Wednesday, December 29, 2021
Tutup
Bismillah
2021 bakal melabuhkan tirainya
Beberapa hari lagi dan marilah kita renungi
Banyak yang telah terjadi pada tahun ini
Tahun yang pejam dan celiknya bagai tak terasa
Sedar tak sedar tahun baru bakal menjelma
Tertutupnya buku bagi tahun 2021
Marilah bersama-sama kita tutup benda yang lainnya
Tutup mata kita daripada melihat aib orang
Perkara yang pada kita sangat menjengkelkan
Anggaplah perkara sebegitu adalah ujian buat kita
Siapa tahu esok lusa, kita sendiri akan berbuat perkara yang sama?
Tutup mulut kita daripada berkata hal-hal yang tidak mendatangkan pahala
Ingatlah bahawa kata-kata itu doa
Justeru sebutlah yang baik-baik
Basahkan lidah dengan zikir dan selawat
Kalau tidak mampu, diam
Itu yang terbaik
Tutup juga telinga kita daripada mendengar perkara yang membebankan jiwa
Yang membuatkan hati sakit dan mencambahkan rasa benci
Amalkan sikap 'dengar boleh, percaya jangan'
Dengarkanlah perkara yang mensucikan dan menyuburkan nurani
Sesungguhnya dengan mengingati ALLAH itu menjadikan jiwa tenang
Tak dilupakan, tutup hati kita daripada terlalu mencintai dan menyayangi
Kerana kita akan diuji dengan perkara yang kita terlalu cinta
Tiada salahnya mencintai dan menyayangi
Tetapi ingatlah bahawa ALLAH itulah cinta sejati
Maka jangan pernah mencintai selain-NYA melebihi cinta pada-NYA
Kelak merana hidup bahkan mampu merobek iman
Tutup skrin telefon ketika bersama dengan keluarga dan teman
Benar, kenangan yang disimpan secara digital itu penting
Tetapi mengapa kita mahu terlihat bahagia dalam gambar, bukan secara realitinya?
Tiada salahnya jika kita suka mendokumentasikan segalanya
Jangan dipilih memori yang didokumentasikan
Kenangan lebih bermakna jika kita menikmati saat itu
Bukannya sekadar didalam gambar yang sering kita megahkan
Akhir kalam
Tiada niat untuk berlagak baik
Sekadar mengingatkan diri sendiri
Agar kembali kepada fitrah semula jadi
Semoga menjadi lebih baik dalam menjadi seorang hamba
Sekian, tutup salam
Subscribe to:
Posts (Atom)