I'm Wa!

Welcome to my world of thoughts. Most of the time, actually I'm just talking to myself. Oh ya, I love foods so much and I hope I can share some useful recipes in here besides my thoughts. Thank you for visiting!

Sysfel Lucky Draw Contest

Saturday, May 22, 2021

 

Bismillah
Alhamdulillah dah sampai pun Sysfel C-Berries yang dipesan melalui Ibu Nayla 
18 Mei pesanan diterima dan 22 Mei bungkusan sampai ditanganku
Straight from HQ Sysfel in Kedah to Miri in just four days!

Sebenarnya lama dah aku usha C-Berries ni
Dari sebelum bertukar packaging lagi
Tapi maklumlah, hati ni sifatnya berbolak-balik
Maka niat untuk membeli tu ditangguhkan dulu
Selain nak tengok feedback daripada orang ramai
Menunggu bila waktunya ada sale pun iya jugak
Tapi masa Sysfel buat sale, masa tu lah ekonomi ke laut
Makanya hasrat untuk mencuba Sysfel C-Berries pun terus dipendam

Setelah sekian lama menyimpan perasaan terhadap Sysfel C-Berries
Baru kali ni berjaya melamarnya
Alhamdulillah, ada rezeki duit raya hari tu
Memandangkan masih ada sale RM100 untuk lima kotak
Aku pun malas dah nak fikir
Tengok testimoni pun alhamdulillah sangat positif
Bila lagi nak mencuba kan?

Pesanan pun dibuat pada hari terakhir promo lima kotak RM100
Dan Ibu Nayla berpesan untuk menyertai pertandingan lucky draw Sysfel
Katanya banyak hadiah menarik menanti
Demi menyantuni permintaan Ibu Nayla 
Dengan lafaz 'بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ'
Terimalah selfie seorang WA dengan Sysfel C-Berriesnya
Ta-da!


Nak selfie banyak-banyak, seganlah
Tapi kalau ditakdirkan jadi duta C-Berries, silap-silap jurufoto pun pengsan nak ambikkan gambar
Hahahahaha tak salah berangan kan?
Semoga dengan ini dapatlah menang apa jua hadiah daripada Sysfel
Paling teringin nak cuba Sysfel Lipmatte 
Inshaa Allah nanti ada rezeki, nak cuba

Nanti habis sekotak Sysfel C-Berries, inshaa Allah akan update apa perkembangannya
Tak pun tiga atau empat kotak, aku kepilkan sekali gambar sebelum dan selepas
Baiklah, sampai masanya aku undur diri
Sebelum tu, kalau berminat dengan produk Sysfel dan JimmyScarves
Bolehlah klik nama Ibu Nayla untuk ke laman beliau
Ampun maaf zahir batin
Phir milenge chalte chalte




 

Comments