Friday, October 8, 2021
Kembali
Bismillah
Assalamualaikum
Maaf, terlalu lama rasanya aku menghilang
Dan kini aku kembali
Alhamdulillah
Berpeluang menjadi sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV)
Selama tiga bulan empat hari
Dan sekarang, kembali menanam anggur
Walaupun anggur bukanlah buah-buahan tempatan
Tapi anggur banyak ditanam oleh rakyat Malaysia
Malah anggur merupakan buah yang paling banyak ditanam di seluruh dunia
**hahaha sorry, tak lawak pun kan :(
Okay, to be honest, I want to write something for myself
To self reflect, for future me
In case I really need something to make me come back to Earth
Here we go ...
Hidup itu kadang terlihat mudah kerana kau diperlihatkan perkara yang indah semata
Sedang perkara yang sukar dan menyakitkan itu disembunyikan
Disebalik senyum tawa dan bahagia yang dipamerkan
Yang kau sendiri sukar untuk membezakan
Sama ada ianya dari hati atau sekadar topeng yang membutakan
Untuk menutup nyatanya hidup ini tidak ubah seperti kapal di lautan
Terumbang-ambing tanpa ada jalan yang terbentang
Justeru, seiring dengan peredaran zaman
Berhenti mengundang resah di hati sendiri
Terimalah hakikat bahawa dunia ini bukan hanya ada kita
Belajar lihat dunia pada sudut yang berbeza
Bukan sekadar melalui kanta yang terlekap kemas dimatamu sejak lahir lagi
Ada masanya dunia itu mengujakan jika kau lihat melalui kaleidoskop
Ada masanya dunia itu terlalu payah untuk dicerna
Kerana kau melihatnya melalui teleskop
**are we going to keep talking about those instruments?
Suka untukku ingatkan
Dunia ini hanyalah persinggahan sebelum alam yang kekal abadi
Maka, dalam apa pun urusanmu di sini
Sentiasalah membayangkan bahawa di mana pun kau berada
Akan ada yang memerhati, mengambil tahu dan menjaga
Meski saat kau sendirian, tanpa sebarang teknologi
Percayalah bahawa DIA sentiasa ada
Makhluk-NYA ada bersamamu tanpa mengira waktu
Saat kau rasakan tiada siapa yang peduli
Saat kau rasa betapa rapuhnya dirimu
Saat kau rasakan permintaanmu belum adapun yang tertunai
Saat kau rasa dunia ini terlalu kejam untukmu
Percayalah, yakinlah, DIA sentiasa ada
Setiap titis air mata yang mencabuli wajahmu
Setiap detak jantungmu yang memalu dadamu
Setiap nafas yang kau hela tanpa ingin dihembus
Setiap bait kata yang kau telan setiap satunya
DIA sentiasa melihat dan mendengar
Malah DIA tahu segenap perkara yang berlaku
Maaf, tiada niatku untuk mengajar dirimu tentang ilmu ketuhanan
Apalagi ilmu agama yang pengetahuanku sendiri cetek tentangnya
Cuma dalam diriku ini
Sentiasa ada suara yang mengingatkan
Bahawasanya setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya
Jujurnya perkara sebegini lebih mudah diingatkan pada yang lain
Sampai saatnya diri ini berdepan dengan hakikat hidup
Terjelepok dibuatnya malah meraung tanpa suara
Aku bukan manusia bertuah yang jalan hidupnya lurus tanpa sebarang halangan
Cuma selekoh kehidupan kita berbeza
Tetaplah bangkit meneruskan perjalanan
Berehatlah sebentar jika kau rasa lelah
Tiada siapa yang akan meneruskan perjalanan itu
Melainkan dirimu sendiri
Kerana manusia lain pun terlalu sibuk mencari arah perjalanan mereka
Jalan yang lurus tanpa sebarang halangan itu adakalanya perangkap
Pun begitu, jalan yang berhalangan itu belum tentu selamat
Usahakanlah apa saja untuk menyelamatkan dirimu
Jangan dilupakan keluargamu, bawalah mereka bersama
Namun jika ada yang memilih untuk menempuh jalan yang berbeza
Biarkan mereka dengan pilihan mereka
Titipkan doa agar selamat perjalanan mereka
Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi
Baiklah, sekian saja coretan aku
Ampun maaf zahir batin
Phir milenge chalte chalte
Tuesday, August 3, 2021
Dua Tahun Yang Lalu
Bismillah
Hari ni aku nak throwback kenangan dua tahun yang lepas
Sebuah majlis yang memang aku nantikan selepas diterima sebagai pegawai kadet
Of course Istiadat Pentauliahan Pegawai Kadet PALAPES UA
But first, let's enjoy the video, okay?
