I'm Wa!

Welcome to my world of thoughts. Most of the time, I'm just talking to myself. Oh ya, I love foods so much and I hope I can share whatever it is that related to foods in here besides my thoughts. Thank you for visiting!

Monday, August 1, 2011

Selamat Berpuasa

Bismillah...

Actually, aku patutnya dah terbongkang tidur pada wewaktu cenggini. Nak wat cenggana, hati ni dok suruh update menatang ni semenjak aku dapat tau yang esok (in fact, hari ni) puasa. Punya lah hampeh aku ni, sekarang baru ada masa nak update.

Kepada seluruh umat Islam di muka bumi, aku nak ucapkan selamat berpuasa, selamat bersahur, selamat berbuka, selamat bertarawih dan selamat bermoreh. Banyak betul selamat nya... Tak lupa juga, selamat beramal ibadat.



Dalam bebanyak lagu untuk bulan puasa, aku sangat suka pada satu lagu ni (kalau pernah dengar la...) Lirik dia... aku pun speechless. Hmm... bila aku nyanyi sensorang, rasa sebak tetiba. Nak nangez pun ada. bagi aku, lagu ni quite touching la. Well, sesama lah kita menilai...


Bulan Ramadhan, segala-galanya terbuka luas
Rahmat dan berkat terbuka luas dimana-mana
Keredhaan-NYA luas terbuka sepanjang Ramadhan
Keampunan-NYA luas terbuka malam dan siang

Pahalanya mencurah-curah bagaikan hujan lebat
Ia digandakan dibandingkan di bulan biasa
Rahmat ALLAH melimpah ruah
Kepada siapa yang menginginkannya

Tapi mampukah kita memperolehi itu semua?
Tapi layakkah kita mendapatkannya?
Kita kah orang yang memperolehi keistimewaan itu?

Kalaulah di bulan Ramadhan itu
Lahir kita sahaja yang meriah
Di sambung pula dengan pesta makan dan minum
Fikiran dan jiwa kita tidakkan berubah

Oleh itu keistimewaan Ramadhan bukan untuk kita
Keistimewaannya adalah untuk orang yang bertaqwa


Sama-samalah kita menilai diri memasing. Orang selalu cakap, kubur masing-masing, tapi tak salah kalau kita nak tolong cerahkan, lapangkan kubur orang lain, ye tak?

Well, sebelum mata aku juling ngadap mentang ni, baik aku blah dulu.
Sekian...

Monday, July 11, 2011

8mat?!





Demi add math, aku sanggup tak tidur malam (dan meng'update' menatang nih). Esok deadline (in fact hari ni), memang la kelam kabut. Mana tak serabut, kita dah buat cecantik, lek-lok, tetiba orang copy (siap ada yang petak-petak fotostat!) daripada group aku punya kerja! Tak ada otak what ..?

Hmmm... kalau cenggitu, baik tak yah laa. Usaha kita, penat lelah kita, sedap aje orang ambik. Tak bayar pun (even aku sendiri search kat google). Ye laa, at least kita tunjuk la sikit kita punya usaha untuk sebuah kejayaan. Daripada tak ada langsung? Itu memang hampeh laa.

Kalau ikutkan hati, dah lama aku lempang muka manusia itu menjadi lempeng. Itu orang, suka makan sambil berak, sebab itu suka tikam belakang. Hahahaha... kan dah masuk dialog Soffi Jikan kat dalam entri nih.

Bila aku tengok hidup sesetengah orang tu, tak adalah macam hidup aku. Tapi, aku tahu yang aku seharusnya sangat-sangat amat berterima kasih dapat taraf hidup yang cenggini. Miskin idak, kaya pun idak. Cukup-cukup aje (walaupun aku tau, istilah "cukup-cukup" tu tak sesuai untuk aku)

Ada makhluk tu, lucky tahap apa, aku pun tak tau, dapat family yang supportive, pulak tu dapat jadi orang femes (siapa taknak?) Well, bila aku fefikir balik, tak guna jugak jadi orang femes kalau .... ? Entah la. Orang cakap, tak elok judge orang based on first impression kita. Iya lah, kita ni siapalah sangat...

Tinggal berapa bulan lagi sebelum aku berdepan dengan menatang tu. Pulak tu, ada lagi National Service...? Nak kata aku taknak ikut program tu, apa alasan aku? (itu pun kalau nama aku kena laa...) Aku malas nak mengharap sangat benda yang diluar jangkauan aku. Just expect the unexpected. Reda aje laa... -_-'

Ni dah nak tengah Julai. Surat dari AFS, still tak da kabo. Aku tak tau la posmen tu reti ke idak cari umah aku. Kalau ikutkan hati, mahu aje aku book sendiri open ticket untuk diri sendiri. Ok what? Daripada beli tiket memahal then tetiba cancel cenggitu aje. Tak ke sayang tiket memahal tu? What the ....?

