dia berada di suatu dimensi yang tak terfikirkan. Dan segala apa yang tercatat disini hanyalah nukilan jiwa, bicara minda juga bisikan rasa yang pelbagai. Terima kasih kerana sudi membaca segala yang tertulis. Ampun maaf sekiranya komen anda kelihatan sepi sendiri.









