I'm Wa!

Welcome to my world of thoughts. Most of the time, I'm just talking to myself. Oh ya, I love foods so much and I hope I can share whatever it is that related to foods in here besides my thoughts. Thank you for visiting!

Hanna

Monday, March 15, 2021



Bismillah

Malam tadi lepas habis marathon Ocean's Series (Ocean 8. 11. 12 and 13)
Aku tertarik untuk menonton Hanna seperti dalam gambar
Ini cerita tahun 2011 
Ya, aku tahu cerita lama
Sedikit sebanyak aku rasa "ish, kenapalah aku lambat discover cerita ni"
Well, better late than never, right?

Oh ya, kali ni aku malas lah nak bagi personal rating untuk filem yang aku tonton
Sebab aku rasa personal rating aku macam tak relevan 
Terutamanya buat penggemar filem, pembikin filem atau sesiapa saja yang terlibat dalam industri perfileman
Jadi kita refer pada yang lebih berkelayakan 
IMDb rating 6.8/10 
Rotten Tomatoes 71%

Beralih kepada barisan pelakon
Watak Hanna disandang oleh Saoirse Ronan
Saoirse Ronan ni kalau pernah tengok Little Women, ha dialah tu
Manakala watak anatogis dalam ni adalah Marissa Wiegler yang dipegang oleh Cate Blanchett
Cate ni antara pelakon kegemaran aku
Lagi-lagi kalau beliau bawa watak yang cold, heartless, brutal gitu
Beliau dengan Charlize Theron memang idola betul 

Disebabkan aku memang peminat filem yang bergenre sebegini
Yakni action, thriller, spy thingy, conspiracy gitu
Kalau pernah tengok What Happened to Monday, Anna, The Red Sparrow mesti dah boleh agak flow cerita ni






Or mungkin pernah tengok German series, Biohackers
*hampir sama tapi tak serupa



Apa yang aku boleh simpulkan
Hanna dengan Mia (Biohackers) memang lebih kurang
Sebab keduanya adalah hasil program yang bertujuan untuk mewujudkan manusia yang sesuai sifatnya terutamanya dalam bidang ketenteraan

Bagi yang kurang gemar dengan aksi pembunuhan yang agak brutal
Do watch Hanna at your own risk
Sebab aku sendiri pun berlindung disebalik bantal bila part bunuh-bunuh ni
Tapi masih jugak nak tengok

Muzik bagi filem Hanna ni bagi aku sangat memainkan peranan
Kesannya lagi gempak, teruja, berdebar-debar dan tak senang duduk dibuatnya
Nasib tengok sorang diri, jadinya orang pun tak sakit hati
hahahahaha

Dekat instagram aku malam tadi (pagi) aku share 
Dan aku cakap Hanna dengan Anna mungkin adik-beradik
Sebenarnya tak pun
Hanna orang German, lahir dekat Poland
Anna pulak orang Russia
Jauh tu... 

Lepas dah habis tengok cerita ni
Aku baru tahu yang Hanna ni dijadikan series dah 
Malangnya dekat Amazon Prime sahaja 
Tunggulah nanti aku lepas aku unsub Netflix 
AP ada student price pulak tu, untung siapa masih student
Jangan tanya aku apa requirement AP ni 
Aku tak tahu

Baiklah, itu sahaja kupasan filem aku kali ni
Aku tak buat sangat movie review sebab aku rasa nanti aku pergi buat rumusan
Nanti golongan yang tak suka spoiler marah
Mungkin ada yang tak kisah, tapi aku lebih suka kalau korang tengok sendiri
And please do not use that 1.25x or 1.5x speed (Netflix ada benda ni) while watching Hanna
Cerita ni mungkin agak lama, almost 2 hours long
But it's all worth it 

Ciao!
phir milenge chalte chalte


Comments

  1. Kalo macam Anna, slow la sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anna ada part bercinta, Hanna cuma nak balas dendam.

      Delete