Dalam video tu, kalau nampak baju hijau, itu adalah PALAPES Darat atau Askar Wataniah
Kalau baju biru, itu PALAPES Udara atau Airforce
Baju putih adalah PALAPES Laut, yakni Navy
Mostly memang akan nampak Airforce je sebab video ni Airforce yang buat
Tapi tak apa, kalau nak tengok yang lain, boleh cari dekat Youtube
Taip je "pentauliahan diraja kadet PALAPES ke-38"
Nak tengok keseluruhan majlis pun boleh
Dekat padang kawad hampir 3 jam
Dalam dewan watikah pun hampir 3 jam
Majlis mula sekitar 8 pagi, tapi kami ready nak masuk padang dari jam 7.30 pagi
Majlis habis dekat jam 2 petang
Pergh, memang tak rasa masa berjalan
Sebelum kami masuk dewan watikah
Sempat kami abadikan gambar bersama Timbalan Naib Canselor UNIMAS
Universiti lain masa ni dah duduk dalam dewan
Kami mengambil kesempatan untuk bergambar masa ni sebab risau nanti lepas keluar dewan
Masing-masing macam anak ayam
Nak cari keluarga dulu ke nak bergambar dengan skuad dulu
Tapi sejujurnya, lepas keluar dewan watikah
Tempat ni memang penuh sesak dengan lautan manusia
Mashaa Allah, bayangkan macam mana dekat Padang Mahsyar nanti
*insaf jap
Tahun ni, tahun kedua bergelar Pegawai Muda
Agak terkilan sebab batch selepas kami tak merasa pengalaman ditauliahkan
Malah ada juga yang belum selesai latihan-latihan yang sepatutnya dijalankan
Sedih sebab siapa sangka perkara sebegini akan berlaku
Dan aku tak nafikan bahawa 2019 adalah antara tahun yang paling banyak kenangan sepanjang hidup aku
Suka, duka, blood, sweat, tears, everything packed in one year
Gambar atas sekali masa tu majlis makan malam sempena penutupan Latihan Berterusan
Masa tu dah senior dah, memang have fun gila sebab tahun terakhir bergelar pegawai kadet
Gambar tengah pun masa senior
Family Day masa Latihan Berterusan
Ya Allah, kalau tengok video-video masa sukaneka masa Family Day ni
Aduuhh, boleh hilang rahang sebab gelak je
Gambar bawah sekali lepas tauliah, sebelum konvo
Kumpul ramai-ramai nak sambut birthday skuad
Masa ni kami tak full strength (tak cukup korum) pun panjang gilaaa meja kami
Baru dalam 27 orang rasanya
Cuba bayangkan kalau 39 orang
Mesti orang suruh book the whole restaurant hshshshs
Malangnya, inilah yang terakhir kami keluar makan sama-sama macam ni
*sobs*
Yang ni pulak gambar feeling PALAPES sangat
Atas sekali masa Latihan Tempatan terakhir sebelum Annual Camp senior
Belajar buat pondok, buat stretcher dari baju no4, buat itu inilah senang citer
Untuk survival masa Annual Camp 2019
Gambar tengah, seperti yang aku pernah post sebelum ni
Gambar masa tauliah, tapi masa ni tak official lagi jadi Pegawai Muda
Masih latihan lagi, mungkin hari-hari terakhir bergelar pegawai kadet
Masa ni je sempat ambik gambar ramai-ramai pakai no1 dress
Lepas majlis penyampaian watikah, semua sibuk dengan keluarga
So, memang tak sempat langsung
Gambar bawah sekali, recycle macam gambar tengah kat gambar sebelum ni
Baju ni memang semangat dia lain macam
Ahh, entahlah, mungkin aku saja berperasaan sedemikian
Baju apa pun takde hal, janji semua orang pakai
Mata pun tak sakit tengok warna-warni sangat
Tapi kadang ada jugak kisah sedih bila baju kena rembat
Kesian jugaklah bila baju disidai kat ampaian, ghaib begitu saja
Baiklah, cukup setakat ini rasanya aku mengenang kembali kejadian dua tahun yang lalu
Yang berlaku pada hari ini
Sesungguhnya aku rindu setiap saat dan setiap orang yang bersama dengan mereka, pelbagai kenangan tercipta
Lain hari, aku cerita lagi
phir milenge chalte chalte
wassalam
Thursday, July 15, 2021
Realiti
Bismillah
Alhamdulillah, semalam hujan lebat sangat
Dengan angin yang boleh tahan kuatnya
Oh ya, gambar di atas merupakan pemandangan harian aku
Kalau turun bertugas di PPV Eastwood lah
Minggu depan pula tengoklah macam mana pemandangan aku
Hari ni, sebenarnya minggu ni aku rasa macam seisi dunia dah terlalu tenat
Dan Malaysia tidak kurangnya
Satu demi satu perkara berlaku dan sebagai rakyat Malaysia yang sangat menjunjung Rukun Negara
Kita dapat buat apa?