Aku baru ziarah AirAsia punya online booking ticket. Cecuba nak intai tiket untuk 22hb nanti, tetengok tiket untuk pergi dah RM221, balik pulak RM172... both ticket equal to RM393. Itu adalah harga excluding taxes and fare! Haiyo... bila aku jenguk kat MAS pulak, RM648 including taxes (untuk pergi dan balik). Ooo...key... aku tadak duit! v_v

Rerasanya, kalau book last minute, dapat tak harga yang sama? Aku manalah tau pasal book-book fly ticket ni... Kalau pesbuk, Insya-Allah...

Merapu tak tentu pasal tetengah malam, memang best! Caya la. Coz tak ada orang kacau, sume orang tido dan aku ...? Bertukar menjadi burung mata panda... hahahahaha... tak pun kelawar. Aku blah dulu untuk melangsaikan kerja yang deadline nya hari ini 11 Julai... 

Wassalam...

Thursday, April 7, 2011

Teng Xue Rong @ Nurliza Dalam Kenangan





Hmmm... semuanya berlaku hari ni macam dalam mimpi, drama, novel, filem dan cuma sebuah penipuan. Yang aku tahu, sekarang mata ni bengkak. Tak pernah seumur hidup aku, hilang orang yang terdekat, yang lebih muda daripada aku. God!!!


Ceritanya cenggini...


Tahun 2010, aku ngan adik aku masuk situ. Aku tau yang adik aku kawan dengan arwah. Tapi, sejak bila adik aku rapat dengan arwah, aku tak sure sangat. 
Bagi aku, sesiapa yang berkawan dengan adik-beradik aku, konfem kawan aku jugak. 
Aku kenal arwah, macam tu-macam tu je. Aku tau siapa nama dia, birthday dia, serba sedikit aje lah... tak banyak. 
Yang tak banyak tu pun, dah cukup membuatkan aku menangis gila pagi tadi...


Menurut mak arwah, arwah memang dah sakit dari kecik lagi. Tapi pihak hospital tempat mak arwah lahirkan arwah, lambat detect penyakit arwah. 
Masa mak arwah balik kampung dia (masa arwah darjah 4 & 5), arwah selalu sakit. Mak arwah bawa arwah pergi hospital, pihak hospital dapat tahu yang arwah ada masalah dengan jantung. Tapi, doktor cakap, darah arwah dah bercampur dan pihak hospital tak dapat buat apa-apa dah. It's too late. 
Doktor pun cakap dengan mak arwah, yang arwah cuma dapat bertahan selama tiga bulan.  Mak arwah pun reda aje lah time tu.


Alhamdullilah... arwah masih dapat bertahan hingga pagi tadi (07 April 2011). Yang sedihnya, mak arwah sendiri cakap kat bekas guru kelas arwah yang masa arwah tinggalkan dia pun arwah tak nak dia ada kat situ. 
Arwah nak sangat makan pau sayur kegemarannya. Masalahnya, kedai belum bukak lagi. 
Lepas tu, ayah tiri arwah cakap kat mak arwah, balik dulu. Siap-siap untuk stay semalaman kat wad, temankan arwah. 
Mak arwah pun balik. Kembali ke hospital, mak arwah pergi lah beli pau. Tapi, tak jadi beli sebab doktor cakap yang arwah dah pergi. Mak arwah pun lari pergi naik ke wad. Mak arwah cuba panggil arwah, tapi arwah tak jawab.


Kami, kawan-kawan arwah, baru dapat tau yang arwah dah tak ada lepas habis waktu rehat. Itu pun melalui orang lain. Bukan daripada cikgu. Semua cikgu tau yang arwah dah tak ada, tapi bukan nak maklum kan pada yang rapat dengan arwah. Sampai hati cikgu buat kami macam tu. Selaku kawan, aku dengan krew-krew drama(kebanyakannya bekas kawan-kawan sekelas arwah) pergi serbu bilik pengetua.

Dekat-dekat pintu pagar, cikgu drama kami tahan.
"Nak pergi mana ni? Siapa izinkan kamu semua keluar ni?"
"Kami nak pergi tengok kawan kami cikgu."
"Iya lah. Dah minta izin? Dengan siapa?"
"Kami minta dengan pengetua, cikgu. Dia yang suruh kami pergi tadi..."
"Betul ni? Hmm... Berapa orang kamu pergi ni?"
--- sesi kira mengira ---
"Ok, pergi lah. Jangan jalan asing-asing, k? Lintas jalan ramai-ramai. Takut apa-apa jadi nanti. Lagi satu..."
"Apa lagi cikgu?"
"Dah... pergi lah. Tunggu lagi buat apa?"
---  ketawa   ---
"Apa lah cikgu ni. Main-main lagi... Thanks, cikgu."


