Thursday, July 5, 2012
Don't Say Goodbye
Bismillah.
Sehari dua lagi, aku bakal meninggalkan bumi Miri. Sayonara Miri.
Aku ke mana?
Hmm.. aku ke Kuching.
Memanglah tak jauh mana.
Tapi, kalau merangkak, bertahun-tahun baru sampai Kuching oow. -perumpamaan je-
Baju aku dah siap packing.
Tapi macam tak muat aje satu bagasi.
Maunya tak muat. Baju kurung je dah tujuh pasang, blaus lagi, kain segala.
Memanglah tak muat kalau nak padat semua benda dalam satu bagasi.
At least, aku perlukan satu lagi beg.
Dan Mrs Ayahumi pesan, satu beg lagi untuk stok makanan.
Waaah... bagus jugak idea beliau.
Aku bawak makanan asasi lah.
Makanan ruji untuk golongan yang susah nak dapat bekalan elektrik.
Yah, of course mi segera a.k.a Maggi.
Itu memang wajibul ghunnah.
Makanan dalam tin tu payah sikit.
Lagi kalau dapat tempat banyak semut.
Hiiisy... free-free aje dapat sesi 'tidur bersama encik semut'.
Sedih la plak nak tinggalkan Miri nih.
Even aku bukannya jenis sosial sangat, tapi aku kenal Cherry Berry tu apa, Masjid At-Taqwa kat mana, USA <Ulu Sungai Adong> aje aku belum tengok.
Mana taknya, macam lah aku ni suka sangat berjalan tak tentu hala.
Baik duduk umah, tengok tv.
Ini Masjid At-Taqwa.
Dekat dengan Imperial Mall, Bintang Plaza dan Pejabat Pos.
Hurmm.. Nak sedih-sedih kenapa pulak?
Macamlah takkan balik ke sini lagi.
Well, who knows.
Ajal maut di tangan TUHAN.
Bukan kerja kita.
So, anyway, adios Miri.
Lain kali aku datang sini lagi, mesti banyak perubahan.
Mestilah ada perubahan dalam setiap pembangunan dan kemajuan.
Baru maju namanya.
Aku nak packing barang yang macam penting-tak-penting ni.
Phir milenge, chalte-chalte.
Sekian, wassalam.
Monday, July 2, 2012
Kahaani (Cerita)
Bismillah pembuka bicara.
Assalamualaikum meneruskan kata.
-cheh, skemanya!-
Hye... lama dah tak buat entri baru. Hari ni baru ada kesempatan.
Hari ni aku nak bercerita pasal 'Kahaani' - filem Hindustan yang aku tengok kat channel ABO untuk bulan Julai.
'Kahaani' di bintangi oleh Vidya Balan dan lain-lain pelakon Bengali yang kita tak berapa nak kenal sangat.
Aku kenal Vidya Balan ni pun sebab dia pernah berlakon dengan abang aku, Shahid Kapoor dalam filem 'Kismat Konnection' -ejaan untuk filem tu memang cenggitu-.
Bestnya citer 'Kahaani' ni sebab Vidya Balan tu tak perlukan mana-mana hero untuk support dia sebagai lead role.
Adapun si Rana yang adik aku cakap comel tu, cumalah pelengkap cerita.
Pada aku, Rana ni memang dah jatuh cinta pandang pertama sejak dia tengok si Vidya turun dari teksi kat depan Balai Polis Kalighat.
Vidya pulak, dia sedar yang dia ni 'ibu mengandung' yang sedang mencari suaminya yang hilang iaitu Arnab Bagchi. -adik aku ketawa bila Vidya sebut nama suami dia 'Arnab'-
-Arnab-
Overall, filem ni memang best. Daripada 10, aku bagi 8.9. Kira 9 lah tu...
Pelakon-pelakon Bengali ni boleh tahan gak hensem.
Macam si Rana, adik aku cakap comel.
Milan / Arnab, aku sendiri cakap dia quite hensem.
Sekali tengok, macam Adi Putra versi Bengali pun iya gak.
-sebab dia pun model macam Adi Putra-
Additional info bout him, he's married.
Kalau En. Khan pulak, macam cikgu Bio aku time form four dulu.
Ala-ala Arjun Rampal pun ha'ah jugak mamat ni.
Tapi dalam filem ni, banyak betul dia merokok.