Makanya aku teringat sebuah nasyid yang tentang dunia akhir zaman
Kumpulan nasyid ini mungkin masih ada, mungkin dah bubar
Aku pun tak pasti
Tapi yang pasti
Nasyid ini sangat tepat menggambarkan suasana di Malaysia sekarang
*dunia pun iya juga, tapi aku tak tahu bagaimana suasana politik di negara lain
Aku sertakan lirik untuk kalian menghayati tiap bait yang dilagukan
Terima kasih aku ucapkan kepada yang mengambil inisiatif untuk mengongsikan nasyid ini di Youtube
Sesungguhnya jasa kalian ALLAH saja yang mampu balas
Aduh, sedihnya akhir zaman
Masyarakat aman harmoni tidak wujud lagi
Manusia hidup nafsi-nafsi mementingkan diri
Akibatnya manusia terseksa sendiri
Dunia hiruk pikuk dengan krisis
Dicetuskan oleh mereka yang mementingkan diri
Kapitalis menindas rakyat melalui ekonomi
Menzalimi rakyat sesuka hati
Kemungkaran dan penzaliman di seluruh dunia
Maksiat dan budaya lucah di mana-mana
Alim ulama' tidak dapat diharap lagi
Penguasa dan si kaya merosak bumi
Perang di sana-sini
Berlaku disetiap hari
Hartanya musnah, manusia mati
Yang cacat menderita, yang terbiar tidak dipeduli
Si miskin dan si papa tiada pembela
Si kaya hidup lalai dan berfoya-foya
Menghabiskan harta dan hanya membuang masa
Pemuda pemudinya malas dan tidak bekerja
Dunia hiruk pikuk dengan krisis
Dicetuskan oleh mereka yang mementingkan diri
Kapitalis menindas rakyat melalui ekonomi
Menzalimi rakyat sesuka hati
Kesalahan pembesar dibiarkan
Kesalahan rakyat dibesar-besarkan
Dunia tiada keadilan lagi
Bilakah penyelamat datang untuk menyelesaikannya
Tiada apa yang aku ingin kongsikan lagi
Cuma aku selalu ingatkan diri sendiri
Dunia nyata mahu pun maya, semuanya sangat kejam
Memang kebaikan itu masih ada
Tapi tidak sebanyak kejahatan yang semakin berleluasa
Sama-samalah kita doakan agar penyelamat segera tiba
Mungkin kita sendiri boleh jadi penyelamat kepada diri kita sendiri
Dengan menyebarkan kebaikan kepada orang sekeliling
Siapa tahu, ini zaman orang baik itu dipanggil terlebih dahulu
Dan orang yang tinggal ini diberi lebih masa untuk menjadi lebih baik
Agar dapat menjadikan dunia ini lebih baik dan aman
phir milenge chalte chalte
Wassalam
Wednesday, June 23, 2021
The Outpost
The Outpost (2020)
Bismillah
Alhamdulillah for another day
Akhirnya movie yang aku simpan sejak tahun lepas baru dapat ditonton
Selain penggemar filem yang bergenre perang dan aksi
Scott Eastwood dan Orlando Bloom adalah penyebab aku nak tonton movie ni
Seperti yang tertera pada gambar
This movie is based on true events
Dulu aku pernah tonton satu movie Turki yang lebih kurang sama macam ni
Tajuknya Nefes dan diterbitkan pada tahun 2009
Also based on true events
Nefes (2009)
Tapi hari ni aku nak bercerita tentang The Outpost
Walaupun movie ni agak lama, lebih kurang 2 jam
Tolong jangan fast forward ok?