Sampai kat hospital, kami nampak van jenazah dah on the way ke bilik mayat.
"Wei, cepat lah! Van jenazah dah datang dah. Nanti tak sempat kita nak tengok dia."
Kami pun lari ke bilik mayat tempat van tu berhenti.


"Mak cik, tumpang tanya, ada Teng tak kat dalam? Nurliza, Nurliza..."
"Ada... Yang ni kawan korang. Yang ni Nurliza."
"Betul ke?"
"Betul..."
"Mak cik tu cakap, tu Teng. Macam tak percaya saya."
--- yang masuk dalam bilik mayat waktu tu, mula nangis termasuk aku  ---
"Pak cik, boleh bukak tak penutup tu? Kami nak tengok dia, pak cik..."
Geleng
"Dah di tutup dah, nak"
--- menangis kesal coz tak diberi kesempatan kali terakhir  ---
Kami pun hanya melihat arwah dibawa keluar dari bilik mayat dan di masukkan ke dalam van jenazah.


Kat sekolah, bekas guru kelas arwah, antara yang terawal dapat berita tu, cerita kat kami...
"Sampai saat nafas terakhir dia pun, dia masih lagi minta doktor tolong selamatkan dia..."
"Apa yang cikgu dapat daripada kematian dia ialah dia nak kita jadi orang baik selama hidup kita. Buat yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kalau dia ada pun, mesti dia cakap benda yang sama kat kamu semua..."


Aku teringat yang pagi tadi, aku ada bergurau dengan adik aku dan kawan dia. Kawan dia nak pergi pertandingan syarahan. Tapi tak tahulah kenapa aku tetiba mengucapkan ayat surah Yaasin yang maksudnya "Sesungguhnya keadaan kekuasaan-NYA apabila menghendaki DIA menghendaki adanya sesuatu, DIA berfirman kepadanya : 'Jadilah engkau', maka jadilah ia..." -Yaasin : 82
Aku terfikir, kenapa aku sebut ayat tu, ek? Spontan tu!
Sejak dua tiga hari yang lalu pun, adik aku selalu nyanyi nasyid Hijjaz yang bertajuk "Kau Sahabat Kau Teman"
Kenapa baru sekarang aku sedar semua tu?


Sampai sekarang, aku masih teringatkan arwah. 
Tapi orang cakap, let bygones be bygones... 
Cakap tak sesusah berbuat. 
Kenang daku dalam doamu, lupakan daku tika solatmu. 
Tak guna kalau kita mengenangkan si mati tanpa menghadiahkan al-Fatihah atau Yaasin. 
Patah tumbuh, hilang berganti. Mungkin ada yang cakap, tak semua orang yang hilang dapat diganti. Maka dengan itu, jadi lah seorang yang tak boleh di ganti kehilangannya.


Ada orang pernah cakap kat aku, orang baik, selalu mati awal. 
Aku tanya balik kat orang tu. Kenapa?
Sebab Tuhan kan sayang orang baik, jawabnya. 
Aku pun cakap lah, ya tak ya jugak kan? Orang jahat selalu panjang umur coz Tuhan masih bagi kesempatan untuk dia bertaubat. Malangnya, orang jahat selalu lupa yang dia tak boleh lari daripada kematian macam mana dia lari daripada polis.


Banyak pengajaran yang aku dapat daripada kematian dia.
  1. Jangan putus asa untuk teruskan hidup demi impian diri sendiri.
  2. Hargai sebuah pertemuan kerana setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan.
  3. Taati ibu bapa selagi arahan mereka tidak bercanggah dengan syariat.
  4. Berbuat baik lah dengan sesiapa sahaja tanpa mengira rupa, warna dan segalanya.
  5. Buat yang terbaik untuk diri sendiri.

Terlalu panjang rasanya aku berceloteh. 
Aku sudahi kalam dengan wassalam..

Monday, March 14, 2011

Faedah Adanya Cuti


Pepagi lagi aku bangun dengan sebuah keluhan. 
Sebab tak tau nak buat apa. 
Tengok-tengok, elder sis ngan younger sis aku dah kuar gi mana ntah, aku pun tak tau.


-----BEBERAPA JAM KEMUDIAN-----

Sedar-sedar, depa dah balik. Dengan satu plastik 'Speedy' yang berisi CD Khurafat ngan Damping Malam. Huyooo... Lama dah aku ngidam citer ni sejak citer ni kuar panggung bulan-bulan yang lepas. Baru hari ni, aku berjaya menengoknya secara live! haha!