Oookey. Aku chow dulu. I've got work to do.
Packing.
Where? Entah. Tengok lah nanti.
Anyway, thanks coz sudi membaca laman aku ni.
Sekian, sorry for everything.
Wassalam.
Thursday, June 14, 2012
Undefined
Bismillah.
Salam.
Setelah sekian lama aku bertapa, hari ni DIA memberi kesempatan kepada aku untuk meng'update' lamanku ini. *skema siaa.
Hmm... starting yesterday, I'm officially not a Form 6 student anymore.
Why? Sebab surat berhenti aku tulis tarikh berhenti aku 12.6.12.
Chewah! Cantik sungguh tarikh tu.
Anyway, aku tak tau nak define cenggana perasaan aku bila tengok surat berhenti tu tulis cenggitu.
Memandangkan aku bukan lagi bergelar pelajar sekolah yang perlu ke sekolah seperti adik-adikku yang lain, aku pun melakukan aktiviti kesukaanku, berenang atas katil.
Tapi aku tak mampu lah lama-lama.
Buka mata je, Mrs Ayahumi terus cakap, "Kalau tak sekolah lagi, bagus kamu pergi kerja. At least adalah juga duit poket sendiri nanti."
Itu memang cadangan aku pun.
Hari ni, aku nak turun kerja lah ni.
Tapi, kejap lagi lah.
Biasa lah. Office hours aku masuk.
Macam tak biasa pulak.
Mungkin ada yang kepalanya masih berlegar-legar tanda soal, kan?
Tentang ke mana hala tuju aku selepas ini.
Hmm... aku ke Politeknik Kuching.
Dalam jurusan Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) atau dalam bahasa Inggeris di sebut sebagai Information Technology (Programming).
Anyway, Mrs Ayahumi cakap, kalau aku di terima kat SPA nanti, blah lah terus. -hehehe-
Form 6 hari tu memang best.
Tapi memandangkan aku tersalah masuk budak sains, so terasa asing sikit.
Aku bukannya jenis orang yang terperuk kat ceruk kelas.
Kalau boleh, semua seat depan dalam kelas, aku yang conquer. -hahaha-
Part yang paling best time aku Form 6, 98% pelajar dalam kelas aku adalah berbangsa Cina.
Yang terbaek nya, aku SEORANG je pelajar perempuan yang berbangsa MELAYU, yang beragama ISLAM dalam kelas tu. -peace!-
Tapi, aku rasa, aku tak cukup kuat untuk keep pretending that 'I'm okay' dalam kelas tu.
Dengan environment nya hampir semua yang bercakap, cakap dalam bahasa Mandarin.
Perghh! Angol Senget medulla oblongata aku di buatnya.
Other than Mandarin, they do speak English and a lirrle bit Malay.
Itu pun, pelat-pelat. -hadoi-
Okeh, gotta go.
Where? I'm working, remember?
So, till meet again.
No goodbyes ya.
Like 'Rab Ne Bana Di Jodi' yang aku tengok malam tadi. -hehe-
Then, sorry for any -crap-.
Please do not take it personally. -peace!-
Tuesday, April 3, 2012
Tomorrow...
Bismillah
Life is a race - itu kata Professor Viru "Virus" Sahastrabudhhe dalam 3 Idiots.
Tapi kenapa ramai manusia hidup dalam keadaan yang sangat perlahan ibarat setiap langkah adalah kenangan dan perlu di hayati dengan penuh kenikmatan?
Adakalanya lirik Linkin Park - Numb tu betul jugak bila otak aku duk fikirkan sesuatu sampaikan tak kisah dah apa yang dah berlaku di sekeliling aku.
I've become so numb I can't feel you there
Become so tired, so much more aware
I'm becoming this all I want to do
Is be more like me and be less like you
Yalah, dah namanya ciptaan yang paling sempurna sebab adanya akal, dengan akal itulah macam-macam yang difikirkan. Antaranya :
Esok aje la aku buat menatang ni.
Yang ni deadline dah dekat. Kena siapkan cepat.
Laparnya aku. Bila dapat keluar makan ni?
Ngantuknya... kenapa orang masih tak reti nak tidur.
Dan segalanya menjadi esok dan esok dan esok.
Sedangkan bak kata Cikgu Hamidon, esok tu takkan pernah ada.
