I'm Wa!

Welcome to my world of thoughts. Most of the time, I'm just talking to myself. Oh ya, I love foods so much and I hope I can share whatever it is that related to foods in here besides my thoughts. Thank you for visiting!

Nisfu Syaaban

Monday, June 1, 2015



Bismillah

Malam Nisfu Sya'aban
Malam buku amalan bertukar
Moga buku baru ini diisi dgn lebih banyak amal
Amiin, insyaa ALLAH

Antara malam yg ALLAH bukakan langit
Barangsiapa yg berdoa, insyaa ALLAH dimakbulkan
Barangsiapa yg bertaubat, insyaa ALLAH diampunkan
Bersegeralah berbuat kebaikan
Dunia ni sekejap cuma
Sedar tak sedar, dah nak kiamat
Masyaa ALLAH....
Moga diberi kesempatan utk bertaubat

Nothing much to update here
That's why lama dah tak menyinggah
Singgah kalo tak masuk, tak best jugak

Makanya hari pertama bulan baru ni
Bersempena dgn malam Nisfu Sya'aban, marilah berbuat amal
Tak semestinya yg menyeru org buat baik ni baik
Sama-sama berusaha jadi baik, apa salahnya?

Tudung labuh, kopiah atas kepala, serban terjuntai bukan tiket utk jadi ahli syurga
Sapa-sapa yg berminat nak jadi ahli syurga, beramallah
ALLAH tak pandang lahiriah kita
Yang penting, iman dan taqwa
Itu yang ALLAH pandang

Tak perlu nak judge org melalui pemakaian
Kita sendiri pun belum pasti taraf mana iman dan taqwa kita
Insaflah wahai diri..

Di malam Nisfu Sya'aban yg doa kita insyaa ALLAH dimakbulkan
Aku doakan moga ALLAH beri hidayah dan taufik kepada kita semua
Moga ALLAH kekalkan hidayah dan taufik-NYA tersebut hingga ke akhir hayat kita
Moga segala amalan kita, ALLAH terima
Moga ALLAH tambahkan iman dan taqwa kita, hingga ke akhir hayat
Moga ALLAH kurniakan kejayaan kepada kita, dunia dan akhirat
Moga ALLAH pimpin hati kita untuk menjadi manusia yg memberi manfaat pada org lain
Moga ALLAH panjangkan umur kita, agar kita sempat bertaubat
Moga ALLAH luaskan rezeki yg pelbagai jenis buat kita dan keluarga kita
Moga ALLAH tambahkan ilmu pengetahuan kita dalam usaha mentaati-NYA
Aminn..

Last words, iringilah kejahatan dengan kebaikan
Moga kita semua ditempatkan dalam kalangan org beriman dan bertaqwa
Inshaa ALLAH

Wassalam

Comments