Tuesday, October 13, 2015
Random Self Reflect
Thursday, September 24, 2015
Tak Kisah Lah
Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam
Happy Eid Mubarak
Moga segala amalan kita diterima-NYA
Aamiin
Baiklah..
Memandangkan aku tak ada topik lain selain movie dan makanan
Maka, aku nak kongsi laa movie yang aku nonton past few weeks..
1. JIRO DREAMS OF SUSHI ( 2011 )
Sebab masa ni aku sesungguhnya teringin makan sushi.
Bila tengok movie ni, telan air liur je laa keja aku. :'(
Ini dokumentari, jadi ini boleh dijadikan panduan dan teladan bagi sesapa yang berminat dalam bidang yang sama, yakni perniagaan dan makanan.
Monday, August 10, 2015
Terbangun... Dari Lena Yang Panjang
Masih boleh ucapkan Selamat Hari Raya Aidilifitri rasanya
Memandangkan Syawal masih ada :P
Setelah sekian lama daku sepi
Hari ini daku mengambil keputusan untuk membuat entri baharu
-_-'
Anyway, jealous jugak la tengok blog orang lain
Semuanya lelawa, cecantik
Aku je yang tak :'(
Tak kisahlah kan?
Memandangkan aku duduk kat rumah buat beberapa bulan ni
So, most of the time aku habiskan tengok movie
Dan semalam, aku baru habis tengok movie "Spare Parts"
Antara movies yang aku dah tengok termasuklah...
Monday, June 1, 2015
Nisfu Syaaban
Bismillah
Malam Nisfu Sya'aban
Malam buku amalan bertukar
Moga buku baru ini diisi dgn lebih banyak amal
Amiin, insyaa ALLAH
Antara malam yg ALLAH bukakan langit
Barangsiapa yg berdoa, insyaa ALLAH dimakbulkan
Barangsiapa yg bertaubat, insyaa ALLAH diampunkan
Bersegeralah berbuat kebaikan
Dunia ni sekejap cuma
Sedar tak sedar, dah nak kiamat
Masyaa ALLAH....
Moga diberi kesempatan utk bertaubat
Nothing much to update here
That's why lama dah tak menyinggah
Singgah kalo tak masuk, tak best jugak
Makanya hari pertama bulan baru ni
Bersempena dgn malam Nisfu Sya'aban, marilah berbuat amal
Tak semestinya yg menyeru org buat baik ni baik
Sama-sama berusaha jadi baik, apa salahnya?
Tudung labuh, kopiah atas kepala, serban terjuntai bukan tiket utk jadi ahli syurga
Sapa-sapa yg berminat nak jadi ahli syurga, beramallah
ALLAH tak pandang lahiriah kita
Yang penting, iman dan taqwa
Itu yang ALLAH pandang
Tak perlu nak judge org melalui pemakaian
Kita sendiri pun belum pasti taraf mana iman dan taqwa kita
Insaflah wahai diri..
Di malam Nisfu Sya'aban yg doa kita insyaa ALLAH dimakbulkan
Aku doakan moga ALLAH beri hidayah dan taufik kepada kita semua
Moga ALLAH kekalkan hidayah dan taufik-NYA tersebut hingga ke akhir hayat kita
Moga segala amalan kita, ALLAH terima
Moga ALLAH tambahkan iman dan taqwa kita, hingga ke akhir hayat
Moga ALLAH kurniakan kejayaan kepada kita, dunia dan akhirat
Moga ALLAH pimpin hati kita untuk menjadi manusia yg memberi manfaat pada org lain
Moga ALLAH panjangkan umur kita, agar kita sempat bertaubat
Moga ALLAH luaskan rezeki yg pelbagai jenis buat kita dan keluarga kita
Moga ALLAH tambahkan ilmu pengetahuan kita dalam usaha mentaati-NYA
Aminn..
Last words, iringilah kejahatan dengan kebaikan
Moga kita semua ditempatkan dalam kalangan org beriman dan bertaqwa
Inshaa ALLAH
Wassalam
Thursday, April 16, 2015
Random #2
Agak lama tak menulis
Terasa kejanggalannya...