*kalau korang sejenis yang tak tahan nak tahu ending, nak cepat habis lah kann
The Outpost berkisar tentang tentera Amerika di Afghanistan sekitar tahun 2006 hingga 2009
Kem PRT Kamdesh (nama lainnya Combat Outpost Keating) terletak di sebuah lembah di Pergunungan Hindu Kush
Kalau pernah tengok Hacksaw Ridge, haa situasi kem mereka lebih kurang
Memang kalau orang serang daripada gunung tu, fuhh easy target lah senang cakap
Kem ini didirikan untuk membanteras kumpulan Taliban
*aku tak faham kenapa US perlu act like they are peace keeper when they invade someone's country
**I felt sorry for the armies who have fought their life for the unknown war
Watak utama dalam cerita ini adalah Staff Sergeant Clint Romesha atau Ro yang dibawa oleh Scott Eastwood
Diikuti oleh Specialist Ty Carter atau Carter yang dibawa oleh Caleb Landry Jones
Selebihnya adalah watak sampingan
Sad but true, termasuklah Orlando Bloom sebagai Captain Keating
Hanya ada seorang saja watak perempuan dalam ni
Itu pun babak terakhir baru muncul
Tapi tak penting pun
Dan aku sangat suka army movie yang tak ada isu cinta
100% berkisarkan kehidupan yang mereka alami
Lepas seorang demi seorang CO (commanding officer) dekat PRT Kamdesh ni bertukar
Aku paling annoyed lah dengan Captain Broward
Ergh, dia boleh kencing dalam botol lepas tu suruh Carter buang
Tengklah tu (Itu Carter yang marah ok)
Pada aku Cpt Broward ni terlalu ikut protokol
Sampai Staff Sgt Ro pun tak tahan
Nasib ada Lt Andrew Bundermann boleh back up
Kalau tidak, kesianlah dorang
Nasib pegawai sebelumnya ok, baik je
Kalau macam Cpt Broward ni, he'll make your life a living hell
Sama macam Major Payne lah
*boleh tengok untuk gelak-gelak
Major Payne (1995)
Berbalik kepada The Outpost
Bagi aku, cerita ni best sebab ada sedihnya, ada kelakarnya, ada nilainya tersendiri
Lagi-lagi bila mereka call family, ada yang mati tapi perjuangan perlu diteruskan
Ada sorang tu sampai nak bunuh diri sebab trauma
Terpaksa dihantar balik sebab orang macam tu dah tak fit dah kiranya
Siapa tak trauma beb
Orang depan kau kena bom dan serpihan otak dia masuk mulut kau
Pergh! Terbayang-bayang bhai
Ada banyak juga part yang kelakar
Tapi malaslah nak spoil
Korang tengok sendiri ok?
Mula-mula memang akan keliru sikit sebab tak kenal sangat siapa, yang mana
Biasalah tu
Lama-lama tu nanti dapatlah bezakan
Selamat menonton!
p.s: aku tak pastilah Netflix ada ke tidak movie ni
tapi kalau takde, boleh tengok Sand Castle
ada Nicholas Hoult, Henry Cavill
Enjoy!
Tuesday, June 8, 2021
Jun
Bismillah
Separuh daripada tahun 2021 sudah berlalu
Tapi kita sepertinya masih stuck di tahun 2020
Tak tahulah kalian tapi kalau tahun lepas tu pada aku adalah 2019
Sebab 2020 berlalu macam angin je
Tak nampak apa-apa
Macam ada, tapi macam bukan
Terima kasih kepada sesiapa yang rajin menyinggah ke sini
Rajin pula meninggalkan komen
Maaf kalau aku tak reply atau lambat reply
Kadang nak reply lepas tu crash
Dah refresh, ulang taip balik reply komen kalian
Bila tekan 'publish', crash lagi
Hmmm.. maaf ya.
Lagi dua hari, berlalulah Syawal 1442H
Minggu lepas Mrs Ayahumi beriya buat kelupis
Kebiasaannya ketupat dan lemang adalah hidangan yang sinonim dengan hari raya
Tapi kalau di Borneo, kelupis adalah salah satu kewajipan
pinjam gambar Google
Apa beza kelupis dengan ketupat dan lemang?
Setahu aku, kelupis ni sama macam lemang, keduanya menggunakan pulut dan santan
Yang membezakan mereka adalah daun yang digunakan
Ada yang panggil daun palas atau daun nyirik
Aku pun tak sure sebab hari tu tolong bungkus je
Daunnya besar, puas hati masa makan tak payah pakai pinggan
Kalau berminat nak mencuba membuat kelupis
Bolehlah klik blog Tyaa Mohd untuk panduan resipi yang lengkap dengan gambar
Siapa yang ada migrain atau darah tinggi haruslah berpada-pada memakan kelupis
Sedap dimakan tapi tanggunglah sakitnya nanti
Ada juga terfikir untuk buat bisnes kek lapis
Hmmmm... kalau aku buat pun aku kena beli oven baru dulu
Oven yang sedia ada ni susah sikit nak kawal apinya
Maklumlah aku pun muat dalam tu
Baiklah, sekian sahaja coretan aku kali ini
Maaf ya kalau tak balas komen kalian
Atau pasif dalam bidang blogging ni
Aku memang blogging untuk suka-suka
Semangat belum sampai untuk buat betul-betul
Aku tabiklah dengan kalian yang mampu menjana pendapatan dengan blogging
Moga terus dimurahkan rezeki kita semua ya!
Aamiin!
Sekian, ampun maaf zahir batin
Phir milenge chalte chalte
Wassalam
Subscribe to:
Posts (Atom)
The WA
Kerana dengan menulis itu adakalanya membuatkan dia berada di suatu dimensi yang tak terfikirkan. Dan segala apa yang tercatat disini hanyalah nukilan jiwa, bicara minda juga bisikan rasa yang pelbagai. Terima kasih kerana sudi membaca segala yang tertulis. Ampun maaf sekiranya komen anda kelihatan sepi sendiri.











