I'm Wa!

Welcome to my world of thoughts. Most of the time, I'm just talking to myself. Oh ya, I love foods so much and I hope I can share whatever it is that related to foods in here besides my thoughts. Thank you for visiting!

2021

Monday, January 4, 2021



bismilllah
so it's 2021 now
inilah yang dikatakan "pejam celik pejam celik" rupanya
sedar tak sedar semua dah meningkat usia
semua sedang mengejar apa yang diimpikan
ada yang dah dapat dah pun
ada juga yang masih terkial-kial
tak dinafikan ada juga yang masih tertanya-tanya
masih teraba-raba tentang jalan hidup sendiri
akulah tu

pernah cakap dekat diri sendiri
"don't just merely exist, live the life to the fullest"
hmmm... nak buat macam mana kan dengan keadaan sekarang
2020 was very short
it goes like shhhhuuussshh
January, February, March, then lockdown, accident, December
and now it's 2021 already
like what the hell was happening yesterday??

siapa je lah boleh bayangkan 2020 akan jadi sebegitu singkat
gila tak gila kann
ramai yang jadi korban 
dan hari ni baru hari keempat dalam tahun 2021
macam-macam dah jadi
mungkin petanda dunia akan berakhir
siapa tahu?

dan secara randomnya mengingatkan aku 
pada bait lirik yang pernah menjadi siulan aku suatu ketika dahulu
"di padang mahsyar dibiar beratus tahun
didalam keadaan tidak berpakaian
matahari diatas ubun amat panas
tiada siapa yang menolong
masing-masing jaga diri sendiri
akhir sekali meniti siratul mustaqim
kemudian berguguranlah ke dalam api
di dalam neraka nanti kekal abadi
tidak diukur oleh masa lagi"

membuatkan aku terfikir
dunia ni memang sekejap sangat 
kita rasa lama sebab kita kena usahakan 
usahakan bekalan untuk ke sana
ibarat memasak bekal untuk bawa ke sekolah/tempat kerja
lama betul nak sediakan bahan untuk memasak
kena masak lagi, payah benar
tapi bila dah makan, kita lupa susah payah masa memasak tadi
dan selepas kehidupan di dunia ni
semuanya unlimited
macam seronok, bukan?
nikmat unlimited, seksa pun sama unlimited
jadinya harga untuk nikmat unlimited ni susah nak digambarkan
kita sendiri tak tahu berapa kena bayar

aku tak adalah nak berlakon baik
tapi ALHAMDULILLAH, ALLAH Maha Baik
DIA tutup semua tu daripada alam nyata ni
jadi aku kenalah simpan aib diri sendiri sebab semua tu antara aku dengan DIA
tak guna jugak aku nak jadi cool sebab banyak dosa
memalukan diri sendiri
at least bila aku merenung nasib diri
masih ada rupanya side baik yang aku boleh polish

kalau dulu nak sangat mati cepat
supaya tak bebankan sesiapa
aku selalu lupa bahawasanya orang baik selalu mati awal
mungkin aku tak cukup baik
atau mungkin amalan aku belum cukup
atau mungkin dosa aku banyak yang belum terampun
sebab tu panjang umur

tapi nak jadi baik tu ALLAH je tahu betapa penatnya
maafkan orang walaupun itu bukan salah kita
fikirkan yang baik-baik tentang semua orang walau apa pun yang dia dah buat pada kita
bantu orang tanpa mengharapkan balasan
jaga hati orang walaupun kita sentiasa terluka
gembirkan orang sedangkan kita sendiri berduka
redha dengan apa yang berlaku walaupun rasa dunia ni tak adil
bersyukur apa adanya tanpa melihat orang yang lebih bernasib baik
diamkan apa jua kesalahan orang pada kita
doakan kebaikan untuk semua 
and the list goes on

nak jadi baik, sebaik-baik manusia tu sangat berliku perjalanannya
ada je yang tak suka
ada je yang terus melukai
pendek kata, air mata je peneman setia
**sebab aku taip semua benda tu pun dah rasa nak nangis
seriously, nak jadi baik tu perlu sabar, sabar dan sabar
lepas sabar, diam, diam dan diam
terus tersenyum, senyum dan senyum 
tak kisahlah how bad your day was
rasa nak menangis ke apa, semuanya hamburkan dalam sujud
jangan lupa, istiqamah buat semua benda tu
niatkan kerana ALLAH, untuk ALLAH, demi ALLAH
dan mungkin lepas semua tu
barulah kau boleh mati dengan aman
aamiin, inshaa ALLAH

I don't know much about being a good person
sebab aku tak rasa aku baik
aku masih juga manusia biasa
tapi tu laa kan
sisi jahat aku yang seringkali aku pertontonkan membuatkan orang ingat aku ni jahat
jahat yang orang tak berani nak minta tolong
orang tak berani nak say "no"
orang bercakap belakang aku kalau dia tak puas hati dengan aku
orang lebih suka kalau I'm not around
that kind of jahat

dan aku selalu berharap
aku dapat ke suatu tempat dimana tak ada siapa kenal
aku boleh bukak buku baru
live as another person
tak kisahlah tukar nama ke apa
but as a good person in everyone's lives 
sebab somehow bila aku cuba jadi baik 
dengan orang-orang yang dah kenal aku
kebanyakannya ingat aku berubah sebab something happened
or mungkin aku ada misi di sebalik tu
how would I know?
because I heard them talking about me

entahlah kan
semoga dalam tahun ni
aku dapat mulakan hidup baru
di tempat baru
sebagai orang baru
inshaa ALLAH
aamiin

aku dah puas hidup dalam bayang ketakutan
fear of the unknown
so let's try to change
hopefully this year will be better than last year
aamiin!

Comments

  1. semoga dipermudahkan urusan, diberikan keberkatan umur & rezeki yg melimpah ruah ^^

    ReplyDelete
  2. Aamiin! Terima kasih untuk doanya. Semoga berbalik pada anda juga.

    ReplyDelete