Well, tomorrow is my last day being practical student
Lusa dah fly ke Kuching
Malangnya, satu habuk pun aku belum siapkan
Entah apa nak jadi, aku pun tak tahu
Dan aku mula memerah otak
Apa yang aku akan buat selepas aku balik dari Kuching?
Adakah aku akan menjadi 'temenggong'?
** yelaa, dah anggur banyak sangat ditanam...
Aku masih tak konfiden dengan masa depan aku
And I know, aku memang jenis tak konfiden dengan diri sendiri
Sebab semangat konfiden tu tak pernah dipupuk dalam diri aku
Well, you know who's to blame
Memandangkan ini random post
Jadi aku nak merapu dengan amaun yang aku tak pasti banyak mana
** mesti ada amaun, eh?
Aku ucapkan "get well soon" to my eldest sister
Kesian pulak menengoknya even aku tak nampak punn
Kepada sisters yang lain
Harap bersabar, esok pasti ada **tetiba
Dua tiga hari ni, ada satu perasaan yang mencengkam
Hati dan perut aku rasa senak
Senak yang tak terucap sebab aku tak dapat nak describe sakitnya tu
Tak mainlah "sakitnya tu disini"
Pergi Kuching nanti, aku rasa macam nak lepak kat Waterfront
Doing nothing, basically
Kalau dapat naik Santubong **memang tak lahh untong jugak
Tapi cakap banyak, kerja haprak tak guna jugak
Everybody can talk the talk
But only a few can do the talk
Yelah, dalam tak sedar kita ni kadang-kadang macam tin kosong jugak
Bunyi bising, tapi tak ada isi
Anyway, macam tak caya dah nak puasa
Sapa yang belum habis ganti puasa, sila lah yaa
Kbai
Phir milenge chalte chalte
Wassalam
Tuesday, March 10, 2015
Random
Dari hari tu lagi aku nak muntahkan apa yang ada dalam otak aku ni
Tak larat nak mengingat dah
**that's why this post named as above :)
Dulu Mr Ayahumi pernah berpesan:
"hiduplah kamu seperti ikan. di laut, tidak masin. di sungai, tidak tawar"
Dan dulu aku pernah berpegang pada pesan beliau
Tapi recently aku teringat akan pesan tersebut dan termangu seketika
Lama aku berfikir...
Itu ikan. Kita manusia. Mana sama.
Ya, aku akui sebagai manusia kita kekadang kena berubah
Ikut persekitaran, macam sesumpah
Tapi ikan hebat jugak
Di laut masih dipanggil ikan, di sungai pun dipanggil ikan
Ah.. Pening pulak nak berdebat tentang ikan dan sesumpah
**sebenarnya dah lupa apa nak ditulis :P
Ada lagi benda yang paling aku pegang
"ALLAH takkan menguji hamba-NYA melebih kemampuan mereka"
Ini yang aku bisik dan tiupkan pada diri bila memacam benda jadi
Sebab aku mampu, jadi ALLAH uji
Kalau tak, ALLAH takkan bebankan aku
Another thing...
Lima minggu lagi, berakhirlah latihan industri aku
hip hipp hooorrraaayyy...!!!
Dan majlis konvokesyen mungkin diadakan selepas Aidilfitri
Insyaa ALLAH.. ALHAMDULILLAH kalau dipercepatkan
And I had a conversation with ICT Dept of TBS Kuching tengahari tadi
They asked me what am I gonna do after graduated
Then selambanya aku tanya, why, are there any vacancy at ICT Dept?
They answered if you wanna join us, why not? Sure...
Tapi aku akan pertimbangkan lagi benda ni
Sekadar dalam perancangan jerrr..
Tak perlu lah nak mengharap sangat
Ada, adalah, tak ada, ada lagi benda lain boleh buat
Antara benda yang aku pertimbangkan... :
Satu, where? Kuching.
Dua, where to live?
Tiga, how am I going to work?
Empat, why must so far?
** hahahaha dah namanya sekadar perancangan...
Tengok lah dulu dalam bulan Mei nanti
Kalau tak ada sapa sudi ambik aku bekerja
Kerja kat Kuching pun jadi lah..
