I'm Wa!

Welcome to my world of thoughts. Most of the time, I'm just talking to myself. Oh ya, I love foods so much and I hope I can share whatever it is that related to foods in here besides my thoughts. Thank you for visiting!

I'm Just Me

Wednesday, April 10, 2013

Bismillah

Bila baca blog my sis
Rasa macam ... "baguslah kalau dah ada kesedaran"
Harap-harap teruskan berusaha
Untuk mencari identiti diri

Kekadang aku ada jugak mempersoalkan diri aku sendiri
"Teruk sangat ke aku ni?"

Sebab orang pernah suruh aku berubah

Dan aku bertanya balik pada orang itu,
"Aku ni jahat sangat ke sampai kau suruh berubah?"

Orang tu jawab,
 "Tak adalah sampai macam tu sekali..."
"Tapi aku lebih suka kalau kau jadi lebih baik"

And I was like...
"This is who I am. If you can't accept me for being me, just leave."

Orang tu membalas,
"Kau ni ego sangat."

Pada aku, aku adalah aku
Tapi mungkin jugak ayat dari sis aku ada betulnya...

"Orang berjaya memaksa dirinya berubah tetapi
 orang yang gagal berubah kerana terpaksa."

Dan of course, aku tak mahu menjadi orang yang gagal
Which berubah kerana terpaksa
Kalau aku nak berubah pun
Aku akan cuba paksa diri aku berubah
Tapi so far, aku rasa aku normal

Bagi aku, kalau orang tak boleh terima aku
Kerana aku adalah aku
It's ok, aku faham jugak

Sebab aku pun sama jugak
Ada orang yang aku suka
Ada orang yang I can get along
Ada orang yang aku tak suka
Ada orang yang aku rasa menyampah
Normal lah kan?

Terus-terang aku cakap
Aku ni bukan stok 'perempuan Melayu terakhir'
Tapi aku tak adalah teruk sangat
Cuma aku ni average je
Ada sesetengah benda, aku pandai
Ada sesetengah tu taklah pandai sangat
Ada sesetengah benda tu langsung tak tahu

Alah, lumrah hidup
Tak semua benda kita tahu
Kalau tak, buat apa manusia lain hidup
Baik dia sorang je hidup
Yelah, dia kan serba-serbi tahu

Okeylah...
Meraban entah apa-apa
That's all for today
Sorry for the crap
Phir milenge chalte chalte
Wassalam

Comments