Yup, aku setuju dengan statement beliau memandangkan orang suka berjanji dengan perkataan 'esok' tanpa maklumat tambahan yang lebih spesifik.
Layan jap lagu nih even dah agak lama dalam yourube.
Apa salahnya kita berpaling sekejap ke belakang supaya kita dapat merasai indahnya sebuah kehidupan yang telah kita tempuhi.
Baby there's no, no, no, no more tomorrow
Till you come back, everyday is yesterday
Everyday is yesterday - aku setuju lah jugak dengan statement tu tapi kalau nak tunggu orang tu balik baru everyday is today, hampeh arr.
Tapi, kenapa mesti 'everyday is yesterday' sedangkan kita masih boleh mulakan hari yang baru tanpa perlu mengulang salah dan silap kita pada hari yang sebelumnya ?
Malas la... aku dah ngantuk giler nih.
Btw, sesapa yang ada layan citer Hindustan cam aku, layan sikit citer 'Players'.
Boleh tahan lah jugak citer nih. Tak mau layan, sudah.
Okeh, itu saja..
Blah dulu.
Cam biasa, sorry for any 'crap'.
Please don't take it personally.
Blah dulu.
Cam biasa, sorry for any 'crap'.
Please don't take it personally.
Thursday, March 29, 2012
Going Insane
WARNING!
to all readers, even though I don't know who you are, just simply read and if you don't mind, give me a comment.
any 'crap' language are regrettable coz I'm not in good mood.
~harap maklum~
Aku nga sakit kapla dowh!
Dah la dengan kebluran tak tau nak g mana, tambah g dengan kesengalan bahu belah kanan nih. Berganda-ganda rasa nak sepak orang. Heck!
Anyway, aku memang tengah tersangat-sangat tension yang teramat dahsyat.
Jangan spray even minyak wangi pun kat aku.
Silap hari bulan tahun, aku pelangkung jugak sapa yang buat pencemaran bunyi sekitar aku nih.
Aku tengah SAKIT HATI! SANGAT-SANGAT!
Sebab?
Sebab aku tak di beri pilihan untuk menentukan apa yang aku nak.
Beb, dari aku dalam uterus lagi parents aku buat keputusan untuk aku.
Eh, come on laa... Aku dah 18 la sekarang.
Takkan aku ni samdol sangat nak buat pilihan untuk future aku sendiri.
Anak orang dapat lebih kurang cenggana aku dapat, reaksinya begini :
"Alah, budak tu sekolah kat ----tttuuuttttt----. Ada tuisyen. Tak heran la..."
Bagi aku, sepatutnya dia bagi reaksi yang cenggini :
"Bagus lah tu. Orang sekolah ----tttttuuuttt---- pun dapat lebih kurang macam kamu. Banggalah sikit..."
Hmm.. Nak nyesal dengan result yang 'camtaik' tu pun, terang-terangan la tak berguna.
Heh, at least dengan result yang 'camtaik' tu, aku dah sangat SANGAT sakit kepala tau.
Belum lagi dapat result yang sangat cantik!
~nampak tak manusia ni tak reti nak bersyukur?~
Dan aku baru aje abis ngisi part separa perubatan kat area SPA nu haa...
Dah orang suruh kita wat cenggitu, wat je laa...
Kat IPG plak, aku tak dapat nak bukak pasal ramai sangat lepasan SPM yang nak daftar jadi chegu.
Dan aku tergolong dalam golongan e2 even aku tak mahu. ~TAK MAHU!!!!!~
Layan kejap lagu nih, biar bersepai cerebrum aku.
Aku layan aje laa mamat 'epilepsi' tujuh orang yang under Cube Entertainment ni.
Group ni namanya BTOB or short form daripada Born To Beat.
~bakpo xplen pepanjang pasal depa? search laa sendiri...~
Aku chow dulu. Wan an... Nite. Selamat malam...
Wassalam...
~ampun maaf atas segalanya~
Subscribe to:
Posts (Atom)
The WA
Kerana dengan menulis itu adakalanya membuatkan dia berada di suatu dimensi yang tak terfikirkan. Dan segala apa yang tercatat disini hanyalah nukilan jiwa, bicara minda juga bisikan rasa yang pelbagai. Terima kasih kerana sudi membaca segala yang tertulis. Ampun maaf sekiranya komen anda kelihatan sepi sendiri.


.jpg)