Okey... sorry for the crap
Phir milenge chalte chalte
Wassalam..
Friday, February 20, 2015
Happy Chinese New Year
Gong Xi Fatt Chai to all Chinese all around the world
May this year brings you the fortunes and prosperity
Memandangkan cuti CNY, jadi aku pun jadi perenang professional
Yeah, berenang atas katil, macam biasa
** rumah aku tader pool laa
Almost end of February, I guess
Maksudnya praktikal aku pun dah kira separuh jalan dah
That's mean aku kena buat draft final report instead of merapu kat sini
hahahaha
Minggu depan mungkin lecturers daripada PMU datang melawat
Aku tak tahu la nak bagi reaksi macam mana nanti
Hope everything's fine
Inshaa ALLAH... Aamiin...
Hari tu aku ada buat Red Velvet
Tapi tak menjadi :'(
Sadisss tahu..??
Tapi frosting aku jadi
Happy sangat bila frosting tu dapat cover Red Velvet yang tak berapa nak red tuu
Maklumlah, pakai resepi Mrs Google
Tak semua menjadi on first attempt, kan?
Lagi satu sadis, MUET dah tutup
Tak sempat apply untuk sesi Julai
Hampeh sungguh lerr..
Terpaksa tunggu sesi Nov nanti
Adalah hikmahnya tuu..
Since duduk rumah ni, memacam movie aku dah tengok
Movie yang aku baru tengok malam tadi "Exam" (2009)
Rating pun boleh tahan
Tapi low budget punya movie
Memang tak rugi la kalau download
Kalau kat panggung, aku baru je tengok "Kingsman : The Secret Service"
Memang berbaloi cerita tu
Movie yang buat aku tak heran kalau benda tu sebenarnya wujud di dunia realiti
Mungkin ada, mungkin kita tak tahu
Wallahu a'lam
Lagi satu, aku tengah mencari game PC yang best
Tolong suggestkan mana tempat untuk download game tu boleh?
hehehehe
Sometimes we need to lose ourselves, right?
Jadi, cara aku lose myself adalah main game, tengok movie, karok sensorang
Tapi part karok tu menyemak telinga orang mendengarnya
So, I go with the other two
Safer and healthier **lahhh sangat...
Itu je laa buat masa ni
kbai
phir milenge chalte chalte
Wassalam
Thursday, January 1, 2015
Malaysia Masih Aman
Sebenarnya it's not a big deal for me
But after what Malaysia have through last year, I think it is a big deal.
Tapi perlukah artis-artis wanita Malaysia datang ke majlis tersebut seolah-olah mereka bukan Islam? **kalau bukan Islam, tak kisahlah.
Dan ramailah yang tampil memberi komen negatif.
Pada aku, tak boleh jugak la nak salahkan sesiapa.
Kalo tak, kenapa ada istilah malaikat tak mencatat perbuatan jahat kita selagi kita tak buat?
Nampak tak kat situ? Ke masih tak paham?
Ada ke patut? Seolah-olah menyalahkan ALLAH kenapa dia melacur
Tahu kan yang ALLAH takkan mengubah nasib hamba-hamba-NYA selagi mereka tidak mengubahnya sendiri?
Artis Malaysia, sama tu jugak.
Berpakaian seolah-olah Malaysia bukan negara majoriti penduduknya beragama Islam.
Dalam filem, video muzik dan apa saja yang berkaitan dengan industri seni negara, semuanya halal.
Atas nama seni dan hiburan.
Artis Malaysia pun lebih kurang.
Malaysia masih aman
Tapi sebagai seorang Muslim dalam negara yang majoriti penduduk beragama Islam, aku jadi malu dengan keadaan negara ni.
Rohaniahnya tidak terbangun.
Rakyatnya disogok dengan kemajuan, hiburan dan pelbagai keseronokan duniawi.
Tapi daripada segi sahsiah dan rohaniahnya, hancur.
Tak apalah...
Malaysia masih aman.
Phir milenge chalte chalte
Wassalam..