I'm Wa!

Welcome to my world of thoughts. Most of the time, I'm just talking to myself. Oh ya, I love foods so much and I hope I can share whatever it is that related to foods in here besides my thoughts. Thank you for visiting!

Akan Berakhir

Friday, August 30, 2013


Bismillah...
Salam Jumaat yang indah..

Esok aku kena balik kampus dah. 
Hmmm.... :(

Sungguh lah blog aku ni bosan. 
Gambar tak ada. 
Apa pun tak ada.
ni aku dah edit, so adalah gambar :P

Tapi tak apa. 
Aku ada. tetiba
Betul. Tak apa. 
Sebab bagi aku, segala gegambar tu menyusahkan lah.
Melambatkan proses loading page.
Last-last, kensel terus niat nak belek blog cenggitu.

Yelah, dah lambat sangat loading.
Baik tak payah tengok terus.
Lagipun aku bukannya ada line yang laju.
Line ni sangat lah macam ulat gonggok kenal tak?

Aku punya line ni free.
So, what do you expect from free thing?
Nak expect benda free laju?
Huh, keep on dreaming baby.

Tapi dengan line yang free tu laa aku dapat download banyak lagu.
Aku suka usha Billboard.
Sebab segala lagu yang ada dalam chart depa, semuanya worldwide and latest.

Kalau ikutkan chart radio tempatan no offense lagu yang dah dekat tiga minggu dalam chart Billboard, baru nak masuk chart depa.
Itu pun kalau ada deejay yang alert lah kut.
Sebab selalunya chart radio tempatan ni, layan sangat undi daripada pendengar.
Tu yang hampeh tu.

Eh, tetiba ngutuk stesen radio ni watpa?
Huh, mind your own business lah.

Back to my entry title poyo sehh
Apa benda yang akan berakhir?
Entah lah.
Aku sendiri tak tahu.
Yang aku tahu, cuti aku memang akan berakhir.
Itu memang pasti.

Bila duduk kampung ni, duduk dengan semba, rasa insaf.
Sebab dia yang muallaf tu boleh je layan Astro Oasis mengalahkan aku.
Pasang ayat-ayat Quran daripada laptop dia tak henti-henti.
Rasa macam...

Of course malu.
Malu sangat sebab aku yang lahir-lahir Islam ni pun tak macam dia.
Jadi, timbul kesedaran, keinsafan dan kesayuan.

Bila aku nak berubah?
Kenapa aku mesti macam ni?
Aku tak nak ke syurga ALLAH? 
Cukup ke amalan aku selama ni?

Semua tu membuatkan aku rasa cemburu.
Kalau orang muallaf boleh, kenapa tidak aku?
Perlahan-lahan, rasa nak berubah tu bertambah.

Walaupun dulu, aku sering mengharapkan yang aku akan berubah setelah puas aku menjadi jahil.
Tapi, apa salahnya aku berubah sekarang?
Kalau tunggu zaman jahiliyah berakhir, kan menyesal tak sudah?
Pulak tu, andai di takdirkan mati masa zaman jahiliyah, macam mana?

Aku rasa aku dah cukup jahil.
Sebab terlampau dungu, bahangang dan seantero dengannya.
Tapi so far, aku tak dapatlah nak berubah secara mendadak.
Perlahan-lahan.
Slowly but surely.
Better late than never.

Umpama kipas. cuba try sekarang
Kalau kita switch off kipas tu, dia takkan terus tiba-tiba berhenti bergerak.
Bilah-bilah kipas tu still akan bergerak.
Walaupun kita dah switch off kipas tu.

Perasan tak yang bilah-bilah kipas tu semakin perlahan?
Itu tandanya mereka semakin kehilangan kuasa untuk bergerak.
Lama-kelamaan, mereka akan berhenti jugak.

Okey, switch on balik kipas tu.

Bayangkan kalau kipas tu berhenti dan-dan waktu kita tekan butang switch off.
Tak ke tercabut bilah kipas tu?
Silap hari bulan, tercabut kipas tu sebab tak ada deceleration. 
 
Kiranya hidup aku sekarang macam tu jugak lah.
Sebab, kalau nak berubah mendadak, berat sangat rasanya.
Jadi, biarlah perlahan-lahan.
Yang penting, ikhlas.
IKHLAS 

Pokoknya, semua benda dalam dunia ni akan berakhir.
Dalam Quran pun ada sebut.
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian.
Jadi, kita hidup ni untuk mati.
Sebelum mati, persiapkan lah diri.

Jangan sampai nyawa dah di kerongkong baru nak bertaubat.
Sah-sah tak di terima.
Bebel jela-jela pun tak guna.
Tapi tak apa, ALLAH MAHA TAHU.

Cukup lah setakat ni.
Anyway, sorry for any crap.
Phir milenge chalte chalte.
Wassalam

Comments