 


Perghhh!!! Memang sakit jantung aku nengok citer anak Datuk Yusof Haslam nih. Mana taknya, isyy... malas la nak citer. Tengok sendiri la, baru thrill! hahaha!

Lepas abis tengok Khurafat, lepak-lepak jap. Takkan la nak nengok citer hantu direct aje terus. Tak ke naya kalau kena jantung berdegup kencang sentiasa? So, kita kena la pause kejap. Aku pun bukak la channel 711. Eh eh, Junior MasterChef laa.




Aku pun, apa lagi... layan aje laa. Tengok la George Colamboris dok ngajar bebudak masak Fillet of Beef with Tomato Concasse, Roasted Garlic and Herb Butter. Perghh... jelez aku menengok bebudak yang jauh lebih kecik umurnya dari aku dok masak masakan yang aku sendiri pun tak pernah makan. Kalau la kat Malaysia ada tv show yang cenggini, kan bagus. Tetiba... iklan, aku pun switch la ke TV3, tengok Melodi kejap.

Balik-balik iklan, balik-balik iklan. Aku tukar balik ke channel Star World, lagi bagus. Abis nengok bebudak tu masak, aku mula rasa boring. Older Sis aku pulak dok bizi melayan lagu Hurricane - 30 Seconds To Mars. Aku tanya la kat dia... "nak tengok citer Damping Malam tak?". Aku saja nak nge'test' pendengaran dia. Sah! Pekak artifisial bak kata Syud. Beberapa saat kemudian baru dia jawab soalan aku. Aku usha aje la dia dengan tepon dia tu.

Lepas aku adjust benda-benda yang connect ke tv tu, butang play terjerit kebisuan tatkala aku menekannya. Aku pun melayan citer tersebut dengan penuh gangguan. Lagipun aku dah tengok preview citer ni kat Astro Prima hari tu.

Lepas tengok dua citer hantu Melayu tu, aku dapati, mesej yang sama pengarah daripada dua citer yang berbeza, cuba nak sampaikan.
  1. jangan amalkan ilmu yang menyekutukan ALLAH...
  2. kalau bertaubat, penuhi la syarat-syarat taubat yang korang boleh belajar daripada ramai ustaz yang bertauliah
  3. kalau rasa suka // sayang // cinta sesangat sangat amat kat seseorang, cuba dapatkan sayang // cinta dia dengan cara yang elok. bukan dengan menggunakan benda-benda yang tak sepatutnya dan yang akan mendatangkan bala kepada diri korang dan keluarga korang...
  4. cinta // kasih sayang yang tulus ikhlas, suci murni, putih lepak tak perlu di paksa coz tak ada paksaan dalam percintaan
  5. terima la seadanya keadaan orang yang ikhlas mahukan kita. kalau tak suka, jangan di hina, tolak dengan cara baik coz semua manusia ada perasaan... jangan sampai orang dendam dengan kita, sudah
  6. tengok sendiri dua citer kat atas, cari sendiri nilai moral yang ada dengan sebanyak-banyaknya!!!

Adoyai... sakitnya leher aku. Ngadap komputer ni, banyak keburukannya daripada kebaikan. Terasa nak tido la pulak...



Sekian saja coretanku untuk hari ini...


Monday, March 7, 2011

Terciptanya Langkah Pertama...



Cuti... siapa tak suka cuti? Cakap sikit sapa yang tak suka cuti. 
Medulla oblongata dah senget agaknya.
Aku? Aku bukan tak suka cuti. Cuma kekadang nyampah la jugak dengan cuti coz dia selalu datang time aku tak ada apa nak dibuat. 
Time assignment menimbun, jangankan batang hidung, bayang pun tarak! 
Hampeh betul cuti nih.

Sekarang kan cuti, boring giler aku dibuatnya. Tak tau nak buat apa. 
Makan bebanyak, rasa bersalah la pulak kalau berat badan bertambah. 
Tido lelama pun, kesian la pulak kat mata aku ni. Tak pepasal bengkak. 
Nak buat apa ek? Boring tahap fish fillet masin nih.

Maka dengan perasaan tak sabar, aku pun bukak la pesbuk.

Pun boring gak. 
Tak tau nak buat apa punya pasal, aku try test cuba laa bukak blog. 
Ye laa, selama nih aku dok baca orang punya blog aje. 
Aku pun nak buat gak. hahahaha...

Di sini laa aku mula melakar sebuah kisah. 
Kisah apa? 
Ntah. Aku pun tak sure coz kebizian nih kita tak boleh nak agak. 
So, kalau aku ada pembaca pun, jangan marah kalau aku tak update menatang nih. 
Sorry...

Okey... Datz all. 
Time to sleep. 
Makan pun belum lagi nih. 

Sekian...