I'm Wa!

Welcome to my world of thoughts. Most of the time, I'm just talking to myself. Oh ya, I love foods so much and I hope I can share whatever it is that related to foods in here besides my thoughts. Thank you for visiting!

Bosan Itu Nikmat

Sunday, December 25, 2011




Haloo...
Kenapa tajuk post aku kali ni cam pelik je? Entah laa... idea tu datang tetiba, so aku main taip aje laa apa yang aku rasa aku nak taip.

Bosan itu satu nikmat. Sapa setuju? Sila teruskan membaca. Tak setuju? Anda bolehlah menekan butang 'x' yang berkaler merah kat sisi kanan laman ni. Whatever...

Bosan memang nikmat yang orang mungkin tak perasan. Cuba kita tanya kat bebudak ofis yang sentiasa busy dengan keja depa, sempat tak depa rasa bosan? Mestilah tak sebab banyak kerja. Melainkan kalau depa tu dah muak dengan pekerjaan depa. 
Katakanlah orang tu designer, waktu depa rasa bosan, depa konfem akan design something. Tak ke nikmat?
Kalau orang yang memang dah tak tau nak buat apa, yang tahap mati kebosanan kononnya, paling dahsyat pun dia akan tidur. Bukan nikmat ke dapat tidur?
Aku pun tak faham kalau ada orang bunuh diri disebabkan terlampau bosan. Tak ada life ke?

Kalau diikutkan, mana ada istilah mati kebosanan kalau semua orang hargai setiap detik yang berlalu dalam hidup. Ala-ala macam esok nak mati. Cenggitu laa. Tapi berapa banyak manusia yang rasa cenggitu? I mean, yang rasa esok nak mati, esok nak mati. Ada ke?
Cuba bayangkan kalau kita duk sebut-sebut pasal kematian depan orang yang kita sayang, konfem depa akan cakap, "Isy, apa ni tetiba cakap pasal mati? Dah puas hidup apa?"
Tak pun, depa akan cakap, "Hidup mati tu Tuhan yang tentukan. Yang kau duk kalut pasal mati tu kenapa?"
Bagi yang agak emosi sikit, dengan sebaknya akan berkata, "Janganlah cakap macam tu. Setiap perkataan tu doa, tau. Kang mati betul-betul, aku jugak susah" and so forth....

U-turn balik kat part bosan or bore/boring, apa sebenarnya yang membuatkan kita meluahkan perkataan "BOSAN" dan "BORING"?
Pertama, mungkin kita rasa banyak sangat masa terluang dan kita totally tak tahu nak buat apa. Maka, secara automatik mulut kita akan melafazkan "BOSAN" dan "BORING BETUL".
Kedua, kita dah muak dengan perkara yang selalu kita lakukan. Dan kita akan merungut, "tak ada kerja/benda lain ke? Aku dah bosan mengadap kerja/benda ni..."
Ketiga, aku tak ada idea. Seriously. Okey, ini boring.

Macam mana kita nak outcome bosan dalam hidup ni, terpulang kepada individu laa. Coz semua orang tak sama. Aku mungkin menghilangkan boring dengan merapu sensorang depan PC. Tak pun makan. Itu aku laa.
Ada sesetengah orang, depa akan g shopping. Pada aku, shopping tu boring coz buat penat badan serta mengkopakkan poket. Kalau poket berkepuk, tak kisah laa.

Ada juga yang rela tidur, ternganga depan tv dan sebagainya. Hakikatnya, bosan tu tak pernah lari dari hidup kita. Iya ke? Kut.
Bagi aku, bosan tu sebenarnya berpunca daripada sikap tak ingin ambil kisah tentang sesuatu perkara yang tak menarik pada pandangan seseorang. Mungkin juga bosan tu berlaku di sebabkan sikap enggan melakukan apa-apa sehingga menimbulkan bahan kimia dalam otak yang mendorong kepada rasa bosan.

Rasanya, dah terlalu panjang aku diskus pasal bosan itu nikmat. Korang pun dah naik bosan membaca, kan?
Before aku blah, aku wish Selamat Menyambut Hari Natal kepada seluruh penganut agama Kristian. Hepy new year tu nanti-nanti laa. Tunggu detik tengah malam 31 Dis 2011 akan datang. Itu pun kalau aku sempat update, insya-ALLAH...
Farewell.

Comments